The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qaliesya.aziz92, 2021-12-15 20:01:54

pdpp pai k2

pdpp pai k2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH

PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN

-KERJA KURSUS -
KURSUS: PROFESIONALISME

KEGURUAN
KOD KURSUS : EDUP2132

Nama TUGASAN 1 : PENULISAN
Angka Giliran Melsya Binti Yusop
No Kad Pengenalan 2021072400235
Kumpulan / Unit 960510126382
Nama Pensyarah PDPP PJK 2
Tarikh Hantar En Shanmuga Nathan A/L Ramasamy
12 November 2021

Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)

Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan
tiada unsur-unsur plagiat didalamnya.Saya faham implikasi yang akan saya
terima sekiranya pengakuan iniadalah pengakuan palsu.

Tanda tangan Pelajar: melsyayusop Tarikh: 12 November 2021

1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan

ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf
dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada
dunia pendidikan. Dalam abad ke 21 ini, guru seharusnya mempunyai akauntabiliti yang
amat besar. Hal ini kerana, peranan guru bukan sahaja sekadar memberi ilmu
pengetahuan malahan guru juga berperanan untuk membimbing dan mendidik anak-anak
murid agar menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek
seperti terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Justeru itu,
keberkesanan guru sangat penting kerana ia akan mempengaruhi produktiviti murid pada
masa akan datang.

2.0 Pengertian Akauntabiliti dan Profesionalisme Keguruan.
Mengikut kamus dewan bahasa, perkataan akauntabiliti dijelaskan sebagai

bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Selain
itu, akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberi justifikasi
dan menerima kebertanggungjawab terhadap sesuatu keputusan yang diambil. Dalam
konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap
profesionalisme keguruan. Menurut Kaplan, L dan Owing, W (2001) menerangkan bahawa
akauntabiliti guru dari dua perspektif iaitu perspektif kualiti guru dan kualiti pengajaran.
Perspektif terhadap kualiti guru bermaksud, guru bertanggungjawab ke atas pencapaian
akademik pelajar. Manakala, perspektif terhadap kualiti pengajaran pula bermaksud guru
menjadikan dirinya sebagai sumber ilmu pengetahuan untuk dirujuk oleh pelajar.

Profesionalisme boleh diertikan sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap
jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi ketika
bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasiya (Mok Soon Sang,
1996 dalam Dr Syed Ismail Syed Mustapa, 2016). Manakala perkataan keguruan pula
merupakan tugas mulia yang mempunyai hubungan rapat dengan kecemerlangan diri dan
pembentukan kualiti hidup pelajar (Hilferty, F. 2008). Menurut Bloomfield (2006), Sachs,
(2003) dan Briztman (2003) menyatakan bahawa profesionalisme guru sebagai suara-
suara perjuangan dan amalan diskursif di tengah-tengah kekacauan suara masa lalu dan
sekarang, pengalaman hidup dan amalan yang ada. Oleh itu dapat dirumuskan,
seseorang yang terlibat dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu dan berusaha
menjana pengetahuan kepakaran para diri mereka.

3.0 Analisis Akauntabiliti dan Profesionalisme Cikgu Azam Terhadap Diri dan
Tugasnya.
Dalam kes Cikgu Azam, beliau boleh dikatakan tidak melaksanakan akauntabilitinya
terhadap diri sendiri, pelajar dan ibu bapa.
3.1 Akauntabiliti terhadap diri sendiri
Seseorang guru haruslah bertanggungjawab dalam pekerjaan dan tugasan
yang diberikan. Dalam isu Cikgu Azam, beliau tidak mempunyai akauntabiliti
terhadap diri sendiri kerana beliau sering tidak masuk ke kelas untuk mengajar
mengikut masa yang ditetapkan dan beliau juga tidak dapat menghabiskan
sukatan pelajaran. Sebagai seorang guru, beliau perlu mengamalkan nilai murni
seperti kejujuran, kecekapan dan bertanggungjawab. Bagi Memastikan profesion
perguruan sentiasa dihormati, guru-guru hendaklah bertanggungjawab terhadap
kemajuan dan peranan diri sendiri.

3.2 Akauntabiliti terhadap pelajar
Dari aspek akauntabiliti terhadap pelajar, Cikgu Azam sepatutnya

mengutamakan kemajuan dan kebajikan murid-murid daripada hal-hal yang lain.
Kemajuan dari segi pencapaian murid tidak seharusnya diabaikan, hal ini akan
memberi kesan yang buruk kepada murid. Seorang guru haruslah menjalankan
tugasnya dengan penuh dedikasi di dalam bilik darjah iaitu mematuhi masa dalam
jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut
ketetapan jadual waktu yang telah diberikan. Beliau juga haruslah menunjukkan
penampilan diri, dan mengamalkan perbuatan yang baik serta mengikuti peraturan
yang ditetapkan sepanjang masa. Selain itu, berusaha agar amalan dapat
menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan kualiti yang boleh dijadikan contoh dan
teladan kepada murid-murid. Menurut Hamidah et.al, (2003), pelajar yang
memperoleh pencapaian akademik dan konsep kendiri yang tinggi seterusnya
akan cemerlang dan bermotivasi untuk berjaya sangat dibantu oleh
akauntabiliti serta efikasi kendiri guru di sekolah.

3.3 Akauntabiliti terhadap ibu bapa
Cikgu Azam tidak melaksanakan akauntabiliti terhadap ibu bapa kerana beliau

telah menjejaskan kepercayaan ibu bapa iaitu telah menimbulkan perasaan tidak
puas hati dalam kalangan ibu bapa murid disebabkan pencapaian murid tidak
memuaskan. Ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka kesekolah dan
memberikan harapan yang besar kepada guru-guru untuk mendidik anak-anak
mereka agar menjadi orang yang berguna. Oleh itu, guru berperanan dalam

melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh ibu bapa kerana guru merupakan
orang kedua penting dalam kehidupan setiap murid.

4.0 Cadangan Kepada Pihak Pentadbir
4.1 Mengaplikasikan kepimpinan transformasi
Kepimpinan transformasional sangat sesuai diaplikasikan untuk membantu
guru-guru yang bermasalah. Hal ini kerana kepimpinan transformasi dilihat lebih
demokratik, adil serta mampu meningkatkan komitmen dalam penglibatan individu
(Button, 2003). Pemimpin transformasi mempunyai tingkah laku yang mampu
memotivasikan pengikutnya, menaikkan semangat juang serta berupaya untuk
menyahut cabaran yang datang. Oleh itu, pentadbir perlu bijak mengendalikan
keperluan persekitarannya dan membuat perubahan yang positif dalam kalangan
guru-guru agar semua mereka yang terlibat di bawah organisasinya berasa puas
hati secara tidak langsung mendorong mereka melaksanakan tanggungjawab
dengan baik dan berkesan.

4.2 Menyediakan perkhidmatan kaunseling
Guru yang melanggar atau tidak melaksanakan akauntabiliti sudah semestinya

mempunyai masalah kendiri. Menurut Amaludin (2008) kaunseling ialah proses
menolong bukannya memberi nasihat. Dalam proses menolong tersebut, dapat
membimbing mereka faham tentang diri dan sedar tentang kelebihan dan
kekurangannya. Dengan kesedaran ini, guru dapat memahami akauntabiliti yang
harus mereka laksanakan. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri
kepada guru-guru ini bagi mengetahui punca masalah yang berlaku. Langkah ini
bersesuaian dengan teori kepimpinan humanistik di mana guru tersebut diberikan
ruang kebebasan untuk menceritakan masalah sebenar yang berlaku. Melalui cara
ini, hubungan pihak pentadbir dan guru lebih akrab dan harmonis di mana
persetujuan dan pemuafakatan lebih mudah dicapai oleh kedua- dua pihak.

4.3 Memberi penghargaan
Penghargaan merujuk kepada penghargaan yang diberikan kepada guru-guru

agar mereka lebih semangat, berdedikasi dan cemerlang. Guru yang benar-benar
menjalankan tanggungjawab dan memberi komiten yang tinggi dalam pengajaran
dan pembelajaran akan diberikan penghargaan oleh pihak pentadbir. Perkara ini
secara tidak langsung mendorong guru-guru untuk melaksanakan akauntabiliti
mereka. Walaupun sebenarnya mendidik itu adalah tanggungjawab mereka,

namun dorongan luar sangat memainkan peranan dalam memberikan
penghargaan kepada perkhidmatan guru-guru.

5.0 Rumusan
Setiap guru haruslah menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan perlu

memahami kod etika profesion keguruan dengan sepenuh hati. Hal ini kerana, seseorang
guru telah berjanji dan berikrar untuk berkhidmat sebagai warga pendidik yang berdedikasi
dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Seterusnya,
akauntabiliti seorang guru adalah merangkumi akuntabilitinya terhadap diri sendiri,
profesion keguruan, pelajar, sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara. Justeru itu, guru
perlu sentiasa menghayati kod etika profesion keguruan demi memastikan tanggungjawab
sebagai seorang pendidik yang amanah dan berintegriti.

6.0 Rujukan

Amaluddin Ab. Rahman. (2008). Perkhidmatan kaunseling : pendekatan dalam hikmah
berdakwah. Jurnal Perkama, 3&4 (13-28).

Button, B. (2003). A study examining the use of transformational leadership practices for the
teacher development. Master Thesis. University of Wisconsin Stout. Retrieved
November 1, 2021, from http://www.uwstout.ed/lib/thesis/2003buttonpdf

Dr Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2016). Pengantar Pengajian
Profesional. Sasbadi Sdn. Bhd.

Hilferty, F. 2008. Teacher professionalism and cultural diversity: Skills, knowledge and values
for a changing Australia. The Australian Educational Researcher 35(3): 53-70.

Kamus Dewan Bahasa, Edisi keempat, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur
2007.

Kaplan, L.S., & Owings, W.A. (2001). Personalizing learning to prevent failure. Principal
Leadership, 1, 42–47

Hamidah Yamat @ Ahmad et.al. 2003. Persepsi pelajar terhadap kecekapan berbahasa
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam penyediaan tenaga pekerja. Laporan akhir
penyelidikan G7/2001.


Click to View FlipBook Version