SALMIAH BINTI RAMLI
BAB 1 : KONSEP KENEGARAAN
• DEFINISI SISTEM • MENGENAL PENGASINGAN
• CIRI-CIRI KERAJAAN PERBEZAAN KUASA
KONSEP • MENGENAL • Monarki • KONSEP,
NEGARA PERBEZAAN • Republik SISTEM &
• Autokrasi STRUKTUR
• Persekutuan • Demokrasi
• Kesatuan • Pentadbiran
• Konfederasi BENTUK • Perundangan
NEGARA • Kehakiman
DEFINISI ‘NEGARA’
ialah sebuah wilayah fizikal yang didiami oleh sekumpulan penduduk, mempunyai sempadan,dan
ditadbir oleh sebuah kerajaan.
Suatu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap.
Suatu masyarakat @ komuniti yang mendiami sebuah kawasan @ wilayah secara tetap & diperintah
oleh sebuah kerajaan.
Konsep NEGARA ialah:
Mempunyai Sempadan/wilayah fizikal yang tetap dan jelas.
Mempunyai penduduk yang tetap.
Mempunyai kerajaan yang teratur dan sistematik
Mempunyai kedaulatan iaitu berupaya menentukan halatuju dan nasib bangsa sendiri.
CIRI-CIRI NEGARA MALAYSIA
Sempadan yang tetap dan diiktiraf
o Sempadan Malaysia diiktiraf oleh semua negara dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malaysia
berkuasa penuh terhadap kawasan perairan dan ruang udara Malaysia. Kuasa autonomi ini dihormati oleh
kuasa asing. Sebarang pencerobohan wilayah negara akan dianggap sebagai pencabulan kedaulatan dan
kerajaan Malaysia berhak menentang sebarang pencabulan kedaulatan wilayah ini.
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 1
SALMIAH BINTI RAMLI
Penduduk yang tetap
o Penduduk tetap di Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.
Kerajaan yang teratur dan sistematik
o Pertukaran kerajaan di Malaysia berlandaskan undang-undang yang ditetapkan dan melalui proses pilihan
raya. Maka, penguakuasaan undang-undang berlangsung sepanjang masa.
Mempunyai kedaulatan/ merdeka
o Malaysia berupaya mengawal hal ehwal dalam negeri dan kebebasan untuk mengadakan hubungan
diplomatik dengan negara-negara lain.
Mempunyai Ideologi negara sendiri
o Mengamalkan demokrasi berparlimen. Selain itu, setiap pemimpin membawa ideologi masing-masing
antaranya gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak. Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku individu,
masyarakat dan negara.
Mempunyai identiti tersendiri
o Mempunyai perlembagaan bertulis, agama rasmi iaitu agama islam, bahasa rasmi, iaitu bahasa Malaysia,
simbol atau lambang negara, bendera negara, lagu Negaraku dan lain-lain.
sempadan tetap Penduduk tetap Kerajaan teratur
dan sistematik
Berdaulat Beridentiti Ideologi sendiri
KONSEP KEDAULATAN
Istilah “ kedaulatan”merupakan terjemahan daripada bahasa Inggeris, ‘sovereignty’ dan dalam bahasa
Itali disebut ‘sovranus’ atau ‘superanus’ dalam bahasa Latin.
Istilah ini membawa maksud tertinggi.
Oleh itu, Kedaulatan dapat ditakrif sebagai hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah
kawasan pentadbiran, rakyat atau diri sendiri dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat undang-undang dan menguatkuasakan undang-
undang dengan menggunakan segala kuasa yang ada lantaran sifatnya yang mutlak.
Kadaulatan wujud kerana adanya wilayah
Kedaulatan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:
o Kedaulatan politik
o Kedaulatan yang sah
Kedaulatan politik ialah kuasa rakyat yang dilaksanakan melalui pilihan raya untuk memilih kerajaan.
Kedaulatan yang sah ialah kuasa ketertinggian Perlembagaan dan undang-undang negara yang
dilaksanakan oleh kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat.
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 2
SALMIAH BINTI RAMLI
• Malaysia sebagai sebuah negara merupakan negara berdaulat dengan sebuah kerajaan pusat dan 13
buah kerajaan negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya).
CIRI-CIRI NEGARA BERDAULAT
Merdeka iaitu bebas dari dijajah oleh kuasa lain.
Berkuasa sendiri. Iaitu berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara tanpa dipengaruhi oleh
kuasa asing.
Berwibawa. Diiktiraf oleh negara luar kewibawaannya dan mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara lain.
Beridentiti. Mempunyai ideologi sendiri seperti bendera dan jata diri untuk corakkan politik dan sosial
sendiri.
CIRI SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
Mengamalkan demokrasi berparlimen(Parlimen dwidewan dan bercorak (Westminster)
Mempunyai Raja Berperlembagaan (YDPA sebagai ketua negara)
Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (Terdapat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri)
Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
Mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan.
SISTEM KERAJAAN
• Kerajaan merujuk kepada badan atau institusi yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran (fungsi-
fungsi pengurusan ) dan pemerintahan negara.
• Merangkumi semua badan yang mengubal, mentafsir, dan melaksanakan sesuatu dasar demi pembangunan
negara dan kebajikan rakyat.
• Kerajaan terdiri daripada 3 komponen iaitu:
a) Badan Perundangan/Legislatif.
b) Badan Eksekutif/Badan Pelaksana/Kabinet.
c) Badan Kehakiman/Judisiari
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 3
SALMIAH BINTI RAMLI
YDPA
MRR
BADAN BADAN BADAN
KEHAKIMAN
PERUNDANGAN EKSEKUTIF
• Ketiga-tiga badan di atas membantu sesebuah kerajaan untuk [tugas-tugas]:
Menjalankan urusan pentadbiran dan
Menguatkuasakan undang-undang.
Peranan Badan Perundangan/Badan Eksekutif /Badan Kehakiman:-
BADAN FUNGSI
Perundangan
Eksekutif Menggubal Undang-Undang
Kehakiman Menguatkuasa dan melaksana
undang-undang.
Melaksana dasar-dasar awam.
Mentafsir undang-undang.
Menjatuhkan hukuman.
TANGGUNGJAWAB KERAJAAN
1. Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan, kesejahteraan warga negara
i. Melaksanakan tadbir urus negara berdasarkan prinsip tadbir urus terbaik (good governance)
2. Menyediakan kemudahan ekonomi
i. Kemudahan insfrastruktur, peraturan dan aturan yang penting untuk keperluan
pembangunan ekonomi
ii. Menyediakan rangka kerja ekonomi untuk membantu sistem ekonomi beroperasi mengikut
garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan
3. Menyediakan pelbagai perkhidmatan
i. Berperanan menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan
ii. Segala perkhidmatan ini disediakan untuk keperluan masyarakat (kerajaan dan swasta)
4. Memastikan keamanan dan ketenteraman
i. Memastikan situasi negara terkawal dan stabil
5. Menstabilkan persaingan
i. Tindakan dan pemantauan perlu bagi memastikan persaingan antara peniaga wujud dalam
konteks seimbang
6. Perlindungan Alam Sekitar
i. Berperanan menjaga kebersihan alam sekitar supaya tidak tercemar.
ii. Pembangunan hendaklah dilaksanakan secara lestari
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 4
SALMIAH BINTI RAMLI
7. Penyediaan Keperluan Asasi
i. Memastikan keperluan asas rakyat di lengkapi terutama golongan berpendapatan rendah
ii. Kemudahan seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan.
8. Memastikan kestabilan ekonomi
i. Kerajaan perlu melaksanakan strategi terbaik untuk memastikan kestabilan ekonomi.
Menyediakan Menyediakan
pelbagai kemudahan
perkhidmatan ekonomi
Memastikan
keamanan dan
ketenteraman
Menstabilka Peranan Menentukan
n persaingan Kerajaan arah tadbir
urus negara
Penyediaan Perlindungan
Keperluan Alam Sekitar
Asasi Memastikan
kestabilan
ekonomi
JENIS KERAJAAN
Antara jenis kerajaan utama ialah :
a) Kerajaan Konfederasi
b) Kerajaan Kesatuan
c) Kerajaan Persekutuan
KESATUAN
KONFEDERASI JENIS
KERAJAAN
PERSEKUTUAN
KONFEDERASI
• Kuasa kerajaan terletak dibawah penguasaan “Kerajaan Negeri”.
• Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penentuan pentadbiran yang lebih tinggi. Di
mana kerajaan negeri mempunyai kebanyakkan kuasa pemerintahan.
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 5
SALMIAH BINTI RAMLI
• Kerajaan Pusat mempunyai kuasa terhad.
• Sistem kerajaan ini wujud atas dasar perjanjian yang longgar antara Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Negeri.
• Pada amnya, tiada negara yang mengamalkan sistem kerajaan ini.
KESATUAN
• Gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.
• Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dominan berbanding kerajaan Negeri.
• Kerajaan Pusat boleh membatalkan sebarang perundangan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
• Kerajaan Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan daripada Kerajaan Pusat.
• Contoh Kerajaan Kesatuan: New Zealand, Britain, Perancis, Denmark dan Indonesia.
KERAJAAN
PUSAT
KERAJAAN
NEGERI
PERSEKUTUAN
• Mengikut sistem ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bergabung melaksanakan pentadbiran
dan pemerintahan negara.
• Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.
• Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi perundangan dalam perkara-perkara tertentu.
• Lazimnya, Kerajaan Pusat bertanggungjawab dalam perkara umum seperti
pertahanan,kewangan,pendidikan dan sebagainya dan hal ehwal luar negara.
• Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke atas hal-hal dalam negeri seperti agama,tanah,perhutanan dan
sebagainya yang tidak perlukan keseragaman.
• Contoh: Malaysia,Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India
KERAJAAN KERAJAAN
PUSAT NEGERI
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 6
SALMIAH BINTI RAMLI
BENTUK NEGARA
• Terdapat pelbagai bentuk negara yang diamalkan di seluruh dunia.
Bentuk Ciri-Ciri Contoh
negara
Brunei
Monarki -kuasa penuh di tangan raja atau sultan. Darussalam
-raja atau sultan mempunyai kata putus Arab Saudi
-Tiada parti politik kuwait
-warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan
-pentadbiran dijalankan oleh kaum kerabat atau sultan Cuba dan Korea
- menjadi pentadbir utama dan memonopoli kuasa Utara.
Autokrasi -diperintah oleh seorang individu / badan Algeria, Laos
politikberkuasa mutlak
-pemerintahan secara kejam dan kekerasan untuk India dan
kekalkan kuasanya. Singapura
Amerika
Totalitarian - Pemilihan pemimpin bagi mengekalkan ideologinya. Syarikat
Filipina
-Mempunyai banyak tanah jajahan. Sri Lanka
Peranchis
- -Arahan pemimpin tidak boleh ditentang. Portugal
Taiwan
-Pemimpin berkuasa mutlak. Pakistan
Korea Utara
Sosialis -bersifat kemasyarakatan (utamakan
rakyat berpendapatan rendah). Malaysia dan
- -Hak perseorangan tidak dipentingkan Thailand.
tetapi milik negara.
Republik - ketua negara ialahPresiden yang merupakan rakyat
biasa
-Tiada raja yang memerintah.
-mengamalkan demokrasi(pemilihan Presiden dilantik
atau melalui pilihanraya)
- Sesebuah republik boleh mengamalkan sistem
presiden atau sistem separa presiden.
Komunis -Semua anggota masyarakat
sama dari aspek sosial.
Demokrasi -Tidak percaya wujudnya Tuhan.
Berparlimen -Menggunakan kekerasan untuk
mencapai tujuan.
- Ekonomi dimiliknegarakan.
-Kerajaan dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya
bebas.
-Hak Asasi rakyat terjamin.
-Rakyat bebas bersuara dan mengeluarkan idea
-Raja sebagai ketua negara dan Perdana Menteri
sebagai ketua kerajaan.
-Pengundian dalam pilihanraya dibuat secara sulit.
-konsep ‘kerajaan rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat’
-mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 7
SALMIAH BINTI RAMLI
Cadangan Pembentukan Malaysia
27 Mei 1961 semasa Tuanku Abdul Rahman Jawatankuasa Perundingan
menghadiri Persidangan mengadakan lawatan ke Sabah, Perpaduan Kaum (JPPK)
Persatuan Wartawan Luar
Negeri Asia Tenggara di Sarawak dan Brunei untuk ditubuhkan pada bulan Julai
menerangkan konsep dan 1961 untuk menerangkan
Singapura matlamat pembentukan
pembentukan Malaysia kepada
Persekutuan Malaysia. penduduk.
Suruhanjaya Cobbold juga Anggotanya: Ogos 1962, Jawatankuasa
ditubuhkan pada Januari 1962 antara Kerajaan (JAK) yang
•Lord Cobbold dianggotai wakil dari Tanah
oleh Kerajaan British •Sir David Watherston Melayu, Britain, Sabah, dan
•Sir Anthony Abell
•Muhammad Ghazali bin Shafie Sarawak ditubuhkan
•Wong Pow Nee
September 1962, kerajaan Ogos 1963, Pertubuhan Bangsa- Jun1963, Tunku Abdul Rahman
Singapura mengadakan Bangsa Bersatu membuat telah mengadakan rundingan
tinjauan sekali lagi dengan pihak British di London.
referendum untuk meninjau
pendapat penduduknya tentang Perjanjian Malaysia
ditandatangani di Malborough
pembentukan Malaysia House, London pada 9 Julai 1963
Pada 16 September 1963, negara
Malaysia yang merangkumi
Persekutuan Tanah Melayu,
Sawarak, Sabah dan Singapura
ditubuhkan secara rasminya
a. Selepas Merdeka, Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan kepada kerajaan British supaya
Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.
a. Kerajaan British menolak cadangan kerana Singapura pada awalnya diketepikan.
b. Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura ketika itu juga menyarankan agar Singapura digabungkan
dengan Persekutuan Tanah Melayu.
c. Cadangan pembentukan Malaysia dikemukakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putera Al Haj, Perdana
Menteri Pertama Tanah Melayu pada 27 Mei 1961 semasa menghadiri Persidangan Persatuan
Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura.
d. Gagasan Malaysia ialah cadangan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei dalam satu unit politik.
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 8
SALMIAH BINTI RAMLI
Proses-proses ke arah pembentukan Malaysia
a. Setelah mengemukakan cadangan pembentukan Malaysia, Tuanku Abdul Rahman mengadakan
lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menerangkan konsep dan matlamat pembentukan
Persekutuan Malaysia.
b. Rundingan juga diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan
pegawai-pegawai British dari Sabah, Sarawak dan Singapura.
c. Hasil daripada rundingan itu, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan
pada bulan Julai 1961 untuk menerangkan pembentukan Malaysia kepada penduduk.
Tujuan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum:
Memberitahu orang ramai tentang Malaysia
Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia
Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia
i. JPPK telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan
mengenai gagasan Malaysia
ii. JPPK telah mengadakan empat mesyuarat, iaitu di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18
Disember 1961) Kuala Lumpur (6 januri 1962) dan Singapura (1 Februari 1962)
iii. Hasil rundingan yang dijalankan, Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari
1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962.
Kandungan Memorandum kertas putih ini ialah:
Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia
Kerajaan persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan
Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama
Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan
Hak Istimewa seperti orang Melayu juga diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawak berhak mengawal imigresennya sendiri
Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan
Penubuhan Suruhanjaya Cobbold:
Suruhanjaya Cobbold juga ditubuhkan pada Januari 1962 oleh Kerajaan British untuk:
Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia
Membuat pernilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British
Antara cadangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya Cobbold ialah:
Perlembagaan Malaysia yang baharu harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak
Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk serta tarikh penubuhan Malaysia
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 9
SALMIAH BINTI RAMLI
ii. Pada bulan Ogos 1962, Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) yang dianggotai wakil dari Tanah Melayu,
Britain, Sabah, dan Sarawak ditubuhkan untuk:
Mengkaji laporan suruhanjaya Cobbold
Membincangkan hak serta kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.
iii. September 1962, kerajaan Singapura mengadakan referendum untuk meninjau pendapat penduduknya
tentang pembentukan Malaysia dan hasilnya menunjukkan penduduk Singapura bersetuju untuk
menyertai Malaysia.
iv. Berunei yang pada mulanya menyokong Malaysia, telah menarik diri daripada menyertai Malaysia pada
bulan Julai 1963.
v. Ogos 1963, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan sekali lagi dan mendapati penduduk
kedua-dua negara itu berhasrat untuk menyertai Malaysia.
Perjanjian Malaysia
Pada bulan Jun1963, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan pihak British di London.
Perjanjian Malaysia ditandatangani di Malborough House, London pada 9 Julai 1963.
Pada 16 September 1963, negara Malaysia yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Sawarak,
Sabah dan Singapura ditubuhkan secara rasminya.
Perkara dalam Perjanjian Malaysia adalah seperti berikut:
Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak tetapi masih
boleh digunakan
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh
digunakan
Untuk Sabah dan Sarawak , bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa kebangsaan sehingga 10
tahun selepas pembentukan Malaysia
Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan
awam
Rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama (hak istimewa)sama
dengan orang Melayu di Tanah Melayu
Faktor atau sebab pembentukan Malaysia:
i. Mempercepat proses kemerdekaan untuk Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang masih dijajah oleh
pihak British.
Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan untuk mempercepat proses kemerdekaan bagi Sabah dan
Sarawak, Brunei dan Singapura yang pada masa itu masih dibawah kekuasaan British.
British berjanji akan memberikan kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei
dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia.
Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan
dan keselamatan wilayah-wilayah ini daripada ancaman kuasa luar.
2. Mengimbangi penduduk Melayu dan Bumiputera dengan bukan bumiputera.
Tunku Abdul Rahman menjangkakan bahawa jika Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dengan
Tanah Melayu, hal ini akan mendatangkan faedah sosial.
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 10
SALMIAH BINTI RAMLI
Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menimbulkan masalah
ketidakseimbangan berbangsa Cina.
Kemasukan Sabah, Sarawak, dan Brunei akan mengimbangi kadar penduduk berdasarkan kaum
kerana 70 peratus daripada penduduk Borneo Utara ialah Bumiputera.
3. Membawa kemajuan dan kerjasama ekonomi yang lebih pesat kepada negara anggota.
Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi
bersama.
Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan,
tetapi Sabah dan Sarawak ialah negeri yang mundur.
Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan.
Kekayaan dari kawasan maju akan dipindahkan ke kawasan mundur untuk membiayai projek
pembangunan.
4. Menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara terutamanya di Singapura dan Sarawak yang boleh
menggugat kestabilan politik serantau.
Senario di Singapura
Sebab utama penubuhan Malaysia adalah untuk menentang kegiatan komunis yang semakin
bertambah di Singapura pada tahun 1950an.
Pada 1954, komunis telah menganjurkan pemogokan di sebuah syarikat bas yang kemudiannya
merebak menjadi rusuhan
Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak
tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew.
Pertelingkahan dalam pertubuhan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihan raya kecil pada tahun
1961, iaitu pilihan rayaHong Lim dan pilihan raya Anson.
Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dalam PETIR.
Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis, iaitu Barisan Sosialis
di bawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan.
Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu.
Gagasan Malaysia diharap dapat mengagalkan hasrat komunis untuk menguasai Singapura dan dapat
menyekat kemaraan mereka.
Senario Politik di Sarawak
Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan
tetapi dibubarkan semasa Darurat.
Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit, iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah
bergerak dalam kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani
Mereka menghasut masyarakat Cina agar menentang British.
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis.
Kerajaan British kemudiannya melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis
dalam SUPP tetapi gagal.
Gagasan Malaysia diharap dapat mewujudkan kestabilan politik dan dapat menentang ancaman
komunis.
PERISTIHARAN MALAYSIA
Persetujuan telah diperoleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 ogos 1963
Filipina dan Indonesia menentang kuat penubuhan Malaysia.
Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara Tanah Melayu. Akhirnya MAPHILINDO
ditubuhkan.
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 11
SALMIAH BINTI RAMLI
Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka
dalam gagasan Malaysia.
Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos- 5
September 1963.
Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda kerana laporan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu tentang misinya ke Sabah dan Sarawak hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963
Oleh itu, penubuhan Malaysia ditunda ke 16 September 1963.
Mengikut laporan PBB, lebih 70 peratus rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Gagasan Malaysia.
Pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diistiharkan secara rasminya.
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 12
SALMIAH BINTI RAMLI
Ringkasan Pembentukan Malaysia
Reaksi Pembentukan Msia
Faktor-Faktor Pembentukan Reaksi Dalam Negeri
Malaysia Rakyat Persekutuan Tanah
Faktor Politik
Langkah-Langkah Melayu menyokong
Menyekat pengaruh Pembentukan Malaysia Penubuhan Malaysia
Komunis di Asia Pas dan Barisan Sosialis
Tenggara terutamanya Tunku Ab.Rahman meminta dirundingkan
di Singapura. mengadakan lawatan dikalangan penduduk
Persekutuan Tanah Melayu
Mempercepatkan Rundingan dengan UMNO bersetuju tanpa
kemerdekaan Pegawai-pegawai Kanan penyertaan Singapura
Singapura, Sabah dan Persekutuan Tanah
Sarawak Melayu dengan pegawai- Reaksi Singapura
pegawai British dari Lee Kuan Yew dan PAP
Faktor Ekonomi Sarawak, Sabah dan
Singapura menyokong kerana
Membawa kemajuan bimbang pengaruh
dan kerjasama Penubuhan Jawatankuasa komunis.
ekonomi yang lebih Perundingan Perpaduan Pembangkang Singapura
pesat kepada negara Malaysia untuk ( Barisan Sosialis ]
anggota menerangkan konsep menentang.
Malaysia
Pasaran yang lebih luas Reaksi di Sabah dan
Menggalakkan Penubuhan Suruhanjaya Sarawak
Cobbold untuk
pelaburan dan mendapatkan pandangan Peringkat awal menentang
perkembangan penduduk Sabah dan Akhirnya bersetuju setelah
industri pertanian Sarawak
Mengukuhkan diberi penerangan kebaikan
ekonomi Malaysia Penubuhan Jawatankuasa menyertai Malaysia
Antara Kerajaan ( JAK )
Faktor Sosial yang telah memperincikan Reaksi Brunei
lagi cadangan Sultan Omar Ali Saifuddin
Mengimbangkan yangterdapat di dalam
jumlah penduduk Suruhanjaya Cobbold menyokong Gagasan
antara kaum Malaysia
bumiputera dan Perjanjian Malaysia telah Ditentang oleh Parti Rakyat
bukan bumiputera ditandatangani di Landon di bawah A.M.Azahari
pada 9 Julai 1963.
Mengawal jumlah dan Reaksi Indonesia
kadar Pertumbuhan Akta Malaysia telah Menentang Pembentukan
kaum diluluskan oleh Parlimen
British Malaysia dan menjalankan
Dasar Konfrantasi terhadap
Pada 16 September 1963 Malaysia
negara Malaysia telah Slogan Ganyang Malaysia
ditubuhkan secara rasmi digunakan
Reaksi Filipina
Filipina menentang gagasan
Malaysia dan Presiden
Macapagal menuntut hak ke
atas Sabah
MODUL PA PENGGAL 1, 2016 13