Kandungan
Tema 1: Masyarakat
Muka Surat
1.1.1 Masyarakat feudal di England
pada abad ke 16 & 17. 8
1.1.2 Masyarakat feudal di Jepun pada
abad ke 16 & 17. 20
1.1.3 Perbandingan masyarakat feudal
di England dan Jepun pada abad ke 16
& 17. 35
1.2.1 Masyarakat agraria di Belanda
pada abad ke 16 & 17. 42
1.2.2 Masyarakat agraria di China pada
abad ke 16 & 17. 59
1.3.1 Masyarakat maritim di Portugal. 73
1.3.2 Masyarakat maritim di Jepun
abad ke 16 & 17. 101
1.4.1 Masyarakat industri di England. 113
1.4.2 Masyarakat industri di Jerman. 127
PRAKATA
PENSYARAH
En. Adnan Mohd Rafi En. Mohammadia Hj Wahab Puan Fazila Binti Panggi
- Ketua Jabatan Sosial - Ketua Unit Sejarah KTEDPG - Pensyarah Sejarah KTEDPG
KTEDPG
" Anak didik boleh memilih " Jika ada orang bercakap
" Orang-orang yang untuk mengubah keadaan hidup mengenai kita di belakang, itu
berhenti belajar akan anda sekarang atau tandanya kita sudah di depan.
menjadi pemilik masa membiarkan keadaan hidup Saat orang bercakap
lalu. Orang-orang yang anda. Anak didik akan jauh merendahkan diri kita, itu
masih terus belajar lebih berjaya daripada orang tandanya kita sudah berada di
akan menjadi pemilik lain dengan melakukan perkara tempat lebih tinggi. Payung tidak
masa depan. " yang orang lain tidak mahu dapat menghentikan hujan tapi
lakukan. Semoga berjaya dalam dapat membuat kita berjalan
STPM dan hidup anda... " menembusi hujan untuk
mencapai tujuan.. "
En. Rudy Nasrin Bin Muhammad
Puan Hajirah Tahia Puan Jumriati Armin
Idris - Pensyarah Sejarah KTEDPG - Pensyarah Sejarah KTEDPG - Pensyarah Sejarah KTEDPG
" Jangan biarkan keluarga anda
" Setiap pelajar haruslah terus " Kepuasan dari kegagalan dan
menangisi kegagalan anda tapi
melangkah ke hadapan dalam kejayaan itu hanya akan
biarlah mereka menangisi kejayaan
menimbah ilmu pengetahuan dinikmati oleh mereka yang
anda. Sesungguhnya kejayaan itu
kerana kalau tidak dipecahkan telah berusaha, berdoa dan
adalah impian semua manusia
ruyung, manakan dapat sagunya bertawakal. Jika kamu tidak
tetapi tidak semua orang akan
dan teruskan berusaha dalam tahan dengan lelahnya belajar,
menikmatinya kerana dibalik
mencapai kejayaan demi maka kamu harus tahan dengan
kegagalan dan kejayaan itu ada
menjamin masa depan yang perihnya kebodohan...
mutiara-mutiara yang perlu digali." berkualiti. " (Imam Syafii). "
PRAKATA
PENYELARAS
Mohamad Arnazif Bin Mohd Ardei Danial Bin Imran Nurul Nabilahudah Binti Arafah
- Ketua Penyelaras - Penyelaras 1 - Penyelaras 2
" Saya ingin mengucapkan ribuan
" Dengan segala hormat, saya ingin
" Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada para
mengucapkan terima kasih kepada
jutaan terima kasih kepada para
pensayarah terutamanya guru
para pensyarah dan para rakan
pensyarah terutama En.
Sejarah kerana memberi
penyelaras yang menjayakan e-book
Mohammadia Hj Wahab selaku
kepercayaan yang tinggi kepada
ini. Saya berharap agar e-book ini
guru Sejarah saya. Tidak lupa
saya untuk menjayakan projek dapat dimanfaatkan oleh semua
juga rakan-rakan yang telah
E-book Sejarah Dunia Semester 1
pelajar dan saya juga berharap e-
bersama-sama berkerjasama
Tingkatan 6. Semoga e-book ini
book ini dapat merintis tujuannya
dalam menjayakan ebook ini.
berguna kepada para pelajar STPM. dengan penuh kejayaan. " Saya mendoakan semoga
kejayaan dalam STPM menjadi
milik kita. "
Dayang Nurul Amiera Binti Mohammad Shamrin Bin Arkim
Ziya - Penyelaras 4
- Penyelaras 3
" Ribuan terima kasih kepada para
" Saya mengucapkan setinggi-tinggi
pensyarah dan juga rakan-rakan
penghargaan kepada rakan-rakan
yang telah bertungkus-lumus dalam
seperjuangan saya serta tidak lupa juga
menjayakan e-book ini. Bersama-
kepada guru-guru yang memberi
sama lah kita sebagai pelajar
sokongan dan dorongan kepada kami
mewujudkan kejayaan kita dengan
dalam menjayakan usaha dalam pembelajaran. Semoga
E-book ini. Saya juga berharap semoga E-
dengan adanya ebook ini dapat
book ini benar-benar bermanfaat bagi kita
membantu para pelajar untuk
semua dan dapat memberi inspirasi
mencapai kejayaan. "
kepada para pembacanya. "
MUTIARA KATA
Mulalah pagi yang
indah dengan
menghargai setiap
hal kecil yang
mungkin membuat
hidup lebih
bermakna.
-KTEDPG-
sejarah dunia
1500-1955
TEMA 1 : masyarakat
TEMA 1 : MASYARAKAT
1.1 MASYARAKAT FEUDAL 1.2 MASYARAKAT
AGRARIA
Masyarakat Feudal di England dan
Jepun Masyarakat Agraria di Belanda dan
(Abad ke 16 & 17) China (Abad ke 16 dan 17)
Konsep/definisi Masyarakat Konsep dan latar belakang
Feudal masyarakat agraria di Belanda
Sejarah kemunculan Sistem dan Jepun
Feudal Ciri-ciri masyarakat agraria di
di England dan Jepun Belanda
Ciri-ciri Masyarakat Feudal
di England dan Jepun - Kegiatan ekonomi
Susun lapis Masyarakat - Petempatan
Feudal di England dan Jepun - Pembinaan sistem pengairan
Perbandingan ciri-ciri - Pengenalan pertanian baru
Masyarakat Feudal di Ciri-ciri masyarakat agraria di
England dengan Jepun pada China
abad ke 16 dan 17 - Sistem ekonomi feudal
- Pemilikan tanah pertanian
1.3 MASYARAKAT - Sistem pengairan
INDUSTRI
1.4 MASYARAKAT
Masyarakat Industri di England dan MARITIM
Jerman (Abad ke 18 an 19)
Masyarakat Maritim di Portugal dan
Konsep dan latar belakang Jepun (Abad ke 16 dan 17)
Masyarakat Industri di England
dan Jerman Konsep dan latar belakang
Ciri-ciri masyarakat maritim di masyarakat maritim di Portugal
England dan Jepun
- Kegiatan ekonomi Ciri-ciri masyarakat maritim di
- Mobiliti sosial Portugal
- Pengkhususan pekerjaan - Kegiatan ekonomi
- Kemunculan kelas - Petempatan
Ciri-ciri masyarakat maritim di - Kemahiran membina kapal
Jepun - Kemahiran teknologi pelayaran
- Kegiatan ekonomi Ciri-ciri masyarakat maritim di
- Kemajuan kewangan Jepun
- Kejuruteraan manusia - Kegiatan ekonomi-kelautan
- Kemajuan dalam - Lokasi petempatan di pasir
pengangkutan pantai
- Masyarakat pelbagai budaya
- Ilmu kelautan dan pelayaran
MASYARAKAT FEUDAL
DI ENGLAND
(ABAD KE 16 & 17)
KANDUNGAN
1.0 MASYARAKAT FEUDAL
1.1.1 MASYARAKAT FEUDAL DI
ENGLAND (ABAD KE 16 & 17)
KONSEP FEUDAL
LATAR BELAKANG MASYARAKAT
FEUDAL DI ENGLAND
STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI
ENGLAND
CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI
ENGLAND
KONSEP FEUDAL
>Istilah masyarakat feudal digunakan oleh
sejarawan untuk menerangkan susunan sosial
masyarakat pada zaman pertengahan di Eropah
>Menurut Marc Bloch bukunya Feudal Society,
masyarakat feudal merupakan masyarakat
berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis
tertentu
>Kedudukan,kuasa dan status individu dalam
masyarakat feudal ditentukan mengikut sistem
kelas bersusun lapis mengikut hierarki
LATAR BELAKANG
masyarakat feudal
>Kemunculan Tamadun Rom dan Yunani telah
membuktikan kajayaan tamadun Eropah pada
zaman purba
>Kejatuhan Rom Barat,menandakan berakhirnya
kegemilangan tamadun Eropah dan bermulanya
zaman Pertengahan
>Kemunculan masyarakat feudal bermula di Eropah
pada zaman Pertengahan Awal dan dikenali
sebagai zaman Kegelapan
>Kemunculan sistem feudal dapat dikesan dengan
jelas di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar
Charlemagne
STRUKTUR
MASYARAKAT
FEUDAL
DI ENGLAND
GOLONGAN RAJA
GOLONGAN
BANGSAWAN
GOLONGAN KNIGHT
GOLONGAN PADERI
GOLONGAN
RAKYAT BIASA
GOLONGAN HAMBA
GOLONGAN RAJA
*Mempunyai kedudukan yang
tinggi dalam era pemerintahan
Dinasti Tudor (1485-1603)
*Era pemerintahan Raja Henry VII
(1485-1509) di England menduduki
hierarki tertinggi dan berkuasa
mutlak terhadap rakyat dan negara.
* Mengamalkan sistem
pemerintahan beraja mutlak tetapi
masih berpegang kepada tradisi
politik England yang telah wujud
sejak zaman pertengahan
GOLONGAN BANGSAWAN
*Memainkan peranan penting
dalam pentadbiran dan
ekonomi
*Raja mengurniakan gelaran
kepada bangsawan seperti
COUNT,DUKE,BARON dan
VASSAL
*Duke hierarki tertinggi diikuti
oleh baron dan vassal
*Baron menggunakan tanah
dan mengagihkannya kepada
knight
GOLONGAN KNIGHT
*Diberi tanah sebagai balasan
terhadap perkhidmatan dalam
bidang ketenteraan
*Berkhidmat dengan raja,lord atau
baron dan mendapat ganjaran
seperti tanah,harta dan barang
rampasan
*Diberi tanggungjawab untuk
melindungi baron dan keluarga
daripada diserang
GOLONGAN PADERI
*Masyarakat yang berasingan
*Hampir 1/3 tanah digunakan di
Eropah Barat dikawal oleh gereja
-Bishop,abot dan pegawai-pegawai
yang memegang jawatan penting
dalam gereja biasanya adalah
golongan bangsawan
-Campur tangan golongan
bangsawan dalam pemilihan jawatan
menyebabkan pegawai gereja terdiri
daripada golongan yang
mementingkan material dan
mempunyai dua tanggungjawab iaitu
agama dan dunia(tanah)
GOLONGAN RAKYAT BIASA
*Dikenali sebagai petani atau serf
*Kehidupan tidak bebas sepenuhnya dan
di bawah pengawasan raja dan baron
*Pekerjaan adalah bercucuk tanam dan
menternak binatang diatas tanah yang
diperuntukkan oleh tuan tanah untuk
keperluan harian dan sebagai balasan
akan memberi khidmat dengan
mengerjakan tanah dan keperluan lain
*Lord Manor akan melindungi,mendirikan
mahkamah bagi membolehkan petani
GOLONGAN HAMBA merayu untuk keadilan
*Terletak di bawah sekali dalam lapisan
masyarakat feudal
*Kehidupan tidak bebas sepenuhnya dan
berada di bawah pengawasan tuan-tuan yang
memiliki mereka
*Tidak mempunyai tanah dan hanya
mempunyai kuasa perundangan yang terhad
*Pekerjaan utama mereka adalah bercucuk
tanam,menternak binatang di atas tanah yang
diperuntukkan dan pekerjaan mengikut
keperluan tuan mereka
*Bergantung kepada tuan-tuan pemilik hamba
untuk memenuhi keperluan harian,tempat
tinggal dan keperluan makanan mereka
CIRI-CIRI
MASYARAKAT
FEUDAL
DI ENGLAND
KEDUDUKAN
RAJA
>Munculnya sistem pemerintahan
monarki mutlak di England pada abad ke-
16 dan 17
>Raja mempunyai kuasa mutlak dalam
bidang pentadbiran, perundangan dan
kehakiman
>Raja mempunyai kedudukan tertinggi
dalam susun lapis masyarakat
>Pemerintahan pusat yang lemah
menyebabkan peperangan sering berlaku
antara wilayah
>Kedudukan raja lemah (pemerintah
pusat) kerana berkongsi kuasa dengan
golongan pembesar
KEMEROSOTAN
PENGARUH
>Pengaruh dan kekuasaan golongan
BANGSAWAN bangsawan merosot
>Kedudukan raja semakin kukuh ekoran
perkembangan pesat yang berlaku dalam
bidang ekonomi
>Penglibatan raja dalam bidang ekonomi
kapitalis mengukuhkan kedudukan dan
pengaruhnya,menyebabkan raja England
dapat mengawal golongan bangsawan
>Pegawai-pegawai pentadbir muncul
apabila berlaku kemerosotan pengaruh
bangsawan
>Menerima gaji daripada raja kerana
membantu mengendalikan pemerintahan
dan pentadbiran
>Memainkan peranan dalam bidang KEDUDUKAN
ketenteraan KNIGHT
>Tanggungjawab mereka ialah
mempertahankan raja dan golongan
bangsawan daripada ancaman musuh
>Menerima ganjaran dalam bentuk tanah dan
harta benda daripada raja dan golongan
bangsawan
>Peranan dan kedudukan mereka mula
berubah kerana pemerintahan England tidak
perlu lagi bergantung kepada khidmat
mereka untuk mempertahankan negara
daripada ancaman musuh
>Raja menubuhkan pasukan tentera yang
berada di bawah kawalan dan penguasaan
sendiri
KEWAJIPAN >Wujud hubungan peribadi antara lord
PERIBADI (tuan tanah) dan vassal (penyewa tanah)
>Hubungan antara kedua pihak tersebut
adalah berdasarkan kepada ikatan
perjanjian (kontrak)
>Satu pihak memberi perlindungan
manakala satu lagi menawarkan
perkhidmatan tentera
>Berlaku perubahan dalam hubungan
antara raja dengan golongan bangsawan
>Kedudukan raja semakin kukuh
menyebabkan tidak perlu lagi bergantung
kepada golongan bangsawan bagi
mendapatkan bantuan ketenteraan
>Masyarakat feudal pada Zaman MOBILITI
Pertengahan merupakan masyarakat yang SOSIAL
bersusun lapis. Setiap lapisan mempunyai
kedudukan ekonomi,politik,dan sosial yang
berlainan
>Perubahan dalam kedudukan sosial dan
status masyarakat jarang berlaku
>Setiap golongan harus melaksanakan
peranan dan tanggungjawab yang telah
ditetapkan.
>Perubahan dalam bidang politik , ekonomi
dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan
17, mewujudkan mobiliti sosial dalam
masyarakat
>Jawatan penting dalam kerajaan yang
dimonopoli oleh golongan bangsawan
>Bergantung kepada tanah dan tinggal dalam EKONOMI
komuniti kampung yang dikenali sebagai
manor
>Kegiatan ekonomi bergantung kepada
aktiviti pertanian
>Manor menjadi asas ekonomi feudalisme
kerana manor yang menghasilkan makanan
untuk semua lapisan masyarakat termasuk
raja
>Kegiatan perdagangan tidak meluas kerana
manor tidak menjalankan perdagangan
dengan manor yang lain sebaliknya mereka
menghasilkan barangan untuk keperluan
sendiri
AGAMA >Gereja katolik merupakan institusi
yang berkuasa, mereka memiliki
sebahagian besar tanah
>Institusi gereja mengongkong
kehidupan masyarakat pada zaman
feudal
>Pengaruh gereja Katolik merangkumi
seluruh kehidupan masyarakat
>Gereja menekankan aspek
kerohanian (keagamaan) dan kurang
menekankan aspek duniawi
KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat beberapa
golongan dalam struktur masyarakat
feudal dan ciri-ciri masyarakat feudal
yang diamalkan di England pada abad ke
16 hingga abad ke 17.Golongan struktur
masyarakat feudal seperti golongan
raja,golongan bangsawan,golongan knight
atau pahlawan,golongan paderi,golongan
rakyat biasa dan golongan
hamba.Kedudukan seseorang individu
dalam sistem feudal adalah mengikut
sistem kelas bersusun lapis mengikut
hierarki yang terikat dengan aturan yang
ditetapkan.Masyarakat feudal
mempunyai ciri-ciri tersendiri yang
merangkumi aspek sosial, politik dan
ekonomi.Hal ini menunjukkan bahawa
masyarakat di England mempunyai ciri-
ciri tersendiri untuk membina sebuah
negara yang dikagumi.
MASYARAKAT
FEUDAL DI
JEPUN PADA
ABAD KE 16 & 17
ISI KANDUNGAN
1.LATAR BELAKANG MASYARAKAT
FEUDAL DI JEPUN
2. STRUKTUR MASYARAKAT
FEUDAL DI JEPUN
3.CIRI-CIRI MASYARAKAT
FEUDAL DI JEPUN
1: LATAR BELAKANG MASYARAKAT FEUDAL
DI JEPUN
> Konsep feudal boleh dimaksudkan dengan kuasa
politik yang dikuatkuasakan secara tempatan oleh
individu tertentu atau kerajaan pusat.
> Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan
istilah feudal digunakan bagi menerangkan
seluruh kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada
ketika itu serta organisasi kelas atasan yang
meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi
kekuasaan golongan atasan.
> Sistem beraja di bantu oleh
pembesar dalam
menjalankan urusan
pemerintahan dan
pentadbiran.
> Masyarakat feudal
terbahagi kepada dua
lapisan masyarakat iaitu
golongan pemerintah &
diperintah.
> Golongan pemerintah terdiri
daripada maharaja,
pembesar, dan daimyo.
> Manakala golongan
diperintah terdiri daripada
samurai, petani, tukang mahir
dan saudagar.
2: STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL
DI JEPUN
GOLONGAN RAJA ATAU SHOGUN
TOKUGAWA
> Sistem pemerintah diketuai oleh maharaja.
secara teorinya maharaja dianggap sebagai
pemerintahan
keduniaan dan kerohanian.
> maharaja jepun dikaitkan dengan unsur
ketuhanan yg bertujuan meningkatkan dan
menguatkan
kedudukan maharaja serta menanam kesetiaan
rakyat kepada maharaja.
> Maharaja berperanan sebagai ketua agama
dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada kuasa
pemerintahan di bawah shogun Tokugawa.
Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto
yang dikeliling oleh pengawal istana.
GOLONGAN DAIMYO
> Daimyo terbahagi kepada 3
kumpulan utama iaitu, Daimyo fudai ,
Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama.
> Daimyo fudai merupakan ahli
keluarga tokugawa dan sekutunya.
Mereka menbantu tokugawa
menguasai pemerintahan dan
diberikan tanah di bahagian tengah
dan utara Honshu.
> Daimyo shimpan dikenali
sebagai rumah persaudaraan
yang terdiri daripada saudara
mara keluarga
tokugawa.
> Keluarga tokugawa yang
utama dikenali sebagai Go-sanke
milik anak Leyasu yang terletak
di daerah Owari, kii dan mito.
> Daimyo tozama pula dikenali sebagai
daimyo luar di mana mereka
merupakan musuh shogun tokugawa
yang terdiri daripada suku-suku barat
seperti kato,ikeda,asano,shimazu.
> Tindak tanduk mereka sentiasa di
awasi oleh shogun tokugawa.
> Selain itu, mereka juga dilarang
mengumpul kekayaan demi
mengelakkan mereka menjadi terlalu
kuat dan mengancam kedudukan
shogun.
GOLONGAN SAMURAI
> Samurai merupakan kelas panglima. Mereka
mempunyai kedudukan istimewa.
> Mereka berfungsi menjaga keamanaan negara dan
daimyo.
> Mereka tidak diberikan tanah dan tidak dibenarkan
melakukan kerja lain
GOLONGAN PETANI (NOMIN)
> Petani mendapatkan kedudukan istimewa diantara kalangan rakyat
biasa.
>Amalan dasar tutup pintu yang
dilakukan oleh Jepun menyebabkan mereka tidak mempunyai hubungan
dengan negara luar.
>Oleh itu, petani mengeluarkan beras untuk rakyat jepun dan membayar
sebahagian besar cukai.
>Mereka hanya diberikan
secukup makan sebagai balasan kerana hasil yang dikeluarkan untuk
negara.
GOLONGAN PEDAGANG (CHONIN)
GOLONGAN ARTISAN ATAU
TUKANG MAHIR
> pedagang di bawah tukang mahir.
> Mengikut tradisi jepun, golongan
pedagang dipandang rendah oleh
masyarakat feudal kerana mempunyai > Artisan adalah dibawah golongan
pekerjaan yang hina dan tidak petani dimana mereka akan membuat
menguntungkan. pedang serta peralatan yang
berguna.
> Namun begitu,
keadaan yang aman menjadikan > Mereka diberi penghormatan dan
ekonomi semakin berkembang dan sumbangan masyarakat & diberi gaji
para pedagang berjaya mengumpul serta rumah yang baik.
wang dan harta dengan banyak.
> Tukang kayu juga turut diberi
> Mereka berjaya memperbaiki status layanan yang sama serta diberi gaji
diri dan mengikat ramai bangsawan sebanyak 500 koku dan dibenarkan
melalui hutang. memakai sebilah pedang.
> Mereka telah memperkenalkan cara
pengurusan baru yang akhirnya
diwarisi oleh syarikat moden jepun.
> Antara keluarga saudagar terkenal
termasuklah mitsui dan Noraya
Mozaemon.
KESIMPULAN
> masyarakat feudal jepun lebih ketat
kerana pembahagian golongan masyarakat
dibuat berdasarkan
pekerjaan yang diwarisi
> kedudukan maharaja jepun diperkukuhkan
semasa pemerintahan meiji dan dianggap
sebagai raja perlembagaan.
3.CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN
> Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan
tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan
wakil oleh kerajaan pusat.
> Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu
adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut
hierarki.
> Sistem feudal dapat dilihat dengan jelas, iaitu Maharaja
yang berada dikemuncak struktur pemerintahan
mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala
aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah.
> Dalam sistem feudal di Jepun
terdapat beberapa ciri-ciri
masyarakat feudal di Jepun.
Antaranya ialah :
-Kedudukan Maharaja
-Kedudukan Shogun
-Kedudukan Samurai
-Pemilikan Tanah
-Kewajipan Peribadi
-Mobiliti Sosial.
KEDUDUKAN MAHARAJA
> Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan
kerohanian.
> Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan
yang bertujuan meningkatkan dan menguatkan
kedudukan maharaja serta menanam kesetiaan rakyat
kepada maharaja.
> Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua
negara akan tetapi, Maharaja tidak mempunyai kuasa
pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa.
> Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan
di kelilingi oleh pegawai istana ( kuge ).
KEDUDUKAN SHOGUN.
> Shogun merupakan golongan bangsawan.
Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan
Shogun Tokugawa.
> Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui
dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan
Shogun terjamin.
> Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan
berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang
menyokong dan menentangnya.
> Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah
manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di
kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.
>Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu
(ketenteraan) yang berpusat di Edo.
KEDUDUKAN SAMURAI
> Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera) dan mereka
mempunyai kedudukan yang istemewa iaitu mempunyai nama
keluarga dan mempunyai dua bilah pedang.
> Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan negara dan
keselamatan Shogun serta daimyo dan mereka tidak dibenarkan
melakukan kerja lain.
> Jumlah golongan samurai kira-kira 400, 000 orang iaitu kira-
kira 6% daripada jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai
terbahagi kepada taraf tinggi, sederhana dan rendah.
> Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan
memiliki tanah, manakala Samurai bersederhana merupakan
samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan
kaki.
PEMILIKAN TANAH.
> Zaman keshogunan Tokugawa, wilayah di serahkan kepada
vassal yang setia kepada shogun.
> Selain itu, shogun memberikan tanah kepada tuan tanah ( daimyo
) yang setia kepadanya. Daimyo yang setia akan mengawasi gerak
geri daimyo yang di ragui kesetiannya.
> Tokugawa Leyasu mengambil langkah untuk merampas tanah
daripada daimyo yang menentang pemerintahannya.
> Tanah-tanah yang di rampas diserahkan kepada tentera serta
tuan tanah yang setia kepadanya.
> Shogun melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir dan
menguruskan tanah miliknya manakala pegawai yang
menguruskan tanah itu dikenali sebagai Gundai dan Daskan.
KEWAJIPAN PERIBADI
> Dalam masyarakat feudal, wujud
hubungan peribadi antara
Shogun dan Daimyo.
> Shogun menyerahkan tanah kepada
golongan daimyo yang setia kepadanya.
Sebagai balasan, daimyo akan membantu
shogun dalam pentadbiran dan
ketenteraan.
> Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling
bertanggungjawab terhadap
kepentingan bersama.
> Iaitu satu pihak memberikan perlindungan
manakala satu pihak lagi menawarkan
perkhidmatan dalam pentadbiran
dan ketenteraan.
MOBILITI SOSIAL
> Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 &
17 terdiri daripada beberapa lapisan.
>Setiap lapisan dalam masyarakat feudal
mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan
politik yang berlainan.
> Kedudukan dan status masyarakat ditentukan
berdasarkan keturunan dan sistem berkelas.
> Dalam hal ini, perubahan status dan mobiliti sosial
dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku.
>Umpamanya, golongan pedagang merupakan golongan
yang di pandang rendah dan tak berlaku mobiliti sosial.
KESIMPULAN
> Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana
pembahagian golongan masyarakat dibuat
berdasarkan pekerjaan yang diwarisi.
> Selain itu, kedudukan masyarakat Jepun
diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan
dianggap sebagai raja berpelembagaan.
> Maharaja dihormati dan kedudukan
tertinggi ini kekal sehingga kini.
1.1.3 PERBANDINGAN MASYARAKAT
FEUDAL
DI ENGLAND DAN JEPUN
(ABAD 16-17)
NOR ATIKA
PERBANDINGAN CIRI-CIRI
SISTEM FEUDAL YANG
DIAMALKAN DI ENGLAND &
JEPUN
Definisi Masyarakat Feudal
- masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti
dan terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh
kerajaan atau pemerintah ke atas golongan
diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup
mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan
keturunan dan hubungan di
antara keduanya berasaskan saling memerlukan
antara satu sama lain.
PERSAMAAN
Pembinaan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas
antara kedua-dua negara. Contohnya,di England sistem Primogeniture
memberikan hak kepada anak lelaki tertua sahaja mewarisi harta pusaka
bagi mengelakkan harta dibahagikan. Manakala di Jepun pula golongan
bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Jepun
iaitu mereeka bermula dari status ketua yang popular dalam kalangan
bangsawan.
Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat di
England dan Jepun. Keadaan ini menyebabkan golongan knight di
Eropah dan Samurai di Jepun mempunyai peranan yang penting
pada zaman feudal . Kedua-dua berkhidmat dengan golongan
bangsawan dan terikat dengan undang-undang feudal. Knight terikat
dengan konsep chivalry manakala samurai terikat dengan konsep
bushido di Jepun.
Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu
menggunakan kuda, pedang dan baju perisai. Baju perisai di
Eropah diperbuat daripada besi dan di sadur dengan besi . Baju
perisai Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera atau
saduran logam. Knight memerlukan bantuan untuk menaiki kuda
kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak memerlukan
bantuan.
PERBEZAAN
Konsep undang-undang Rom yang diamalkan masyarakat feudal
di England menekankan hak, undang-undang dan kewajipan iaitu
hubungan antara mereka yang lahir bersama ikatan peribadi
zaman feudal digunakan di England. Manakala di Jepun
menekankan aspek moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika
Confucius yang lebih menekankan aspek moral berbanding
undang-undang. Dalam erti kata lain, kekuasaan dan kesetian
menjadi kuasa mutlak.
Perbezaan yang paling ketara ialah Pemilikan
tanah, Di England golongna knight mendapat
tanah sebagai bayaran memberi perkhidmatan
ketenteraan. Knight juga mengawal golongan
petani atau serf yang berkerja di tanah-tanah
mereka. Manakala di Jepun, samurai tidak
mempunyai tanah. Hal ini kerana daimyo
mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar
gaji samurai dalam bentuk beras
CIRI CIRI MASYARAKAT FEUDAL
perbandingan ciri ciri masyarakat feudal di england dan jepun
(Persamaan)
SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL
masyarkat feudal terdiri daripada
golongan pemerintah dan golongan
yang diperintah
-golongan pemerintah terdiri daripada
raja,bangsawan,pahlawan(knight)
manakala golongan yang diperintah
terdiri daripada petani(serf),hamba
KEDUDUKAN RAJA
Raja mempunyai kuasa yang mutlak dan
menguasai seluruh tanah dalam kerajaannya
-dibawah raja,terdapat golongan bangsawan
yang menerima tanah secara langsung
daripada raja
-raja memberikan hak pajak tanah kepada
golongan bangsawan(vassal) yang
dipercayai.bantuan kerajaan akan ditawarkan
kepada raja sebagai balasan
KEWAJIPAN PRIBADI
-dalam masyarakat feudal wujud
hubungan peribadi antara shogun &
daimyo yang setia kepadanya
-sebagai balasan , daimyo akan
membantu shogun dalam
pentadbiran dan ketenteraan
-Kedua pihak saling
bertanggungjawab terhadap
kepentingan bersama
MOBILITI SOSIAL
-Masyarakat feudal di jepun
(abad 16-17) terdiri daripada
beberapa lapisan yang
mempunyai kedudukan
ekonomi, sosial &politik yang
berlainan
-Kedudukan dan status
masyarakatditentukanmengikut
keturunan dan sistem kelas
-Perubahan status &mobiliti
sosial dalam masyarakat jepun
jarang berlaku
Perbezaan:-
CIRI ENGLAND JEPUN
PENGARUH -Feudalisme di england -Feudalisme di jepun
AGAMA dipengaruhi agama kristian dipengaruhi oleh
-Keruntuhan kerajaan pusat agama Buddha
-Keadaan politik yang
dan keadaan politik yang tidak stabil pada zaman
tidak stabil menyebabkan kamakura
menyebabkan rakyat
rakyat mendapatkan mendapatkan
perlindungan daripada perlindungan daripada
institusi agama
gereja -Golongan pahlawan
-Institusi gereja amat melakukan meditasi
bepengaruh dalam bagi mendapat
kehidupan masyarakat ketenangan
feudal
-Institusi gereja
mengongkong segala aspek
kehidupan masyarakat
PELAKSANAAN Kepulauan Jepun Revolusi Perindustrian
SISTEM mempunyai keadaan diertikan sebagai
EKONOMI semulajadi yang perubahan pesat dalam
membolehkan kaedah pengeluaran
perkembangan ekonomi barangan selain
feudalisme. Struktur muka
bumi Jepun yang pertanian. Perubahan ini
bergunung-ganang, melibatkan penghasilan
dipenuhi dengan banjaran
gunung yang tinggi dan barangan daripada
berbukit
-bukau penggunaan tangan
menyebabkan kawasan
tanah semulajadi untuk kepada mesin.
kegiatan pertanian Perkembangan Revolusi
hanyalah 20 peratus
sahaja. Namun begitu, Perindustrian
kegiatan pertanian masih memperlihatkan
merupakan tulang perubahan yang berlaku
belakang kepada ekonomi di England dan Amerika
Jepun pada abad ke-16. daripada ekonomi
berasaskan pertanian
dan ekonomi komersial
kepada negara
perindustrian.
KEDUDUKA -Dalam Dalam
N WAN
ITA feudalisme feudalisme
england , jepun , wanita
golongan mempunyai
kedudukan
wanita
tid
ak dalam
mempunyai masyarakat
kedudukan
dalam -Wanita
masyarakat diben
arkan
mewarisi harta
-Selain itu ,
mereka
menunjukkan
sifat keberanian
, tabah, dan
kesetiaan
golongan golongan
bangsawan di daimyo di
england tinggal
jepun
di istana tinggal di
PEMBINAAN istana didirikan
istana
ISTANA daripada batu istana
istana memberi daimyo
perlind
ungan
daripada
serangan diperbuat
musuh daripada
kayu
MASYARAKAT
AGRARIA
PADA ABAD KE 16-17
ISI KANDUNGAN
- Konsep Masyarakat Agraria
- Latar belakang masyarakat
agraria di Belanda
- Ciri-ciri Masyarakat Agraria
di Belanda
- Perkembangan Masyarakat
Agraria di Belanda
KONSEP MASYARAKAT AGRARIA
> Ekonomi negara Belanda mula
berlaku perkembangan terutama
selepas Belanda berjaya bebas
daripada cengkaman kuasa Sepanyol
pada tahun 1585.
> Taraf hidup masyarakat Belanda semakin
meningkat apabila berlaku revolusi
pertanian dan revolusi perkapalan telah
menjadikan Belanda sebagai kuasa
perdagangan di Eropah serta menjadikan
pelabuhan Amsterdam sebagai pelabuhan
yang sibuk pada abad ke-16 dan 17.
LATAR BELAKANG MASYARAKAT AGRARIA
Belanda mengalami perkembangan dalam
bidang pertanian pada abad ke 16 dan ke 17.
Pengembara dari England,Perancis,Jerman,Itali
dan Sweden melawat belanda dari abad
tersebut membuktikan kenyataan tersebut.
Masyarakat Belanda menggunakan kaedah
pertanian berbanding negara-negara Eropah
yang lain selain itu mereka juga
memperkenalkan pelbagai jenis tanaman.
Perkembangan pesat tersebut dalam bidang
pertanian dan penternakan menyebakan
muncul masyarakat agraria di Belanda.
CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI
BELANDA
1.KEGIATAN EKONOMI
> Pertanian menjelang abad ke-17, berlaku
pertambahan penduduk yang pesat terutama
di kawasan Bandar di Belanda.
> Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti
pertanian dapat di jalankan secara ekstensif.
> Kegiatan pertanian yang dijalankan termasuk
penanaman sayur-sayuran, bijirin, dan tanaman
dagangan.
> Antara sayur-sayuran yang di tanam ialah
bebawang, bijirin, biji cole, ketumbar, lobak,
dan teasel.
2.PETEMPATAN
> Petempatan masyarakat agrarian di Beland terletak di
kawasan pinggir pantai yang amat subur untuk aktiviti
pertanian. Sebahagian besar dari kawasan pertanian di
Belanda berada di bawah paras laut.
> Masyarakat agraria Belanda menjalan kan usaha
menebus guna tanah untuk menjalankan aktiviti
pertanian. Menjelang tahun 1680 tanah seluas 127 000
hektar ditebus guna untuk menjalankan aktiviti
pertanian.
> Petempatan masyarakat agrarian yang terletak
di Pinggir pantai merupakan tanah yng telah
ditebus guna.
> Antara petempatan yang terletak di kawasan
yang di tebus guna ialah Pulau Zuid-beveland,
Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland.
Selain itu, petempatan masyarakat agraria terletak
di Kawasan Friesland, Zeeland, Flanders, dan
Utrect.
3.SISTEM PENGAIRAN
> Masyarakat agrarian di Belanda mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam
pengairan. Mereka mendirikan kincir angin untuk
menyalurkan air dari tanah yang di tebus guna bagi
tujuan pertanian.
> Kegiatan tebus guna dilakukan kerana sebahagian
besar tanah pertanian yang subur berada di bawah
paras laut.
Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak
tanah bagi menebus guna tanah untuk tujuan pertanian
sejak tahun 1545.
> Pada tahun 1505 hingga 1506, muara Sungai Middelzee
ditembak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut untuk
tujuan pertanian. Menjelang pertengahan abad ke-17,
sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna
untuk tujuan pertanian.
4.PENINGKATAN TEKNOLOGI
> Menjelang abad ke-16 dan ke-17 , berlaku
kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah
pertanian di Belanda.
> Pengembara-pengembara di England,
Prancis, Jerman dan Itali yang melawat
Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 berasa
kagum dengan kemajuan yang dicapai oleh
masyarakat Belanda.
>Menurut mereka, kegiatan pertanian di
Belanda amat maju berbanding dengan
Negara-negara Eropah yang lain.
> Banyak kaedah pertanian yang diamalkan di
Belanda telah di sebarkan ke Negara-negara
lain. Antara perkembangan yang berlaku
dalam bidang teknologi pertanian ini adalah
Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda
dan Sistem pinggiliran Tanaman.
5.PENGENALAN KAEDAH PERTANIAN
BARU
> Antara kaedah petanian yang dijalankan
ialah menjalankan kegiatan pemugaran
tanah pertanian bagi mengekalkan
kesuburan tanah. Peralatan tengala baru
telah dicipta dan digunakandi Gelderland.
> Kaedah pengiliran tanaman juga mula
dipraktikkan pada abad ke16 dan 17 bagi
mengekalkan kesuburan tanah. Antara
tananaman yang digilirkan ialah menanam
tanaman sengkuan dan kekacang berselang
dengan tanaman bijirin.
> Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di
wilayah Waes pada tahun 1644. Sistem ini
terus diamalkan di selatan Edegem di
wilayah Brabant pada tahun 1800