The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zahirahirah00, 2022-06-20 03:03:35

E- FOLIO (JANNAH, ZAHIRAH)

E- FOLIO (JANNAH, ZAHIRAH)

DIPLOMA IN TOURISM MANAGEMENT

MPU 23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
DALAM ISLAM

TUGASAN E- FOLIO

PREPARED BY:

NURUL JANNAH BINTI MOHD SUFIAN 29DUP21F1030
SITI ZAHIRAH BINTI ANUAR 29DUP21F1040

PREPARED FOR: USTAZ SAIFUL

1

TABLE OF CONTENT NO PAGE
3
NO TOPIC 4
5
1.0 DEFINISI RABBANIYYAH

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH PRINSIP
RABBANIYYAH DIKALANGAN MASYARAKAT

3.0 OBJEKTIF PRINSIP RABBANIYYAH

4.0 PRINSIP-PRINSIP RABBANIYYAH 5

5.0 CARA MEMILIKI SIFAT RABBANIYYAH 5

6.0 RABBANIYYAH MEMPUNYAI CIRI-CIRI KHUSUS 6-7
DALAM ISLAM

6.1 RABBANIYYAH AL-GHOYAH
(TUJUAN/MATLAMAT)

6.2 RABBANIYYAH AL-WIJHAH (PERSEPSI)

6.3 RABBANIYYAH AL-MASDAR (SUMBER)

6.4 RABBANIYYAH AL-MANHAJ (SISTEM)

7.0 CIRI-CIRI RABBANIYYAH 8
8.0 RUMUSAN 9
9.0 RUJUKAN 9

2

PRINSIP RABBANIYYAH DALAM
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

1.0 DEFINISI RABBANIYYAH
Rabbaniyah membawa maksud ketuhanan, iaitu segala hukum, konsep, prinsip,nilai dan
peraturan yang terkandung dalam islam adalah bersumberkan wahyu Allah s.w.t dan hadis.
Selain itu, Rabb adalah perkataan arab yang dinisbahkan kepada Allah. Perkataan manusia
rabbani, contohnya, membawa maksud, manusia yang berpengetahuan tentang Allah,
berpegang teguh dan beramal dengan ajaran Allah.
Allah berfirman:
‫َما كَا َن ِل َبشَ ٍر اَ ْن ُّي ْؤ ِتيَ ُه ّٰل هل ُا ا ْل ِك ٰت َب َوا ْل ُح ْك َم َوال ُّن ُب َّوةَ ثُ َّم يَقُ ْو َل لِلنَّا ِس كُ ْونُ ْوا ِعبَا ًدا لِِّ ْي ِم ْن دُ ْو ِن ّٰل هلاِ َوٰل ِك ْن كُ ْو ُن ْوا َربَّا ِن ّٖ ِيّ َن ِب َما ُك ْنتُ ْم تُ َع ِِّل ُم ْو َن‬
ۙ ‫ا ْل ِك ٰت َب َوبِ َما كُ ْنتُ ْم تَ ْد ُر ُس ْو َن‬
Maksudnya: Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah
dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, “Jadilah kamu penyembahku, bukan
penyembah Allah,” tetapi (dia berkata), “Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, karena kamu
mengajarkan kitab dan karena kamu mempelajarinya” (Surah Al-Imran79)

3

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH PRINSIP RABBANIYYAH DIKALANGAN
MASYARAKAT
Terdapat banyak kajian-kajian terdahulu yang telah mengkaji mengenai penerapan prinsip
Rabbaniyyah dikalangan masyarakat kini dan daripada hasil kajian yang didapati bahawa
prinsip Rabbaniyyah ini kurang dipraktikkan dalam industri pelancongan dan hospitaliti pada
masa kini. Kajian ini turut mendapati bahawa setiap tahun, banyak kes-kes yang melibatkan
pelanggaran etika dalam industri pelancongan dilaporkan. Oleh itu, banyak isu-isu yang timbul
mengenai permasalahan dari segi akhlak dan tatatertib dari kalangan komuniti setempat dalam
industri pelancongan negara kita. Isu-isu ini sering kali menjadi topik utama dalam penerbitan
media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak di negara ini.
Antara laporan yang pernah diterbitkan di media massa yang pernah dilaporkan mengenai kes
ini adalah seperti pasanngan yang belum berkahwin bersekedudukan didalam satu bilik jika
pergi melacong. Islam melarang sekeras- kerasnya perbuatan yang sebegitu rupa dan
melanggar perintah Allah SWT. Dan pergaulan diantara lelaki mahupun perempuan yang
belum sah disisi syarak. Hal ini membuktikan bahawa kurangnya penerapan sesebuah konsep
Rabbaniyah didalam konteks umat islam di negara kita. Kaedah pengajaran yang betul dan
berkesan adalah untuk menarik orang luar untuk mengetahui konsep rabbaniyyah.
Walau bagaimanapun tidak semua orang yang berminat untuk mengetahui kosnep rabbaniyah
ini. Kajian ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang maksud Rabbaniyyah, prinsip-
prinsip Rabbaniyyah cara-cara memiliki sifat Rabbiniyah, prinsip Rabbaniyyah dalam
pelancongan dan hospitaliti serta ciri ciri rabbaniyyah. Dalam kajian ini kami mengkaji perkara
perkara yang berkesan untuk menarik perhatian para pelajar dan orang luar terhadap konsep
rabbaniyyah tersebut.

4

3.0 OBJEKTIF PRINSIP RABBANIYAH
Kajian yang dijalankan ini bertujuan bagi mengetahui pandangan pelajar Politeknik Metro
Kuantan serta orang luar mengenai pengamalan prinsip Rabbaniyyah dalam bidang
pelancongan dan hospitaliti pada masa kini. Objektif kajian yang dijalankan adalah bagi:-
I) Mengenalpasti prinsip- prinsip Rabbaniyah
Ii) Menyenaraikan cara-cara memiliki sifat Rabbaniyyah
Iii) Menerangkan Prinsip Rabbaniyyah Dalam Pelancongan Dan Hospitaliti
Iv)Menjelaskan ciri-ciri Rabbaniyyah dalam pelancongan dan hospitaliti

4.0 PRINSIP-PRINSIP RABBANIYYAH

Prinsip - Prinsip Allah S.W.T sebagai Islam dan seluruh
Rabbaniyyah
pemberi peraturan makhluk merupakan hak
hidup kepunyaan allah

Islam ialah satu pegangan Islam ialah agama yang
diwahyukan oleh allah
yang jitu dan bersih dan bukannya ciptaan
daripada kekurangan,
manusia
kejahilan dan dorongan
hawa nafsu

5.0 CARA MEMILIKI SIFAT RABBANIYYAH

 Beriman dan yakin dengan segala rukun iman.
 Mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
 Berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meninggikan syariat islam.
 Bekerja dan berusahan dengan bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah
 Berakhlak dengan akhlak mulia dan terpuji

5

6.0 RABBANIYYAH MEMPUNYAI CIRI-CIRI KHUSUS DALAM ISLAM
Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya al-khashoish al-ammah lil Islam menyatakan bahawa
yang dimaksudkan dengan rabbaniyyah itu adalah meliputi empat aspek:

6.1. Rabbaniyyah Al-Ghoyah (Tujuan/Matlamat)

Rabbaniyah al-ghoyah atau rabbaniyyah dari sudut tujuan, mengambarkan betapa setiap
matlamat atau tujuan sesuatu usaha, amal, cita-cita, sasaran, perjuangan, pengorbanan dan
halatuju kehidupan manusia haruslah dalam acuan dan kerangka menuju dan mencapai
keredhaan Allah.

Firman Allah:
‫ٰٰۤياَيُّ َها ا اۡ ِل انسَا ُن ِانَّ َك كَا ِد ٌح ِاٰلى َربِّ َك َك اد ًحا فَ ُمٰل ِق اي ِه‬

Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan
menemui-Nya. (Surah Al-Insyiqaq 6)

6.2 Rabbaniyyah Al-Wijhah (Persepsi)

Rabbaniyyah al-wijhah membawa maksud sesuatu persepsi, tanggapan dan worldview adalah
dilihat melalui kerangka kacamata atau acuan yang dipandukan oleh Allah. Sebagai contoh,
bagaimana Allah menyebut dalam al-Quran bagaimana persepsi dan worldview rabbaniyyah
berkaitan dengan tentang kehidupan dunia dan akhirat.

Firman Allah:
‫َوا ْبتَ ِغ فِي َما آتَا َك ّٰل َّلاُ ال َّدا َر ا ْْل ِخ َرةَ ۖ َوَۡل تَ ْن َس نَ ِصي َب َك ِم َن ال ُدّ ْنيَا ۖ َوأَ ْح ِس ْن كَ َما أَ ْحسَ َن ّٰل َّلاُ َِ َل ْي َك ۖ َوَۡل تَ ْبغِ ا ْلََسَادَ ِفي ا ََْ ْر ِۖ ۖ َِ َّن ّٰلَّلَا‬
‫َۡل يُ ِح ُّب ا ْل ُم َْ ِس ِدي َن‬

Maksudnya: Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan pada apa yang telah dianugerahkan
Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah
(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
berbuat kerosakan. (Surah Al-Qasas

6

6.3 Rabbaniyyah Al-Masdar (Sumber)
Rabbaniyyah al masdar ialah segala sumber dan akar umbi kepada kehidupan di seluruh alam
ini adalah berpunca dari acuan Allah dan mengembalikan sumber yang menjadi rujukan serta
sandaran peraturan kehidupan manusia seluruhnya kepada ketetapan Allah.
Firman Allah:
‫َو َما ِب ُكم ِّمن نِّ ْع َم ٍة َف ِم َن ّٰل ِّل ِا ثُمَّ َِ َذا َم َّسكُمُ ال ُّض ُّر َفإِلَ ْي ِه تَ ْجأَ ُرو َن‬
Maksudnya: Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka daripada Allahlah (datangnya)
dan apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan, maka hanya kepada-Nya kamu meminta
pertolongan. (Surah An-Nahl 53)

6.4 Rabbaniyyah Al-Manhaj (Sistem)
Rabbaniyah al-manhaj bermaksud setiap sistem, peraturan, kaedah, dan undang-undang bagi
menyempurnakan kehidupan insaniah manusia adalah berteras dan berasaskan kepada acuan
Allah.
Firman Allah:
‫ثُ َّم َج َع ْل ٰن َك عَٰلى شَ ِر ْيعَ ٍة ِّم َن ا ْۡ َل ْم ِر فَاتَّبِ ْع َها َوَۡل تَتَّبِ ْع اَ ْه َو ٰۤا َء ا َّل ِذ ْي َن َۡل يَ ْعلَ ُم ْو َن‬
Maksudnya: Kemudian Kami jadikan engkau (Muhammad)mengikuti syarai-syariat
(peraturan) dari agama itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah engkau ikuti keinginan orang
yang tidak mengetahui. (Surah Al-Jathiyah18)

7




Click to View FlipBook Version