The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zi07586, 2021-03-14 22:14:19

KESAN PENGGUNAAN GAJET KEPADA ANAK-ANAK

KESAN PENGGUNAAN GAJET KEPADA ANAK-ANAK

KESAN KETAGIHAN PENGGUNAAN GAJET
KEPADA PERKEMBANGAN ANAK-ANAK

Gangguan Perkembangan Otak

Kajian menunjukkan bahawa kekerapan
menggunakan gajet boleh memberi kesan negatif
pada kefungsian otak kanak-kanak. Mereka akan

menghadapi masalah seperti defisit perhatian,
masalah kognitif, gangguan pembelajaran,

peningkatan impulsif, dan kawalan kendiri diri.
Oleh itu ibu bapa dinasihatkan untuk melakukan
aktiviti seperti bermain, membaca, dan bercakap
dengan anak-anak mereka daripada membiarkan

mereka bersama gajet.

Masalah Penglihatan

Kanak-kanak tidak digalakkan terdedah dengan
alat elektronik selama lebih dari dua jam

seminggu untuk mengelakkan implikasi serius
pada mata mereka. Ini bermaksud, kanak-kanak

hanya dibenarkan bermain atau menonton alat
tersebut kira-kira 17 minit setiap hari.Kajian

menunjukkan bahawa kebergantungan yang tinggi
pada alat boleh menyebabkan jangkitan mata,
seperti mata merah atau berair dan daya
penglihatan yang semakin merosot.

Obesiti

Terlalu lama masa dihabiskan dengan gajet
menyebabkan pembakaran kalori tidak berlaku.

Kanak-kanak obesiti mempunyai komplikasi
seperti diabetes, serangan jantung, dan strok.

Kanak-kanak perlu bermain dan melakukan
aktiviti seperti berjalan, berlari, melompat dan

aktiviti fizikal yang lain bagi mengurangkan
masalah obesiti dan melambatkan perkembangan

fizikal mereka.

Hilang Fokus

Kanak-kanak yang sering menggunakan gajet akan
menyebabkan pembelajarannya terganggu.

Kanak-kanak tidak boleh memberikan tumpuan yang
lama terhadap apa yang disampaikan oleh guru
di dalam kelas. Kadar masa fokus juga menjadi

singkat iaitu lebih kurang 4 saat berbanding dengan
kanak-kanak yang tidak bermain gajet di dalam
kelas iaitu 13 minit. Masalah hilang fokus ini
merisaukan guru kerana akan berlaku masalah

kawalan kelas. Murid yang tidak memberi fokus akan
mengganggu kawan dan sebagainya.

Kurang Bersosial

Kanak-kanak memerlukan kawan untuk bermain
dan berkomunikasi. Apabila anak dan gajet tidak

dapat dipisahkan adalah sukar baginya untuk
berkawan dan bersosial. Kehidupan sehariannya

akan ditemani oleh gajet.

Tantrum

Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa
anak-anak mereka belajar menjadi agresif kerana

berjam-jam mengadap gajet. Tantrum adalah
bentuk agresif yang paling biasa dalam kalangan
kanak-kanak, terutama apabila mereka dihalang

untuk menggunakannya. Jika tidak dibendung
daripada awal, isu tantrum akan terus berlaku

dan sukar dikawal.

Kurang Tidur

Kanak-kanak yang ketagihan bermain gajet akan
kehilangan rehat yang diperlukan. Gajet dijadikan

sebagai alat bantuan untuk tidur.Ada kanak-
kanak akan memberontak jika tidak diberi gajet

sebelum tidur. Melayan video atau permainan
dalam gajet boleh membuat mereka terlelap dan

ibu bapa boleh melakukan kerja-kerja rumah
tanpa gangguan. Amalan ini harus dihentikan

demi kesihatan anak-anak.

Masalah Postur Badan

Perhatikan postur badan kanak-kanak yang sering
menggunakan gajet. Penggunaan yang berterusan

dengan gajet menyebabkan sakit belakang dan
masalah lain yang berkaitan dengan otot pada

kanak-kanak. Postur duduk yang salah akan
menyebabkan sakit leher. Sakit leher dan

punggung pada usia kanak-kanak akan memberi
kesan sehingga mereka dewasa.

Kurang Menikmati Alam Semula Jadi

Kanak-kanak yang ketagihan gajet lebih suka
menghabiskan masa di dalam rumah.Tanpa
disedari, anak-anak terasing dari dunia

semulajadi dan kurang mendapat sumber vitamin
D yang boleh diperoleh daripada cahaya

matahari. Vitamin D merupakan salah satu
vitamin yang penting dalam tumbesaran kanak-
kanak untuk pertumbuhan tulang dengan baik

serta kuat.

Kesimpulan

Kanak-kanak harus dididik mengenai
tanggungjawab mereka terhadap penggunaan

gajet. Disiplin diri sangat penting dan perlu
disemai pada kanak-kanak seawal mungkin.Ibu
bapa perlu menetapkan peraturan dan sentiasa
memantau penggunaannya bagi memastikan

peraturan dipatuhi.

GAJET.......
Bersederhana

Berdisiplin
Berpada-pada
ITU YANG TERBAIK.......


Click to View FlipBook Version