The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gdarlenie, 2023-05-14 12:45:52

penularan budaya hedonisme

penularan budaya hedonisme

1 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PENULARAN BUDAYA HEDONISME MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA DARLENIE GERUDA VERONICA DIJAH GADDELINE ANGELA BEATRICE


KOD KURSUS :MPU23042NILAIMASYARAKATMALAYSIA NAMA PENSYARAH : PUAN FATIN FAQERIAH BINTI HAMSAH PENULIS: 1.DARLENIE GERUDA ANAK RICHARD LEO (20DPM22F1019) 2.VERONICA DIJAH ANAK PETER MANGGAI (20DPM22F1048) 3.GADDELINE GORDON (20DPM22F1036) 4.ANGELA BEATRICE YUSAK (20DPM22F1005)


KANDUNGAN OBJEKTIF PENGENALAN FAKTOR KESAN CARA CONTOH ISU KESIMPULAN AKTIVITI PENGETAHUAN RUJUKAN


OBJEKTIF E-book ini dihasilkan bagi pembaca dapat memahami dan mengenal pasti lagi tentang budaya hedonisme. Pembaca dapat mengambil iktibar dari e-book ini agar tidak mudah dipengaruhi oleh budaya barat. Pembaca dapat mengurangkan budaya hedonisme dalam kalangan pelajar. Pembaca dapat mengetahui pergerakan budaya hedonisme dala Malaysia. Pembaca dapat menganalisis isu budaya hedonisme dalam negara.


1 Dengan atas izin Tuhan, syukur kerana kami dapat menyelesaikan penulisan e-book ini sepanjang tempoh masa yang diberikan. Ini telah dihasilkan secara bersama yang terdiri daripada 4 orang bagi mengendalikan ebook ini. E-book ini berpandukan dari buku Nilai Masyarakat Malaysia. Tak lupa juga kepada pensyarah Nilai Masyarakat Malaysia, Puan Fatin Faqeriah kerana telah memberi tunjuk ajar serta membimbing kami dalam menghasilkan e-book ini. E-book ini menceritakan bagaimana budaya hedonisme berpengaruh dalama kalangan generasi muda sehingga mereka terjebak dalam budaya tersebut. Secara amnya, buku ini mengandungi fakta yang menarik serta contoh yang berkaitan dengan budaya hedonisme. Di samping itu, e-book ini juga mengadungi aktiviti pengukuhan bagi melatih minda pembaca. E-book ini sesuai dibaca kerana masyrakat dapat mengenal pasti lagi faktor, kesan mahupun cabaran budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda. E-book ini diharapkan dapat memberi manfaat dan nilai moral serta pengajaran bagi membangungkan lagi generasi yang beretika Penghargaan


2 PENGENALAN Hedonisme ini merujuk kepada satu falsafah tentang fahaman yang berkait rapat dengan keseronokan yang merupakan objektif utama dalam kehidupan manusia. Ini menunjukkan bahawa hedonisme ini adalah salah satu pandangan yang menyatakan bahawa kenikmatan atau kesenangan itu merupakan tujuab hidup dalam tindakan manusia. Hedonisme juga menjadi sistem nilai kepada gaya hidup remaja masa kini akan melahirkan penyakit-penyakit sosiobudaya seperti dadah, bercinta sesama jenis, filem yang membangkitkan nafsu, eksploitasi wajah serrta tubuh wanita dan obses dengan barangan mewah sehinga malamat hidup mereka hanya berkiblatkan nafsu. Generasi yang tidak aman terhadap sebutan hedonis adalah remaja. Pasalnya, mereka sangat antusias terhadap adanya hal baru termasuk gaya hidup hedonis. Mereka cenderung untuk lebih memilih hidup enak, mewah dan serba kecukupan tanpa harus bekerja keras. Daya pikatnya meman sangat luar biasa sehingga dalam waktu yang singkat, oandangan ini telah merasuki mereka


FAKTOR PENULARAN BUDAYA HEDONISME Kecanggihan teknologi yang telah dikecapi ini membuatkan generasi kini mudah untuk menerima segala jenis maklumat tanpa tapisan termasuklah berkenaan dengan pengaruh budaya dari negara barat yang jauh terpesong daripada didikan agama. Pegangan agama yang lemah dalam diri individu. Jika pegangan ini tidak dihayati dan dipratikkan dengan baik, ini boleh menyebabkan seseorang itu mudah terdorong ke dalam pengaruh budaya hedonisme ini. Budaya fesyen yang melampau yang diikuti oleh generasi muda dari budaya barat juga menjadi salah satu faktor. Apabila sesorang individu itu terlalu taksub dengan cara pemakaian dari negara luar, mereka pastinya akan mengikuti trend-trend terkini sehingga lupa akan batasan pemakaian. Penjaga yang tidak mengendahkan aktiviti anakanak mereka yang menyebabkan generasi kini melakukan apa sahaja yang mereka suka seperti bersiar-siar tanpa arah tuju, menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral yang boleh merosakkan akhalk para remaja. Dalam pada masa yang sama, kebajikan anak-anak tidak seharusnya diketepkan malah perlu dijaga dengan sebaiknya. Ibubapa yang lebih mendahulukan duniawi daripada tanggungjawab yang tidak seharusnya dijadikan tauladan dan contoh. Jika sikap ini tidak diubah oleh ibubapa, anak-anak akan berasa tidak disayangi dan dapat dipastikan mereka akan kekurangan kasih sayang daripada orang tua mereka. Ekoran daripada itu, anak-anak yang terbiar ini akan mencari ketengan dan keseronokan di luar. 3


4 KESAN PENULARAN BUDAYA HEDONISME Menggalakkan generasi muda untuk melakukan kejahatan. Hal ini kerana mereka yang telah terpengaruh akan mengutamakan dan berpegang kepada materialisme yang mengakibatkan mereka untuk menjadikan duniawi sebagai matlamat hidup. Disebabkan pendewaan terhadap matesialisme, mereka sentiasa menggunakan sebagai ukuran bagi setiap yang mereka lakukan dan ia kana tertumpu oada nilai material dan buka pada akhlak murninya. Selain dari itu, dapat melahirkan individu yang bongkak terhadap nasihat. Ia terjadi berakibat daripada nilai-nilai palsu dan nikmat fana yang menyesatkan mereka sehingga boongkak terhadap persekitaran Pada masa yang sama, ia meningkatkan lagii gejala jenayah sosial dalam kalangan remaja sehingga menyebabkan penglibatan remaja hanya memburukkan lagi keadaan dari segi nama negara. Disamping itu, gagal melahirkan generasi yang berakhlak dan berwawasan. Ia akanmemperjejaskan perilaku remaja Pegangan agama lemah. Ini kerana pegangan yang lemah menyebabkan merekamudah lalai danmudah untuk terpangaruh.


5 CARA MENGURANGKAN BUDAYA HEDONISME Remaja kini haruslah mempunyai pegangan agama yang kukuh. Ini kerana mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya luar dan tidak akan mengikuti pengaruh rakanyang mengikuti budaya tersebut. Selain dari itu, pengawasan dari ibubapa sejak kecil lagi. Ibu bapa kena memantau anak-anak dari segi pergaulan mahupun penggunaan teknologi. Selain itu, kerajaan kenalah meningkatkan lagi sistem pendidikan dan latihan moral dalam setiap sekolah mahupun di setiap industri tinggi dan perkhidmatan awam. Hal ini memberikan impak yang positif terhadap kepada diri remaja. Disamping itu, memberikan galakan tak kira dari ibubapa atau pun dari masyarakat. Ini juga akan mengeratkan hubungan dengan keluarga mahupun dengan masayarakat. Ini juga akan membuat ibubapa lebih mengenali peribadi anak mereka. Akhir sekali, memberikan dakwah agama kepada remaja yang terpengaruh. Pendakwah juga hendaklah meluaskan lagi skop agar menyampaikan dakwah dengan betul tanpa mengkritik atau menyetuh isu sensitiviti.


6 CONTOH ISU DALAM BUDAYA HEDONISME Contoh isu yang pertama LGBT. Mereka yang terjerumuh dalam kegiatan ini telah hilang rasa malu dan kini mereka telah berani melantangkan suara bagi memperjuangkan perbuatan jijik ini diiktirafkan oleh negara. Mereka juga berani untuk melawan bagi sesiapa yang menentang perbuatan ini dan menganggap mereka sebagai homofobik. InI beralasankan bahawa mereka tidak menghormati hak asasi mereka dari segi kebebasan dalam bersuara dan membuat pilihan. Isu ketagihan dadah.Akibat perasaan curiga remaja terjerumus dalam melakukan kegiatan dadah dan ubat-ubatan terlarang yang sudah pasti merosakkan diri.Mereka akan ketagih sehingga mereka tidak dapat menjalankan kehidupan tanpa ubat-ubatan terlarang. Selain itu, isu rokok elektronik. Ini telah menjadi amalan gaya hidup bagi mereka kerana rokok elektronik atau 'vape' mampu untuk mengurangkan tekanan dan stress dalam hidup. Mereka juga menganggap bahawa menghisap 'vape' menandakan bahawa mereka telah dewasa dan matang. Penjual rokok elektronik juga menjual tanpa merasa risau akan kesihatan begitu juga dengan yang membeli. Disamping itu, isu pergaulan bebas dalam remaja. Ini terjadi akibat mengikuti rakan melakukan perbuatan yang tidak benar. Cotntohnya mengikuti ajakan rakan minum minuman beralkohol, 'clubbing' mahupun berpesta. Lama kelamaan ini akan menjadi ketagihan dalam hidup dan merosakkan generasi bangsa serta melahirkan generasi yang tidak berakhlak mulia. Yang terakhir, isu remaja yang mengikuti trend. Mereka yang selalu mengikuti trend masa kini tanpa ketinggalan mahupun dari segi pakaian ataupun tarian.Contohnya dalam salah satu aplikasi media sosial 'Tiktok' remaja khusuk menari sehingga merrka ketagih untuk menari mahupun dimana atau boleh dikatakan sebagai Tiktok syndrome.


7 KESIMPULAN Budaya hedonisme perlu dikawal supaya anak muda dapat mengawal nafsu yang sentiasa mendorong ke arah keseronokan. Perkembangan teknologi alaf baru hanya dihujung jari membolehkan sebarang maklumat tidak sepatutnya tersebar luas. Anak muda yang kuat rasa ingin tahu akan terus mencuba tanpa mempertimbangankan antara baik dan buruk sesuatu tindakan.Sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak dan institusi dapat mengawal anak muda daripada terus hanyut dengan budaya yang mementingkan keseronokan dan kesenangan ini. Hakikatnya kemahuan untuk berhibur adalah tidak salah, namun hiburan tersebut harus dibatasi dengan ajaran Isalam supaya selari dengan aspek nilai, budaya dan adat yang diamalkan oleh masyarakat negara ini. Dengan itu,gaya hidup yang berpaksikan huburan melampau perlu dicegah dari awal kerana kesannya boleh menjejaskan matlamat negara dalam melahirkan masyarakat yang kuat dari segi intelek,rohani, jasmani dan emosi.


8 AKTIVITI PENGUKUHAN https://forms.gle/YrT EmDpFoeHDUmUP9


9 1.https://www.studocu.com/my/document/k olej-matrikulasi-labuan/english/puncahedonisme/15158290 2. https://myref.org.my/2023/01/06/budayahedonisme-mengikis-keperibadian-dan-jatidiri/ 3. Masitah Mohd Ali, Siti Noryanie Yusoff, Kamsani Md Saad, Nilai Masyarakat Malaysia, Siri Politeknik 4.Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4, Abdul Pabil bin Adam, Barathi A/P Santhasaran, Vijayaletcmy A/P Muhiyandy 5. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Keempat RUJUKAN


LAMPIRAN


Tujuan efolio ini diterbitkan bagi mengenal pasti budaya hedonisme di Malaysia bagi mengurangkan lagi perkembangan budaya tersebut. Selain itu, perbahasan berkaitain isu semasa dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan budaya dapat dianalisi dengan teliti dan dapatmelahirkan generasi yang berakhlak mulia.


Click to View FlipBook Version