The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d096285, 2024-01-31 06:07:33

NOTA CERPEN "Air Mata Dalang"

NOTA CERPEN Air Mata Dalang

Keywords: Dalang,Nota Ringkas,Sinopsis

RAHIMIDIN ZAHARI AIR MATA DALANG


SINOPSIS WATAK DAN PERWATAKAN PERSOALAN NILAI PENGAJARAN NOTA RINGKAS CERPEN


SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan Pak Yasok yang meminati wayang kulit dan merupakan penggiat seni wayang kulit. Pak Yasok mempunyai 3 orang anak iaitu Ustaz Sauki, Sulida dan Naemah. Selama bertahun-tahun Pak Yasok mencari rezeki sebagai dalang wayang kulit untuk membesarkan anak anaknya sehingga mereka berjaya menjawat jawatan yang penting. Anak sulungnya, Sauki, sebagai ustaz di institusi kerajaan, Sulida pula menjadi jurutera syarikat minyak di Miri, Sarawak dan Naemah menjadi doktor di Hospital Kulim, Kedah. Pak Yasok merupakan tok dalang wayang kulit dan pandai bermain beberapa alatan muzik dan pandai membuat patung wayang kulit. Pak Yasok tinggal bersama isterinya iaitu Mak Esah di kampungnya. Namun, Faezah iaitu isteri kepada Ustaz Sauki melarang Pak Yasok meneruskan kerjaya sebagai dalang dan menganggap ianya bertentangan dengan agama Islam. Hal ini menyebabkan Pak Yasok terasa hati dengan kata-kata menantunya. Pak Yasok juga marah akan Faezah. IN YOUR OWN WORDS, COME UP WITH A DEFINITION OF THE WORD "REALISTIC".


SINOPSIS Semenjak dari kes itu, Faezah tidak lagi balik menjenguk Pak Yasok. Suatu hari Nora dari Kuala Lumpur datang ke rumah Pak Yasok untuk mempelajari ilmu pendalangan bagi melengkapkan kajiannya. Dalam masa tiga bulan Nora belajar ilmu pedalangan dari Pak Yasok. Setelah Nora benar-benar mewarisi ilmu pendalangan, Pak Yasok membuat upacara memperlimaukan anak muridnya. Pak yasok mengadakan majlis untuk menyerahkan panggung wayangnya kepada nora. Semua orang kampung termasuk ayah, mak Nora dan anak-anak Pak Yasok datang melihat upacara tersebut. Ustaz Sauki sekeluarga bersama-sama Faezah juga turut serta dalam majlis tersebut. Pak Yasok menangis kerana terharu kerana Faezah datang bersalaman, meminta maaf serta mencium tangannya. IN YOUR OWN WORDS, COME UP WITH A DEFINITION OF THE WORD "REALISTIC".


CERPEN “ AIR MATA DALANG” Tradisi wayang kulit semakin dipinggirkan oleh masyarakat. TEMA


PERSOALAN Persoalan tentang warisan wayang kulit yang semakin dipinggirkan. 1. Warisan wayang kulit semakin dipinggir. Sudah berpuluh murid Pak Yasok mempelajari ilmu tersebut namun tiada sesiapa pun yang meneruskan tradisi tersebut. Persoalan tentang kegigihan mencari ilmu. 2. Nora yang datang dari Kuala Lumpur gigih mempelajari ilmu pendalangan daripada Pak Yasok selama 3 bulan Persoalan tentang kerinduan cucu terhadap datuk dan neneknya. 3. Cucu Pak Yasok selalu menelefon Pak Yasok dan Mak Esah dan bertanyakan tentang kesihatan datuk dan nenek mereka.


WATAK PERWATAKAN


PAK YASOK Mempunyai 3 orang anak. Mahir dalam membuat patung wayang kulit. Meminati wayang kulit. Mudah terasa hati. Merupakan tok dalang wayang kulit. Mencari rezeki dengan menjadi pengukirpatung wayang kulit dan menjadi tok dalang. Peramah dan tidak kedekut ilmu.


NORA Tinggal dan belajar di Kuala Lumpur. Membuat kajian mengenai wayang kulit. Gigih menuntut ilmu. Belajar ilmu pedalangan daripada Pak Yasok. Pandai menari. Rajin belajar ilmu pedalangan setiap hari.


FAEZAH Menantu kepada Pak Yasok. Isteri kepada Ustaz Sauki. Tidak suka anaknya menjadi Tok Dalang. Menganggap pekerjaan Pak Yasok berdosa. Malu dengan Pak Yasok.


NILAI Faezah akhirnya sedar akan kesilapan dirinya dan pulang memohon kemaafan daripada Pak Yasok Nilai keinsafan Nilai kasih sayang Pak Yasok dan Mak Esah amat menyayangi anak-anak dan cucucucu mereka.. Nilai ketaatan Pak Yasok sering sembahyang berjemaah di surau/masjid dan membayar zakat. Nilai kegigihan Pak Yasok mengusahakan patung wayang kulit dan membuat


PENGAJARAN Kita hendaklah memiliki sifat kasih sayang sesama anggota keluarga. Pak Yasok dan Mak Esah amat menyayangi anak-anak dan cucu-cucu mereka. Kita haruslah berusaha dengan gigih untuk menyara kehidupan. Pak Yasok mengusahakan patung wayang kulit dan membuat persembahan wayang kulit untuk menyara keluarganya Kita perlu menghormati orang tua. Faezah akhirnya sedar akan kesilapan dirinya dan pulang memohon kemaafan daripada Pak Yasok. Kita wajiblah sentiasa beriman kepada Allah. Pak Yasok sering berjemaah di surau / masjid. Kita hendaklah mengutamakan nilai pendidikan. Pak Yasok menyekolahkan anak-anaknya sehingga semuanya berjaya dalam hidup masing-masing.


CERPEN “ AIR MATA DALANG” A B y e o l h aj k a i r ta se b s e u r a m t a u i ? n QUIZ KUIZ!!


Click to View FlipBook Version