The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 818-25-nuraqilahsubari, 2022-04-18 19:56:08

GAPD 1032

ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU

NAMA SISWA PENDIDIK : NUR AQILAH BINTI SUBARI

NOMBOR ANGKA GILIRAN : 2021052310013

NOMBOR KAD PENGENALAN : 021124-01-0028

KUMPULAN / UNIT : PPISMP PENDIDIKAN ISLAM 1

KOD / NAMA KURSUS : GAPD1032 ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL

NAMA PENSYARAH : DR. NORJANAH BINTI AMBO

TARIKH HANTAR : 29 MAC 2022

0

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama Siswa Pendidik: NUR AQILAH Angka Giliran : 2021052310013
BINTI SUBARI

Kod : GAPD1032 Nama Kursus : ASAS PEMBELAJARAN
DIGITAL

Pensyarah : DR. NORJANAH BINTI AMBO

Tarikh Hantar : 29.3.2022 Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh 29.3.2022
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus
Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan :
Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

1

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah kurnia dan

izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dengan baik
dalam jangka waktu yang ditetapkan. Meskipun akan berlaku beberapa cacat cela, saya
berharap para pensyarah yang menilai tugasan ini dapat mempertimbangkannya.

Saya amat berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak berjasa
dari awal hingga akhir dalam memberikan kata-kata semangat dan dorongan dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada adik-beradik saya yang turut
membantu dari segi kos pembikinan tugasan ini.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada pensyarah yang mengajar subjek GAPD1032
iaitu Dr. Nor Janah binti Ambo yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta
membimbing saya dan rakan-rakan sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Akhir kata, saya
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sehingga saya dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan
ini.

2

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Definisi Keselamatan Siber 4
2.0 Analisis Swot Berkenaan Isu Mengenai Keselamatan Siber 5

3.0 Cara Penambahbaikan Mengenai Isu Keselamatan Siber 6

4.0 Kesimpulan 7

5.0 Rujukan 8

3

1.0 DEFINISI KESELAMATAN SIBER
Keselamatan adalah sesuatu aspek yang sangat penting dalam memberi keutamaan

ketika membuat sesuatu perkara. Tambahan pula, siber adalah berkaitan dengan sesuatu
proses komunikasi yang berkaitan dengan komputer dan internet. Menurut Che (2006), siber
ini membawa maksud penggunaan teknologi komputer. Keselamatan siber atau cybersecurity
ini merujuk kepada pencegahan serta memantau akses yang digunakan bagi melindungi
segala maklumat daripada dicuri, penyalahgunaan, pengubahsuaian, pengakses yang tidak
sah dan lain-lain.

Menurut Nate Lord (2017), keselamatan siber ini merujuk kepada teknologi, amalan
serta proses dalam menjaga dan melindungi rangkaian, data atau peranti daripada segala
serangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penjenayah. Tindakan pencegahan ini
adalah untuk melindungi segala rangkaian yang merupakan tugas dari seorang administrator
rangkaian. Selain itu, keselamatan siber ini juga adalah salah satu perbuatan dalam
melindungi keselamatan maklumat dan ruangan siber daripada ancaman anasir-anasir luar
(George, 2017).

4

2.0 ANALISIS SWOT BERKENAAN ISU MENGENAI KESELAMATAN SIBER
Terdapat jadual yang merupakan jumlah statistik berkenaan jenayah keselamatan siber

dari tahun 2016 sehingga 2018. Laporan tersebut secara rasmi telah dikeluarkan oleh agensi
MyCERT, CyberSecurity Malaysia pada tahun 2019.

Mengikut statistik yang dikeluarkan, terdapat beberapa kategori seperti kandungan, gangguan
siber, penipuan, pencerobohan, kod hasad, spam serta spam e-mel. Pada tahun 2018, tahun
tersebut merupakan tahun tertinggi yang telah berlakunya insiden berkenaan keselamatan
siber sebanayak 1,564,640 berbanding tahun 2016 dan 2017. Insiden berkenanaan spam e-
mel pula adalah antara insiden yang mempunyai angka yang paling tinggi dan meningkat dari
tahun ke tahun bermula tahun 2016 hingga 2018. Pada tahun 2016, angka yang dicatatkan
adalah sebanyak 732,818 dimana angka ini meningkat sebanyak 823,030 dan menjadi
1,555,848 pada tahun 2018. Tambahan pula, kes kandungan juga meningkat dari tahun 2017
sebanyak 46 dan 2018 sebanyak 111. Menurut Muhammad Adnan, Siti Zobidah, Jusang
Bolong & Akmar Hayati (2017), mereka berpendapat bahawa faktor kurangnya ilmu
berkenaan undang-undang siber ini telah banyak menyumbang kepada peningkatan statistik
jenayah siber di Malaysia.

Dalam era perkembangan teknologi terkini, maklumat berkenaan isu di alam maya ini
bergerak lebih cepat berbanding dengan media yang lain. Ini menunjukkan kekuatan dimana
segala maklumat mudah diperoleh serta tidak membuang masa seseorang. Hal ini
diperkatakan demikian kerana generasi muda zaman sekarang tidak boleh dipisahkan dengan
alam siber. Menurut Ali Salman (2018), warga muda yang berada di Malaysia lebih gemar
dalam menggunakan media sosial semasa proses penyampaian dan dalam memperoleh
maklumat. Apabila teknologi dalam dunia siber ini semakin berkembang, ianya juga telah
membawa kesan yang negetif yang merupakan sesuatu kelemahan yang terdapat pada alam
siber ini kepada sesebuah negara terutama sekali dalam kalangan pengguna teknologi.

Sebagai contoh, buli siber dimana ianya dihadapi oleh warganet Malaysia di media
sosial sehingga terwujud istilah-istilah seperti “makcik bawang” serta “pakcik bawang”. Istilah

5

ini diberi oleh netizen kepada seseorang individu yang sangat menyukai dalam mengata
seseorang atau bergosip di laman sosial. Tambahan pula, istilah yang amat popular seperti
“tentera bawang Malaysia” juga banyak digunakan oleh netizen bagi merujuk kepada
kelakuan serangan ke atas sesuatu halaman media sosial. Ini dapat memberi peluang kepada
sesebuah negara agar tidak mudah dipergunakan. Akan tetapi, ramai tidak mengetahui
bahawa kebanyakan netizen amat mudah terdedah kepada segala ancaman siber seperti
maklumat peribadi diceroboh, menjadi mangsa penipuan dalam ancaman dan pelbagai
keselamatan siber terjejas.

3.0 CARA PENAMBAHBAIKAN MENGENAI ISU KESELAMATAN SIBER

Antara langkah atau penambahbaikan bagi mengurangkan statistik berkenaan jenayah
siber adalah melalui penguatkuasaan undang-undang. Hal ini dikatakan demikian kerana
melalui hukuman yang dikenakan oleh pesalah ini berpeluang bagi memberi kesedaran
kepada kesalahan yang mereka lakukan agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Walaupun alam siber ini tidak mempunyai sebarang sempadan, netizen-netizen ini masih
berada di kawasan yang mempunyai bidang kuasa secara fizikal dan masih tertakluk kepada
undang-undang negara.

Menurut Anita (2004), terdapat beberapa golongan netizen yang tidak sedar akan
kewujudan akta-akta tersebut. Tambahan pula, netizen ini juga tidak mengambil peduli
berkenaan undang-undang siber dan terus menyalahgunakan kemudahan internet yang telah
diberikan oleh kerajaan. Sebagai contoh undang-undang yang digubal kerajaan Malaysia
seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta
Fitnah 1957 dan sebagainya. Dalam hal ini, bagi pengguna internet amat perlu mengetahui
berkenaan kewujudan undang-undang siber yang menjadi sebagai panduan kepada mereka
bagi mengetahui segala perbuatan yang dilakukan tersebut betul atau salah. Di samping itu,
ianya juga dapat melindungi diri sekiranya menjadi mangsa siber.

Selain itu, bagi mengurangkan jenayah siber ini adalah dengan menggunakan kata
laluan dimana kata laluan ini sangat penting bagi melindungi segala data peribadi daripada
pencerobohan. Kata laluan yang digunakan mestilah kukuh dan mengandungi huruf, nombor
serta simbol agar maklumat yang sulit atau peribadi terpelihara daripada pengguna yang tidak
sah. Hal ini juga digalakkan bagi menukar kata laluan secara berkala iaitu sekurang-
kurangnya enam bulan sekali bagi mengelakkan penggunaan kata lauan yang sama agar
segala akaun kewangan, rekod kredit dan segala asset yang lain tidak mudah diceroboh oleh
sesiapa sahaja.

6

Akhir sekali, bagi mengurangkan statistik berkenaan isu keselamatan siber ini adalah
dengan mengemaskini segala perisian keselamatan. Perisian keselamatan ini adalah satu
program yang dirancang bagi melindungi maklumat dalam sistem computer atau rangkaian
atau sebarang peranti mudah alih. Hal ini dapat mengawal akses daripada penjenayah siber
dan melindungi system dari virus atau gangguan jaringan internet. Oleh hal yang demikian,
perisian computer ini perlu dilindungi atau telefon pintar juga dilindungi dengan mengemaskini
perisian keselamatan seperti antivirus atau anti-spyware.
4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, keselamatan siber ini perlu diperkukuhkan agar dapat menjamin
keselamatan peribadi seseorang dalam dunia siber ini. Segala undang-undang berkaitan
keselamatan siber ini dilakukan bagi memberi kesedaran keselamatan siber kepada
pengguna dunia siber. Dengan segala cadangan bagi penambahbaikan berkenaan isu
keselamatan siber ini, saya berharap agak jenayah siber ini berkurangan dan tidak dilakukan
lagi.

7

5.0 RUJUKAN
Apa itu keselamatan rangkaian dan jenis-jenis Ancaman Siber - FSTM KUIS. (2021). FSTM

KUIS. http://fstm.kuis.edu.my/blog/apa-itu-network-security-dan-jenis-jenis-ancaman-
siber/
Dan, K., Keselamatan, A., Dalam, S., & Adnan Bin Pitchan, M. (2018). UNIVERSITI PUTRA
MALAYSIA.http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68481/1/FBMK%202018%2016%20IR.p
df
Muhammad Adnan Pitchan & Siti Zobaidah Omar (2019). DASAR KESELAMATAN SIBER
MALAYSIA: TINJAUAN TERHADAP KESEDARAN NETIZEN DAN UNDANG-
UNDANG (SIBER SECURITY POLICY: REVIEW ON NETIZEN AWARENESS AND
LAWS), 35 (1): 103-119. https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/74414424/9178-with-
cover-page-v2.pdf?Expires=1648834968&Signature=YwaB9MJ88B 4BW1atXdUg7
JMXA3VyZl~PhAgWfKd-Fu7YmkCjJI9te89LYmmHCuXD4OOT2m47KdyvSjaDEm1K
viHbgPTN06ydtTMjhdEnfafqkfUUzsZW0oGuIWxJCfAzmErhVo6v-PEQ1BqHjMLV1fY
yeLjVKo~nNuWaP8yhorlqLHng7xrlyzBuuaOfXlIOf99xOBG89wHxiXTjyi4cyBWQRgk
b-JIPggvKjcvnkHTVNt1HINLVSofWWxNiA4y3aUstX-K83VRi8lZbsu~Xx1ML0vtTJ2H
mftFm~ijPa7n1EhcbGA0dGPlVmsW2jVE8RQvLjCIFdJuLP~lYHvBSg__&Key-Pair-
Id=APKAJLOHF5GGSLRBV4ZA
PRIHATIN SPANCO. (2021, May 9). 6 Cara Meningkatkan Keselamatan Siber. PRIHATIN
SPANCO. https://www.prihatinspanco.com.my/2021/05/10/3302/
siber? (2022). Apakah keselamatan siber? - definisi dari techopedia - Keselamatan - 2022.
Icy Science. https://ms.theastrologypage.com/cybersecurity#menu-1

8


Click to View FlipBook Version