The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ustazjordan71, 2021-07-22 08:58:50

SEJARAH TAKBIR HARI RAYA

SEJARAH TAKBIR HARI RAYA

SEJARAH TAKBIR

Takbir raya ada kaitannya dengan sejarah perang khandaq. Perang Khandaq atau Perang
Al-Ahzab telah berlaku pada bulan Syawal tahun kelima hijrah. Perang tersebut adalah
sejarah penting bagi umat Islam. Ia merupakan titik penentuan kelangsungan Islam. Di
namakan Perang Khandaq (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling
kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang
Madinah. Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah beroleh kemenangan walaupun
jumlah gabungan tentera Mekah amat besar. Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur’an
didalam surah Al-Ahzab.

Perang Khandaq atau Ahzab adalah perang yang mengumpulkan 10,000 orang tentera
musyrikin dari sekitar tanah arab untuk memerangi Madiinah. Jumlah tersebut adalah
lebih banyak daripada bilangan penduduk Madinah termasuk kanak-kanak, wanita-wanita
dan golongan tua yang anggaran nya sekitar 3000 orang Islam. Setelah bermesyuarat
rasulullah saw telah bersetuju dengan idea bernas daripada Salman Al-Farisi untuk
menggali parit di bahagian utara Madinah. Akhirnya tentera musyrikin gagal
menyeberangi parit tersebut dan mengalami kekalahan.
Sebaik kemenangan berpihak kepada tentera Islam, rasulullah saw bersabda,
“Allahuakbar bergembiralah wahai orang-orang muslimin dengan kemenangan dan
pertolongan daripada Allah swt.”. Tentera Islam pun melaungkan takbir sebagai tanda
syukur dan terima kasih kepada Allah atas bantuan serta kemenangan yang diberikan.
Maka takbir raya yang kita dengari saban tahun ketika menjelang Aidilfitri adalah takbir
yang sama yang di laungkan oleh tentera Islam dalam perang Khandaq. Jika di hayati
bait-bait makna takbir itu sendiri, memamg telah jelas dan nyata kita memuji kebesaran
dan keagungan Allah swt. Di mana takbir yang kita lafazkan itu adalah sebagai lambang
kemenangan kita setelah berjaya melalui Ramadan dengan menahan dan mengawal diri
dari pelbagai perkara. Dalam takbir yang saya yakin telah di hafal oleh ramai orang ini,
sekali lagi secara terang dan nyata Allah telah menepati janji Nya, menolong hamba Nya,
memuliakan tentera Nya dan menghancurkan musuh Nya bersendirian.

Maka sudah sampai masanya umat Islam harus benar-benar mengambil semangat dari
laungan takbir tersebut. Takbir yang dilafazkan bukan sekadar adat kerana saban tahun
kita melaungkan nya ketika meraikan hari raya Aidilfitri, tetapi ia mestilah memberi kesan
dalam sanubari setiap jiwa Islam. Umat Islam harus menjelmakan kekuatan hasil dari roh
takbir itu dalam pelbagai aspek kehidupan seharian. Malah lebih dari itu semangat,
keyakinan dan kekuatan yang terjelma dari takbir itu juga, harus di salurkan untuk
membantu umat islam sejagat.

Seperti isu Palestin yang tidak pernah bernoktah sehingga hari ini, tanggungjawab kitalah
semua untuk memikulnya. Jangan pernah ada istilah jemu, jangan pernah ada rasa putus
asa atau mengalah. Umat Islam adalah umat terbaik yang di ciptakan Nya. Kita ada segala
sumber dan punyai kekuatan besar andai bersatu padu, andai kita seia sekata.
Pertolongan Allah akan datang pada bila-bila masa, cuma sengaja Allah mahu melihat
sejauh mana ikhtiar, keprihatinan dan tautan hati kita kepada Nya. Rasa bergantung
kepada Allah haruslah tinggi di samping menyertakan segala usaha kita. Mungkin atau
memang kita telah banyak berusaha untuk segala perkara selama ini, tetapi hasilnya
mungkin tidak seberapa atau langsung gagal hakikatnya, ini kerana mungkin kita tidak
buat semua perkara dengan jiwa. Juga kerana kita tidak cukup melakukannya dengan
penuh bersemangat, boleh jadi itu penyebabnya.


















Click to View FlipBook Version