PENGHAYATAN PRINSIP RUKUN NEGARA
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
P U A N H A L I M AT U S S A A D I A H B I N T I K A R I YA
ISSUE NO. O2 SEPTEMBER 2020 • $6.OO
ANN CRISS
THE GIRL ON FIRE -- DISHES ALL!
An exclusive interview reveals the girl-next-
door behind the insta-fame
ABOUT THE HOTTEST NEW GADGETS ABOUND!
INSTAGRAM STARS GET THE 411
KUMPULAN 2
DHIA UZMA BINTI MOHD ZAKI
21DDT22F1111
CEMPAKA AYUNI BINTI YAHAYA
21DDT22F1109
NURUL NAZIHAH BINTI
JAAFAR
21DDT22F1099
FAIRUZ HUSNA BINTI
MOHD IZHAM
21DDT22F1083
NURUL BALQIS BINTI MOHD SOFRI
21DDT22F1131
1
ISI KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN
2. MAKSUD PRINSIP RUKUN NEGARA
3. LAGU 5 PRINSIP RUKUN NEGARA
4. IKRAR RUKUN NEGARA
5. KUPASAN IKRAR
6. OBJEKTIF PRINSIP RUKUN NEGARA
7. KEPENTINGAN
8. CARA MENGAHAYATI
9. PERUNTUKAN UTAMA
PERLEMBAGAAN
10. KESAN KURANG PENGHAYATAN
11. CABARAN
12. KESIMPULAN
13. RUJUKAN
2
-PENDAHULUAN-
Falsafah atau Ideologi
Panduan
Pedoman
Pegangan
Kepercayaan
Keazaman
Sebuah negara maju
Rakyat Selamat
Bersatu
Hidup muafakat penuh
berkat
APA ITU RUKUN Rukun Negara telah
NEGARA? diisytiharkan pada 31 Ogos
1970 sempena ulang tahun
kemerdekaan Malaysia yang
melemahkan perpaduan
antara kaum diperpaduan
yang kukuh.Prinsip-prinsip
yang terkandung dalam rukun
negara jelas merupakan kunci
kepada keharmonian dan
perpaduan kaum demi
kejayaan dan kestabilan
Malaysia.
3
MAKSUD 4
PRINSIP RUKUN
NEGARA
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang
kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan
menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan,
tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap
seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama
sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan
pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam
kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota
masvarakat terhadap aiaran agama masing-masing, prinsip ini
telan dipilih sebagal prinsip pertama dalam Rukun Negara.
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang
di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem
beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri
bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-
Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat . Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat
dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah
negeri tempat mereka bermaustautin tanpa mengurangkan taat
setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
3. Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat
negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai
warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki
menghormati menghargai, senta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal
berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara
ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang
tidak boleh dipersoalkan dan diganggu mana-mana individu atau
mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik
dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini, la adalah
sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi
rakvat.
4. Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana
setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.
Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh
itu, kedaulatannva perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa
undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman
dan stabil. Oleh itu, undang-undang negara dijamin pula oleh
institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara
memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan
satu masvarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan
undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat
dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan berasa
selamat. Hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas
asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak
dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah
termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan
kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut
Perlembagaan.
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan
tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk
warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.
Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling
bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara
satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin
serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk
tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung
perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan
juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam
kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.
Prinsip ini meniadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
dan nilai-nilai murni.
5
- LAGU 5 PRINSIP RUKUN NEGARA -
Lima Prinsip Rukun Negara Lagu Ciptaan
Lima Prinsip Rukun Negara Dato’ Wah Idris
Harus Menjadi Cara Hidup Kita
Bukan Sekadar Ikrar Sahaja Lirik Oleh
Sekali Sekala Dibaca Semata Dato’ Cosmas J. Abah
Lima Prinsip Rukun Negara Dato’ Azman Amin Hassan
Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa
Chorus:
Amalkanlah Rukun Negara
Dalam Hidup Harian Kita
Tanpa Mengira Tua Muda
Mengekalkan Warisan Kita
Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa
Lima Prinsip Rukun Negara
Ikrar:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang‐Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan
Itulah Lima Prinsip Rukun Negara
6
Kupasan Ikrar
1. Kepercayaan kepada tuhan
• Agama Islam merupakan agama 2. Kesetiaan kepada Raja
rasmi Persekutuan ,namun dan Negara
kepelbagaian kaum telah
mewujudkan pelbagai agama dan • Yang Dipertuan Agong
kepercayaan yang berbeza. lambing kedaulatan dan
• Negara kita tetap ditubuhkan atas perpaduan negara.
kepercayaan kepada Tuhan bahawa • Rakyat mesti menunjukkan
Tuhan berkuasa keatas alam
kesetiaan dan kepada
semesta ini walaupun setiap orang
mempunyai kepercayaan yang baginda dan negara.
berbeza. Kedudukan raja-raja telah
• Dengan mempunyai rasa termaktub di dalam
kepercayaan yang tinggi dan betul perlembagaan .
terhadap Tuhan, keharmonian dan
kemajuan negara dapat dicapai
dengan baik.
3. Keluhuran Perlembagaan 4. Kedaulatan Undang-
Undang
• Rakyat harus mematuhi dan
menghormati perlembagaan • Rakyat mesti menghormati
sebagai undang-undang kedaulatan undang-undang.
yang tertinggi.
• Hal ini dapat memelihara
• Perlembagaan melindungi keamanan dan kesepakatan
hak rakyat serta menjamin antara rakyat.
kemakmuran.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
• Rakyat haruslah mempunyai akhlak yang
baik dan terpuji sesuai dengan ciri-ciri atau
nilai ketimuran kita.
• Dengan akhlak yamg terpuji akan dapat
melahirkan sikap akomodatif
7
OBJEKTIF PRINSIP RUKUN NEGARA
1.Mencapai Perpaduan Yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk
satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya
menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dan kepercayaan masing-masing.Rakyat negara ini terdiri
daripada pelbagai kaum dan berbagai-bagai persoalan yang
wujud.Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.Sungguhpun wujud unsur-
unsur perbezaan ini,melalui Rukun Negara akan dapat membentuk
satu bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tanpa mengira
kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap
negara.
2.Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Perlembagaan negara menjaminkebebasan hak asasi dan kebebasan
kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak
melanggar undang-undang negara.Tetapi hak-hak serta kebebasan
yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi
untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan
demokrasi.Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda
negara,kepentingan bangsa dan negara mestilah
didahulukan.Kepentingan negara hendaklah di utamakan lebih
daripada kepentingan sesuatu kaum,jika tidak kestabilan dan
keselamatan negara akan terancam.
8
3.Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang
yang sama untuk menikmati kekayaan
negara.Masyarakat yang adil akan wujud di negara
ini jika kekayaan negara dibahagikan adil dan
saksama.Bagi mencapai tujuan ini,pihak-pihak
yang lemah akan dibantu supaya mereka
mempunyai peluang yang sama untuk bersaing
dengan pihak-pihak lain yang lebih
maju.Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu
bebas daripada penindasan seseorang terhadap
yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan
terhdap yang lain.
4.Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.
Masyarakat negara ini bebas
mengamalkan agama dan adat resam serta
kebudayaan masing-masing sesuai dengan
matlamat perpaduan negara.KIta sesungguhnya
mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan
adat resam negara yang diamalkan oleh
masyarakat berbilang kaum.Walaupun ada
perbezaan,semua anggota masyarakat hendaklah
bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat
dimana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh
menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan
kepada bangsa dan negara Malaysia.
5.Membina Sebuah Masyarakat Progresif
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah
masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di
bidang sains dan teknologi terkini serta dunia
tanpa sempadan dan era globalisasi.Dunia kini
sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang
begitu cepat dalam bidang ilmu
pengetahuan,sains dan teknologi.Masyarakat
progresif yang hendak diwujudkan merupakan
satu masyarakat yang bergerak maju sejajaar
dengan kemajuan sains dan teknologi yang
akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah
negara maju sebagaimana matlamat Wawasan
2020.
9
Kepentingan
Rukun
Negara
1) Ianya sebagai ideologi kebangsaan
Dengan pelbagai perbezaan di antara masyarakat yang tinggal di
Malaysia, sebuah ideologi kebangsaan diperlukan supaya dapat
menyatukan pemikiran dan melahirkan semangat cinta akan negara.
2) Mewujudkan perpaduan kaum.
Setiap warganegara perlu mendukung cita-cita dalam membentuk satu
negara yang bersatu tanpa mengira perbezaan kaum dan kepercayaan
masing-masing. Sikap hormat-menghormati harus diamalkan dalam
masyarakat.
3) Memelihara cara hidup demokratik.
Seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Negara yang menjamin
kebebasan hak asasi warganegara asalkan tidak melanggar undang-
undang negara serta batasan agama.
4) Keadilan menjadi tunjang.
Setiap anggota masyarakat mempunyai peluang dan ruang yang sama
untuk menikmati perolehan dan kekayaan negara. Begitu juga dengan
hukuman yang sama rata terhadap pelaku jenayah yang melanggar
undang-undang negara.
10
5) Membentuk sikap liberal dalam masyarakat.
Rakyat Malaysia bebas mengamalkan agama, adat resam serta
kebudayaan masing-masing selari dengan matlamat perpaduan
negara. Justeru, kita perlu mempelajari agama, adat resam dan
kebudayaan yang dimiliki supaya dapat memahami dan menghormati
antara satu sama lain.
6) Membina masyarakat progresif.
Demi mengecapi kemajuan sejagat dan bersaing di peringkat global,
masyarakat perlu bersikap terbuka dan meraikan perbezaan untuk
berjaya. Dengan keperibadian yang utuh serta nilai-nilai pekerti yang
baik, masyarakat pasti dapat menghasilkan kejayaan-kejayaan untuk
negara.
11
CARA MENGHAYATI
RUKUN NEGARA
1. MENANAMKAN SIFAT BAIK SERTA
MENGAMALKAN NILAI POSITIF DI DALAM DIRI
Bertujuan bagi membentuk diri kita sebagai
seorang yang bersopan-santun, bermaruah,
beradab serta berakhlak dan berhemah
mulia. Sebagai seorang manusia yang hidup
di dalam pelbagai budaya, sifat-sifat baik
dan nilai yang positif perlulah diterapkan
supaya dapat mengelakkan diri daripada
menyentuh hal sensitiviti setiap kaum dan
budaya. Sebagai contoh, menjaga bahasa
dan setiap tutur kata kita ketika
berkomunikasi di antara satu sama lain.
Secara tidak langsung, sifat berdisiplin dan
hormat di dalam diri setiap individu menjadi
sebagai satu asas dan tunjang bagi
hubungan yang baik dengan orang lain.
2. MELIBATKAN DIRI DENGAN
MENYERTAI KELAB RUKUN NEGARA
menggalakkan diri kita dengan menyertai
dan mengaktifkan diri di dalam Kelab Rukun
Negara yang telah diwujudkan di sekolah
atau universiti. Hal ini kerana, kita akan
memperolehi pelbagai manfaat dan
kelebihan daripada aktiviti atau program
yang dianjurkan di dalam kelab tersebut.
Secara tidak langsung, kita dapat menarik
minat pelajar-pelajar lain untuk menyertai
Kelab Rukun Negara dan sekali gus, perkara
ini dapat meningkatkan penghayatan
terhadap Rukun Negara dan jati diri di dalam
diri kita dan semua pelajar di sekolah dan
universiti
12
3. MENGHORMATI DAN BERUSAHA MEMATUHI
UNDANG-UNDANG
Undang-undang dan peraturan yang
ditubuhkan bukan hanya sekadar perkataan
sahaja, tetapi undang-undang mempunyai
kedudukan yang tinggi dan dilarang sama
sekali untuk kita mempersendakannya.
Sebagai individu yang bertanggungjawab, kita
seharusnya mengelakkan diri kita daripada
melakukan perkara yang melanggar
peraturan negara supaya dapat
menggurangkan kadar jenayah dan dapat
hidup dengan harmoni.
4. IBU BAPA PERLU MENDIDIK ANAK-ANAK
TENTANG RUKUN NEGARA
Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak–
anak mereka supaya memahami dan
menghayati prinsip Rukun Negara. Hal ini
bagi memastikan anak–anak faham dan
patuh serta menghayati Rukun Negara sejak
dari kecil hingga dewasa seperti kata
pepatah ‘kalau hendak melentur buluh
biarlah dari rebungnya’. Contohnya, ibu bapa
boleh memberitahu anak–anak tentang
cerita negara Malaysia dan menceritai
tentang Rukun Negara dan langkah–langkah
untuk menghayatinya.
13
PERUNTUKAN UTAMA
PERLEMBAGAAN
1.Bahasa 2.Agama
- Menentukan identiti
sesebuah bangsa - Merupakan tunjang kehidupan
- Para pemimpin yang
memperjuangkan manusia
kemerdekaan negara kita
telah membuat keputusan - Mampu membentuk rakyat Malaysia
supaya kita mempunyai satu
bahasa kebangsaan untuk yang berakhlak mulia dan bermoral
tujuan berikut:
i) Perhubungan umum tinggi
ii) Bahasa rasmi
iii) Sebagai alat untuk - Prinsip pertama dalam Prinsip Rukun
menyatupadukan rakyat
berbilang kaum di negara Negara ialah 'Kepercayaan Kepada
kita
- Peruntukan ini termaktub Tuhan'
dalam perkara 152
Perlembagaan Persekutuan - Agama Islam merupakan agama bagi
Malaysia
- Peruntukan ini tidak Persekutuan kerana faktor yang berikut:
meghalang penggunaan,
pengajaran dan i) Lama bertapak di rantau Asia
pembelajaran bahasa etnik
lain mahupun bahasa asing Tenggara
ii) Tidak ditolak oleh penjajah
iii) Mempunyai penganut yang ramai
- Agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan
- Setiap orang berhak untuk menganuti,
mengamalkan dan mengembangkan
agamanya dengan syarat, iaitu
pengembangan agama selain Islam tidak
boleh dilakukan terhadap penganut
Islam 14
3.Kewarganegaraan -
Merupakan status yang dimiliki oleh setiap individu untuk hidup dalam sesebuah negara.
- Status ini memberikan hak,manfaat dan kemudahan tertentu.
- Status ini memberikan hak untuk seorang warganegara:
i) Mengundi dalam pilihan raya
ii) Mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti bertanding dalam pilihan raya, menjadi
wakil rakyat, menjadi menteri dan sebagainya.
iii) Mempunyai harta dan membangunkannya.
iv) Bergerak dengan bebas ke mana -
mana bahagian negara. v) Menerima manfaat dan kemudahan seperti pendidikan, bantuan kebajik
an, perubatan dan
Sebagainya.
- Hak kewarganegaraan ini disertai oleh tanggungjawab. - Rakyat bertanggungjawab untuk:
i) Mematuhi undang-undang negara dan
negeri. ii) Memberi khidmat kepada negara apabila diperlukan seperti mempertahankan negara ap
abila diserang musuh dengan menyertai pasukan keselamatan. iii) Menyumbang terhadap produkti
viti negara dalam bidang masing-
masing. iv) Menyokong dan mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan negara seperti
menyambut Hari Kebangsaan, membasmi kemiskinan, membantu kerajaan terlibat jenayah dan
sebagainya.
4.Kebebasan Asasi 15
i) Tiada seseorang pun boleh mengambil nyawa atau kebebasan
kecuali menurut undang-undang.
- Orang yang bersalah hendaklah dibuktikan di mahkamah sebelum
didenda, dipenjara atau dihukum mati.
- Orang yang berkenaan hendaklah diberi tahu tentang
kesalahannya dan memberi peluang untuk membela dirinya.
ii) Semua bentuk kerja paksa adalah dilarang.
- Tetapi parlimen boleh membuat undang-undang bagi kerahan
tenaga untuk maksud negara sepeti mempertahankan negara
apabila diserang oleh musuh.
iii) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang
- Tidak mengira keturunan ,kedudukan,pangkat,agama,dan jantina
serta mendapat perlindungan undang-undang yang sama rata
- Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut
undang-undang.
- Jika sesuatu harta perlu digunakan atau sdiambil maka harta itu
yang digunakan atau diambil itu hendaklah diberi pampasan yang
mencukupi.
* Kebebasan yang diberi tidak bermaksud kita boleh melanggar
undang-undang.
5.Kedudukan Istimewa Orang Melayu
- Peruntukan khas ini memberi pertimbangan kepada golongan
berkenaan bertujuan untuk menyatakan status pendidikan dan
ekonomi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
dengan kaum-kaum lain.
- Dengan ini, dapat mewujudkan kestabilan politik dan
ketenteraman awam.
- Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak, seperti rizab khas bagi jawatan dalam perkhidmatan
awam, biasiswa, pendidikan atau latihan khas, lesen dan permit
perniagaan, diberi melalui Perkara 153 perlembagaan.
- Rizab yang diperuntukkan mengikut radar yang difikirkan patut
oleh Yang di-Pertuan Agong.
16
KESAN KURANG PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA
Rukun Negara dibentuk dengan hasrat menjadi
ideologi dan sandaran kepada pembentukan
sebuah negara bangsa yang berpegang teguh
kepada lima cita-cita dan prinsipnya.Namun setelah
beberapa tahun ia diisytihar,Rukun Negara seakan
dilihat masih tidak mencapai matlamatnya malah
peranannya masih tidak jelas pada sebahagian
besar rakyat Malaysia.
Pengabaian terhadap Rukun Negara telah
menzahirkan implikasi yang negatif khasnya
dalam tatacara kehidupan masyarakat.Pelbagai
tingkah laku negatif dan kebejatan moral
berlaku kerana kita tidak berpegang teguh
kepada ideologi yang dicipta khas untuk rakyat
Malaysia ini.
Berikut adalah beberapa kesan terhadap
seseorang individu apabila kurang
menghayati prinsip Rukun Negara:
Tidak mempunyai semangat cinta
akan negara yang mendalam
Akan menggugat keselamatan negara
Perpaduan negara terhakis
Budaya tercemar
Pembangunan negara terjejas
Kedaulatan negara tergugat
Oleh hal yang demikian,janganlah kita melupakan falsafah kebangsaan
ini.Mungkin Rukun Negara tidak sesuai dijadikan mukadimah dalam
perlembagaan Malaysia,tetapi Rukun Negara perlu diberi satu akta khas
supaya ia tidak lagi diabaikan baik oleh golongan pemerintah mahupun
masyarakat.
17
CABARAN
1) Memastikan keharmonian negara berkekalan. Rakyat
yang tidak mematuhi prinsip Rukun Negara dianggap tidak
menghormati rakyat Malaysia yang lain.
2) Memastikan perpaduan negara terus utuh. Rakyat yang
tidak menjaga sensitivity orang lain boleh mencetuskan
rasa tidak puan hati rakyat lain.
3) Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi. Rakyat tidak
perlu mempersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui
oleh pemimpin setiap kaum.
4) Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada
ajaran agama. Rakyat mudah terpengaruh kepada ajaran
sesat, liberalisasi yang melampau dan ekstrimis negara.
5) Medaulatkan institusi raja-raja. Rakyat yang mematuhi
prinsip Rukun Negara akan mempertahankan institusi
kesultanan dan beraja.
6) Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Rakyat yang mematuhi prinsip Rukun Negara akan
mewujudkan rasa saling menghormati dan memahami.
7) Mempertahankan kemuliaan atau kesucian
perlembgaan. Rakyat yang mematuhi prinsip Rukun Negara
akan menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran perlembagaan.
8) Rakyat yang tidak mengamalkan ajaran agama serta
melakukan jenayah
9) Masyarakat yang turut mengambil kesempatan
18
KESIMPULAN
Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau
kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan
semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk
membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu
ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti
disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana
yang disarankan oleh kerajaan.
19
RUJUKAN
1. https://www.ipendidikan.my/rukun-negara.html
2. http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/objektif-
rukun-negara.html?m=1
3. https://m.malaysiakini.com/letters/409978
4. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rukun-negara-
tidak-dihayati-kita-seakan-berjalan-dalam-tidur-dr-chandra-
130009
5. https://anyflip.com/pvulh/cgen/basic
6. https://www.coursehero.com/file/93282470/cara-caradocx/
7. http://rukunegaraskgm.blogspot.com/p/lirik-lagu-5-prinsip-
rukun-negara.html
8. https://www.scribd.com/embeds/196515158/content?start_pa
ge=1&view_mode=scroll&access_key=key-
fFexxf7r1bzEfWu3HKwf
20