Salmiah binti Ramli
BAB 3: SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
KANDUNGAN
Kerajaan Malaysia
Konsep Raja Berpelembagaan
Konsep Demokrasi Berparlimen
Yang di-Pertuan Agong
Majlis Raja-Raja
Jawankuasa Pengampunan
Ketua Audit Negara
YANG DIPERTUAN
AGONG
MAJLIS RAJA-RAJA
PEGUAM NEGARA KETUA AUDIT NEGARA
BADAN PERUNDANGAN BADAN EKSEKUTIF BADAN KEHAKIMAN
PENGENALAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)
sebagai Ketua Negara.
Gelaran rasmi baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah,
Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang dan negeri baginda sendiri.
Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan atas nasihat Jemaah Pengampunan di
Mahkamah Awam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 1
Salmiah binti Ramli
Yang di-Pertuan Agong lambang perpaduan dan kedaulatan negara.
Kedudukan baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan, iaitu keutamaan
baginda mengatasi semua orang.
YDPA tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan dalam mana-mana mahkamah
kecuali dalam Mahkamah Khas Raja-Raja dengan keizinan Peguam Negara. Dalam
MKRR pula, baginda boleh didakwa jika melakukan kesalahan atas sifat peribadi
baginda sahaja, bukan atas sifat rasmi.
YDPA merupakan komponen badan perundangan persekutuan tetapi baginda tidak
mengambil bahagian dalam persidangannya.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pemerintahan tetapi kuasa itu tertakluk
kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
YDPA merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.
Konsep Raja Berpelembagaan
Sistem beraja mengikut Perlembagaan dan YDPA bertindak mengikut nasihat Jemaah
Menteri. Raja sesebuah negeri pula bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat
Kerajaan negeri (EXCO)
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara. Perdana
Menteri merupakan ketua kerajaan dan ketua badan eksekutif. Di peringkat negeri,
Sultan atau Yang di-Pertua Negeri ialah Ketua Negeri manakala Menteri Besar atau
Ketua Menteri sebagai Ketua Kerajaan Negeri.
Pemilihan yang dipertuan agong
Mana-mana raja daripada sembilan buah negeri beraja di Malaysia layak dipilih
sebagai YDPA kecuali jika:
o Baginda masih mentah dan tidak cukup umur.
o Baginda tidak mahu dipilih
o Baginda didapati tidak waras
o Majlis Raja-Raja (MRR) mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa
baginda tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas YDPA disebabkan oleh
kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh sebab-sebab lain.
Syarat pemilihan YDPA adalah:-
Mesti beragama Islam
Cukup umur dan matang
Waras pemikiran
Dilantik daripada keturunan diraja
Dipilih mengikut undian Majlis Raja-Raja antara sembilan Raja Melayu
mengikut aturan yang terdapat dalam Jadual 3, Perlembagaan Persekutuan
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 2
Salmiah binti Ramli
YDPA memegang jawatan selama lima tahun dan dibantu oleh Timbalan Yang di-
Pertuan Agong.
Jika YDPA mangkat, timbalan YDPA tidak secara automatik dilantik sebagai YDPA.
Pemilihan semula akan dilakukan oleh Majlis Raja-Raja
Saraan YDPA dan Timbalan YDPA ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan
yang Disatukan.
Pemilihan YDPA perlu mendapat sokongan 5 orang daripada 9 orang anggota Majlis
Raja-Raja. Apabila raja yang ditawarkan jawatan YDPA itu menerima jawatan itu, MRR
hendaklah mengistiharkan raja itu sebagai dipilih.
Kemudian, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku Setiausaha Majlis Raja-Raja,
hendaklah memberitahukan keputusan itu secara bertulis kepada Dewan Rakyat dan
Dewan Negara (Majlis Parlimen). Kemudian, baginda perlu mengangkat dan
menandatangani sumpah jawatan di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim
Negara.
YDPA boleh meletakkan jawatan baginda bila-bila masa tetapi secara bertulis kepada
Majlis Raja-Raja
Pemecatan YDPA hanya boleh dilakukan oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit 5
daripada 9 orang raja.
Kuasa Yang di-Pertuan Agong
Kuasa-kuasa Kuasa Kuasa
lain Eksekutif Perundangan
Kuasa
YDPA
Kuasa Kuasa
Budibicara Kehakiman
Kuasa eksekutif / fungsi eksekutif YDPA
Perkara 39 dan 40, Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa pentadbiran
negara dilaksanakan oleh kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri dibawah
naungan YDPA.
Kuasa eksekutif negara adalah dalam tangan Yang di-Pertuan Agong tetapi kuasa
eksekutif dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan Kabinet.
YDPA akan memilih ketua parti politik yang memperoleh kerusi terbanyak (undi
majoriti 2/3) melalui proses pilihan raya di Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 3
Salmiah binti Ramli
Baginda melantik ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri atas nasihat
Perdana Menteri
Walaupun baginda tidak mentadbir negara, namun baginda berhak meminta dan
mendapatkan apa-apa maklumat tentang pentadbiran negara daripada kabinet.
YDPA mengistiharkan darurat demi keamanan negara atas nasihat kabinet atau atas
budibicaranya sendiri.
Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan
semata-mata untuk membincangkan
keistimewaan, kedudukan, kemuliaaan dan
kebesaran raja
Kuasa
Budibicara
YDPA
Melantik Perdana Tidak mempersetujui
Menteri permintaan untuk
membubarkan Parlimen
Kuasa Perundangan YDPA/ fungsi perundangan YDPA
Memanggil Parlimen
bermesyuarat dari semasa
ke semasa
Memperkenankan Rang Kuasa Memberhentikan dan
Undang-undang yang Perundangan mempersetujui
diluluskan oleh Parlimen YDPA pembubaran Parlimen
dalam tempoh 30 hari
Memberi ucapan dalam
mana-mana Majlis
Parlimen
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 4
Salmiah binti Ramli
YDPA merupakan sebahagian daripada komponen Parlimen.
Mempunyai kuasa untuk mendengar perbicaraan pembentukan rang undang-
undang.
Jika YDPA tidak memperkenankan rang undang-undang tersebut dalam tempoh 30
hari, rang undang-undang tersebut tetap dijadikan undang-undang.
Rang undang-undang yang telah diperkenankan oleh YDPA akan diwartakan dalam
Warta Kerajaan dan dicapkan dengan mohor Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
YDPA berkuasa melantik Senator bagi Dewan Negara:-
o Dua orang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
o Seorang dari Wilayah Persekutuan Putrajaya
o Seorang dari Wilayah Persekutuan Labuan
o 40 orang senator dari semua negeri
o Senator merupakan tokoh dari bidang ikhtisas seperti perdagangan, pertanian,
memberi sumbangan kebajikan, kebudayaan, mewakili kaum minoriti dan
tokoh penting dalam perindustrian dan perdagangan.
Setiap kerajaan negeri juga akan melantik dua orang senator masing-masing bagi
menganggotai Dewan Negara.
Kuasa Kehakiman YDPA/ Fungsi kehakiman YDPA
Melantik Ketua
Hakim Negara
Mahkamah
Persekutuan
Melantik sesiapa sahaja yang Melantik Presiden
dianggap layak sebagai Mahkamah Rayuan
Pesuruhjaya Kehakiman atas
nasihat PM + Ketua Hakim
Negara Kuasa
Melantik Hakim- Lantikan Hakim Besar
Hakim Mahkamah YDPA dalam Mahkamah Tinggi
Malaya dan Sabah
badan
kehakiman dan Sarawak
Tinggi atas nasihat
PM + MRR
Melantik Hakim-
Melantik Hakim- Hakim
Hakim Mahkamah Mahkamah
Rayuan Agung
Baginda boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan seorang hakim melebihi umur
65 tahun atau 66 tahun untuk tempoh masa 6 bulan.
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 5
Salmiah binti Ramli
YDPA atas nasihat Perdana Menteri yang telah berunding dengan Ketua Hakim
Negara boleh menyingkirkan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan
:-
o berkelakuan tidak senonoh atau
o mempunyai masalah kesihatan atau
o tidak waras atau
o alasan-alasan lain.
Baginda melaksanakan kuasa pengampunan dengan nasihat Jemaah
Pengampunan atas nasihat Peguam Negara.
Kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman bagi semua
Pengampunan kesalahan yang telah dibicarakan di Mahkamah Tentera
YDPA
Mengampun segala kesalahan dalam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Mengampun, menangguh atau mengurangkan hukuman penjara
yang dijatuhkan oleh Mahkamah Awam, Mahkamah Tentera,
Mahkamah Syariah di negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan
Kuasa-Kuasa lain YDPA
Mengistiharkan
Darurat
Melantik diplomat Kuasa- YDPA sebagai Ketua
Malaysia di luar Kuasa lain Agama Islam bagi
negeri tidak beraja
negara dan menerima YDPA
mengadap diplomat dan Wilayah
Persekutuan
asing
Menjaga Hak Pemerintah
Istimewa orang Tertinggi Angkatan
Melayu dan Tentera
Bumiputera Sabah
dan Sarawak
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 6
Salmiah binti Ramli
Kuasa lantikan YDPA yang lain ialah melantik:-
Jawatan- Jawatan lain yang Atas nasihat Melalui kerjasama/ selepas
dilantik oleh YDPA Perdana Menteri berunding dengan..
Peguam Negara -
Majlis Raja-Raja
Ketua Audit Negara Perdana Menteri -
Suruhanjaya Perkhdimatan
Ketua Turus Angkatan Majlis Angkatan Polis
Bersenjata Tentera Majlis Raja-Raja
Perdana Menteri
Ketua Polis Negara dan Majlis Raja-Raja
Timbalan Ketua Polis Perdana Menteri
Negara Majlis Raja-Raja
Perdana Menteri
Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan
Jawatankuasa Suruhanjaya Perdana Menteri berkenaan
Perkhidmatan Awam
Perdana Menteri
Pengerusi dan Ahli
Jawatankuasa Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan
Pengerusi dan Ahli
Jawatankuasa Suruhanjaya
Pilihanraya
Ketua Setiusaha
Kementerian, Timbalannya,
Ketua Jabatan dan
Timbalannya
Had Kuasa YDPA
Menjalankan tugas dan
tanggungjawab sebagai raja di
negeri baginda sendiri, kecuali
menjadi Ketua Agama Islam
YDPA
tidak
boleh
Melantik pemangku raja atau ahli Meminda perlembagaan negeri
jemaah pemangku raja sebagai ganti baginda
pemangku raja atau ahli, mengikut
mana yang berkenaan, yang telah
mangkat atau yang tidak berupaya
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 7
Salmiah binti Ramli
YDPA juga tidak dibenarkan :-
o Bergiat aktif dalam perniagaan.
o Memegang apa-apa jawatan lain yang diberi saraan.
o Menerima apa-apa juga jenis pendapatan yang kena dibayar kepadanya
sebagai raja negerinya.
o Meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas hari tanpa
persetujuan Majlis Raja-Raja, kecuali atas lawatan rasmi negara.
o Melakukan kesalahan seperti mana yang dicatatkan dalam Kanun Keseksaan
atas sifat peribadi baginda.
o Tidak mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan permaisuri dan putera-
puteri baginda sendiri.
o Tidak berkuasa membenarkan permaisuri mempunyai kuasa seperti raja.
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 8
Salmiah binti Ramli
MAJLIS RAJA-RAJA
Pengenalan
Terdapat 9 orang raja dan 4 orang Yang di-Pertuan Negeri dalam pembentukan Majlis
Raja-Raja
Majlis Raja-Raja berkumpul untuk membincangkan hal ehwal raja-raja Melayu dan
Yang di-Pertuan Negeri
Majlis Raja-Raja merupakan satu komponen penting kerajaan demokrasi berparlimen
Keahlian Majlis Raja-Raja terdiri :-
Duli-duli Yang Yang di- Yang di- Penyimpan
Maha Mulia Pertuan Negeri Pertuan Besar Mohor Besar
Raja-Raja Pulau Pinang, Negeri Sembilan
(sultan) dan Melaka, Sabah Raja-Raja
Raja Perlis sebagai
dan Sarawak setiausaha Majlis
Raja-Raja
o YDPA bukan ahli Majlis Raja-Raja
o Wakil raja akan menggantikan raja yang tidak dapat hadir
Tugas Majlis Raja-Raja:-
o Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan.
o Mempersetujui atau tidak mana-mana pelantikan yang memerlukan
persetujuan Majlis Raja-Raja
o Menimbang soal-soal mengenai dasar negara.
o Menyetujui atau tidak berkenaan undang-undang berikut :-
Menyentuh keistimewaan orang Melayu
Kedudukan orang Melayu daripada aspek ekonomi
Perubahan sempadan negeri
Kebesaran raja
Upacara agama sebelum membuat perubahan dasar tentang tindakan
pentadbiran dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah
dan Sarawak
o Merunding pelantikan anggota :-
Mahkamah Khas atas nasihat Perdana Menteri.
Pengerusi, timbalan dan ahli suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Suruhanjaya Pendidikan dan Suruhanjaya Pilihanraya.
o Melantik seorang anggota menduduki Majlis Angkatan Tentera untuk
mewakili mereka.
o Memberi ampun, menangguh atau membatalkan, reprief, respit atau
meremit hukuman
o Menggantung atau meringankan hukuman
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 9
Salmiah binti Ramli
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja
Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan dibawah jagaan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Beliau memegang jawatan selama diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja
Tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja :-
Memanggil mesyuarat Majlis Menyimpan minit mesyuarat Mengumumkan keputusan
Raja-Raja atas arahan Yang di- Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja,
Pertuan Agong atau tidak mengistiharkan anak bulan
kurang 3 ahli Majlis Raja-Raja syawal sebelum berpuasa dan
menentukan tarikh hari raya
puasa.
Menandatangani dan Menerima dan mengedarkan
menurunkan cap Mohor kertas-kertas kerja yang
Besar bagi setiap dokumen
rasmi yang di keluarkan oleh hendak dikemukakan dalam
mesyuarat Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja
Jemaah Pengampun
Jemaah pengampun ditubuhkan disetiap negeri
Keanggotaan terdiri daripada :-
o Peguam Negara
o Ketua Menteri Negeri berkenaan
o Dan tidak lebih daripada tiga ahli lain yang dilantik raja atau Yang di-Pertuan
Negeri.
o Pengerusi mesyuarat ialah Raja atau Yang di-Pertua Negeri berkenaan.
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 1
0
Salmiah binti Ramli
Ketua Audit Negara
Ketua Audit Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Ketua Audit Negara tidak tertakluk kepada kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Wang saraannya ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Boleh bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidak boleh dipecat daripada
jawatannya kecuali atas alasan dan cara yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah
Persekutuan. (melalui tribunal)
Bebas daripada daripada pengaruh badan eksekutif.
Tugas dan tanggungjawab
Tugas utamanya ialah mengaudit dan mengesahkan penyata kewangan dan
melaporkan hasil pemeriksaannya kepada Yang di-Pertuan Agong, sultan-sultan
atau Yang di-Pertuan Negeri yang akan memperkenankan laporan tersebut
dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Mengaudit dan melapor terus kepada badan perundangan.
Ketua Audit Negara boleh memeriksa, menyiasat, dan mengaudit :-
Akaun-akaun Kerajaan
Persekutuan dan
Kerajaan Negeri
Akaun mana-mana Tugas Akaun-akaun mana-
Badan termasuk Pengauditan mana Badan atau
syarikat di bawah Akta Pihak Berkuasa Awam
Syarikat yang
mererima geran atau
pinjaman
Akaun Kumpulan
Wang yang ditubuhkan
secara berasingan oleh
Persekutuan dan
Negeri
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 1
1
Salmiah binti Ramli
TUGAS •Yang akan
PELAPORAN mengarahkan laporan-
KETUA AUDIT laporan itu
dibentangkan dalam
NEGARA Dewan Rakyat
Menghantar
laporan-
laporannya kepada
Seri Paduka
Baginda Yang di-
Pertuan Agong
Perkara-Perkara Laporan
yang dilaporkan mengenai akaun-
kepada Dewan
akaun sesuatu
Rakyat atau negeri atau pihak
Dewan Undangan berkuasa awam
Negeri negeri
•akan dibincangkan oleh • Hendaklah di hantar
Jawatan kuasa Kira-Kira kepada Raja atau Yang di-
Wang Negara atau Jawatan Pertuan Negeri bagi negeri
kuasa Kira-Kira Wang Negeri itu yang akan mengarahkan
mengikut mana yang laporan itu dibentangkan
berkenaan dalam Dewan Negeri.
Yang di-Pertuan Agong Pejabat Ketua Audit
Hasil Pengauditan Negara
Hasil Pelaporan
(tanggungjawab diberi
kepada Ketua Audit
Negara)
Kerajaan
Persekutuan/Kerajaan
Negeri
(YDPA/Raja atau Yang
di-Pertuan Negeri)
Perundangan
(Dewan
Parlimen/Dewan
Undangan Negeri )
MODUL PENGAJIAN AM, PENGGAL 1 1
2