20241
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam Qaramah Insaniah, Salam Anak Baik Lagi Cerdik (ABC) dan Salam Sehati Petaling Perdana di Persada, Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, warga PPD Petaling Perdana Sektor Pembelajaran masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bekerja menabur bakti, menyumbang idea dan tenaga untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan negara. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan Sektor Pembelajaran 2024 yang telah bertungkus-lumus bekerja menyiapkan buku ini. Sesungguhnya, buku pengurusan ini sangat penting sebagai garis panduan dan rujukan yang berterusan kepada semua warga Sektor Pembelajaran khususnya dan semua Penolong Pegawai PPD amnya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan demi untuk kecemerlangan PPD Petaling Perdana Justeru itu bagi tahun 2024 sekali lagi saya mengharapkan supaya semua warga Sektor Pembelajaran dapat membudayakan budaya kerja cemerlang dan bekerja secara berpasukan dalam mengalas tugas masing-masing dan seterusnya meningkatkan imej PPD Petaling Perdana di Persada. Matlamat PPD Petaling Perdana sebenarnya adalah untuk melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik dan bertransformasi bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat lokal dan global. Kita juga perlu menerapkan 7 Teras Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memastikan pelbagai inisiatif yang disediakan akan dikekalkan serta ditambah baik mengikut keperluan. Akhir kata. Saya yakin dan percaya bahawa Sektor Pembelajaran PPD Petaling Perdana salah sebuah organisasi yang akan sentiasa berusaha secara total untuk mencapai hala tuju yang telah digariskan dalam Pelan Strategik (PSO) Tahun 2021-2025. Apa jua halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, perlulah sentiasa berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka. Selamat menjalankan tugas dengan penuh integriti dan amanah. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI’’ “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” CHE WAN ROHAINI BINTI RAMLY Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana 2
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Qaramah Insaniah, Salam Anak Baik Lagi Cerdik (ABC) dan Salam Sehati Petaling Perdana di Persada U capan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka Buku Pengurusan Sektor Pembelajaran 2024 berjaya dihasilkan dengan jayanya. Penghargaan yang tidak terhingga saya tujukan kepada semua pegawai Sektor Pembelajaran atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk melaksanakan perubahan demi meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan atas kebersamaan sepanjang proses penghasilan Buku Pengurusan ini. Buku ini bakal diangkat menjadi rujukan dan panduan yang menghimpunkan pelbagai punca kuasa merangkumi pelbagai fungsi pengurusan untuk memastikan kefahaman Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC+) dan Pegawai Penolong PPD terhadap tugas dan peranan masing-masing di Sektor Pembelajaran. Buku ini juga membantu perancangan dan pelaksanaan pengurusan khidmat bimbingan unit-unit agar mencapai sasaran dan matlamat dengan lebih berkesan untuk memastikan langkah-langkah penambahbaikan sentiasa diberi keutamaan. Melalui intervensi dan amalan terbaik yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2023, adalah diharapkan dengan penghasilan Buku Pengurusan Sektor Pembelajaran ini, usaha-usaha yang menjadi amalan dan budaya pengurusan di Sektor Pembelajaran akan berterusan menerusi hala tuju yang lebih proaktif, dinamik dan unggul. Akhir kata, Saya percaya Buku Pengurusan ini dapat membantu menyeragamkan tatacara pengurusan dan pentadbiran Sektor Pembelajaran dan seterusnya meningkatkan prestasi penyampaian pendidikan yang diamanahkan secara sistematik dalam menyempurnakan tugas khidmat bimbingan di sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Petaling Perdana, dan Pasukan Penerbitan Buku Pengurusan ini serta semua pegawai yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam usaha jaya ini. “ilmu itu ibarat air, maka amalkan dan sampaikan ilmu yang bermanfaat”. Sekian dan terima kasih. Puan Zarina binti Abdullah Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran 3
4
5
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. 6
PROAKTIF, DINAMIK DAN UNGGUL SEHATI PETALING PERDANA DI PERSADA 7
PIAGAM PELANGGAN 8
1. Membimbing PdP guru melalui latihan/bengkel/kursus/ yang dirancang secara berkala berdasarkan keperluan yang telah dikenal pasti. 2. Meningkatkan enrolmen STEM kepada 60 peratus menjelang tahun 2025. 3. Memastikan semua sekolah mempunyai pengurusan panitia yang cemerlang menjelang tahun 2025 melalui inisiatif bimbingan dan pemantauan. 4. Memastikan proses penyelesaian aduan dalam tempoh penyelesaian aduan dalam tempoh maksimum 14 hari bekerja. 5. Menggalakkan semua sekolah untuk membudayakan pendigitalan dalam aspek PdP dan juga pengurusan. 6. Memastikan peratusan LMS sentiasa meningkat sebanyak lima peratus sehingga 2025. 7. Membimbing Pembudayaan KBAT dan Kajian Tindakan. 8. Memastikan semua murid tahap satu menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu. 9. Memastikan peningkatan enrolmen Murid Berkeperluan Pendidikan Khas(MBPK) dalam Program Pendidikan Inklusif meningkat setiap tahun. 10. Memastikan murid-murid prasekolah dapat menguasai kemahiran asas dan memupuk nilai positif serta meningkatkan potensi murid prasekolah secara menyeluruh 11. Membimbing dan memastikan murid menguasai kemahiran al-quran sebelum tamat tahun 6 9
TAKWIM SPB http://bit.ly/takwimSPb2024 10
Mesyuarat SPb Bil 1 DP SPb Bil 1 Perhimpunan Bulanan DP SPB Bil.2 Perhimpunan Bulanan PPDPP Bil. 2 DP SPB Bil.3 11
DP SPB Bil.4 PKB SPB Bengkel PKB Bengkel PKB Perhimpunan Bulanan Bil 3. Mesyuraat Kurikulum PKP Bil 2 (SR) Mesyuraat Kurikulum PKP Bil 2(SM) Taklimat Pelaksanaan Kajian Tindakan BISMILah SR BISMILah SR Perbincangan Profesional SIP+ & SISC+ BISMILah SR Mesyuarat PGB Bil. 2 PKB SPB PKB SPB PKB SPB PERHIMPUNAN BULANAN POST MORTEM PKB SPB BENGKEL KBAT PEMUGARAN KURIKULUM PRA SEKOLAH PKB SPB PKB SPB MESYUARAT SPB BIL.2 12
DP SPb BIL. 5 PKB SPB PKB SPB PKB SPB PKB SPB PKB SPB PERHIMPINAN BULANAN PKB SPB PKB SPB DP SPB BIL. 6 PKB SPB PKB SPB DP SPB BIL.7 BENGKEL TING 6 PKB SPB PKB SPB PERBINCANGAN PROFESIONAL SIP+ & SISC+ PERHIMPUNAN BULANAN 13
DP SPb PKB SPB PKB SPB DP SPM PKB SPB PKB SPB PKB SPB MESYUARAT PGB BIL. 3/ PKB SPB PKB SPB PKB SPB PKB SPB PKB SPB PERNIMPUNAN BULANAN BENGKEL PELAPORAN KT MESYUARAT KURI (SM) MESYUARAT KURI (SR) PKB SPB PKB SPB PKB SPB PKB SPB MESY SPB BIL.. 3 DP SPB BIL. 8 DP SPB BIL.9 PERHIMPUNAN BULANAN 14
PELAPORAN INOVASI BENGKEL T6 DP SPB BIL. 10 BISMILah SM PERBINCANGAN PROFESIONAL SIP+ & SISC+ PERHIMPUNAN BULANAN BISMILah SM BISMILAH SM DP PBD (SM/SR) KOLOKIUM INOVASI & KAJIAN TINDAKAN MKD BIL.3 SM MKD BIL.3 SR PERHIMPUNAN BULANAN 15
Mesyuarat SPb Bil 1 BENGKEL PBL PRA SEKOLAH MESYUARAT SPB BIL.4 PERHIMPUNAN BULANAN MKD BIL.4 SM MKD BIL.4 SR DIALOG PRESTASI PBD 16
ASPIRASI KPM 17
18
19
20
ORGANISASI SPb 21
22
FUNGSIAN SPb 23
4 24
25
PORTFOLIO 26
27
28
29
30
31
KETETAPAN SPb 32
Setiap portfolio dipegang oleh personalia mengikut kepada keperluan sektor/organisasi. Diskusi Profesional SPb akan dijalankan sekali dalam dua minggu iaitu pada hari Jumaat. Perubahan portfolio tertakluk kepada keperluan sektor/organisasi. Ketetapan untuk bilangan mesyuarat SPB/Diskusi Profesional adalah 4 kali setahun. Pelaporan bimbingan perlu diisi di dalam aplikasi i-PLas / IPMan 2.0 untuk disemak dan disahkan oleh Timbalan SPb setiap bulan. 33
Semua data perlu dikemas kini dan dianalisis secara berkala dan perlu dikongsikan kepada semua pegawai secara berterusan. Kebenaran keluar pejabat perlu dimaklumkan, mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan terlebih dahulu. Ketua untuk Pasukan Kunjung Bantu Khidmat Bimbing SPb adalah Pegawai DG52/DG54 bagi sekolah menengah dan DG52/DG48 untuk sekolah rendah. Log Pergerakan Pegawai hendaklah sentiasa dibawa ke sekolah dan ditandatangani oleh pentadbir sekolah. Timbalan SPb akan membuat semakan dan pengesahan setiap akhir bulan. Semua cuti rehat perlu di mohon melalui HRMIS dan direkodkan. 34
Semua unit perlu melaksanakan strategi dan aktiviti dalam PSO Induk Sektor Pembelajaran. Rumusan PSO perlu dibuat sebanyak dua kali iaitu pada bulan Jun dan Disember. PSO Sektor Pembelajaran mengikut format dan templat PSO JPN Selangor. Sebarang surat/memo keluar perlu disemak oleh ketua unit terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada KPPD atau TPPD. Dokumentasi yang melibatkan urusan pengurusan SPb perlu mengikut sebagaimana yang terdapat dalam Buku Pengurusan Dokumentasi JPN Selangor. 35
PENGOPERASIAN SPb 36
KOD ETIKA KERJA 1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP TUGAS a. Bimbingan terhadap pengajaran dan pembelajaran hendaklah mengutamakan bimbingan terhadap kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dan teknik penyoalan untuk tujuan menentukan sejauh mana kaedah pengajaran berkesan dijalankan. b. SISC+/Pegawai perlu bertemu dengan PGB atau mana-mana pentadbir sekolah sebelum meneruskan tugas bimbingan dan pementoran. c. SISC+/Pegawai sentiasa memastikan bahawa fungsi utama bimbingan adalah untuk membantu guru meningkatkan prestasi dan bukan mencari kesalahan. d. SISC+/Pegawai perlu berfikiran terbuka dan bersedia untuk menerima pandangan serta pendapat orang lain serta sentiasa mengamalkan pendekatan yang berkesan dalam membimbing guru dan bukannya memberi arahan. e. SISC+/Pegawai perlu menjadi pendengar yang baik, adil dan saksama dalam membuat penilaian agar bimbingan yang diberikan berdasarkan fakta dan data yang tepat. f. Setiap SISC+/Pegawai hendaklah berurusan dengan pihak pentadbir sekolah dan guru secara adil tanpa diskriminasi bangsa, jantina, agama dan latar belakang keluarga. g. SISC+/Pegawai tidak wajar memperkatakan atau berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan keyakinan guru atau pihak pentadbir sekolah terhadap PPD,JPN dan KPM. 37
KOD ETIKA KERJA 2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI h. SISC+/Pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap jujur,amanah, integriti pada setiap masa semasa melaksanakan tugas. i. SISC+/Pegawai perlu jujur dalam membuat sebarang tuntutan perbelanjaan dan mematuhi Arahan Perbendaharaan atau Pekeliling Kewangan yang sedang berkuatkuasa atau arahan Ketua Jabatan. j. SISC+/Pegawai perlu mengurus diri supaya tidak terjerumus dalam masalah kewangan yang serius. k. SISC+/Pegawai perlu mempunyai kemahiran komunikasi secara jelas dan ikhlas serta berpenampilan diri yang boleh diteladani dari segi pakaian,pertuturan dan tingkah laku. l. SISC+/Pegawai perlu sentiasa mempertingkatkan tahap profesionalnya melalui pemerolehan ilmu dan kemahiran yang pelbagai secara akses kendiri khususnya dalam perkembangan ICT dan perlu bersikap dinamik, terbuka dan seiring dengan perubahan era globalisasi. 3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT m. SISC+/Pegawai tidak boleh memburukkan atau bersikap prasangka terhadap reputasi profesional rakan sejawat. n. SISC+/Pegawai ditegah membuat kenyataan atau komen yang memalukan atau melakukan tindakan yang boleh menjejaskan reputasi rakan sejawat. o. SISC+/Pegawai perlu sentiasa bersedia memberi pertolongan galakan dan bimbingan kepada rakan sejawat baharu. p. SISC+/Pegawai hendaklah menjalankan tanggung jawab dengan semangat muhibbah dan budaya sepasukan. 38
INOVASI IPMAN 2.0 39
INOVASI IPMAN 2.0 40
PENGURUSAN UNIT 41
UNIT BAHASA 42
UNIT BAHASA 43
PELAN BIMBINGAN 2024 Plan 1. Membimbing 10 – 15 MLT/Guru dalam SK@S Standard 3.1 dan Standard 4 2. Memastikan guru-guru di bawah MLT mencapai sekurang-kurangnya skor baik dalam SK@S std 4. 3. Peningkatan sekurang-kurangnya 0.1% bagi peritus lulus Bahasa Melayu SPM Do 1. Bimbingan dan pementoran secara berterusan 2. Program MASTer PaDU dilaksanakan setiap mata Pelajaran Bahasa 3. Membina Jaringan kepakaran dengan JPN Selangor dan PPD lain. Check 1. Skor Std 3.1, Std 4 & Laporan Bimbingan 2. Skor Standard 4 3. Keputusan PPT dan Percubaan SPM 2024 Act 1. Tindak susul & intervensi akan dilaksanakan pada sukuan kedua dan keempat. 44
UNIT BAHASA 45
UNIT BAHASA BIL NAMA SEKOLAH 1. SMK Puchong Perdana 2. SMK Seri Kembangan 3. SMK Seksyen 1 Bdr Kinrara 4. SMK Seksyen 4 Bdr Kinrara 5. SMK Subang Jaya 6. SMK SS17 7. SMK Bandar Puchong Jaya (A) BIL NAMA SEKOLAH 1. SK Subang Utama 2. SK Puchong Jaya 2 3. SK Taman Desaminium 4. SJKC Serdang Baru (1) 5. SJKC Tun Tan Siew Sin 6. SK Pusat Bandar Puchong 1 7. SK Saujana Puchong 8. SK Bandar Sunway BIL PROGRAM 1. Bengkel Pembinaan Item 2. Bengkel Penulisan Cemerlang 3. Bengkel Pemahaman 4. Bengkel Tatabahasa SEKOLAH BIMBINGAN 2024 46
UNIT BAHASA 47
UNIT BAHASA SEKOLAH BIMBINGAN 2024 48
UNIT SAINS SOSIAL 49
UNIT SAINS SOSIAL 50