UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK TAMAN DESAMINIUM
Si Talang dan Si Deruma merupakan ibu M
kepada seorang anak lelaki yang bernama A
L
Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga A
nelayan di tepi pantai. Kehidupan mereka amat Y
miskin dan Si Tanggang merupakan seorang S
I
kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia A
selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan
terkenal.
Apabila meningkat usia, Si Tanggang melihat M
sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai A
L
berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang A
pergi mencuba nasib untuk mendapatkan kerja Y
sebagai anak kapal. Nakhoda kapal itu S
I
bersetuju kerana telah melihat kecekapan A
Si Tanggang bersampan dan bekerja.
Kedua ibubapanya berasa keberatan untuk M
melepaskan Si Tanggang belayar mengikut A
kapal nakhoda itu. Namun, Si Tanggang L
A
berjanji akan kembali ke kampung setelah Y
menjadi kaya. S
I
A
Sepanjang bekerja di dalam kapal, Si Tanggang M
sangat rajin dan melakukan apa sahaja yang A
L
diperintahkan oleh Nakhoda. Daripada itu, A
Nakhoda sangat suka dengan Si Tanggang dan Y
dia telah dijadikan anak angkat. Apabila S
I
nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang A
dilantik menjadi nakhoda baru dan diberi
gelaran sebagai Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang memiliki kecekapan dalam M
berniaga. Dia telah menjadi kaya-raya dan A
terkenal hingga berita kekayaannya sampai L
A
ke telinga sultan. Dia dijemput ke istana dan Y
beberapa lama kemudian, dia mengahwini S
puteri raja tersebut. I
A
Dia dan isterinya belayar ke banyak tempat M
di merata negeri dan pada suatu hari, kapal A
Si Tanggang berlabuh di muara sungai L
A
kampung asal-usulnya. Apabila ibu bapanya Y
tahu akan perkhabaran tersebut, mereka pergi S
ke kapal Si Tanggang dan memanggil nama I
A
anaknya itu.
Si Tanggang berpura-pura tidak mendengar dan M
A
tidak mengenali mereka. Isterinya bertanya L
mengenai mereka, lalu Si Tanggang A
mengatakan bahawa ibu bapanya telah tiada. Y
S
Dia menghalau mereka dengan biadap. Setelah I
itu, ibunya mengangkat kedua-dua belah A
tangannya memohon doa untuk menunjukkan
kebenaran yang sebenar.
Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup M
kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing A
L
akibat air yang bergelora. Dia berasa kesal dan A
sedar bahawa Tuhan telah memperkenankan Y
doa ibunya. Dia berteriak memohon ampun S
I
kepada ibunya. Walaubagaimanapun, A
penyesalannya sudah tidak berguna. Kapalnya
pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat.
Apabila ribut reda, Si Tanggang dan seluruh
anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.
Pada suatu zaman dahulu, ada sebuah cerita I
N
yang terdapat di sebuah perkampungan D
nelayan pantai Air Manis yang berada di O
N
daerah Padang (Sumatra Barat). Di daerah E
tersebut hiduplah seorang janda yang S
bernama Mande Rubayah. Anak lelakinya I
A
bernama Malin Kundang. Malin Kundang
merupakan seorang anak yang taat dan patuh
kepada ibunya serta anak yang rajin, maka
dengan itu ibunya sangat menyayanginya.
Ibunya bekerja dengan menjual kuih untuk I
N
menampung perbelanjaannya dua beranak. Pada D
saat Malin Kundang beranjak dewasa, dia O
meminta izin kepada ibunya untuk merantau N
E
kerana pada saat itu, kebetulan ada kapal besar S
yang berlayar di Pantai Air Manis. I
Ketika mendengar permintaan anaknya yang A
ingin merantau membuat hati ibunya menjadi
sedih. “Jangan, anakku, ibu takut akan terjadi
sesuatu denganmu di sana Malin Kundang, tetap
di sinilah bersama ibu”, kata ibu dengan nada
yang sedih.
Kemudian Malin Kundang memegang tangan I
ibunya untuk dapat meyakinkan dan meminta N
izin ibunya.“Ibu ini kesempatan Malin Kundang D
O
ibu, Malin Kundang ingin merubah nasib kita N
ibu, belum tentu ada kapal yang akan singgah di E
pantai ini ibu dalam setahun sekali seperti ini S
I
ibu” ucap Malin agar dapat meyakinkan ibunya. A
Mendengar permohonan Malin Kundang, I
akhirnya sang ibu luluh hatinya dan memberi N
D
keizinan kepada Malin Kundang merantau. O
Selepas itu, Malin Kundang berangkat ke tanah N
rantau dan sang ibu telah membekalkan tujuh E
S
bungkus nasi untuknya. Setelah pemergian Malin I
Kundang, hari-hari sang ibu terasa sepi dan lama. A
Setiap pagi dan petang sang ibu memandang laut
dan penuh tanya dalam hati “sampai mana
anakku berlayar?” dan sang ibu hanya mampu
mendoakan di kala rindu dan berharap anaknya
cepat pulang.
Setiap waktu dan setiap ada kapal yang berlayar I
sang ibu selalu menanyakan khabar tentang Malin N
D
Kundang kepada nakhoda kapal tersebut. Namun O
ketika bertanya tidak ada orang yang mengetahui N
tentang Malin Kundang bahkan Malin Kundang E
S
tidak pernah memberikan pesanan atau bertanya I
khabar tentang sang ibu. Bertahun-tahun waktu A
berlalu, sang ibu terus bertanya dan mencari
khabar tentang sang anak Malin Kundang. Namun,
usahanya belum mendapatkan hasil sehingga kini
sang ibu sudah mulai tua, dan kini jalannya pun
mulai terbongkok-bongkok.
Selang beberapa minggu kemudian, sang ibu I
mendengar khabar bahawa kapal yang dulu N
membawa Malin Kundang akan singgah ke pantai. D
O
Ini membawa khabar bahagia tentang Malin N
Kundang kepada ibunya. Mendengar hal itu sang E
ibu sangat senang hati. Kemudian ibunya bertemu S
I
dengan orang yang telah membawa Malin Kundang A
sewaktu ingin merantau dahulu. Dia menyampaikan
bahawa Malin Kundang sudah menikahi seorang
puteri bangsawan yang cantik dan juga kaya-raya.
Kerinduan yang ibunya pendam menjadi semakin I
rindu ketika mendengar berita yang didengarnya. ” N
D
Nak, cepat pulang , ibu rindu, ibu sudah tua, bila O
kamu ingin pulang?”. Rintihan rindunya di setiap N
malam. Ibunya yakin bahawa anaknya akan pulang. E
S
Keyakinan itu ternyata benar dan tidak lama I
kemudian di suatu pagi, sebuah kapal berlayar yang A
megah dan mewah kelihatan dari kejauhan tampak
berlayar ke tepian pantai. Melihat itu, semua
penduduk kampung berkumpul untuk melihatnya.
Mereka berbondong-bondong untuk melihat kapal I
tersebut dengan menyangka bahawa kapal tersebut N
D
adalah kapal seorang sultan atau milik seorang O
pangeran. Mereka menyambut dengan gembira N
kedatangan kapal tersebut. Tidak ketinggalan juga E
S
Mande Rubayah yang berharap kapal itu milik I
anaknya Malin Kundang yang akan menjenguknya. A
Ketika kapal sudah mulai ke tepian pantai, terlihat
sepasang anak muda di anjangan. Pakaian yang di
gunakan sangat indah dan mewah ketika terkena
pancaran sinar matahari. Dengan senyuman yang
sangat manis dan indah di raut wajahnya terlihat
dan tergambar sebuah kebahagiaan.
Selain penduduk kampung, Mande Rubayah juga I
ikut serta bersesakan mendekati kapal untuk N
D
melihat kapal siapakah itu. Pada saat Mande O
Rubayah melihat laki-laki itu jantungnya berdebar N
kencang. Mande Rubayah sangat yakin bahawa E
S
laki-laki itu adalah anaknya iaitu Malin Kundang. I
Melihatkan hal itu lalu Mande Rubayah A
menghampirinya dan kemudian memeluk erat
Malin Kundang.
Dengan rasa terharu sang ibu menyampaikan I
kerinduannya “Anakku mengapa kau begitu N
D
lama tidak memberikan khabar kepada ibu? O
Anakku Malin Kundang ibu begitu rindu” N
dengan rasa terharu dan isak tangisnya. Akan E
S
tetapi melihat kondisi ibunya yang sudah tua, I
dengan menggunakan pakaian kusam dan A
compang-camping, justeru tidak percaya bahawa
dia adalah ibunya.
Melihat apa yang disampaikan ibu itu, kemudian I
isterinya meludah dan menatap dengan tatapan N
yang sinis dan dia tidak mempercayai bahkan D
O
marah ketika tahu bahawa dia adalah ibunya ” N
Mengapa kau bohong kepada aku dulu, jika ini E
adalah ibumu? Lalu mengapa kau mengaku bahawa S
I
kamu adalah anak dari seorang bangsawan yang A
kaya-raya, yang sedarjat denganku” dengan nada
marah.
Setelah mendengar apa yang diucapkan isterinya I
membuat Malin Kundang berasa marah dan malu. N
Akhirnya Malin Kundang menolak ibunya sampai D
O
jatuh ke pasir “Dasar wanita gila! Aku ini bukan N
anakmu”. Ucap Malin Kundang dengan nada marah. E
S
I
A
Mande Rubayah tidak percaya diperlakukan I
N
sedemikian oleh Malin Kundang. Ibunya berusaha D
meyakinkanya bahawa dia adalah ibunya. Namun O
N
itu semua sia-sia kerana tidak dihiraukan oleh E
Malin Kundang. Mande Rubayah pengsan dan S
penduduk desa pun pergi dan kapal mereka pun I
A
meninggalkan pantai itu. Ketika sang ibu terbangun
beliau melihat kondisi lautan sekitar terlihat sepi
dan terlihat kapal Malin Kundang telah pergi jauh
dari tepi pantai itu.
Hati Mande Rubayah begitu terluka dan sakit I
N
kerana anak yang selama ini dibesarkan dengan D
kasih sayang dan dirindukan kepergiannya, kini O
N
sudah tidak mengingatinya lagi. Segala E
pengorbanan dan perjuangannya telah dilupakan. S
Kemudian sang ibu menadah tangan ke langit dan I
A
berdoa” Ya tuhan, aku ikhlas dan memaafkan atas
segala perbuatan mereka kepadaku. Jika memang
benar dia anakku, maka aku meminta keadilanmu
untukku Ya Tuhan”. Doa yang di sampaikan dengan
sebuah tangisan.
Tidak lama selepas doanya dibaca, cuaca di tengah I
laut berubah. Cuaca yang awalnya cerah kini N
D
berubah menjadi gelap, bahkan selain itu hujan O
turun dengan lebat disertai badai besar yang N
menenggelamkan kapal yang digunakan Malin E
S
Kundang. Bahkan kapal tersebut di sambar petir I
yang sangat kuat. Sehingga membuat kapal itu A
hancur menjadi berkeping-kepingan dan terbawa
ombak sampai ke pantai.
Keesokan harinya ketika badai sudah reda, terlihat I
kepingan kapal yang telah menjadi batu berada di N
kaki bukit. Terlihat sebongkah batu yang D
O
menyerupai tubuh manusia. Kisah Malin N
Kundang yang mendapat kutukan kerana telah E
menderhaka kepada ibunya. Selain itu di sela-sela S
I
batu itu terdapat ikan-ikan yang berenang, dan di A
percayai ikan-ikan itu berasal dari serpihan isteri
Malin Kundang.
Pada zaman dahulu, terdapat dua anak B
beranak tinggal di hulu kampung Sungai R
Brunei di mana kehidupan mereka sangat U
N
mewah dan memiliki harta yang banyak. E
Menurut cerita masyarakat di Kampung I
Tumasek, yang mengetahui asal usul Jong
Batu pada zaman itu, dipercayai bahawa
ibu Nakhoda Manis memiliki harta
sebanyak tujuh gedung di laut dan tujuh
gedung di darat.
Pada satu hari, anak kesayangannya itu B
berhasrat untuk belayar ke luar negeri, untuk R
bertukar-tukar barang dagangan dan U
N
perniagaannya. Namun si ibu enggan E
membenarkannya kerana dialah satu-satunya I
anak yang dimilikinya. Anaknya seringkali
memujuk beliau untuk belayar sambil
menimba pengalaman bersama-sama
saudagar kaya-raya di luar negeri.
Akhirnya si ibu membenarkan anaknya untuk B
R
belayar dan berpesan agar anaknya itu cepat U
pulang apabila sudah selesai beroleh barangan N
E
pertukaran itu. Ibunya sentiasa berdoa siang I
dan malam agar anaknya cepat pulang. Setiap
hari air mata si ibu mengalir kerana sangat
merindui dan sentiasa terkenangkan anaknya.
Si ibu juga turut bersedekah kepada penduduk-
penduduk kampung setiap hari dengan
harapan dia akan dilindungi oleh Allah SWT
dalam sepanjang perjalanannya dan agar
anaknya cepat pulang.
Beberapa tahun kemudian, berita mengenai B
anaknya belum juga kedengaran. Ibunya tidak R
U
kendur-kendur untuk bersedekah. Apabila usia N
si ibu kian lanjut, raut wajahnya berkedut, E
warna rambutnya bertukar menjadi putih dan I
terpaksa berjalan menggunakan tongkat kayu.
Pandangan si ibu juga turut mulai kabur.
Manakala keadaan rumahnya sudah rosak dan
usang di mana dinding dan tiang kayu rumah
tersebut sudah mereput.Sampan yang
dimilikinya juga sudah bocor.
Tibalah pada suatu hari, di mana orang-orang B
R
kampung riuh-rendah apabila melihat sebuah U
bahtera yang sangat besar melintasi Sungai N
Brunei. Kapal tersebut kemudiannya berlabuh E
I
di tengah-tengah Ulu Sungai Brunei. Nakhoda
Manis seterusnya mengarahkan anak-anak
kapalnya untuk menaiki ‘gubang’ atau sampan
bagi mengambil air di Kampung Lumadan.
Berita tersebut sampai ke telinga ibu Nakhoda B
Manis mengenai bahtera besar berlabuh di Ulu R
Sungai Brunei itu. Si ibu tidak sabar-sabar U
N
menantikan kepulangan anaknya yang E
membawa harta perniagaannya. Si ibu I
kemudian turun ke perahu dengan berpakaian
kotor, koyak, berkeadaan cumpang-camping
dan rambutnya kusut (tidak terurus). Perahu
yang dikayuhnya itu sudah bocor dan berkulat.
Ibu Nakhoda Manis pun menghampiri bahtera B
tersebut dan memanggil anak-anak kapal di R
U
sana dan bertanyakan mengenai anaknya N
Nakhoda Manis.“Tolong aku, aku ingin E
berjumpa anakku, aku sangat merindui anak I
kesayangan yang ku kasihi selama bertahun-
tahun lamanya.” Melihat keadaan ibu Nakhoda
Manis, anak-anak kapal menolak perahunya
menjauhi bahtera besar itu.
Tiba-tiba, anaknya keluar bersama perempuan B
yang sangat cantik paras wajahnya. Si ibu R
kemudian berkata “Itu anak ku, mari, mari U
N
anak yang ku kasihi. Ibu sudah menunggu E
bertahun-tahun lamanya. Rindu anakku”. I
Perempuan cantik yang berdekatan Nakhoda
Manis itu tidak membenarkan beliau untuk
naik ke atas bahtera tersebut. Malu melihat
keadaan wajah si ibu yang kotor dan berbau
busuk, Nakhoda Manis mengarahkan anak-
anak kapal untuk menolak perahu si ibu dan
melarangnya untuk menghampiri bahtera
mereka.
Ibunya berkali-kali memanggilnya “Kaulah B
R
anakku dunia akhirat,” U
“Tidak, kau bukan ibuku, ibuku seorang yang N
E
kaya memiliki harta tujuh gedung di laut dan I
tujuh gedung di darat. Rupa parasnya cantik,
kulitnya putih dan rambutnya kehitaman.”
balas Nakhoda Manis. Sesudah si anak dan
si ibu bersahut-sahutan, maka ibunya
berkayuh balik dan tersadai di ‘tambing’ pasir
Lumadan dan turun memandang bahtera besar
yang berlabuh itu.
Ibu Nakhoda Manis menadah kedua belah B
tangannya ke langit dengan suara sayu, hiba R
dan bercucuran air mata kerana tidak dapat U
N
menahan kesedihan. Maka beliau pun E
memohon doa “Ya Allah, Ya Tuhanku, sampai I
hati anakku tidak mahu mengaku aku ibu
kandungnya, sembilan bulan sepuluh hari aku
mengandung, membesarkan, menyusuinya
sehingga menjadi dewasa,” rintih si ibu.
Dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba cuaca B
berubah gelap, hujan mulai turun dengan R
lebat, ribut sangat kuat, guruh dan petir U
N
sambar-menyambar, air sungai di Ulu E
Kampong Ayer bergelora, ombak setinggi bukit I
lalu menghempas bahtera anaknya itu.
Kemudian Nakhoda Manis barulah sedar dan
meminta ampun dengan melambai-lambaikan
tangannya. “Minta ampun ibu!” Jerit Nakhoda
Manis.
“Tidak, tidak, tidak, sampai hatimu tidak B
R
mengakui aku ibumu.” Bahtera Nahkhoda U
Manis hampir senget dan terdampar, dipukul N
E
oleh ombak setinggi bukit lalu terbalik di tepi I
tebing. Habis semua harta yang ada di dalam
bahtera itu tenggelam ke dalam air.
Si ibu kemudian pulang ke rumahnya dan
menangis tidak berhenti-henti mengenangkan
anak kesayangannya itu. Itulah
pembalasannya dan disebut sebagai ‘anak
ketulahan’ oleh masyarakat Brunei.
Apa yang diceritakan ini berkemungkinan B
kisah benar. Apabila para pengayuh lalu R
berdekatan dengan kawasan Jong Batu, U
N
mereka akan mendengar suara seperti orang E
menangis, bunyi pinggan mangkuk bergeseran I
dan apabila malam Jumaat terhidu bau
kemanyan. Wallahuaklam…..
Malaysia, Indonesia dan Brunei mempunyai kisah
yang hampir sama tentang anak derhaka ini.
Ianya diolah mengikut watak dan keadaan di
negara berkenaan. Kisah-kisah ini telah
difilemkan dan ditonton oleh segenap lapisan
masyarakat.