The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA oleh
ALESHA SURAYA BINTI AZHAR
TINGKATAN 3 AR-RAZI

Sekolah Menengah Setiabudi
2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zmj6511, 2023-10-08 15:51:45

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA oleh
ALESHA SURAYA BINTI AZHAR
TINGKATAN 3 AR-RAZI

Sekolah Menengah Setiabudi
2023

Keywords: Geografi

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2023 Sekolah Menengah Setiabudi Jalan Sungai Pusu Gombak Selangor Darul Eksan AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA, 68100 BATU CAVES, SELANGOR Disediakan oleh, ALESHA SURAYA BINTI AZHAR Tingkatan 3 Ar-Razi Nama Guru Subjek: Pn.Nurul Badriyah Binti Hadi


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA SEKOLAH MENENGAH SETIABUDI JLN SG PUSU, GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN. KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2023 NAMA : ALESHA SURAYA BINTI AZHAR TINGKATAN : 3 AR-RAZI TAJUK : AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA NAMA GURU KELAS : PN.BADRIYAH BINTI HADI BIL PERKARA MARKAH MARKAH DIPEROLEHI 1 Penghargaan 1 2 Pendahuluan 2 3 Objektif kajian 1 4 Kaedah kajian 1 5 Hasil kerja lapangan a) Jadual 1 b) Graf 4 6 Konsep Kitar Semula 1 7 Kepentingan amalan Kitar Semula 2 8 Cadangan amalan Kitar Semula 2 9 Rumusan 1 10 Rujukan 1 11 Lampiran 3 JUMLAH MARKAH 20


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA 1.0 PENGHARGAAN Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 yang diberikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SM Setiabudi, Encik Mohd Zaid bin Mohd Ibrahim kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi iaitu Puan Badriyah binti Hadi kerana telah membantu saya dalam penyediaan Laporan Kerja Lapangan ini. Tunjuk ajar sepanjang penyediaan laporan ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau. Saya juga ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Puan Maisurah and Encik Azhar, yang memberi bantuan kewangan dan sokongan kepada saya untuk menjayakan kerja lapangan ini. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya, kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa dalam proses melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua responden yang sudi menjawab semua soalan yang disediakan. 2.O PENDAHULUAN Saya memilih Taman Berjaya sebagai kawasan di mana saya melakukan kajian untuk Kerja Lapangan Geografi ini. Taman Berjaya merupakan salah sebuah mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Gombak. dalam negeri Selangor. Daerah ini terletak di bahagian timur negeri Selangor dan berkeluasan 650 kilometer persegi. Daerah ini juga menjadi daerah kelima paling ramai penduduk dan antara yang terpadat di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 942,400 orang. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Baru Selayang. Daerah Gombak bersempadan dengan daerah Hulu Selangor di Utara, Kuala Selangor di barat, Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur di Selatan serta negeri Pahang di Timur. Keadaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit-bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai-sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Batu dan Sungai Buloh.


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA Dari segi pentadbiran pengurusan, Daerah Gombak dibahagikan kepada 5 Mukim dan kampung-kampung. Mukim Rawang I merupakan mukim terbesar diikuti pula oleh Mukim Rawang II, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang. Daerah Gombak ditadbirkan oleh 1 Pegawai Daerah, 5 orang Penghulu dan 1 Pegawai Kemajuan Kampung Baru.Terdapat 49 buah kampung di daerah Gombak ini, ianya terdiri daripada 35 buah Kampung Tradisional dan 14 buah Kampung Baru. Kampung-kampung ini pula ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. 3.0 OBJEKTIF KERJA LAPANGAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk : i. Mengenalpasti takrifan dan konsep Amalan Kitar Semula di sekitar kawasan perumahan tempat tinggal saya iaitu Taman Berjaya, Gombak. ii. Menghuraikan ciri-ciri kepentingan Amalan Kitar Semula yang sedang diamalkan oleh penduduk di kawasan ini. iii. Mencadangkan cara-cara bagaimana penduduk di sini dapat memperbaiki Amalan Kitar Semula yang sedang diamalkan sekarang. 4.0 KAEDAH KERJA LAPANGAN Saya menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan data dan maklumat bagi Kerja Lapangan ini. I. Pemerhatian Untuk memastikan ketelusan kajian saya, saya menggunakan kaedah pemerhatian. Ibubapa dan abang saya banyak membantu saya dalam memastikan saya dapat membuat pemerhatian yang teliti mengenai tajuk kajian saya. Mereka membantu membawa saya ke pelosok Taman Berjaya dan kawasan sekitar untuk membuat pemerhatian berikut : i. Kawasan tempat pembuangan sampah. ii. Kawasan tempat pengumpulan bahan yang boleh dikitar semula.


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA II. Soal Selidik Saya telah menyediakan soalan-soalan berkaitan di dalam borang soal selidik melalui aplikasi google form. Soalan-soalannya merangkumi kepentingan saya mendapatkan data keseluruhan objektif Kerja Lapangan ini. Lima orang responden telah menjawab soalan pada Borang Soal Selidik yang telah saya berikan. Data yang diperoleh akan dianalisis dalam bentuk graf mudah. III. Rujukan Saya telah merujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 3 untuk mendapatkan tentang konsep Amalan Kitar Semula. Saya juga melayari beberapa laman sesawang untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Kajian Lapangan ini. Seterusnya, Saya merujuk buku rujukan Geografi di Pusat Sumber Sekolah untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan Amalan Kitar Semula. 5.0 HASIL KERJA LAPANGAN


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA 6.0 KONSEP KITAR SEMULA i. Takrifan Amalan Kitar Semula. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pula kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baharu ii. Konsep Kitar Semula di Taman Berjaya, Gombak. a. Reduce (Kurangkan) Amalan ini bermaksud usaha yang dilakukan untuk mengurangkan sisa pepejal bagi meminimumkan penggunaan sumber semula jadi. Gunakan sesuatu sumber itu mengikut keperluan sahaja. Contohnya, masyarakat di Taman Berjaya ini membawa dari rumah dan menggunakan beg kitar semula untuk mengisi barangan yang dibeli di pusat membeli belah dan pasar.


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA b. Reuse (Guna Semula) Tindakan penggunaan semula barangan secara berulang kali adalah amalan yang baik untuk mengurangkan penghasilan sisa. Penggunaan sesuatu barangan secara maksimum dapat mengelakkan pembaziran. Contohnya, penduduk di Taman Berjaya mengamalkan membawa bekas makanan semasa membeli makanan di pasar malam dan di restoran sekiranya mereka ingin membuat pesanan untuk dibawa balik. c. Recycle (Kitar Semula) Amalan ini bermaksud mengasingkan barangan mengikut jenis untuk menghasilkan produk yang sama jenis atau baharu semula. Pengasingan mengikut jenis sisa menjimatkan masa dan memudahkan proses kitar semula. Penggunaana tong-tong bahan kitar semula yang berasingan untuk kertas, kaca dan bahan-bahan lain amat memberikan kemudahan untuk penduduk mengasingkan jenis bahan buangan ke dalam tong yang bersesuaian. 7.0 KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA Daripada pemerhatian saya, saya dapati penduduk di Taman Berjaya amat peka kepada makluman terkini seperti Amalan Kitar Semula yang diwar-warkan oleh berbagai pihak seperti pihak kerajaan, JKKK, mahupun oleh Majlis Perbandaran. Berbagai notis boleh terlihat di kawasan-kawasan strategik seperti di tempat pembuangan sampah. Amalan yang diamalkan mereka ini membuatkan kawasan-kawasan pembuangan sampah tidak terlalu kotor atau dipenuhi dengan berbagai bahan buangan yang tidak terkawal. Pihak penduduk melakukan amalan ini dengan harapan masalah kesihatan yang dibawa oleh tikus dan nyamuk dapat dikurangkan. Adalah menjadi keutamaan Persatuan Penduduk Taman Berjaya untuk memastikan Kempen Kitar Semula di kawasan ini berjaya.


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA 8.0 CADANGAN AMALAN KITAR SEMULA. Langkah-langkah bagi membantu amalan kitar semula di Taman Berjaya, Gombak. a. Pihak surau dan masjid memainkan peranan dalam membantu memberikan kesedaran sivik kepada penduduk untuk mengamalkan amalan sihat ini. b. Notis dan poster mengenai kebaikan Kempen Kitar Semula perlu sentiasa terdapat di papan-papan kenyataan dan tempat-tempat strategik. c. Pelbagai bentuk siaraya seperti pengumuman dan sesi ceramah perlu diadakan secara berkala untuk memberikan maklumat bagaimana dengan mengamalkan kitar semula bahan, berbagai penjimatan dapat dilakukan. d. Pengetahuan am mengenai kepentingan kitar semula bahan buangan dalam memulihara alam sekitar sebagai usaha mengurangkan pencemaran alam, perlu diberikan kepada setiap penduduk. e. Persatuan Penduduk dibantu oleh Majlis Perbandaran perlu memainkan peranan dalam memperbanyakkan tong-tong khas pengasingan bahan buangan dan pusatpusat Pengumpulan Bahan Kitar Semula di pelbagai tempat strategik. 9.0 RUMUSAN Sebagai rumusan dan hasil daripada Kajian Lapangan Geografi saya yang bertajuk “ Kitar Semula Di kawasan Tempat Tinggal Anda”, saya dapati program Kitar Semula di sini amatlah mendapat sokongan sebahagian besar penduduk di sini. Melalui kempen-kempen yang dijalankan, saya dapati kawasan pembuangan sampah kurang kotor seperti tahun-tahun lepas. Tong-tong pengasingan bahan buangan yang ditempatkan di kawasan-kawasan strategik, kerap penuh dengan bahan-bahan yang sepatutnya.


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA Anjakan paradigma kebanyakan penduduk ini telah membantu kawasan Taman Berjaya menjadi lebih bersih, sihat untuk didiami dengan melakukan berbagai usaha agar pencemaran sampah sarap ketara kurang terjadi. Kesedaran memanfaastkan penjimatan dari segi wang ringgit dan penggunaan semula bahan-bahan yang tidak digunapakai lagi seperti baju, buku dan perabot, secara tidak langsung membantu memastikan bumi ini bebas dari masalah pencemaran. 10.0 SUMBER RUJUKAN i. Buku Ahmad Ridzuan bin abd rahman, Rajini Gauri Muthusamy, Pau Anak Utek, 2018. Geografi Tingkatan 3. Selangor : IMS Books Trading ii. Laman Sesawang https://www.selangor.gov.my/gombak.php/pages/vie/8 https://malaysia.search.yahoo.com/search?fr=mcafeemalaysia&type=E210MY1468G0&p=AMALAN+KIT AR+SEMULA https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitarsemula.html


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA 11.0 LAMPIRAN i. Peta kawasan kejiranan Taman Berjaya, Gombak. ii. Soal Selidik Kajian Lapangan Geografi


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA iii. Maklumbalas dari responden.


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA iv. Gambar-gambar yang diambil sepanjang kajian dijalankan. a. Keadaan tempat-tempat pembuangan sampah di sekitar Taman Berjaya, Gombak. b. Tong-tong Kempen Kitar Semula yang terdapat berhampiran kawasan Taman Berjaya.


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA c. Pusat Pengumpulan Bahan Kitar Semula yang terdapat di Pusat Membeli Belah berdekatan. d. Saya dan keluarga berbangga kerana turut memainkan peranan dalam menyokong Amalan Kitar Semula di Taman Berjaya. Kami mengamalkan pengasingan bahan buangan mengikut kategori masing-masing di Pusat Pengumpulan Bahan Kitar Semula.


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: KITAR SEMULA DI TAMAN BERJAYA e. Di antara poster dan makluman mengenai Kempen Kitar Semula yang terdapat di sekitar premis perniagaan, surau dan pasar yang ditampal dan juga ada yang diedarkan kepada penduduk Taman Berjaya. SEKIAN. TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version