The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2016-02-13 23:43:47

youblisher.com-1322644-Majalah_Sekolah

youblisher.com-1322644-Majalah_Sekolah

JENTAYU
2015

1

JENTAYU
2015

PIAGAM PELANGGAN

Kami Guru-Guru Dan Staf Sokongan
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau
Berikrar Dan Berjanji Dengan Penuh Iltizam Untuk
Menumpukan Segala Usaha Dan Tenaga Kami Memberi
Perkhidmatan Berikut Dengan Sebaik-Baiknya,

 Memastikan Murid-Murid Sekolah Ini Disediakan Kemudahan Pembelajaran Yang
Lengkap Sebaik Sahaja Mereka Melaporkan Diri.

 Menyediakan Semua Keperluan Pembelajaran, Kebajikan Dan Keselamatan Pada
Masa / Waktu Persekolahan Dan Mereka Memperoleh Pengalaman Belajar Dalam
Suasana Yang Gembira.

 Membantu Waris Menyelesaikan Keperluan Pendidikan Anak-Anak Mereka Secepat
Mungkin.

 Memastikan Semua Murid Dapat Menduduki Semua Peperiksaan Dengan Penuh
Yakin Dan Dalam Suasana Yang Kondusif.

 Melayan Keperluan Semua Staf Di Sekolah Ini, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah,
Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia Secara
Profesional Dalam Tempoh Yang Ditetapkan.

VISI

 Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

 Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
 Untuk Membangunkan Potensi Individu
 Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MUTIARA KATA

 Kepimpinan sekolah secara umunya bertanggungjawab membina budaya yang
menjurus kepada kecemerlangan bukan saja akademik, malah kecemerlangan akal
budi, mewujudkan semangat persaudaraan dan berpontesi mengerakkan peradaban
tinggi bangsa.

NILAI ETIKA SEKOLAH

 Amanah Berbakti
 Bestari Terperi
 Cekal Teruji
 Pendidikan Terpuji

2

JENTAYU
2015

WARNA DAN TAKRIF
HIJAU

Melambangkan kemakmuran iaitu pelajar-pelajar
untuk memakmurkan diri, bangsa dan
tanah air tercinta.

KUNING
Melambangkan ketaatsetiaan pelajar-pelajar kepada peraturan sekolah, guru dan pemimpin

serta undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

PUTIH
Melambangkan ketulusan dan keikhlasan pelajar-pelajar menimba ilmu yang diajar di

sekolah dan mempraktikkannya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

STRUKTUR / KOMPOSISI DAN TAKRIF
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau mempunyai lencana berbentuk PERISAI.

Lencana ini diperkenalkan pada tahun 1984.

BUKU
Melambangkan ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan seseorang dan ilmu itu

perlu diterokai oleh setiap pelajar sepanjang hayat.

BUNGA PADI
Melambangkan kesungguhan untuk berjaya dan pada masa yang sama pelajar-pelajar

mempunyai sikap kasih sayang yang cukup tinggi.

TIGA BULATAN BERCANTUM DI DALAM RODA
Melambangkan semangat kesukanan dan perpaduan muhibah dalam kalangan pelajar

sekolah.

RODA
Melambangkan budaya kreatif dan inovatif dalam pendidikan diajar kepada pelajar-pelajar

sekolah.

PUNCAK BUKIT
Melambangkan semangat yang tinggi dan jitu untuk meraih kejayaan

3

JENTAYU
2015

LAGU SEKOLAH

Berilmu Beramal

* Bukit selambau sekolah tercinta
Menjana putera puteri bangsa
Berilmu beramal serta berbakti
Demi agama dan ibu pertiwi

Ibu dan ayah tidak kulupa
Guru bagai obor yang menyala
Kami berikrar dengan semangat

Kejayaan menjadi harapan

Bukit selambau sekolah tercinta
Menjana putera puteri bangsa
Berilmu beramal serta berbakti
Demi agama dan ibu pertiwi

*Ulang

4

JENTAYU
2015

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya Kami pelajar-pelajar
SMK Bukit Selambau berikrar

Akan berusaha bersungguh-sungguh
Untuk meningkatkan prestasi
dalam bidang kurikulum

dan Kokurikulum serta mematuhi
sepenuhnya peraturan sekolah
dan mengamalkan nilai-nilai
murni demi mengharumkan
nama baik sekolah

5

JENTAYU
2015

PELAN SEKOLAH

6

JENTAYU
2015

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) mula
beroperasi pada tahun 1979 secara menumpang di Sekolah Menengah

Tunku Sulong, Jeniang, Kedah Darul Aman.

Pada awalnya sekolah hanya menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan Satu
sahaja. Selepas lima tahun beroperasi, bilangan pelajar telah bertambah
dan merangkumi semua tingkatan, iaitu tingkatan satu, tingkatan dua,

tingkatan tiga, tingkatan empat dan tingkatan lima. Setiap tingkatan terdiri
daripada empat kelas dengan kapasiti pelajar di antara 40 - 45 orang.

Pelajar-pelajar kebanyakannya berbangsa Melayu dan 10% daripadanya
berbangsa Cina, India dan Siam.

Pada tahun 1984 SMKBS telah berpindah ke premisnya sendiri di alamat
yang ada se4karang. Bangunan SMKBS pada awalnya terdirinya daripada
tiga blok bangunan dua tingkat dan dua blok bangunan satu tingkat dan

sebuah kantin.Pada tahun 2000 SMKBS telah berjaya membina sebuah
surau yang mampu menampung 200 jemaah pada satu-satu waktu.

Pembinaan surau ini adalah hasil sumbangan waris pelajar, guru-guru,
orang perseorangan dan sektor korporat.

Pada 5 Mac 2003 sebuah bangunan baru empat tingkat yang menempatkan
pejabat pentadbiran sekolah yang baru telah mula diduduki. Di bangunan
ini juga ditempatkan sebuah pusat sumber dan sebuah bilik tayangan yang
mampu memberi keselesaan kepada pelajar. Pada tahun berikutnya sebuah
bangunan Makmal Komputer telah siap dibina dan mula digunakan pada

tahun 2004.

Pada 10 Januari 2004 2 blok bangunan asrama empat tingkat telah mula
digunakan untuk menempatkan 120 orang relajar. Sebuah dewan makan

juga disediakan untuk kemudahan pelajar. Hingga kini SMKBS
mempunyai seramai 758 orang pelajar dan 48 orang guru serta 8 orang staf

sokongan.Sekolah akan mendapat satu Blok baru empat tingkat dan
mengandungi 6 bilik darjah pada tahun 2012.

7

JENTAYU
2015

SIDANG REDAKSI JENTAYU 2015

Guru penasihat:Puan Asiah Binti Ahmat
Ketua Editor:Nurul Iman Binti Fauzi
AJK Majalah:Azad Fikri Bin Abdullah

:Mohd Aidil Aiman Bin Ahmad
:Nur Amalin Kamila Binti Mohd Ruslan

8

JENTAYU
2015

kata Alu – Aluan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum Warahmatillahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak sekolah kerana memberikan
ruang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Majalah
Sekolah bagi Tahun 2015.
Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya Sidang Redaksi
Majalah Sekolah Mengah Kebangsaan Bukit Selambau yang telah berjaya menerbitkan
Majalah Sekolah bagi Tahun 2015. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala
komitmen dan sumbangan warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Pendidikan di Malaysia pada masa ini sedang mengalami satu perubahan yang amat drastik
seiring dengan kemajuan pendidikan di peringkat global. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025, merupakan pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif dan
holistik dalam membina modal insan yang mampan dan berdaya saing.

Dalam mencapai aspirasi murid yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring dengan
usaha menyempurnakan akhlak setipa modal insan. Amalan dengan memberi sapaan dan
laluan juga menitikberat tentang kebersihan merupakan elemen yang perlu dipraktiskan oleh
setiap anak didik sejak bangku sekolah rendah lagi. Nilai-nilai murni yang sejagat ini perlu
diberi fokus utama agar generasi yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu,
berkemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah terpuji.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan murid-murid
untuk terus berusaha mencipta kejayaan. Bersama-samalah kita membulatkan tekad dan
berusaha gigih untuk memastikan pendidikan di Malaysia berada di puncak kegemilangan

Sekian, terima kasih

9

JENTAYU
2015

kata Alu – Aluan
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman

Assalamualaikum Warahmatillahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,

Saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga dan
Sidang Redaksi majalah sekolah tahun 2015.Syabas juga diucapkan kerana telah berjaya
menunjukkan komitmen yang tinggi dan semngat kerjasama yang jitudalam memeastikan
majalah ini dapat diterbitkan dengan jayanya.

Sesungguhnya ,melihat kepada perkembangan pendidikan di negara ini,warga pendidik dan
murid hendaklah berusaha membudayakan ilmu di sekolah untuk menjayakan citi-cita bagi
membina sebuah negara yang maju,dinamik dan cemerlang.Bagi merealisasikan hasrat
ini,Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM 2013-2025)telah dilaksanakan dengan
harapan dapat mengupayakan usaha tranformasi sistem pendidikan kebangsaan secara
menyeluruh.Perancangan dan inisiatif strategi disusun ke arah mewujudkan satu sisitem
pendidikan yang menekan kekuatan ,kecekapan,kualiti,kelestarian dan serta kejayan yang
mampu dicapai dalam masa yang singkat.

Sehubungan itu,Jabatan Pendidikan Negeri Kedah amat komited bagi memastikan prestasi
dan cabaran semasa dalam tranformasi sisitem pendidikan selaras dengan PPPM 2013-2015
dapat dihayati dan dilaksanakan sebaik yang mungkin oleh semua warga pendidikan negeri
Kedah .Justeru ,motto “KEDAH TOP FIVE 2015”telah ditetapkan untuk menjadi aspirasi
untuk meningkatkan pencapaian dan hala tuju pendidikan Kedah di semua peringkat.Oleh
itu,sokongan padu dan positif daripada semua warga sekolah,PIBG dan komuniti setempat
amat diperlukan untuk memastikan kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan dan seterusya
dapat melonjakkan kecermelangan sekolah-sekolah negeri Kedah.Saya sedar bahawa tidak
ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan,namun kerjasama yang mantap berserta semangat
juang yang tinggi daripada semua pihak sama ada pihak pentadbiran ,guru-guru,para pelajar
atau ibubapa,tidak mustahil kita mampu merealisasikan misi dan visi dalam dunia pendidikan
negara.
Akhir kata,marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam
melaksanakan tugas dan tanggujawab yang diamanahkan.Semoga segala usaha dan
pengorbanan yang kita curahkan dapat memacu kecermelangan dan menjana modal insan
yang berkualiti dan mampu bersaing dipersada antarabangsa.

Sekian,terima kasih.

10

JENTAYU
2015

kata Alu – Aluan
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda / Yan

Assalamualaikum Warahmatillahi Wabarakatuhdan salam sejahtera.
Terima kasih diucapkan kepada Sidang Redaksi majalah SMK Bukit Selambau yang telah
memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan dan tahniah saya
ucapkan atas segala hasil usaha yang gigih sehingga berjaya menerbitkan majalah pada tahun
ini.
Penerbitan majalah sekolah menjadi satu kebanggaan kepada warga sekolah lebih-lebih lagi
jika majalah itu tinggi mutunya dan baik dari segi isi kandunganya.Majalah sekolah adalah
wadah kepada warga sekolah khususnya para pelajar untuk mengembangkan bakat penulisa
melalui karya masing-masing.Majalah sekolah juga adalah perakam pelbagai rentetan yang
peristiwa yan berlaku sepanjang tahundi sekolah.
Untuk tampil sebagai sekolah yang cemerlang,pelbagai tunuttan dan harapan mesti dipenuhi
dari semasa ke semasa.Sudah tentu pencapaian akademik yang tinggi,sahsiah pelajar yang
dipuji,penglibatan pelajar dalam kokurikulum yang menonjol adalah kayu ukur kejayaan
yang utama.Untuk menangani dam memenuhi semua tututan dan harapan ini,kepimpinan
yang berwawasan,kesediaan untuk bekerja sebagai satu kumpulan,profesionalismedan
komitmen yang tinggiharuslah ada pada pucuk pimpinan dan seluruh warga sekolah.Untuk
mencapai matlamat sekolah ,semua aspek pengurusan disekolah seperti
kurikulum,kokurikulum,sumber manusia,hal ehwal murid ,kewangan,infrastruktur dan lain-
lain mestilah diurus dengan cekap dan berkesan.
Oleh itu,para pelajar haruslah mengejar kecermelangan akademik kerana dalam era
globalisasi pada alaf ini,sesipa sahaja yang leka akan tenggelamdan taidak dapat tempat
dalam masyarakat.
Akhir kata marilah kita sama-sama berusaha lebih gigih lagi kearah melahirkan masyarakat
berpendidikan cemerlang agar tercapai hasrat negara.

11

JENTAYU
2015

kata Alu – Aluan
Yang Dipertua PIBG

Assalamualaikum warahmatuiiahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Segulung ucapan tahniah diucapkan kepada pihak sekolah bagi kejayaan pihak sekolah
menerbitkan majalah JENTAYU bagi tahun 2015.Saya percaya majalah ini telah
merakamkan pelbagai peristiwa sekolah sepanjang tahun ini.Secara tidak langsung penerbitan
majalah JENTAYU ini dapat memupuk daya kretiviti pelajar dan guru terhadap SMKBS.

Bidang pendidikan yang kian mencabar menyebabkan bebanan terhadap guru-guru kerana ia
merupakan bahagian daripada tugas dan tanggungjawab guru-guru SMKBS.Harapan negara
dan masyarakat terhadap guru-guru menggunung tinggi.Ibu bapa pula sentiasa mahukan yang
terbaik untuk anak-anak mereka.Menyedari hal tersebut,PIBG SMKBS telah berganding
bahu dengan pihak sekolah dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum
untuk menjayakan program dan aktiviti sekolah dalam membantu meningkatkan imej dan
pontensi sekolah.

Dalam sarana Ibu Bapa,Jaya Waris merupakan antara program yang telah dilaksanakan bagi
membincangkan permasalahan pelajar demi menigkatkan prestasi pelajar itu
sendiri.Kerjasama ibu bapa dalam program dan aktiviti sekolah amat baik.Sehingga kini
masalah disiplin dalam kalangan pelajar telah dapat dikurangkan.Kejayaan yang telah
ditempa oleh sekolah telah menyebabkan tanggapan masyarakat terhadap sekolah semakin
baik.

Buat anak-anak SMKBS,kejayaan anda pada hari ini adalah penentu masa depan yang
cemerlang pada masa akan datang.Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua dan
warga sekolah kerana berjaya menerbitkan majalah JENTAYU.Terus berusaha untuk
mencipta kecemerlangan berganda.

KAMARUDIN BIN YOP
Yang Dipertua PIBG,

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau.

12

JENTAYU
2015

kata Alu – Aluan
Pengetua SMKBS

Assalamualaikum warahmatuiiahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya Majalah
Jentayu jilid ke-11 berjaya diterbitkan pada tahun 2015 ini.Sesungguhnya,dengan terbitnya
majalah ini menunjukan kemampuan sekolah mengorak langkah menuju misi sekolah iaitu
pendidikan berkualiti insane terdidik negara sejahtera.

Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan tahniah kepada Sidang Redaksi Majalah
Jentayu 2015 kerana atas uasaha gigih mereka dalam menyusun dan berjaya menerbitkan
majalah ini.Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang walaupun
hanya untuk menitipkan seungkai kata sebagai alu-aluan saya dalam majalah ini.

Walaupun usianya telah mencecah 13 tahun,namun penerbitan majalah Jentayu ini
telah mencapai tahap kesempurnaan dan mendapat sokongan yang baik terutamanya dari
para-para waris yang rata-rata menghargai usaha gigih pihak sekolah memuatkan gambar
dan hasil penulisan anak-anakdalam majalah ini.Secara tidak langsung,para waris dapat
mengetahui bakat dan keserlahan kebolehan yang ada pada anak-anak mereka.

Pada asasnya,penerbitan majalah ini adalah untuk menampilkan bakat-bakat
terpendam ank-anak didik di sekolah ini.Penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar
menunjukkan sekolah walaupun berada di luar Bandar masih mampu menyerlahkan insan
yang berbakat dalam semua bidang.Inilah yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan kita untuk
melahirkan generasi yang cermelang,gemilang dan terbilang.Ditambah pula dengan usaha
gigih dan sentuhan kreativitiSidang Redaksi menjadi majalah ini lebih menarik dan
berwawasan.

Akhirulkalam,saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Sidang Redaksi dan
semua pihak yang terlibat dalam menerbitkan Mjalah Jentayu Jilid ke-11 ini.Semoga usaha
ini dapat mentarbiahkan anak bangsa kita menuju wawasam 2020.
Sekian,terima kasih.

ENCIK BASREE BIN BAKAR

Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau

13

JENTAYU
2015

kata Alu – Aluan
Ketua Editor ‘JENTAYU’ 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah,syukur kehadrat llahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya ,dapat saya
bersama-sama dengan ahli Sidang Redaksi menyiapkan dan menerbitkan JENTAYU bagi
tahun 2015.Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan buat pihak pentadbiran dan
jawatankuasa majalah sekolah kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk memegang
jawatan editor majalah JENTAYU ini.
Penerbitan JENTAYU bukan saja merakam peristiwa bahkan menjadi galeri sejarah yang
membawa seribu satu memori yang tidak dapat dilupakan.Kejayaan JENTAYU
sememangnya merupakan hasil usaha tenaga pelajar dan cetusan idea kreatif para
guru.Harapan saya,semoga JENTAYU akan terus diterbitkan pada tahun-tahun akan datang.
Akhir kata,saya mewakili Sidang Redaksi JENTAYU 2015 memohon jutaan kemaafan
sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan yang tidak disengajakan.Semoga SMKBS terus
berjaya melahirkan pelajar berilmu,mantap dari segi fizikal dan rohani,kreatif dan berinovasi
serta bersahsiah tinggi dalam mengharumkan nama sekolah setanding sekolah-sekolah lain.

Sekian,terima kasih

NURUL IMAN BINTI FAUZI
Ketua Editor,

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau

14

JENTAYU
2015

kata Alu – Aluan
Ketua Pengawas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan InayahNya,kita masih lagi dipanjangkan usia
dan dibekalkan dalam iman dalam islam.Selamat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda.Tahniah dan syabas diucapkan pada sidang
redaksi JENTAYU atas kejayaan komitmen yang penuh iltiham dan keazaman yang tinggi
sehingga terhasilnya majalah Edisi ke-11 ini.
Sebagai ketua pengawas,saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah
khususnya para guru kerana memberi kepercayaan kepada saya memikul tanggujawab yang
berat.Kenangan kerjasama dengan ahli-ahli pengawas yang lain juga merupakan kenangan
manis yang tidak mungkin saya lupakan.Saya berasa bangga dapat bekerjasama dengan
mereka dan atas kerjasama ini,pelbagai masalah disiplin dapat kami atasi.

Akhir sekalisaya selaku ketua pelajar sekolah ini menyeru pelajar-pelajar agar meletakkan
disiplin sebagai batu asas kepada perjuangan kita untuk mencapai kecermelangan akademik,
kokurikulum dan sahsiah.

Wassalam

MOHD IKMAL BIN ABRI
Ketua Pegawas

15

JENTAYU
2015

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau 2015

BARIS HADAPAN: Ustaz Khoiri Bin Daud,En Suresh A/L Ramasamy,En Hafizul Amri
Bin A.Majid,En Saifuddin Bin Mohamed,En Fadzli Azali Bin Yaacob,En Teh Koon Hok,En
Basir Bin Md Rejab,En Basree Bin Bakar(PENGETUA),Ustazah Bayah Binti Ahmad,Pn
Wan Norazah Binti Megat Darus, Puan Che Sam Binti Md Isa,Pn Valleamal A/P
Doraisingam,Puan Izaniswati Bt Ismail ,Ustazah Munawarah Bt Ismail,Puan Nazlina Bt
Khalit.
BARIS KEDUA:Pn Sharifah Binti Mohamed,Pn Azila Binti Azam,Pn Norhayati Binti
Othman,Pn Sabariah Binti Mahbob,Pn Asiah Binti Ahmat,Pn Pavany A/P Krishnan,Cik
Amutha A/P Thopasamy,Pn Hasnita Binti Abdullah,Pn Noorhazani Binti Bidin,Pn Roslisah
Binti Juhari,Pn Siti Muzirah Binti Chik,Pn Uma Dewi A/P Maniyan,Pn Hasnah Binti
Mohamed Mazni.
BARIS KETIGA:En Zolkiflay Bin Jusoh,En Izar Kasturi Bin Ibrahim,Cik Siti Aisyah Binti
Suhaimi,Pn Siti Aida Binti Md Yusof,Pn Harfeeny Binti Esmail,Pn Noor Hayati Binti
Roslan,Pn Wan Norbaya Wan Kar,Pn Siti Mahani Binti Hashim,Cik Tan Li Ching,Pn Ooi
Yeng Siang,Pn Norliza Binti Hamid.
BARIS KEEMPAT TERAKHIR:En Misbah Bin Ramli, En Nai Show Chiang,En Azizi Bin
Abdullah,En Abu Bakar Bin Mohd Isa,En Ahmad Rahaimi Bin Yaakob,En Shukri Bin
Mohamad Ali,En Azman Bin Mohamad,En Ahmad Firdaus Bin Mohamed Zin,En Rushedey
Bin Ismail.

16

JENTAYU
2015

Senarai Nama Guru dan Kakitangan SMKBS 2015

BIL NAMA GURU
1 BASREE BIN BAKAR
2 BASIR BIN MD REJAB
3 BAYAH BINTI AHMAD
4 WAN NORAZAH BINTI MEGAT DARUS
5 TEH KOON HOCK
6 CHE SAM BINTI MD ISA
7 VALLEAMMAL A/P DORAISINGAM
8 NOR LAILI BINTI ISMAIL
9 ABU BAKAR BIN MOHD ISA
10 AHMAD FIRDAUZ BIN MOHAMED ZIN
11 AHMAD RAHAIMI BIN YAAKOB
12 AMUTHA A/P THOPASAMY
13 ASIAH BINTI AHMAT
14 AZLINA BINTI AHMAD
15 HAIRUL NADIA BINTI DARUBI
16 HARFEENY BINTI ESMAIL
17 HASNAH BINTI MOHAMED MAZNI
18 HASNITA BINTI ABDULLAH
18 IZANISWATI BINTI ISMAIL
19 MOHAMAD ZAKIR BIN OMAR
20 MOHD FAIZAL BIN AHMAD
21 MOHD HAFIZUL AMRI BIN A.MAJID
22 MOHD IZAR KASTURI BIN IBRAHIM
23 MOHD KHOIRI BIN DAUD
24 MOHD MISBAH BIN RAMLI
25 MUHAMAD FADZLI AZALI BIN YAACOB
26 MUNAWARAH BINTI HAJI ISMAIL
27 NAI SHOW CHIANG
28 NAZ’LINA BINTI KHALIT
29 NOOR HAYATI BINTI ROSLAN
30 NOORHAZANI BINTI BIDIN
31 NOR AZILA BINTI AZAM
32 NOR AZIZI BIN ABDULLAH
33 NOR AZMAN BIN MOHAMAD
34 NORHAYATI BINTI OTHMAN
35 NORLIZA BINTI HAMID
36 OOI YENG SIANG
37 PAVANY A/P KRISHNAN
39 ROSLISAH BINTI JUHARI
40 RUSHEDEY BIN ISMAIL
41 SAIFUDDIN BIN MOHAMED
42 SARAH BINTI RAMLI

17

JENTAYU SABARIAH BINTI MAHBOB
2015 SHARIFAH BINTI MOHAMED
SITI AISHAH BINTI SUHAIMI
43 SITI MAHANI BINTI HASHIM
44 SITI MUZIRAH BINTI CHIK
45 SUHAIDA BINTI RAMLI
46 SUKRI BIN MOHAMAD ALI
47 SURESH A/L RAMASAMY
48 TAN LI CHING
49 UMA DEVI A/P MANIYAN
50 WAN NORBAYA BINTI WAN KAR
51 WONG YUN CHYUN
52 ZOLKIFLAY BIN JOSUF
53 SITI AIDA BINTI MD YUSOF
54
55 NAMA KAKITANGAN
56 KAMARUDIN BIN BAKAR
BIL NOR ELISA BINTI TAJUDIN
1 SHARIFFAH ASMAH AL JUNID BINTI SYED ALJUNID
2 AZIZAH BINTI ABDUL RAHMAN
3 ROSHIDAH BINTI DZULKIFLI
4 MOHD AZRUL BIN YUSOF
5 NUR FAZWANI BINTI IBRAHIM
6 NORSAIMAH BINTI SAIDIN
7 NORISHAH BINTI ABD RAZAK
8 NOR’AIN BINTI ABDUL AZIZ
9 NIK NURKAMALIAH BINTI KAMARUDDIN
10 NURUL HIDAYAH BINTI MOHD SABRI
11
12

18

JENTAYU
2015

Dari Meja Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah Hirabil”alamin, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya majalah
Jentayu jilid ke- 11 bagi tahun 2015 dapat diterbitkan.Saya mengucapkan tahniah dan terima
kasih kepada ahli Jawatankuasa majalah dan guru-guru yang memberi kerjasama sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan majalah ini.
Kita amat bersyukur sekali kerana tahun ini dengan izin Allah banyak kejayaan dan
kemajuan yang kita capai untuk memastikan SMK Bukit Selambau terus cemerlang sebagai
institusi pendidikan. Walaupun kejayaan yang dicapai tidak setanding dengan sekolah-
sekolah ternama tetapi usaha kita merupakan langkah permulaan untuk mencapai tahap yang
lebih tinggi. Kita sebenarnya mempunyai potensi untuk muncul sebagai salah sebuah sekolah
cemerlang dalam pelbagai bidang kerana telah dibuktikan dengan kejayaan Asrama yang
muncul sebagai Asrama Terbilang yang sehingga kini menjadi tempat lawatan penanda aras
oleh Asrama-asrama seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak. Apa yang penting kita
mesti melakukan yang terbaik dan berintegriti di semua peringkat bermula dari Pengawal
Keselamatan hingga barisan pengurusan dan kepimpinan sekolah .
Antara kejayaan yang dicapai ialah pengurangan masalah salah laku pelajar, peningkatan
kehadiran pelajar ke sekolah, kejayaan dalam permainan dan sukan ,kokurikulum serta
koakademik. Kejayaan paling manis ialah kita Berjaya memperbaiki Band Sekolah dari
Band 5 ke Band 4.
Semoga SMK Bukit Selambau terus cemerlang selari dengan agenda Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) .
Sekian, selamat maju jaya .

BASREE BIN BAKAR
Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau

19

JENTAYU
2015

Lembaga Pengawas Dan Disiplin
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau

Dari baris hadapan:Fahmi,Hanif,Ikmal,Encik Fadli,Encik Saifuddin,Encik Raihaimi,Encik
Basir,Encik Basree,Puan Bayah,Puan Nazlina,Cik Amutha,Alia Adlina,Fatin Karmila,
Baris Kedua:Charaewadhi,Jeylatha,Ewe Sze Wei,Wan Phen,Nur Amalin Kamila,Mirza
Atiqah,Batrisyia Aqilah,Wimon,Amani,Ong Li Whoon,Rosyada,Noor
Syahzanani,Syafieza,Najiha,Fatin Iffah Inani.
Baris Ketiga:Mashitoh,Farah,Nurin,Zailatul,Munirah,Syafiqah,Mazliana,Ain,Arifah,Intan
Shuris Azliana,Shafawati,Iffah,Aqilah,Syazwani.
Baris Keempat Terakhir:Badrul Munir Mohsin,Izral Shuris Azril,Badrul Munir
Baharom,Faiz,Aizat,Farid,Arif,Husaini,Azim,Shukri,Hafis,Nazmi.

20

JENTAYU
2015

Lembaga Pengawas Pusat Sumber

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau

Guru Pusat Sumber Sekolah: Setiausaha PSS :
Puan Asiah Binti Ahmat Nurul Nadiah Binti Ismail

Ketua Pengawas PSS: Penolong Setiausaha PSS:
Bibi Shafiqah Binti Mohamad Salim Siti Nur Syafiqah Binti Fauzi

Penolong Ketua Pengawas PSS: Bendahari PSS:
Muhd Syahmi Aiman Bin Azhami Nor Syafikah Binti Shuib

21

JENTAYU
2015

Lembaga Tadbir Asrama Sekolah

Warden Lelaki:Puan Harfeeny Binti Esmail
Warden Perempuan:Puan Bayah Binti Ahmad
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambadiduduki pada 10 Januari
2004bersamaan 17 Zulkaeadah 1424H dan mempunyai 2 blok bangunan.Asrama Petera
didiami 40 orang pelajar lelaki dan Asrama Puteri didiami oleh 60 orang pelajar perempuan.
Pelbagai aktiviti dijalankan oleh penghuni asrama.Tujuanya untuk pembentukan dan
peningkatan kecermelangan sahsiah dan penjana ilmu.
Di antaranya kelas Berzanji untuk pelajar Putera d idiadakan 2 miggu sekali.Kelas Marhaban
diadakan 1 minggu sekali untuk pelajar puteri.Selain kelas bimbingan Al-Quran ,Tajwid dan
Hafazan Surah-Surah wajib dalam Kurikulum dan surah sejadah diadakan 2 minggu sekali.
Majlis bacaan Surah Yasin diadakansepanjang sesi 2015 waktu pagi hari Khamis di Dewan
Al-Khawarizmi.Objektifnya untuk menanam konsep tawakal dalam diri pelajar serta
memantapkan aqidah dan merapatkan ukhuwah Islamiyah dalam kalangan warga asrama
SMKBS.
Program Sambutan Maulidur Rasul diadakan setiap tahun di Dewan Al-
Khawarizmi.Tujuanya untuk memperingati Kelahiran Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
dan mengalakkan pelajar menghayati dan mengikiti jejak perjuangan Jujungan mulia.
Sebenarnya pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di asrama SMKBS dan Asrama SMKBS
banyak dikunjungi dari pelbagai buah sekolah termasuklah dari Sabah dan Sarawak
juga.Pencapaian ini amat menbanggakan sekolah.

22

JENTAYU
2015

Koperasi Sekolah Menengah Bukit Selambau
Berhad

Koperasi SMK Bukit Selambau Berhad bertempat di bangunan SMK Bukit Selambau yang
beralamat di 08010 Sungai petani ,Kedah,Darul Aman.
Matlamat penubuhan koperasi ini menurut subsekyen4(1) akta adalah untuk
mempertingkatkan ekonomi angota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.Tujuan
utama penubuhan koperasi adalah untuk menjalankan aktiviti yang memberi faedah
maksimum kepada anggota-angotanya.
Koperasi SMK Bukit Selambau Berhad didaftarkan pada24hb Mei 1990 dengan anggota
seramai 514orang.Saham seunit bernilai RM1.00.Setipa ahli perlu membayar yuran masuk
sebanyak RM1.00 dan jumlah minimim saham yang diwajibkan adalah 4 unit.
Aktiviti utama Koperasi SMK Bukit Selambau ialah jual beli alat tulis,keperluan pejabat serta
keperluan aktivitikeceriaan sekolah secara runcit.Harga barangan adalah murah dan
berpatutan.Oleh itu,pelajar-pelajar membeli barangan keperluan di koperasi.Antara aktiviti
tahunan yang dirancang ialah mesyuarat agung,pertandingan kuiz koperasi dan jualan hari-
hari istimewa dan sambutan hari koperasi sekolah.

23

JENTAYU
2015

BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN 2015

MAKLUMAT/DATA BIASISWA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

NAMA SEKOLAH:SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SELAMBAU

KOD SEKOLAH:KEA 3108

PPD:KUALA MUDA/YAN

NAMA GURU BIASISWA:PUAN ROSLISAH JUHARI

NO TELEFON:0441193023

EMAIL:smkbs

BIL JENIS BIASISWA KAUM KADAR
BAYARAN
YANG
DITERIMA
SEORANG(RM)

MELA CINA INDIA LAIN- JUMLA

YU LAIN H

PELAJA

R

L P LPLP LPL P

1.0 BIASISWA BKP2 22 65 22 65

(TERTANGGUNG

2015)

1.1 BIASISWA BKP3 23 2 2 2 7 840.00

(TERTANGGUNG

2015)

1.2 BIASISWA BKPU A-

SATERA

(TERTANGGUNG

2015)

1.3 BIASISWA BKPA-

SAINS

(TERTANGGUNG

2015)

1.4 BIASISWA BKP2 51 6

(TAWARAN BARU

2015)(KPM)

1.5 BIASISWA BKP3

(TAWARAN BARU

2015)(KPM)

1.6 BIASISWA BKPU A-

24

JENTAYU

2015

SASTERA BARU

(TAWARAN BARU

2015)

1.7 BIASISWA BKPU A-

SAINS (TAWARAN

BARU 2015)

2.0 BIASISWA SUKAN 1 1

3.0 BIASISWA BANK

NEGARA

4.0 LEMBAGA 23 23 540.00

BIASISWA NEGERI

KEDAH

5.0 SANTUN(SKIM

ANUGERAH

KECERMELANGAN

NASIONAL)

6.0 BIASISWA KECIL

YAYASAN

TELEKOM

7.0 YAYASAN

PELAJARAN

PERTUBUHAN

PELADANG (MADA)

8.0 BIASISWA

MCDONALD

10. YAYASAN AL

0 BUKHARY

JUMLAH 25 73 2 4 2 2 25 78

MENGIKUT

TINGKATAN

25

JENTAYU
2015

Pelajar Cemerlang PT3 2014

BIL NAMA PELAJAR KEPUTUSAN YANG
DIPEROLEHI
1 INTAN SALWANI BINTI MOHD SABRI 6A
2 NURUL HAMIZAH BINTI ABDUL HALIM 6A
3 IZSURIANIE BINTI HASHIM 5A
4 NUR ATIRAH BINTI MOHAMAD HASHIM 5A
5 NUR FAEZAH BINTI AMIRUDDIN 5A
6 NUR IZYAN BINTI ZULKIFLI 5A
7 SITI MASAYU BINTI JASMI 5A

Pelajar Cemerlang SPM 2014

BIL NAMA PELAJAR KEPUTUSAN YANG
DIPEROLEHI
1 NOR ARISSA BINTI AHMAD 8A
2 SHAKIR ZUFAYRI BIN BAHARUM 7A
3 MOHAMMAD HILMI BIN AHMAD 7A
4 NAZATUL AZIRA BINTI ABDUL MALEK 7A
5 NURUL ASHYIKIN BINTI MOHAMAD ROMDZI 7A
6 CHUM YONG QI 6A
7 NURATIKAH BINTI MUSA 6A
8 NUR AMELIA BINTI HALIM 6A
9 MUHAMMAD NIZAM BIN ABDUL HALIM 5A
10 NUR HUSNA BINTI SAAD 5A
11 NUR HANISAH BINTI AHMAD 5A

26

JENTAYU
2015

Dari Menara Gading

RESEPI SENANDUNG KEJAYAAN BUAT PUTERA PUTERI
SMKBS

Buku dipotong lima basuh dan toskan.Gaul dengan motivasi dan azam.
Biar seketika sehingga mesra keduanya. Ketekunan diperah untuk
dijadikan satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha. Keyakinan,
kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama. Pijarkan air
mata tumiskan keinsafan sehingga bangkit bau dan
kesedaran.Kemudian masukkan bahan yang telah digaul tadi. Kacau
dengan pemikiran yang matang dan sempurna. Masukkan pula buku-
buku dan campurkan usaha. Setelah beberapa minit, tambahkan
kerajinan dan selepas naik baunya,masukkan doa dan tutuplah dengan
keazaman.Tumbukkan malas, dendam dan cemburu sehingga lumat.
Setelah siap dimasak, rasailah kenikmatannya. Jika kurang manis,
tambahkan sedikit lagi gula ketekunan sehingga secukup rasa. Apabila
sejuk,hidangkanlah dengan sebuah kebanggaan. Lebih cantik lagi jika
ditaburkan di atasnya dengan kesyukuran dan hiasilah dengan
sekuntum senyuman.

NUR FARRA WAHEDA BINTI HASAN
PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

27

JENTAYU
2015

ALBUM
KOKURIKULUM

28

JENTAYU
2015

KEJOHANAN OLAHRAGA SMKBS KALI KE 27

Kejohanan olahraga buat kali ke-27 telah berlangsung pada 21 Jun 2015 di padang
sekolah pada jam 2.00 petang. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Encik Basree bin
Bakar.Empat buah rumah sukan yang unggul telah menyertai kejohanan olahraga ini
iaitu Rumah Pangalima, Rumah Bendahara, Rumah Laksamana, Rumah
Temenggong.Semagat kesukanan,komitmen serta harapan yang tinggi untuk
bergelar juara jelas tergambar daripada setiap pasukan dengan kibaran panji-panji
rumah masing-masing. Kejohanan olahraga bertanbah meriah dengan kemunculan
Rumah Bendahara menjadi juara disusuli dengan Rumah Panglima.Rumah
Temenggung mendapat tempat ketiga sementara Rumah Laksamana mendapat
tempat keempat.Olahragawan pada tahun 2015 disandang oleh Ikmal dari Rumah
Bendahara dan Amani dari Rumah Laksamana sebagai olahragawati.

29

JENTAYU
2015

30

JENTAYU
2015

31

JENTAYU
2015

32

JENTAYU
2015

33

JENTAYU
2015

34

JENTAYU
2015

HARI
PERPISAHAN SIR

JOSH DAN
JAMUAN MAKAN

GURU-GURU

35

JENTAYU
2015

36

JENTAYU
2015

37

JENTAYU
2015

38

JENTAYU
2015

39

JENTAYU
2015

40

JENTAYU
2015

41

JENTAYU
2015

42

JENTAYU
2015

43

JENTAYU
2015

PASCA PT3
DAN 1

MURID 1
SUKAN

44

JENTAYU
2015

45

JENTAYU
2015

46

JENTAYU
2015

47

JENTAYU
2015

48

JENTAYU
2015

49

JENTAYU
2015

SUDUT
KARYA

50


Click to View FlipBook Version