The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penerangan ringkas tentang unit/badan beruniform yang terdapat di SMK Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-62096933, 2021-07-25 04:56:36

LOGO UNIT BERUNIFORM

Penerangan ringkas tentang unit/badan beruniform yang terdapat di SMK Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan

PENGURUSAN KO-KURIKULUM

Penerangan ringkas tentang logo setiap
unit beruniform yang terdapat di SMK

Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan.

2021

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

 Bulan Sabit Merah – Berasal dari lambang palang merah yang diiktiraf oleh
Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929

 Lambang ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan
untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan.

~1~

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

 Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit
dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu
bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

 Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis
dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI
ISLAM.”( Pa Pa Alif)

 Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
 “PUTERI”-Bagi Ahli-Ahli Puteri
 “PEMIMPIN PUTERI” -Bagi Pemimpin-Pemimpin

 PENGERTIAN WARNA
o Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
o Hijau : Agama
o Taqwa sebagai TERAS
o Putih : Kesucian
o Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

~2~

PERSATUAN PENGAKAP

 PECAHAN TIGA KELOPAK :Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga itu:
1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
2. Menolong orang pada setiap masa;
3. Menurut undang-undang pengakap.

 WARNA KUNING, HIJAU DAN MERAH: Melambangkan unit-unit Pengakap:
Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak;
Hijau bagi Unit Pengakap Muda;
Merah bagiUnit Pengakap Remaja.

 DUA BUAH BINTANG PECAH LIMA BERWARNA HIJAU PADA KELOPAK KIRI
DAN KELOPAK KANAN : Melambangkan Undang-Undang Pengakap.

 IKATAN HIJAU : Menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
 LINGKARAN TALI BERWARNA KUNING : Melambangkan perpaduan rakyat

Malaysia dan persaudaraan Pengakap Sedunia.
 ANAK BULAN DAN BINTANG : Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah

Agama Islam.
 WARNA KUNING PADA ANAK BULAN DAN BINTANG: Menunjukkan warna

Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
 BINTANG PECAH 14 (WARNA KUNING): Melambangkan 14 buah negeri,

termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalam Malaysia.

~3~

KADET REMAJA SEKOLAH

 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada genjala yang tidak
sihat

 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara
Malaysia.

 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan
yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira
keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan
bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia

berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak

kedaulatan Negara Malaysia.
 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian

~4~

KADET POLIS

 Bulan dan bintang : Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi
negara ini.

 Mahkota : Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa
menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan
kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja"
kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha
Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama
rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi
menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri

 Keris dan parang : Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan
senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di
zaman purbakala. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan
Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang
bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.

 Kepala harimau : Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat
juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh.

 Bunga padi : Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta
kemakmuran negara.

 Moto: Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman
anggota pasukan.

 Sang Saka Biru : Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau

warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.

~5~

KADET BOMBA

 Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia terdapat
bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai
Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba
dan Penyelamat, Malaysia.

 Topi keledar dan kapak: bersilang bermaksud keselamatan kepada personel
Jabatan yang memberikan perkhidmatan secara profesional.

 Bunga padi : melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan
Bomba 1988 (Akta 341) dan juga kemakmuran negara.

 Warna merah : melambangkan semangat keberanian yang tinggi,
 warna kuning : melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang

berkualiti kepada pelanggan
 warna biru : melambangkan air yang digunakan sebagai media utama

pemadaman kebakaran.

~6~

KADET ANGKATAN PERTAHANAN AWAM

 konsep reka bentuk :gabungan lambang Pertahanan Awam antarabangsa
dan tempatan

 segitiga sama jingga, corak warna dan lambang Malaysia:
-lambang warna dan keselamatan
-waspada dan bersedia menghadapi kemungkinan
-negara yang dipertahankan

 sentiasa siap sedia sekeliling segitiga :moto angkatan pertahanan awam
yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan

 bunga padi hijau muda : kesuburan & kemakmuran negara yang perlu
dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh
sebagaimana ikatan bunga padi yang kemas

 skrol pertahanan awam Malaysia : berwarna oren yang mengandungi
perkataan Pertahanan Awam Malaysia melambangkan keteguhan, kesediaan
dan sokongan padu organisasi JPA3 mendukung wawasan yang diharapkan.

~7~

BRIGED BAKTI

 BUCU LIMA(Warna Perak) : Kepatuhan dan penghayatan kepada lima prinsip
TERAS BRIGED BAKTI iaitu:
Kepatuhan, Kesetiaan, Persaudaraan, Kebaktian , Keihklasan

 LINGKARAN BUNGA TANJUNG (warna kuning): Pengorbanan, Kemanfaatan,
Ketrampilan

 BUNGA TANJUNG(kuning) : Sedia membantu dan memberi khidmat bakti.
 BULAN SABIT(merah) : Keperihatinan, Pertolongan Cemas
 BINTANG 14 BUCU( merah) : Kesejagatan , 14 buah negeri di Malaysia
 TANGAN BERJABAT ERAT(kuning) : Persahabatan, Perpaduan, Kerjasama
 KETERAGAN WARNA:

HIJAU : ( Warna teras Briged Bakti )KESABARAN DAN KETENANGAN
MERAH : KEBERANIAN DAN KETANGKASAN
KUNING : KEWIBAWAAN, KECEMERLANGAN DAN PROAKTIF
HITAM : SENTIASA BERSIAP SEDIA,BERDISIPLIN DAN KOMITED

~8~

Sekian, terima kasih……

~9~


Click to View FlipBook Version