The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nizalnq, 2021-04-18 11:11:28

TUN DR. FATIMAH ANYFLIP

TUN DR. FATIMAH ANYFLIP

TUN (DR.) FATIMAH
BINTI HASHIM

BIODATA MURID
NAMA :NUR QISTINA WARDINA BINTI MOHD NIZAL
KELAS: 4 BRILLIANT
EMAIL: [email protected]
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
LKTP ULU TEBRAU

ALAMAT SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN LKTP ULU TEBRAU,FELDA ULU
TEBRAU,81810,ULU TIRAM,JOHOR

PENDAHULUAN

Tun (DR.) Fatimah Binti Hashim merupakan Menteri Kabinet
Wanita Pertama dalam Jemaah Menteri Tunku Abdul Rahman
yang memegang portfolio Menteri Kebajikan dari tahun 1969 -
1973. Wanita bekelahiran Muar memegang kepimpinan Kaum
Ibu UMNO (kini dikenali sebagai Wanita UMNO) selama 16
tahun(1956 - 1972). Beliau dicatatkan menyertai UMNO pada
tahun 1947 ketika berusia awal 20-an sebagai ahli UMNO yang
ke-315. Beliau dilantik sebagai Ketua Kaum Ibu yang keempat

menggantikan Khatijah Sidek.

BIODATA

NAMA DAN • Fatimah Binti Hashim
GELARAN • Beliau mendapat gelaran Tun pada tahun

2003 semasa penganugerahan darjah
kebesaran oleh Yang Dipertuan Agong

TARIKH DAN • Beliau dilahirkan pada 25 Disember 1924
TEMAPAT • Dilahirkan di Parit Keroma,Muar,Johor

KELAHIRAN • Beliau merupakan wanita pertama di
Malaysia yang dilantik sebagai Menteri
KERJAYA Kabinet Malaysia.

LATAR • Nama suami beliau ialah Tan Sri Abdul
BELAKANG Kadir Yusuf.
KELUARGA
• Suami beliau merupakan bekas ketua
KISAH Peguam Negara dan juga pernah dilantik
PEMERGIAN sebagai Menteri Undang-Undang.

• Mereka adalah satu-satunya pasangan
Menteri Kabinet dalam sejarah politik
negara.

• Sepasang suami isteri ini mempunyai 6
orang anak.

• Beliau meninggal dunia pada 9 Januari
2010,jam 11.35 malam pada usia 85 tahun
kerana sakit tua.

• Jenazah beliau dikebumikan di Masjid
Negara disebelah pusara sauminya.

• Beliau menjadi wanita pertama yang
dikebumikan di Makam Pahlawan.

Allahyarhamah Tun Fatimah bersama suaminya Allahyarham Tan Sri Abdul
Kadir Yusof dan lima dari enam anak-anak mereka

PENDIDIKAN TOKOH

Tun Fatimah mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu Lelaki
Kampung Parit Keroma dan kemudian menyambung pelajaran ke
Sekolah Melayu Perempuan Mersing. Semasa bersekolah, beliau

seorang murid yang aktif dan pernah menjadi Ketua Darjah dan Ketua
Kumpulan Murid Perempuan, Ketua Kumpulan (murid perempuan)
kegiatan berkebun sayur, Ketua Murid Sekolah Melayu Perempuan
Mersing dan ketua rombongan pasukan senaman ke pertandingan
senaman sekolah-sekolah negeri Johor di Sekolah Air Molek. Beliau

pernah menerima latihan perguruan yang dihadirinya pada tiap-tiap hari
Sabtu di Sekolah Perempuan Mersing selama dua tahun, tetapi beliau
tidak mendapat peluang menjadi guru kerana tercetusnya Perang Dunia
Kedua. Walaupun begitu, beliau pernah mengajar di Sekolah
Perempuan Mersing bagi menggantikan guru-guru yang bercuti atau
sakit.

KERJAYA TOKOH

o 1947 – Tun Fatimah menyertai UMNO ketika berusia 21

tahun.Beliau menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO)
cawanagan Kampung Nong Chik,Johor Bahru sebagai
bendahari dan setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru.

o 1956 - Beliau menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri

Perak dan Ketua Bahagian Ipoh.

o 11 September 1956 hingga 1972 - Tun Fatimah menjadi Ketua

Pergerakan Kaum Ibu Malaya menggantikan tempat Khadijah
Sidek.Beliau juga menyandang jawatan Naib Yang Dipertua
UMNO Malaysia dan mendapat kerusi dalam jawatankuasa
Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

o 1959 - Tun Fatimah pernah menjadi calon pilihan raya bagi

kawasan Jitra-Padang Terap dan telah memenangi kerusi
Parlimen bagi kawasan tersebut tiga kali berturut-turut.

o 20 Mei 1969 - Beliau menjadi Menteri Kebajikan Am selama

empat tahun.

o Jun 1969 - Beliau telah ditewaskan sebagai Ketua Wanita

UMNO oleh Senator Aishah Ghani dalam Perhimpunan Agung
UMNO.

o 7 Julai 1972 - Tun Fatimah mengumumkan peletakan jawatan

sebagai Menteri Kebajikan Am tetapi masih akan kekal
sebagai ahli Parlimen bagi Kawasan Jitra/Padang
Terap.Perkara ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri
Tun Abdul Razak selapas pembentangan bajet.

Keperibadiannya yang
sukakan cabaran telah
meletakkan Tun Fatimah
dalam Kabinet Negara

Tun Fatimah Ketika
mengetuai barisan utama

sewaktu memeriksa
perbarisan Persatuan
Bulan Sabit Merah

Selain dalam bidang politik ,Tun Fatimah juga pernah menjadi;

• Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat
• Ahli Majlis Universiti Malaya
• Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta
• Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh
• Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya
• Ahli Jawatankuasa Majlis Pepaduan Kebangsaan Malaysia
• Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah.
• Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia (1995)

Tun Fatimah sewaktu
mempengerusikan
mesyuarat ketika

menyandang jawatan
Menteri Kebajikan

Am

Tun Fatimah
sebagai Ketua
Pergerakan Wanita
di negeri Perak





• `2009: Anugerah Merdeka – Beliau seorang daripada empat

rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk
menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan
Komuniti

• 2003: Beliau menerima darjah kebesaran Seri Setia

Mahkota (S.S.M) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong yang membawa gelaran ‘Tun’.

• 2000:Beliau telah menerima juga Ijazah Kehormat Doktor

Pendidikan oleh Universiti Teknologi Malaysia

• 1975:Beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-

undang oleh Universiti Malaya

• 31 Ogos 1958:Tun Fatimah menerima pingat Panglima

Mangku Negara (P.M.N) oleh Yang di-Pertuan Agong yang
membawa gelaran ‘Tan Sri’.



SUMBANGAN TOKOH

Tun Fatimah juga aktif dalam pergerakan sosial terutamanya
dalam pertubuhan wanita. Pada tahun 1962, sebagai Ketua
Pergerakan Kaum Ibu UMNO dan bersama-sama beberapa orang
pemimpin wanita lain, beliau telah memulakan perayaan Hari
Wanita pada 25 Ogos 1962. Perayaan tersebut disambut sehingga
hari ini. Setahun selepas pelancaran Hari Wanita, diputuskan
supaya sebuah badan gabungan pertubuhan-pertubuhan wanita
ditubuhkan, antara lain, menjadi urusetia perayaan Hari Wanita di
samping menangani persoalan-persoalan wanita semasa. Badan
tersebut diberi nama Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan
Wanita atau National Council of Women’s Organisations
(NCWO). Beliau adalah pengasas pertubuhan tersebut dan
menjadi Yang Di Pertua pada tahun 1965 dan menerajui NCWO
selama 24 tahun sehingga bersara daripada jawatan pada tahun
1989. Melalui pertubuhan ini banyak usaha yang telah beliau
jalankan bagi memperbaiki kedudukan dan taraf wanita di negara

ini .

Allahyarhamah Tun Fatimah (lima dari kiri) ketika sambutan Hari
Wanita Kebangsaan di Kota Bharu pada 1973



NILAI KEPIMPINAN

Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
ialah nilai berani mengangkat martabat seorang wanita, sebagai

contoh Tun Fatimah melancarkan sambutan Hari Wanita
Kebangsaan.Selain itu, nilai prihatin kepada golongan

memerlukan boleh dicontohi daripada srikandi ini yang telah
menggunakan kedudukannya sebagai pemimpin untuk membantu
rakyat yang memerlukan.Seterusnya,nilai yang boleh dicontohi

ialah nilai kasih sayang kepada ahli keluarga dan masyarakat
sekeliling.

Akhir sekali,semangat kental dalam menaikkan imej diri sendiri
kepada kedudukan yang lebih bai khususnya dalam kalangan
wanita.

KESIMPULAN

Kesimpulannya Tun (DR.) Fatimah Binti Hashim menjadi ikon
srikandi kebanggaan Negeri Johor kerana beliau telah menjadi
wanita yang pertama di Malaysia yang dilantik sebagai Menteri
Kabinet Malaysia. Kesibukan beliau dalam kerjaya dan kerja-
kerja kebajikan tidak menghalang beliau untuk turut menjadi role
model kepada keluarga beliau di rumah.Jelas srikandi ini adalah

permata untuk keluarga dan negara.Srikandi ini telah
meninggalkan satu teladan kepada rakyat Malaysia iaitu kita
perlulah sentiasa memandang kebawah dan mahu membantu
orang-orang susah.Harapan saya ialah akan lahirnya ramai wanita
di negara ini yang bersemangat kental,berjiwa besar dan berjaya
dalam bidang masing-masing seterusnya mengangkat martabat

sebagai seorang wanita sebagaimana Tun (Dr.) Fatimah.

SUMBER RUJUKAN

➢ https://www.ukm.my/pkwtfh/tun-fatimah-hashim-background/
➢ https://www.ukm.my/pkwtfh/maklumat-tun-fatimah-hashim/
➢ http://muziummuar.blogspot.com/2012/12/tun-tan-sri-dr-fatimah-

binti-haji-hashim.html?m=1

➢ http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/tun-fatimah-

hashim.html?m=1

➢ https://ncwomalaysia.org ; Azizah Mokhzani -Fatimah serikandi

sumber inspirasi (pdf)

➢ repository.uin-suska.ac.idPeranan Tun Fatimah Hasyim dalam

Martabat Wanita di Malaysia


Click to View FlipBook Version