The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Aisy Qistina Binti Johari, 2024-06-04 03:45:10

E-KAMUS BERISTILAH BERILUSTRASI SENI ANYAMAN ROTAN..

JIB3024 ASSIGNMENT KAMUS

KAMUS BERISTILAH BERILUSTRASI SENI ANYAMAN ROTAN Bahasa Melayu – Takrif – Ilustrasi PENERBITAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2024


KAMUS BERISTILAH BERILUSTRASI SENI ANYAMAN ROTAN


HALAMAN HAK CIPTA Cetakan pertama 2024 Penerbitan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, 2024 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan kamus ini dalam segala bentuk dengan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penerbit. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya KAMUS BERISTILAH BERILUSTRASI SENI ANYAMAN ROTAN/ KETUA EDITOR Anis Syamimi ISBN 978-0-7334-2609-4 Dicetak Oleh: Penerbit Universiti Malaya, Universiti Malaya, Lembah Pantai, 50603 Kuala Lumpur


KAMUS BERISTILAH BERILUSTRASI SENI ANYAMAN ROTAN SIDANG EDITOR Ketua Editor Anis Syamimi Binti Zainol Editor Nurul Aisy Qistina Binti Johari Dayang Noor Atirah Binti Ag Suaharday Jenifer Gausip @ Joseph Yang Turut Menyumbang Nurul Aisy Qistina Binti Johari Dayang Noor Atirah Binti Ag Suaharday Jenifer Gausip @ Joseph Pemasukan Data Anis Syamimi Binti Zainol Nurul Aisy Qistina Binti Johari Dayang Noor Atirah Binti Ag Suaharday Jenifer Gausip @ Joseph Reka Bentuk Kulit Nurul Aisy Qistina Binti Johari i


KANDUNGAN Sidang Editor i Kata Pengantar ii Prakata Penerbit iii Prakata Penggubal iv Pengenalan v Penghargaan vi Panduan Penggunaan Kamus Istilah Berilustrasi Seni Anyaman Rotan viii-ix Peta Konsep dan Istilah Jenis Kraf tangan 1-7 Peta Konsep dan Istilah Konsep Asas dalam Seni Anyaman Rotan 8-9 Peta Konsep dan Istilah Alat dalam Seni Anyaman Rotan 10-30 Peta Konsep dan Istilah Bahan dalam Seni Anyaman Rotan 31-36 Peta Konsep dan Istilah Proses dalam Seni Anyaman Rotan 37-47 Peta Konsep dan Istilah Teknik dalam Seni Anyaman Rotan 48-51 Peta Konsep dan Istilah Hasil dalam Seni Anyaman Rotan 52-70 Indeks 71-81


KATA PENGANTAR Puji syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan rahmat-Nya, membolehkan kami menyelesaikan penyusunan Kamus Beristilah Berilustrasi Seni Anyaman Rotan ini. Kamus ini disusun dengan tujuan menjadi sumber rujukan yang komprehensif dan mudah difahami untuk para pelajar, pengkaji, akademik, serta penggiat seni anyaman rotan. Seni anyaman rotan merupakan warisan budaya yang kaya dengan nilai estetika dan falsafah. Di dalam setiap helai rotan yang dianyam, terkandung cerita, kemahiran, dan tradisi yang telah diwarisi dari generasi ke generasi. Kamus ini hadir untuk melestarikan dan mengembangkan pengetahuan mengenai seni anyaman rotan serta memudahkan pemahaman istilah-istilah teknikal yang sering digunakan dalam bidang ini. Kamus Beristilah Berilustrasi Seni Anyaman Rotan ini disusun dengan pendekatan yang berbeza. Selain menyediakan definisi istilah secara terperinci, kamus ini juga dilengkapi dengan ilustrasi yang menarik dan informatif. Ilustrasi tersebut bertujuan memberikan gambaran visual yang lebih jelas agar pembaca dapat memahami konsep dan teknik anyaman dengan lebih mudah. Penyusunan kamus ini melibatkan pelbagai pihak yang pakar dalam bidang seni anyaman rotan, termasuk para pengkaji, akademik, dan seniman seni anyaman. Kami berharap kamus ini dapat menjadi rujukan yang berguna, baik bagi mereka yang baru mengenal seni anyaman rotan mahupun bagi mereka yang ingin memperdalam pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam penyusunan kamus ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami tujukan kepada para pengkaji dan seniman anyaman rotan yang telah berkongsi ilmu dan kemahiran mereka, serta kepada pensyarah yang turut membantu dalam memberikan cadangan dan maklum balas yang berharga. Akhir kata, kami berharap Kamus Beristilah Berilustrasi Seni Anyaman Rotan ini dapat memberikan manfaat yang besar dan turut berperanan dalam melestarikan serta mengembangkan seni anyaman rotan di Malaysia. Selamat membaca dan semoga bermanfaat. ii


PRAKATA PENERBIT Kamus beristilah berilustrasi Seni Anyaman Rotan disediakan khusus untuk dijadikan sumber rujukan bagi pengkaji bahasa, penganyam dan semua golongan masyarakat yang berminat, khususnya penggemar anyaman rotan. Kamus berinformatif ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian istilah dan bahagian berilustrasi. Bahagian istilah merangkumi aspek asas, iaitu alat, bahan, proses, teknik dan hasil anyaman rotan. Bahagian berilustrasi yang terdapat dalam kamus ini turut dapat membantu dan memudahkan pembaca memahami istilah-istilah yang diberikan pada bahagian istilah. Ilustrasi ini juga dibahagikan mengikut kategori yang sama seperti bahagian istilah, iaitu merangkumi aspek asas iaitu alat, bahan, proses, teknik dan hasil anyaman rotan. Penerbit yakin bahawa kamus ini mampu memberi maklumat yang berguna kepada para pembaca yang berminat atau ingin menambahkan lagi ilmu tentang seni anyaman rotan. Dr. Nur Azimah Bukhari Penasihat Akademik Jabatan Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Jun 2024 iii


PRAKATA PENGGUBAL ِ هلل الحمد ,setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin limpah kurnia-Nya, Kamus Beristilah Berilustrasi Seni Anyaman Rotan ini berjaya dihasilkan. Pertama sekali, kami dari barisan penggubal berasa amat bertuah kerana diberi kesempatan untuk melibatkan diri secara langsung dalam penghasilan kamus ini. Perkara ini merupakan peluang yang besar untuk kami kerana melalui penglibatan ini, secara tidak langsung dapat menyumbang kepada masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana kamus ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mahupun luar mengenai istilah-istilah yang digunakan dalam proses penghasilan seni anyaman rotan. Selaku ketua penggubal, tidak dinafikan bahawa proses penghasilan kamus ini amat rumit dan memakan masa yang lama. Situasi ini kerana terdapat pelbagai proses dan cabaran dalam penghasilan kamus ini. Bermula dari peringkat awal, iaitu mengumpul maklumat dan proses perbincangan mengenai bidang kamus yang dihasilkan, iaitu anyaman rotan. Seterusnya, peringkat pengumpulan entri berkaitan dengan bidang kamus yang dipilih dari sumber data primer dan sekunder. Setelah itu, proses mengklasifikasikan entri yang dikumpul mengikut konsep yang didukung oleh entri ke bentuk peta konsep. Selepas peta konsep dihasilkan, entri tersebut telah disusun berdasarkan peta konsep ke bentuk senarai istilah untuk dijadikan kamus. Ilustrasi bagi setiap entri ini telah dimasukkan bagi melengkapkan penerbitan kamus ini. Sekalung penghargaan juga perlu diberikan kepada individu, institusi dan pihak yang terlibat sepanjang proses penghasilan kamus ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pemantau dan pihak yang telah berusaha keras membantu sepanjang proses penghasilan kamus ini, iaitu Dr. Nur Azimah Binti Mohd Bukhari. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada barisan penggubal yang bersama-sama dan bertungkus lumus dalam menjayakan penghasilan kamus ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sewaktu penghasilan kamus ini sehingga kamus ini berjaya diterbitkan. Ketua Penggubal : Nurul Aisy Qistina Binti Johariooo Ahli-ahli Penggubal : Anis Syamimi Binti Zainol Dayang Noor Atirah Binti Ag Suaharday Jenifer Gausip @ Joseph iv


PENGENALAN Seni anyaman merupakan suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat Melayu di Malaysia serta rumpun Nusantara (Razana Baharudin et al., 2014). Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita sebagai cara untuk mengisi masa lapang mereka. Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan (Jafalizan Md. Jali et al., 2017). Bahan-bahan asas yang paling awal digunakan dalam menghasilkan anyaman ialah tumbuh-tumbuhan yang meliar di hutan-hutan, paya-paya dan kawasan di sekitar pesisiran pantai seperti akar, rotan, buluh dan mengkuang. Setiap barangan yang dihasilkan melalui seni anyaman mempunyai fungsinya yang tersendiri kepada masyarakat serta diberi nama berdasarkan sumber alam flora dan fauna. Anyaman yang diperbuat daripada rotan merupakan antara anyaman yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Anyaman rotan ialah satu proses menyilang, menjaring atau menjalin isi rotan, kulit rotan atau kedua-duanya dengan menggunakan teknik tertentu untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh menghasilkan sesuatu. Anyaman ini begitu luas penggunaannya bukan sahaja digunakan untuk membuat bakul dan tikar tetapi juga digunakan dalam penghasilan pelbagai produk yang lain. Rotan merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Palma pada suku Calameae yang mempunyai 17 genus dan terdapat sekitar 611 spesies di dunia. Terdapat 205 daripada 611 spesies rotan tersebut terdapat di Malaysia namun, hanya 20 spesies sahaja yang dikenalpasti kegunaannya serta mempunyai nilai pasaran. Rotan boleh didapati di dalam hutan malar hijau kawasan tropika termasuk di Malaysia. Seni anyaman rotan memerlukan proses yang agak rumit bermula dari pengambilan bahan tersebut di hutan sehinggalah proses pengawetan untuk mendapatkan rotan yang boleh digunakan dalam anyaman. Pemilihan jenis rotan yang digunakan dalam membuat sesuatu anyaman juga adalah sangat penting kerana setiap jenis rotan tersebut mempunyai ciri yang berbeza. Oleh itu, pengkaji memilih bidang anyaman rotan untuk dijadikan sebagai kamus berilustrasi bagi merungkaikan ayaman rotan itu sendiri dalam aspek seni anyaman. Secara amnya, kamus ilustrasi ini dihasilkan dengan daftar kata yang diikuti dengan takrif, gambar atau rujukan. Daftar kata atau entri yang disenaraikan akan dihuraikan dengan lebih mendalam dan jelas dalam definisi serta meletakkan gambar sebagai sokongan entri tersebut. Tujuan kaedah ini dilakukan adalah untuk menerangkan serta memberi kemudahan kepada pembaca untuk memahami entri yang disenaraikan. Kesimpulannya, kamus ilustrasi seni anyaman rotan ini terdiri daripada 179 entri sahaja. Daripada jumlah tersebut, terdapat aspek asas, alat, bahan, proses, teknik dan hasil anyaman rotan yang merangkumi keseluruhan proses pembuatannya. Kamus istilah ini hanyalah untuk pembaca mengetahui dan mendalami tentang seni anyaman rotan yang merupakan khazanah warisan Melayu yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang. v


PENGHARGAAN Setinggi-tinggi rasa penghargaan dititipkan terhadap Allah, tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hamba-Nya yang kerdil ini. Berserah kepada-Nya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya serta selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapatlah kami menyiapkan tugasan Kamus Beristilah Berilustrasi Seni Anyaman Rotan. Tugasan ini amat penting bagi kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada tugasan berkumpulan. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali kepada Dr. Nur Azimah binti Mohd Bukhari selaku pensyarah JIB3024 Leksikografi Bahasa Melayu kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada kami. Beliau juga tidak jemu membantu kami dalam mendapatkan hasil akhir kamus yang baik dan tersusun. Sehubungan dengan itu, penghargaan dan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan yang memberi kerjasama dan bersemangat dalam menyiapkan kamus ini, iaitu Anis Syamimi Binti Zainol, Nurul Aisy Qistina Binti Johari, Dayang Noor Atirah Binti Ag Suaharday dan Jenifer Gausip @ Joseph. Tidak lupa juga kepada informan istilah anyaman rotan, iaitu Encik Ishak bin Kassim dan Encik Mansor Md. Dan yang banyak memberi takrif bagi setiap konsep yang kami temui. Encik Ishak merupakan pengusaha dan penganyam rotan terkenal dan dikenali sebagai adiguru kraf anyaman rotan. Encik Mansor pula merupakan pengusaha dan tenaga pengajar anyaman rotan. Sesungguhnya tanpa kerjasama semua dalam menyiapkan tugasan, kamus berilustrasi beristilah ini tidak mungkin dapat disiapkan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan ini. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam tugasan ini. Kami juga berharap agar kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan membuahkan hasil. Tanpa bantuan semua, mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik. vi


PANDUAN PENGGUNAAN KAMUS 1. Penyenaraian Entri i. Semua entri dalam kamus ini disusun mengikut nombor istilah berdasarkan peta konsep. ii. Entri yang ditakrifkan dalam Kamus Beristilah Berilustrasi Seni Anyaman Rotan ini, baik yang berbentuk kata dasar, kata terbitan, kata majmuk atau frasa, semuanya diperlakukan sebagai entri tersendiri: iii. Entri dalam bahasa Inggeris akan menggunakan huruf condong: 2. Takrif i. Semua takrif diberikan di bawah entri dengan menggunakan huruf biasa, dan takrifan disediakan dengan menggunakan dua strategi, iaitu menghuraikan makna dalam bentuk frasa atau ayat penuh yang kadangkala melebihi satu ayat dan memberikan sinonim yang terhampir: ii. Entri yang takrifnya berbilang, kelainan takrif itu dinyatakan dengan angka Arab: 3. Ejaan Ejaan yang digunakan dalam kamus ini ialah bahasa Melayu berdasarkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. 4. Ilustrasi Ilustrasi telah digunakan dalam kamus ini, iaitu setiap ilustrasi diletakkan di bahagian bawah takrif. Penggunaan ilustrasi bertujuan untuk menerangkan sesuatu istilah tersebut dengan lebih jelas kepada pengguna kamus. 5. Peta Konsep Peta konsep digunakan untuk memudahkan pengguna memahami makna dan hubungan istilah yang telah disusun mengikut ciri dan kelasnya. Peta konsep dalam Kamus Beristilah Berilustrasi Seni Anyaman Rotan ini adalah sebagai bukti kewujudan sesebuah istilah yang mendukung konsep tertentu: vii


6. Jenis Taip Huruf dan Tanda Baca i. Huruf tebal Huruf tebal digunakan untuk menandai entri: ii. Huruf condong Huruf condong digunakan untuk menandai penggunaan bahasa Inggeris. iii. Tanda noktah Tanda noktah (.) digunakan untuk mengakhiri sesuatu takrif atau konsep yang diberi. 7. Singkatan Dalam Kamus Beristilah Berilustrasi Seni Anyaman Rotan ini digunakan singkatan-singkatan yang berikut: dr dari drp daripada utk untuk dlm dalam sst sesuatu dll dan lain-lain dsb dan sebagainya yg yang ttg tentang dgn dengan krn kerana kpd kepada pd pada sbg sebagai spt seperti sin. sinonim kn kata nama ix


ASAS PEMBUATAN ANYAMAN ROTAN Rajah 1 : Peta Konsep Jenis Kraf tangan kraf tanganIST1 Perusahaan, kerja atau seni yg memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan untuk penghasilan barang-barang atau hiasan. 1


modenIST2 Kraf tangan yg melibatkan kemahiran tangan yg menggabungkan warisan tradisional dgn bantuan teknologi terkini utk menciptakan sst hasil yg baru dan lebih inovatif. Sumber : http://surl.li/pehxu tradisionalIST3 Kraf tangan yg melibatkan kemahiran tangan dgn menggunakan bahan semulajadi utk menghasilkan sst hasil. Ia diwarisi secara turun-temurun. Sumber : http://surl.li/pcxkg seni kertasIST4 Kraf tangan moden yg menjalankan proses menggulung jaluran kertas dan ditekan dgn jari agar menjadi pelbagai bentuk lalu digam serta dicantumkan mengikut rekaan yg diingini. 2


kraf sabunIST5 Kraf tangan moden yg menghasilkan pelbagai bentuk sabun yg menarik dgn menggunakan teknik pencairan bahan asas sabun lalu meletakkannya ke dlm acuan pelbagai bentuk. Ia juga dikenali sbg proses ‘peleburan dan pembentukan sabun’. kraf manikIST6 Kraf tangan moden yg menghasilkan sst rekaan atau hiasan dgn cara menenun biji manik menggunakan benang khusus, melekatkan biji manik pd permukaan kain ataupun dirantai menggunakan benang atau kawat lembut. 3


kraf taliIST7 Kraf tangan moden yg menghasilkan sst barangan atau hiasan dgn menggunakan tali atau benang. Biasanya, kraf tali melibatkan teknik-teknik spt anyaman, pengikatan atau penjahitan tali utk membentuk struktur yg diinginkan. kraf lilinIST8 Kraf tangan moden yg melibatkan penggunaan lilin sbg bahan utama utk mencipta lilin pelbagai bentuk. Proses ini melibatkan peleburan lilin kemudiannya pencampuran warna lalu ia di tuangkan ke dlm acuan pelbagai bentuk. batikIST9 Kraf tangan tradisional yg menggunakan teknik menerap lilin cair dan mencelup warna ke atas kain sehingga meninggalkan kesan cantingan. Kain tersebut akan menghasilkan pelbagai corak menarik. 4


ukiran kayuIST10 Kraf tangan tradisional yg menjalankan proses mengukir, menoreh, menggores dan memahat kayu mengikut reka corak yg tertentu dgn menggunakan alatan spt pahat, pisau dsb. tenunanIST11 Kraf tangan tradisional yg menjalankan proses jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng dgn benang pakan utk dijadikan sehelai kain spt songket Melayu, kain Cindai dsb. Sumber : http://surl.li/pdyan anyamanIST12 Kraf tangan tradisional yg menjalankan proses menyilangkan, menjaringkan atau menjalinkan bahan-bahan drp tumbuh-tumbuhan utk dijadikan satu rumpun yg kuat dan seterusnya menghasilkan sst barangan. 5


tekatanIST13 Kraf tangan tradisional yg menggunakan teknik mengait benang emas (menekat atau menyulam) ke atas kain yg biasanya kain jenis baldu. mengkuangIST14 Anyaman yg melibatkan proses menyilang, menjaring atau menjalin helaian daun mengkuang dgn menggunakan teknik tertentu utk dijadikan satu rumpun yg kuat dan boleh menghasilkan sst. buluhIST15 Anyaman yg melibatkan proses menyilang, menjaring atau menjalin buluh dgn menggunakan teknik tertentu utk dijadikan satu rumpun yg kuat dan boleh menghasilkan sst barangan. 6


lidiIST16 Anyaman yg melibatkan proses melentur, menjaring atau menjalin lidi secara berselang-seli dan diselitkan di antara satu sama lain dgn menggunakan teknik tertentu utk menghasilkan sst corak. rotanIST17 Anyaman yg melibatkan proses menyilang, menjaring atau menjalin isi rotan, kulit rotan atau kedua-duanya dgn menggunakan teknik tertentu utk dijadikan satu rumpun yg kuat dan boleh menghasilkan sst. Rotan merupakan tumbuhan palma berduri yg hidup menjalar dan mempunyai pelbagai jenis. pandanIST18 Ayaman yg melibatkan proses menyilang, menjaring atau menjalin helaian daun pandan dgn menggunakan teknik tertentu utk dijadikan satu rumpun yg kuat dan boleh menghasilkan sst barangan. 7


ribu-ribuIST19 Anyaman yg melibatkan proses menyilang atau menjalin helaian ribu-ribu dgn menggunakan teknik tertentu utk dijadikan satu rumpun yg kuat dan boleh menghasilkan sst barangan. Sumber : http://surl.li/pdynb 8


Rajah 2 : Peta Konsep Asas Seni Anyaman Rotan alatIST20 Sst barangan yg diperlukan atau digunakan dlm seni anyaman rotan. bahanIST21 Ramuan sama ada berbentuk cecair, serbuk atau pepejal yg digunakan dlm proses penghasilan anyaman rotan. prosesIST22 Tindakan tertentu terhadap sst mengikut prosedur yg telah ditetapkan. Perkara yg dilakukan mengikut urutan spt drpd proses penebangan rotan sehinggalah proses penghasilan hasil anyaman rotan. 9


teknikIST23 Pengetahuan atau strategi yg digunakan dlm proses pembuatan barang-barang hasil industri. Sbg contoh dlm anyaman rotan teknik yg digunakan spt teknik lilit, tunggal dan dua sumbu. hasilIST24 Sst barangan yg diperolehi drp aktiviti menganyam rotan. 10


ALAT PEMBUATAN ANYAMAN ROTAN Rajah 3 : Pemetaan Konsep Asas Alat dalam Seni Anyaman Rotan pita pengukurIST25 Alat pengukur yg berbentuk pita dan bersifat fleksibel atau dgn kata lain mudah dibentuk. Ia digunakan utk mengukur bahan mentah dan barang siap semasa proses pembuatan rotan. 11


sesiku L IST26 Alat pengukuran berupa besi yg digunakan utk menentukan ketepatan sudut dan mengukur kembaran rotan supaya sama rata semasa proses menganyam rotan. pembarisIST27 Alat yg dipakai utk membuat baris, menanda atau mengukur sst. guntingIST28 Alat utk memotong sst yg terdiri dua bilah logam yg dirangkapkan. 12


pisauIST29 Alat yg diperbuat dr buluh sbg pemegang dan sekeping besi di hujungnya, digunakan utk memotong dan membuang duri halus rotan di bahagian tulang belakang rotan. parangIST30 Alat yg digunakan utk memotong sst dan berbentuk pisau besar. ragumIST31 Alat yg digunakan dlm kerja-kerja memotong paku halus dan memerlukan penjagaan dgn menyapu minyak di bahagian paksi. 13


gergajiIST32 Alat yg bergerigi pd matanya yg digunakan utk memotong. penyembur airIST33 Alat yg digunakan utk melembabkan rotan pulur supaya lembut semasa proses menganyam dan membentuk anyaman. gas obor biruIST34 Alat pemanas (melayur) bagi mendapatkan haba utk melembutkan rotan dan memudahkan kerja membengkok dan digunakan juga utk membakar bulu-bulu rotan anyaman khususnya semasa kerja penyudahan menganyam rotan. 14


playarIST35 Alat yg digunakan utk menyepit rotan dlm proses menganyam rotan. tukul besi kecilIST36 Alat yg diperbuat drp besi utk mengetuk sst. pemutar skruIST37 Alat yg digunakan utk mencantumkan, membenam dan mencabut skru semasa kerja-kerja pemasangan bingkai spt kerusi. 15


gamIST38 Alat utk melekatkan sst dgn segera. air tackerIST39 Alat yg digunakan utk kerja-kerja memaku atau mencantumkan anyaman rotan. pemampat udaraIST40 Alat utk membekalkan angin kpd peralatan yg memerlukan kuasa angin utk berfungsi. Sumber : http://surl.li/pdyjf 16


pistol penyemburIST41 Dikenali sbg spray gun adalah alat yg digunakan utk kerja-kerja kemasan spt menyembur bahan kimia spt lacquer dan cat pd anyaman rotan. mesinIST42 Alat yg mempunyai bahagian yg boleh bergerak dan boleh melakukan atau membantu membuat kerja. 17


Rajah 4 : Pemetaan Konsep Alat bagi Pita Pengukur klip tali pinggangIST43 Bahagian di sisi sarung pita pengukur terdapat klip tali pinggang yg digunakan utk mengikat tali pinggang utk dibawa keluar. bilahIST44 1. bahagian pita pengukur terdapat bilah utk mengukur jarak dr satu tempat ke tempat lain. 2. bahagian sesiku L yg digunakan utk membuat garisan tegak dan selari. 3. bahagian parang yg tajam dan berfungsi utk menghiris, memangkas, mencungkil dan meleper. kesIST45 Bahagian luar badan pita pengukur yg melindungi pita pengukur dr kotoran dan serpihan. kunci ibu jariIST46 Bahagian luar pita pengukur yg digunakan utk menghentikan bilah drp meluncur masuk secara automatik. 18


cangkukIST47 Bahagian hadapan bilah akan terdapat cangkuk yg boleh digunakan utk menyelipkan sst bahan utk tujuan mengukur. selempang nilonIST48 Bahagian tali yg bersifat Nylon Sling utk menggantungkan pita pengukur dgn kuat ke dinding. musim bunga dan berhentiIST49 Bahagian luar pita pengukur yg digunakan utk menghentikan bilah drp meluncur masuk secara automatik. 19


Rajah 5 : Pemetaan Konsep Alat bagi Sesiku L dan Pisau tonggakIST50 Bahagian pemegang sesiku L, diperbuat drp besi dan dibina bersudut 90 darjah. pisau dapurIST51 Alat yg digunakan utk memotong rotan. 20


pisau nipisIST52 Alat yg digunakan utk meraut, membelah atau menipiskan rotan kecil khususnya utk kerja-kerja membuat tangkai. Rajah 6 : Pemetaan Konsep Alat bagi Parang huluIST53 1. Bahagian pemegang parang yg diperbuat drp kayu dan setengahnya drp plastik. 2.Bahagian belakang tukul yg bersambung dgn gagang. Bahagian ini juga boleh dipanggil sbg "kepala" tukul. Hulu biasanya lebih berat dan direka utk memberikan keseimbangan dan daya pukulan yg efisien apabila tukul digunakan. 3. Bahagian yg berada di hujung atau belakang alat pemutar skru. Berfungsi sbg tempat penerimaan daya yg digunakan utk memutar atau memasukkan skru. 21


sarungIST54 Bahagian luar parang yg meliputi bilah parang. Diperbuat drp kayu. tali pengikatIST55 Bahagian pd sarung terdapat tali pengikat berfungsi sbg pengikat parang ke pinggang. Rajah 7 : Pemetaan Konsep Alat bagi Ragum rahang geserIST56 Bahagian dlm ragum yg mengapit bahan kerja dan boleh bergerak bersama tuas pemutar. rahang tetapIST57 Bahagian dlm ragum yg mengapit benda kerja dan kekal tanpa bergerak ketika tuas pemutar diputar. 22


anvilIST58 Bahagian dlm ragum utk meletakkan benda kerja yg membantu pd waktu tertentu atau waktu diperlukan. sliderIST59 Bahagian dlm ragum yg bersambung dgn rahang geser dan menjamin rahang geser supaya kekal lurus. dudukanIST60 Bahagian dlm ragum yg berfungsi sbg dasar utk diikatkan pd bangku atau meja kerja agar ragum dapat diikat dgn kuat dan kukuh. tuas pemutarIST61 Bahagian dlm ragum yg digunakan utk mengalihkan rahang geser dgn memutar tuas. Pusingkan tuas ke kiri akan membuka rahang geser, pusingkan tuas ke kanan akan menutup rahang geser. batang ulirIST62 Bahagian pemegang yg mempunyai benang di dlm dan membolehkannya menggeser rahang geser apabila diputar atau dialihkan. 23


Rajah 8 : Pemetaan Konsep Alat bagi Gergaji rangkaIST63 Bahagian badan gergaji yg digunakan utk menyokong proses pemotongan bahan. daun mata gergajiIST64 Bahagian mata gergaji yg tajam berfungsi utk memotong sst (rotan). Daun mata gergaji dlm pelbagai saiz membolehkan pemilihan yg sesuai dgn jenis bahan yg akan dipotong. mur dan baut pengikatIST65 Bahagian dlm gergaji yg berfungsi sbg penegang. Tegangan yg sesuai penting dlm mengekalkan kestabilan dan penguncian mata gergaji pd posisinya semasa digunakan supaya mata gergaji kekal kukuh dan terpasang dgn selamat. pemegangIST66 Bahagian pemegang gergaji yg berbentuk huruf ‘D’ atau ‘U’. Pemegang berfungsi utk menggerakkan gergaji dan diperbuat drp bahan yg kukuh dan tahan lama. 24


Rajah 9 : Pemetaan Konsep Alat bagi Gas Obor biru dan Playar pembakarIST67 Pembakar gas obor biru merujuk kpd alat atau komponen yg dikhususkan utk menghasilkan api berwarna biru pd obor gas. Ini termasuk peranti pembakaran dlm sistem obor atau alat yg mengatur pembakaran gas utk menghasilkan api. pemegang oborIST68 Bahagian pemegang yg digunakan utk memegang ketika mengendalikan gas obor biru utk mengelakkan kecederaan atau melecur pd badan. hosIST69 Hos gas obor biru adalah saluran fleksibel yg dirancang utk mengalirkan gas ke pembakar pd obor biru. Hos ini tahan terhadap tekanan tinggi dan dibuat khusus utk digunakan dgn gas biru. klip hosIST70 Bahagian gas obor biru yg merujuk kpd klip atau kait yg digunakan utk memasang hos gas pd tempatnya. Berfungsi utk menjaga hos supaya kekal pd posisinya dan mencegah pergerakan. 25


pengawal seliaIST71 Pengawal selia memastikan tekanan gas malar supaya obor berfungsi dgn baik dlm semua keadaan. playar muncung rata IST72 Alat yg berfungsi utk menyepit paku halus, khususnya dlm pembentukan bingkai dan tangkai bakul. 26


playar muncung tirusIST73 Alat yg digunakan bagi kerja menyepit rotan utk memudahkan pembentukan tiang bakul bagi mengurangkan kecacatan dan kerosakan semasa pembentukan rotan. Rajah 10 : Pemetaan Konsep Alat bagi Tukul Besi Kecil, Pemutar Skru dan Air Tacker pinIST74 Bahagian pd tukul besi yg berfungsi utk menghubungkan dan menahan gagang tukul. Pin ini juga digunakan utk mengetuk paku halus. 27


mukaIST75 Bahagian hujung besi yg digunakan utk memukul benda. mata IST76 Bahagian mata pemutar skru yg bersentuhan langsung dgn skru. Ia direka dgn bentuk dan ukuran yg sesuai dgn kepala skru utk memastikan kaitan yg kukuh semasa memutar skru. air tacker double IST77 Alat yg digunakan utk melekatkan rotan anyaman ke bingkai. 28


air tacker singleIST78 Alat yg digunakan utk memaku rotan. Ia dapat mempercepatkan lagi kerja-kerja memaku. Rajah 11 : Pemetaan Konsep Alat bagi Mesin mesin gerudi tanganIST79 Alat yg berfungsi utk menebuk atau melubangkan rotan mengikut saiz mata drill yg digunakan, bersifat mobil dan mudah dibawa kemana-mana. 29


mesin gerudi bangkuIST80 Alat yg digunakan utk menebuk atau melubangkan rotan mengikut saiz mata drill yg digunakan. Biasanya digunakan utk melubangkan rotan yg lebih tebal. suisIST81 Bahagian suis mesin gerudi tangan yg digunakan utk menghidupkan dan mematikan putaran motor. motorIST82 1. Bahagian mesin gerudi tangan yg mengawal putaran bindu. 2. Bahagian mesin gerudi bangku yg digunakan utk menghantar kuasa putaran pd bindu. binduIST83 1. Bahagian mesin gerudi tangan yg akan mencengkam dan memutarkan mata gerudi. 2. Bahagian mesin gerudi bangku yg akan memegang mata gerudi. penutup takalIST84 Bahagian luar mesin gerudi bangku yg menutup takal dan tali sawat. meja gerudiIST85 Bahagian mesin gerudi bangku yg diperbuat dr besi tuang sama ada bulat atau persegi. Meja gerudi ini boleh dinaikkan, diturunkan dan dikilas di sepanjang turus. tuas kendalianIST86 Bahagian mesin gerudi bangku yg digunakan utk menurunkan dan menaikkan bindu. turusIST87 Bahagian keluli berongga yg menyokong motor dan mekanisma kendalian. 30


tapakIST88 Bahagian bawah mesin gerudi yg dibuat dr besi tuang utk menyokong mesin. 31


BAHAN PEMBUATAN ANYAMAN ROTAN Rajah 12 : Pemetaan Konsep Bahan dalam Seni Anyaman Rotan rotan anyamanIST89 Bahan utama yg digunakan dlm seni anyaman rotan. Rotan anyaman merupakan pokok rotan yg telah melalui proses pengawetan dan pemutihan rotan. kayu apiIST90 Bahan yg diperolehi drp bahagian pokok yg keras dan digunakan sbg bahan api. Digunakan sbg bahan api semasa proses pengawetan rotan. 32


airIST91 Bahan kimia berbentuk cecair yg terbina drp dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Digunakan utk membasuh rotan selepas melalui proses pengawetan. Ia turut digunakan utk melembapkan rotan semasa proses menganyam dilakukan. minyakIST92 Bahan berbentuk cecair yg tidak boleh bercampur dgn air. Diperolehi drp tumbuh-tumbuhan, binatang ataupun lombong. Digunakan utk merebus rotan semasa proses pengawetan. Sumber : http://surl.li/tpogu 33


kertas pasirIST93 Bahan berupa kertas keras dan kasar yg digunakan utk mengupas kulit rotan dgn cara menggeselkan kertas tersebut di atas permukaan rotan. Ia juga digunakan utk menggilapkan rotan semasa proses penghiasan anyaman rotan. sulfurIST94 Bahan berbentuk unsur kimia, bentuk aslinya adalah satu hablur pepejal yg berwarna kuning. Digunakan semasa proses pemutihan rotan dilakukan. Sumber : http://surl.li/peail belerangIST95 n (sin.) lih sulfurIST94 pewarnaIST96 Bahan yg berbentuk cecair, serbuk, gel atau pes yg digunakan utk mewarnakan sst. Digunakan semasa proses pewarnaan dan proses penyemburan rotan. 34


rotan pulurIST97 Rotan anyaman kategori kecil bersaiz 1.5 mm hingga 8 mm yg telah melalui proses pemutihan dan penanggalan kulit. Biasanya digunakan utk membuat barang-barang anyaman yg bersifat kecil spt bakul, tikar, lekar dll. rotan isiIST98 n (sin.) lih rotan pulurIS97 rotan buang kulitIST99 Rotan anyaman kategori besar bersaiz 16 mm hingga 40 mm yg telah melalui proses pemutihan dan penanggalan kulit. Biasanya digunakan utk membuat barang-barang anyaman yg lebih besar spt perabot. rotan berkupasIST100 n (sin.) lih rotan buang kulitIST99 35


Click to View FlipBook Version