14 April 2020 Selasa
Tajuk: Daya
Maksud Daya
1. Daya ialah tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek dengan menjalankan aktiviti.
2. Daya tidak mempunyai jisim dan tidak memenuhi ruang.
3. Daya tidak boleh dilihat. Oleh itu, kita tidak dapat melihat daya.
4. Namun begitu, kita boleh melihat dan dan merasai kesan daya.
5. Contoh: semasa kita menolak sebiji bola, kita tidak dapat melihat daya yang dikenakan ke atas bola,
tetapi kita boleh melihat bola tersebut bergerak menjauhi kita.
6. Daya tolakan ialah daya yang menggerakkan objek menjauhi kita.
7. Contoh daya tolakan: menendang bola, melontar batu, menekan plastisin, menolak troli.
8. Daya tarikan ialah daya yang menggerakkan objek mendekati kita.
9. Contoh daya tarikan: meregang spring, mengangkat kotak, mencabut paku, membuka pintu.
10. Contoh gabungan kedua-dua daya tolakan dan daya tarikan:
- memerah tuala
- menggergaji kayu
- bermain biola
- mendayung sampan
- menggosok baju
- bermain yoyo
Tidak dapat dilihat
Menyebabkan Daya Daya Menyebabkan
objek mendekati Tarikan Tolakan objek menjauhi kita
kita kita
Kesan boleh dirasa
dan diperhatikan
Perbandingan antara daya tarikan dan daya tolakan
Latihan
Nyatakan sama ada perbuatan berikut melibatkan daya tolakan atau daya tarikan.
1. Membuka suis lampu : …………………………………………..
2. Menggosok lantai : …………………………………………..
3. Menarik busur : …………………………………………...
4. Menunggang basikal : ……………………………………………
5. Sukan tarik tali : ……………………………………………
15 April 2020 Rabu
Kesan Daya
1. Daya boleh mengubah bentuk objek
a. Apabila daya dikenakan pada sesuatu objek, daya akan mengubah bentuk objek.
b. Perubahan dalam bentuk onjek bergantung pada sifat onjek tersebut.
c. Sesuatu objek yang kambali kepada bentuk dan saiz asalnya setelah ditekan, diregang, dipintal dan
dipicit dikatakan sebagai kenyal.
d. Contoh perubahan objek kenyal.
- Gelang getah yang diregang kembali kepada bentuk asal setelah tiada daya dikenakan ke atasnya.
- Spring yang dimampatkan akan kembali ke bentuk asal setelah tiada daya dikenakan.
- Span kembali ke bentuk asal setelah tiada daya dikenakan ke atasnya.
e. Contoh perubahan objek tidak kenyal.
- Mengoyak sehelai kertas → kertas kekal dalam cebisan kecil.
- Menjatuhkan sebiji gelas → gelas pecah kepada serpihan kecil
- Merenyukkan tin kosong → tin kekal renyuk
2. Daya boleh mengubah arah pergerakan objek.
a. Daya boleh mengubah arah objek yang bergerak.
b. Contoh: Jika bola tenis yang sedang bergerak dipukul dengan raket, bola tenis akan bergerak ke
arah yang berlainan.
3. Daya boleh mengubah kelajuan objek.
a. Daya boleh mengubah kelajuan objek yang bergerak.
b. Contoh: Kapal layar yang akan bergerak dengan lebih laju apabila angin yang kuat meniup dari arah
belakang kapal layar.
4. Daya boleh mengubah objek yang pegun (tidak bergerak).
a. Contoh: bola yang pegun akan bergerak ke hadapan apabila ditendang ke hadapan.
5. Daya boleh memberhentikan objek yang bergerak.
a. Contoh: Bola yang sedang bergolek akan berhenti bergerak apabila ditahan dengan kaki.
Daya mengubah Daya mengubah
bentuk objek arah pergerakan
objek
Daya mengubah Kesan Daya menggerakkan
kelajuan Daya Objek yang pegun
objek
Daya menghentikan
Objek bergerak