The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SKBJ NUR IMAN AAQILAH BIN AHMAD SHAMSUL BAHRIN FLIPBOOK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazlina.othman, 2022-05-21 08:03:31

NUR IMAN AAQILAH

SKBJ NUR IMAN AAQILAH BIN AHMAD SHAMSUL BAHRIN FLIPBOOK

PERTANDINGAN e-NILAM
PENDIDIKAN KHAS
TAHUN 2022

NUR IMAN AAQILAH BINTI AHMAD SHAMSUL BAHRIN

enMP0016rP

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN

1. PROFAIL PERIBADI
2. BORANG FOLIO CALON – NILAM 04
3. SENARAI PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN CALON DALAM AKTIVITI

KURIKULUM/KOKURIKULUM
4. SALINAN KEPUTUSAN PBD 2021
5. SALINAN SIJIL PENYERTAAN/PENCAPAIAN TAHAP TERTINGGI
7. GAMBAR-GAMBAR PENGLIBATAN PROGRAM/AKTIVITI/PERTANDINGAN

KOKURIKULUM
8. SALINAN REKOD BACAAN YANG DISAHKAN
9. ULASAN BUKU

PROFAIL MURID

NAMA : NUR IMAN AAQILAH BIN AHMAD SHAMSUL BAHRIN
HOBI : MEMBACA NOVEL DAN MENULIS CERITA

SAYA SUKA MEMBACA BUKU KERANA MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN SAYA.
SAYA BERPEGANG PADA PRINSIP KELEMAHAN BUKAN PENGHALANG UNTUK MURID

PENDIDIKAN KHAS MAJU SETANDING DENGAN ARUS PERDANA.

SALINAN KAD OKU
DAN

SIJIL LAHIR

SALINAN KAD OKU

SALINAN SIJIL LAHIR

BORANG NILAM 04

KEBANGSAAN 2022

BORANG NILAM 04

KEBANGSAAN 2022
141



PERTANDINGAN YANG
DISERTAI

KEBANGSAAN 2022



REKOD BACAAN

141 buah

SIJIL-SIJIL PENYERTAAN



Nur Iman Aaqilah merupakan seorang murid yang rajin belajar.
Dia juga aktif dalam unit beruniform Pengakap.

ULASAN BUKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para hakim yang arif
lagi bijaksana, barisan guru dan rakan-rakan sekalian. Saya Nur Iman Aaqilah Binti
Ahmad Shamsul Bahrin dari Sekolah Kebangsaan Bukit Jana, Kamuntng Perak.

Pada hari ini, saya akan mengulas sebuah buku bukan fiksyen yang bertajuk
“Labu Sayong”. Buku ini dikarang oleh Ani Samudra pada tahun 2015. Buku ini
diterbitkan oleh Content Plus Sdn. Bhd dan mengandungi 16 muka surat. Mengapa
saya tertarik dengan buku ini? Buku ini merupakan bahan bacaan Kemahiran Aras
Tinggi.

Hadiran hadirat sekalian,

Dengarlah pantun hamba.

Ukir labu sayong,
Simpan air Sejuk;
Sedih intan payung,
Sayang usah merajuk.

Lembu dalam kolek,
Roti sapu kaya;
Labu sayong molek,
Hadiah untuk ayah.

Apakah itu labu sayong? Labu sayong adalah bekas untuk menyimpan air. Ia
juga dijadikan sebagai hiasan. Ia terkenal di daerah Sayong, Ngeri Perak Darul
Ridzuan. Tahukah anda, labu sayong berasal daripada buah labu. Menarik, bukan?

Hadirin sekalian,
Tahukah anda cara pembuatan labu sayong? Marilah semua dengar penjelasan
saya. Labu sayong diperbuat daripada tanah liat. Tanah liat diambil dan dijemur. Ia
perlu dibersihkan dan ditapis menjadi tepung. Tepung tanah liat akan dicampur
dengan sedikit air. Kemudian diuli menjadi doh. Daripada doh inilah labu sayong
dibentuk.
`

Doh yang telah siap akan dibentuk. Tapak perlu dibuat terlebih
dahulu.Kemudian ia mula dibentuk menjadi labu. Labu sayong yang telah siap
akan diukir seperti bentuk tumbuh-tumbuhan. Labu yang siap dibentuk perlu
dibakar. Selalunya ia dibakar selama tiga hari. Sebelum labu sejuk, ia ditimbus
dengan sekam padi. Tahukah anda mengapa? Labu yang panas di dalam sekam
akan disejukkan. Ini untuk menjadikan labu hitam berkilat. Selain itu ia kukuh dan
tidak mudah pecah.

Hadiran sekalian,labu digunakan untuk menyimpan air. Air daripada labu sejuk dan
baik untuk kesihatan. Kini, labu sayong telah diniagakan. Jualan labu sayong ini kian
maju. Hebatnya apabila labu sayong dijadikan mercu tanda. Ramai pelancong

dalam dan luar negara datang ke Kampung Labu Sayong untuk melihat arca labu
sayong yang sangat unik.

Hebat kan, warisan tradisonal Perak Darul Ridzuan? Saya berbangga dengan
warisan tradisonal ini. Terdapat tiga nilai pengajaran selepas membaca buku ini.
Pertama, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghargai warisan nenek
moyang pada zaman terdahulu.Kedua, amalan menjaga warisan tradisional kita
melambangkan indentiti masyarakat kita. Ketiga, mengekalkan kesinambungan
tamadun warisan kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita.
Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan.

Ayuh sahabat semua, mari kita belajar dan menghargai warisan ini. Sayangi
Malaysia, sayangi Perak Darul Ridzuan.

Minum dalam gelas,
Air labu sayong;
Jangan jadi malas,
Perut jadi kosong.

Sekian sahaja daripada saya. Salam perpaduan, salam kasih sayang.

Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version