SALINAN REKOD BACAAN NILAM 51
SALINAN REKOD BACAAN NILAM 52
SALINAN REKOD BACAAN NILAM 53
ULASAN BUKU Buku 1 : KAWAN YANG DISUKAI Buku ini ditulis oleh Aihara dan diterbitkan oleh Iktihar Jaya Enterprise. Buku ini mengandungi 22 muka surat. Buku ini mengisahkan tentang seekor anak lembu yang kurang sopan dan lasak bernama Mumu. Mumu suka menjerit dan bercakap kuat. Mumu juga tidak beradab apabila ke rumah kawan-kawannya. Pada suatu hari, Rimau menjemput Mumu ke majlis hari jadinya. Mumu melompatlompat di atas sofa rumah Rimau. Rimau berasa gelisah lalu menegur kelakuan Mumu itu. Tetapi, Mumu tidak endahkan teguran Rimau . Semasa berjoging di taman, Mumu telah mentertawakan Riri, si anak kambing biri-biri yang jatuh tersungkur. Riri berasa sangat marah lalu tidak mahu berkawan lagi dengan Mumu. Haiwan lain pun mula menjauhkan diri daripada Mumu. Mumu mula berasa sedih dan sunyi. Lalu, dia bertanya kepada neneknya kenapa kawan-kawan tidak mahu berkawan dengannya lagi. Nenek Mumu memberitahu semua itu disebabkan kelakuan buruk Mumu sendiri. Neneknya menasihati agar Mumu menjaga kelakuan dan menjadi lebih sopan. Akhirnya, Mumu berubah menjadi lebih sopan dan menjaga kelakuan dirinya. 54
ULASAN BUKU Buku 2 : ANJING YANG TAMAK Buku ini ditulis oleh Aniza Anis Sallihudin dan diterbitkan oleh Kohwai&Young Publications SDN BHD. Buku ini mengandungi 16 muka surat. Buku ini mengisahkan tentang seekor anjing yang kelaparan. Dia mencari makanan di merata-rata tempat. Dia tiba di kedai bunga, gerai sayur dan gerai ikan. Namun, makanan yang disukainya tiada di kesemua tempat itu. Kemudian, dia tiba di sebuah gerai daging dan telah menjumpai seketul tulang. Lalu, anjing itu segera mendapatkan tulang tersebut dan berlalu pergi agar tidak dilihat oleh anjing lain. Akhirnya, anjing itu tiba di sebatang sungai. Anjing itu menaiki titi untuk menyeberangi sungai. Tiba-tiba dia melihat ke dalam air dan ternampak anjing lain yang juga mempunyai seketul tulang yang lagi besar, Dia berasa tamak lalu terjun ke dalam air untuk mendapatkan tulang itu. Tulang yang digonggongnya terjatuh ke dalam sungai. Akhirnya, anjing itu pulang tanpa makanan dan masih kelaparan. 55
ULASAN BUKU Buku 3 : SERIGALA BERWARNA BIRU Buku ini ditulis oleh Azwani Abdul Ghani dan diterbitkan oleh Kohwai&Young Publications SDN BHD. Buku ini mengandungi 16 muka surat. Buku ini mengisahkan tentang seekor serigala yang mencari makanan. Suatu malam, dia merangkak masuk melalui lubang di dinding yang menuju ke taman. Terdapat sebuah bekas besar di taman itu. Lalu, serigala pun melompat masuk ke dalam bekas itu untuk melihat apa yang ada. Namun, dia tergelincir dan apabila keluar dia dapati bulunya telah bertukar menjadi biru. Binatang lain tidak mengenali serigala biru dan mereka berasa takut. Serigala mula memperdayakan binatang-binatang itu dengan mengatakan dia datang dari syurga. Binatang-binatang pun patuh dan membawa makanan yang enak untuk serigala.Suatu hari ketika menunggang gajah, hujan turun lalu mencuci pewarna biru di bulunya. Tupai ternampak akan kejadian itu lalu menjerit memberitahu haiwan lain. Semua binatang berasa marah lalu gajah melambung serigala tinggi ke udara. Serigala akhirnya meninggalkan hutan itu. 56
ULASAN BUKU Buku 4 : PENIUP SERULING DARI HAMELIN Buku diterbitkan oleh Kohwai&Young Publications SDN BHD. Buku ini mengandungi 16 muka surat. Buku ini mengisahkan tentang seorang peniup seruling yang menghapuskan tikus-tikus dengan memainkan serulingnya. Tikus-tikus itu telah menyerang bandar Hamelin dengan berbuat bising dan menghabiskan makanan. Penghuni Hamelin berasa risau kerana bekalan makanan mula berkurangan. Datuk Bandar mengumumkan ganjaran besar bagi sesiapa yang dapat menghapuskan tikustikus itu. Suatu hari, datang seorang lelaki aneh yang mengaku sebagai Peniup seruling Ajaib dan mampu menghapuskan tikus-tikus itu. Semua tikus berlari keluar dan mengikut Peniup Seruling itu.Tikus-tikus itu telah melompat ke dalam air lalu mati. Tetapi, Datuk Bandar telah memungkiri janji apabila enggan memberikan ganjaran kepada Peniup Seruling itu. Peniup seruling berasa marah lalu meniup serulingnya. Kanak-kanak berlari keluar dan mengikutnya keluar dari bandar itu, Mereka tidak menghiraukan panggilan ibu bapa. Akhirnya, mereka telah memasuki sebuah gua dan tidak pernah kelihatan lagi. 57