MPU23012 PENGAJIAN ISLAM
JIRAN
MENGAMUK
CCTV UNTUK
INTAI ISTERI
PENSYARAH : En Sofiyyuddin Bin Zakaria
DPM2A Sesi 1 2022/2023
Ahli kumpulan :
-Imran Afiq Bin Ahmad Azam (08DPM21F2040)
-Muhammad Imran Bin Zakaria (08DPM21F2026)
-Muhammad Adam Firdaus Bin Johari (08DPM21F2008)
AHLI
KUMPULAN
MUHAMMAD IMRAN
08DPM21F2026
IMRAN AFIQ
08DPM21F2040
MUHAMMAD ADAM FIRDAUS
08DPM21F2008
PENGENALAN
Gangguan seksual merupakan masalah
sosial yang melanggar etika, integriti
dan moral. Gangguan seksual boleh
ditakrifkan sebagai perlakuan yang
kurang disenangi melalui kata-kata,
isyarat, sentuhan, psikologi dan visual
yang berunsurkan seks yang biasanya
dilakukan berulang-ulang.
Gangguan seksual ini boleh berlaku
kepada sesiapa jua tanpa mengira
jantina, usia, agama, kaum dan warna
kulit. Namun, kebiasaannya golongan
wanita merupakan majoriti yang
menjadi mangsa gangguan seksual. Hal
ini kerana, perlakuan gangguan seksual
di tempat kerja mula mendapat
perhatian pada era 1970-an melalui
beberapa kejadian gangguan seksual
khususnya keatas wanita.
ISU YANG BERKAITAN
Satu klip video tular di laman media sosial sejak semalam
dengan memaparkan insiden pergaduhan dua orang lelaki di
mana salah seorang daripada mereka didakwa mahu mengintai
pergerakan jirannya menerusi pemasangan sistem televisyen litar
tertutup (CCTV).
Difahamkan, menerusi video 2 minit 52 saat itu, lelaki itu
dilihat mengamuk kepada seorang jiran kerana didakwa
menghalakan pergerakan CCTV ke arah rumahnya sekali gus
menimbulkan pelbagai persoalan terhadap tindakan itu.
Malah, lelaki terbabit turut mendakwa tindakan jirannya
menghalakan CCTV ke rumahnya sebagai mahu mengintai
pergerakan isterinya memandangkan rumah mereka hanya
bersebelahan.
Melalui video itu, lelaki terbabit meminta jirannya memberi
penjelasan terhadap pergerakan CCTV itu selepas merasakan ia
sebagai tidak sesuai dan menimbulkan pelbagai persoalan.
Bagaimanapun, jiran kepada lelaki itu memberi penjelasan
bahawa dia tidak mengetahui tentang pergerakan CCTV itu
selain menyifatkan ia sebagai aktiviti normal untuk alat
elektronik itu berpusing sebanyak 360 darjah.
Sementara itu, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi
berbeza dengan ada daripada mereka menyifatkan tindakan
lelaki itu memarahi jirannya sebagai tidak wajar.
Faktor-faktor yang menyebabkan
isu tersebut terjadi
Pemakaian
Punca sebenar gangguan seksual ini adalah dari
mentaliti pelaku itu sendiri . Namun , perkara ini
juga boleh terjadi apabila kita berpakaian dengan
pakaian yang mencolok mata seperti pakaian
yang ketat dan jarang . Ia bukan sahaja menarik
perhatian orang malah ia juga akan merangsang
nafsu seksual seseorang .
Mentaliti pelaku
Isu ini berlaku kerana pelaku itu sendiri tidak
mengawal tingkah laku dan tidak menghormati
jirannya . Ini berlaku kerana kurang pendedahan
terhadap adab-adab berjiran serta hubungan
yang lemah bersama jiran dan tuhan .
Persekitaran
Keadaan ini terjadi disebabkan kawasan
persekitaran atau kejiranan yang terbuka dan
bebas. Hal ini menyebabkan masyarakat
cenderung untuk melakukan perbuatan yang
tidak bermoral seperti mengintai, merakam tanpa
pengetahuan si mangsa dan sebagainya.
IMPLIKASI
INDIVIDU
Antara kesan tidak beradab bersama jiran juga memberi impak
yang besar iaitu kehidupan akan menjadi tidak tenang kerana
selalu mengambil tahu tentang jiran atas perkara yang tidak
sepatutnya. Hal ini kerana, akan memberi jiran tetangga tidak
selesa atas perbuatan kita yang selalu ingin
amik tahu tentang jiran seperti meletakkan CCTV dirumah jiran.
Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin ada kebaikan dan
keburukannya tersendiri. Selain itu, mendapat kemungkaran secara
berleluasa kerana membuat hal yang tidak dingini seperti
mengganggu
ketenteraman jiran tetangga.
MASYARAKAT
Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam
kalangan Masyarakat. Jiran yang tidak beradab akan lebih
menjejaskan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana
hubungan yang lemah akan melemahkan segalanya. Jika kita tidak
beradab dengan jiran, pastinya akan mencetuskan kesan-kesan negatif
dan hal ini sering melibatkan berlainan agama. Hal ini disebabkan oleh
mereka tidak mempunyai persefahaman yang baik dan tidak boleh
bertolak ansur antara satu sama lain. Kita sewajarnya menghormati
agama lain terlebih dahulu dan menunjukkan contoh tauladan yang
baik kepada mereka. Kesannya, mereka juga akan melakukan perkara
yang sama, bak kata pepatah 'buat baik dibalas baik, buat jahat
jangan sesekali". Kita mestilah mengamalkan adab berjiran ini agar
ukhuwah meniadi kuat dan para musuh tidak akan dapat menjatuhkan
kita kerana ukhuwah kita yang mantap. Jika kita mengabaikan adab
berjiran dalam kehidupan kita, negara juga akan turut merasai
tempiasnya seperti kemajuan negara akan terjejas kerana perpaduan
kaum tidak tercapai kerana saling bermasam muka antara satu sama
lain dan keharmonian negara juga akan terganggu kerana kita saling
menyalahkan antara satu sama lain serta suka membesarkan sesuatu
isu.
NEGARA
Implikasi tidak menjaga kehormatan sesama jiran ialah negara
akan tidak selamat. Hal ini kerana rakyat akan terus-menerus
melakukan kesalahan yang sangat salah disisi undang-undang
dan agama Islam iaitu dengan tidak menghormati jiran. Oleh itu,
negara akan dipandang rendah kerana negara kita lemah dalam
berbuat baik sesama rakyat. Kesimpulannya, rakyat perlulah
memantapkan ilmu pengetahuan supaya kejadian seperti isu ini
tidak berulang kembali. Ini kerana apabila rakyat menghayati
ilmu abad berjiran, kita akan lebih bersabar dalam membuat
keputusan. Maka apabila hubungan baik antara jiran dapat
dipupuk dengan baik, negara akan dipandang tinggi. Sekali gus,
negara yang hidup aman dan damai tanpa ada isu pergaduhan
dan perselisihan faham.
Dalil Dan Hadis Adab
Dalam Berjiran
Sabda Rasulullah SAW :
( " َم ْن َكاَن ُيْؤِم ُن بِاللِه َواْلَيْو َم الآِخ ر َِفْلُيِْكرْم َجاَرُه " (متفق عليه
Maksudnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari
Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”
Daripada Abdillah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
َوَخْيُر الِج يَراِن ِع ْنَد ِهَّللا َخْيُرُهْم ِلَجاِرِه، َخْيُر اَألْص َحاِب ِع ْنَد ِهَّللا َخْيُرُهْم ِلَص اِح ِبِه
Maksudnya: “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang
yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di
sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya.
[Riwayat al-Tirmizi (1944)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini
sebagai hasan gharib]
Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata daripada al-Qadhi ‘Iyadh
bahawa makna hadith ini adalah sesiapa yang beriltizam dengan
syariat Islam maka wajib ke atasnya untuk memuliakan atau
berlaku baik kepada jiran dan tetamunya. Semua ini
menunjukkan akan kepentingan hak berjiran serta galakan
memeliharanya. Ini kerana, Allah SWT telah berpesan atau
mewasiatkan agar berlaku baik kepada mereka melalui firman-
Nya di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. [Lihat: al-
Minhaj ‘ala Syarh Sahih Muslim, 18/2]
Demikian itu adalah beberapa buah hadith yang membicarakan
berkaitan tuntutan agar berlaku baik kepada jiran kerana
kedudukan jiran itu amat tinggi di dalam agama.
Langkah mengatasi
gangguan seksual
Walaupun tiada peruntukan untuk membasmi
masalah gangguan seksual di tempat kerja tetapi
terdapat beberapa langkah untuk mencegah
gangguan seksual daripada terus berlaku secara
berleluasa
BERPAKAIAN SOPAN
Pada dasarnya , jenayah gangguan sexual ini sebenarnya bermula dari pelaku itu
sendiri . Pelaku itu yang bersalah sepenuhnya secara terang-terangan . Namun ,
untuk mengurangkan risiko dari menjadi mangsa gangguan seksual , kita perlu
sentiasa berpakaian sopan , menutup aurat serta tidak menampakkan bentuk tubuh
badan seperti yang dinyatakan dalam adab dan panduan islam dalam pemakaian
tidak kira lelaki mahupun perempuan . Ini kerana , mangsa gangguan seksual ini
bukan sahaja boleh berlaku kepada perempuan malah juga boleh berlaku kepada
lelaki .
BERI AMARAN
kepada pelaku bahawa perbuatannya merupakan satu
bentuk gangguan seksual. Amaran boleh dilakukan melalui
penyampaian lisan, surat, emel atau ajak seorang teman
untuk berdepan dengan pelaku sekiranya anda
memerlukan sokongan
BUAT LAPORAN
Apabila bercakap tentang gangguan seksual, tidak ramai yang berani tampil
untuk melaporkan kejadian yang menimpa diri mereka kerana takut dengan
tanggapan negatif masyarakat. Lebin teruk lagi jika ia berlaku di tempat
kerja kerana mangsa berada dalam dilema sama ada mahu mengunci mulut
atau mendapatkan pembelaan kerana bimbangakan kehilangan tempat
mencari rezeki.
KESIMPULANNYA
Tuntasnya, jiran membawa erti orang-orang yang
tinggal berdekatan atau berhampiran dengan rumah
kita. Semangat kejiranan amat penting didalam
kehidupan bermasyarakat. Ternyata semangat yang
kian pupus ini amat penting untuk terus diamalkan
kerana pelbagai kesan buruk yang akan terhasil jika
masyarakat masih belum sedar tentang kepentingan
semangat kejiranan ini.
Sekiranya pencegahan tidak dilaksanakan bagi
membendung gejala ini akan menyebabkan
kepincangan dan kerosakan dalam kalangan
masyarakat kita terutamanya dan negara amnya.
Ibarat kata pepatah, ‘ Kalau tak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.’ Pepatah ini jelas mengajak
seluruh masyarak bersama-sama berusaha dan
berganding bahu dalam memastikan semangat
kejirana tidak akan pupus dan terus diamalkan
sehingga masa hadapan.
Selain itu, peranan jiran juga amat penting untuk
menetukan kemakmuran dan kesejahteraan seseduah
negara. Impian untuk mempunyai jiran yang baik
tidak akan terlaksanan sekiranya kita sendiri belum
menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu.
Kekuatan perhubungan kejiranan yang sempurna dan
harmoni akan mengukuhkan ikatan kasih sayang
sesama jiran. Kehidupan yang baik ialah kehidupan
yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan
kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan
dan kebinasaan. Ibarat kata pepatah, “Jiran Sepakat
Membawa Berkat.”
Sumber rujukan
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-
hadith/3060-irsyad-al-hadith-siri-ke-340-
jiran-yang-suka-mencela-dan-mencaci
https://www.kosmo.com.my/2022/04/28/jiran-
mengamuk-cctv-untuk-intai-isteri/
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-
semangat-kejiranan.html
http://fatientierah.blogspot.com/2017/03/kesi
mpulan.html