The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zi07586, 2021-03-24 22:41:23

AMALAN MENABUNG

AMALAN MENABUNG

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

AMALAN MENABUNG

OLEH ;
CIKGU LILY NORMALA BT. MAHDI

MENABUNG

Membawa maksud
amalan menyimpan wang

atas kesedaran seseorang
dalam membuat

persediaan bagi menjamin
masa depan yang cerah.

Menabung juga dapat
dikatakan seperti menyediakan
payung sebelum hujan. Banyak

kebaikan yang akan kita
peroleh jika kita menabung.

Amalan menabung

03 04

Tips Exercises

Mari kita lihat
Faedah menabung

Faedah pertama

Amalan menabung akan mendidik kita
supaya sentiasa berjimat-cermat. Sikap
berjimat-cermat sebenarnya merupakan
satu amalan yang baik kerana kita akan
lebih berhati-hati dalam membuat
perbelanjaan. Oleh itu, kita dapat
mengelakkan pembaziran. Sebagai
contoh, apabila mempunyai wang
lebihan, seseorang yang tidak menabung
akan bertindak membelanjakan wang
tersebut untuk membeli barang yang
dikehendakinya. Tegasnya, sikap suka
menabung akan menjadikan seseorang
itu tidak membazir.

Faedah kedua

Amalan menabung juga dapat
membantu kita dalam keadaan
kecemasan yang memerlukan wang. Kita
sebenarnya tidak dapat menjangka hal
yang akan berlaku kepada diri kita atau
keluarga kita, bak kata orang ‘malang
tidak berbau’. Oleh itu, jika kita ditimpa
kemalangan atau dijangkiti penyakit,
kita boleh menggunakan wang simpanan
untuk mendapatkan rawatan yang baik
di hospital. Justeru, wang simpanan yang
ada dapat menyelamatkan nyawa
dalam keadaan yang darurat.

Faedah ketiga

Menabung juga dapat mengawal inflasi.
Ini bermaksud apabila kita menabung,
wang yang mengalir dalam aktiviti
belian adalah kurang. Keadaan ini dapat
mengelakkan kenaikan harga barang
dalam pasaran. Apabila harga barang
tidak naik, inflasi tidak akan berlaku.
Oleh itu, menabung dapat mengawal
inflasi.

Faedah keempat

Menabung dapat menjadi contoh yang
baik kepada ahli keluarga dan juga
tauladan untuk generasi seterusnya di
mana ianya melibatkan anak, cucu dan
cicit bak kata pepatah ‘bapa borek anak
rintik’. Sebagai contoh anak yang setahun
jagung apabila dilatih untuk menabung
wang sedari kecil sehingga dewasa,
akhirnya ideologi ini akan diwarisi. Jadi,
amalan menabung ini akan berkekalan
dalam sesebuah keluarga.

Faedah kelima

Menabung dapat menjadikan kita
memiliki bank kecil. Ianya mengajar kita
supaya tidak bergantung harapan dan
bantuan orang luar untuk memberikan
wang apabila kita memerlukan wang
dalam keperluan seharian.

Faedah keenam

Menabung dapat memupuk hubungan
yang baik dalam kekeluargaan. Apabila
ada ahli keluarga kita berada dalam
kesusahan dan memerlukan, kita boleh
menghulurkan bantuan dengan hasil
tabungan. Ini dapat menambahkan
keakraban dan kasih sayang dalam
sesebuah keluarga. Kita adalah orang
terdekat yang boleh menghulurkan
bantuan kepada ahli keluarga kita
sendiri.

Langkah-langkah
memulakan amalan menabung

langkah pertama

SEDIAKAN TABUNG YANG MENARIK
DAN MUDAH DILIHAT

Tabung yang menarik dan senang untuk
dilihat memainkan peranan dalam

memotivasikan kita untuk menabung. Kita
sentiasa boleh melihat tabungan kita sedikit
atau banyak. Kalau nampak ruang-ruang
kosongnya, sudah tentu duit yang simpanan

belum banyak. Bila kita nampak hasil
tabungan, kita akan berasa lebih bersemangat
untuk menabung demi memenuhkan tabung

yang kita sediakan.

langkah kedua

BERBELANJA WANG SAKU SEKOLAH
DENGAN BERHEMAH

Biasanya ibubapa akan memberikan anak-
anak wang saku untuk dibelanjakan di
sekolah. Pastikan duit tersebut digunakan

untuk membeli makanan dan minuman yang
diperlukan dan tidak membazir. Seeloknya
disiplinkan diri untuk membawa bekal
minuman dari rumah supaya anak-anak
boleh menabung dengan baki wang saku
tersebut.

langkah ketiga

TETAPKAN MATLAMAT MENABUNG

Pastikan kita ada matlamat dengan duit
tabungan yang kita kumpulkan. Contohnya

kita tetapkan matlamat dan tetapkan
bahagian daripada duit tabungan tersebut.
Contohnya bahagian untuk untuk membeli
barang keperluan, bahagian simpanan untuk

sambung belajar dan bahagian untuk
bersedekah.

langkah keempat

DISIPLINKAN DIRI

Disiplin sangat penting dalam apa jua perkara yang
kita lakukan. Mulakan nilai tabungan dengan nilai
duit yang kecil dan bertambah dari masa ke semasa.
Jangan cuba berbelanja dengan membuka tabung

simpanan untuk perkara-perkara yang tidak
penting. Bayangkan sekiranya kita berdisiplin dan
berjaya memenuhkan tabung simpanan, lebih cepat

kita akan dapat mencapai matlamat yang
ditetapkan. Disiplin juga melatih diri kita menjadi
individu yang jujur kepada diri sendiri dan orang

lain.

langkah kelima

FIKIRKAN KHIDMAT KEPADA AHLI KELUARGA

Selalu ingatkan diri bahawa sekiranya kita
ada duit tabungan, kita dapat berbakti

kepada ahli keluarga. Kita akan berasa amat
bernilai dan dapat mengambil bahagian
dalam keluarga sekiranya mereka dalam

kesusahan.Untuk tidak menghampakan diri
dan keluarga, kita mesti amanah pada duit

tabungan kita.

Sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit.

Berakit-rakit ke hulu.
Berenang-renang ke tepian;

Bersusah payah dahulu,
Bersenang-senangan kemudian.

JOCREMDITSK: TIhTisApresMentaUtioLn tAemKplaAte Nwas
AMALAN MENABUNGcreated by Slidesgo, including icons by

Flaticon, infographics & images by Freepik


Click to View FlipBook Version