PROGRAM MINGGU MATEMATIK
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KERTAS KERJA
PROGRAM
MINGGU MATEMATIK
2017
TARIKH :
ANJURAN:
PANITIA MATEMATIK
KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU MATEMATIK 2017
1. PENDAHULUAN
Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangun Potensi
Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Matematik mengambil
inisiatif menganjurkan program “Minggu Matematik” yang melibatkan semua murid dari Tahun
1 hingga Tahun 6. Program ini dirangka untuk mengembangkan minat pelajar dalam
meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka terhadap Matematik melalui pelbagai
aktiviti matematik yang menarik dan menyeronokkan. Seterusnya program ini diharap dapat
membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu pelbagai aktiviti
disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.
2. RASONAL
Program Minggu Matematik ini merupakan satu program yang dijalankan untuk
meningkatkan pemahaman dan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik yang sering
dianggap subjek yang membebankan dan susah untuk dikuasai, terutamanya dikalangan
murid Melayu dan India di Sekolah Kebangsaan. Program ini dirancang ekoran keputusan
peperiksaan lalu yang kurang memuaskan, khasnya mata pelajaran Matematik. Berdasarkan
analisa dan pemerhatian yang dilakukan, didapati kebanyakan murid tidak mempunyai asas
yang kukuh dalam penguasaan fakta asas matematik ( tambah, tolak, darab dan bahagi).
Masalah ini, memberi kesan kepada murid untuk menyelesaikan soalan-soalan matematik.
Lantaran itu, Panitia Matematik merancang untuk menjalankan program ‘ Minggu Matematik’
agar timbul kesedaran dikalangan murid bahawa belajar Matematik adalah menyeronokkan
seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik. Diharap
program ini memberi impak yang positif pada pencapaian murid dalam peperiksaan akan
datang.
3. MATLAMAT
Program Minggu Matematik adalah bertujuan menggalakkan murid-murid untuk
menguasai mata pelajaran Matematik, meningkatkan pemahaman dan mengaplikasi segala
ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada program ini agar prestasi pencapaian mereka
dalam mata pelajaran Matematik meningkat. Penglibatan murid-murid dalam program ini juga
diharap dapat meningkatkan motivasi dikalangan guru-guru untuk menjalankan pelbagai
aktiviti yang berbentuk akademik yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan pendidikan murid-murid
yang lebih seimbang pada masa akan datang.
4. OBJEKTIF
Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam
Matematik
Mensasarkan peningkatan peratus dan gred purata bagi mata pelajaran Matematik
pada ujian dan peperiksaan akan datang.
Menimbulkan minat murid dalam Matematik dan membudayakan Matematik dalam
kehidupan seharian.
Menguji kemahiran murid dalam Matematik.
5. Teras PIPP :
Teras 2- Membina Modal Insan
6. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua .
7. PELAKSANAAN
Tarikh :
Hari :
Tempat :
8. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MINGGU MATEMATIK
Penasihat : (Guru Besar)
Pengerusi 1 : (GPK Kurikulum)
Pengerusi 2 : ( Penyelia Petang)
Naib Pengerusi 1 : (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : (GPK Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : ( Penolong Penyelia Petang)
Penyelaras : (Ketua Panitia Matematik)
Pen. Penyelaras :
Setiausaha :
Bendahari :
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Matematik
9. JAWATANKUASA PELAKSANA
Kertas Kerja :
Hadiah :
Juruacara :
Persiapan Tempat :
Hakim Pertandingan :
Dokumentasi :
Kawalan Disiplin : :
:
10. JADUAL PELAKSANAAN
TARIKH/HARI MASA AKTIVITI TINDAKAN TEMPAT
Majlis Pelancaran Tapak
Taklimat tentang minggu perhimpunan
Matematik
Bengkel Bijak Sifir Bilik Darjah
(Jadual Pelbagai Guna) Bilik darjah
( Tahun 2,3,4,5 & 6)
Bengkel Bijak Angka
(Tahun 1)
Bengkel Fakta Asas M3
(Tambah,Tolak,Darab
dan Bahagi )
Kuiz & Rekreasi Sekitar
Matematik Sekolah &
Mathematics Clever Dewan
(Tahap 1)
Tapak
Mathematic Explorace perhimpunan
(Tahap 2)
Majlis Penutupan
* Aktiviti dijalankan selepas waktu rehat.
11. SUMBER KEWANGAN Kos Perbelanjaan
PCG Panitia Matematik
12. ANGGARAN KOS
Bil Perkara
1. Hadiah Pertandingan Kuiz dan
Rekreasi Matematik
2. Hadiah Explorace Mathematics
& Clever Math
3. Dokumentasi
JUMLAH
13. Penutup
Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan
untuk kecemerlangan murid.
Disediakan Oleh ,
__________________________
()
Penolong Ketua Panitia Matematik
Disemak oleh,
__________________________
()
Ketua Panitia Matematik
Disahkan Oleh, )
____________________
(
Guru Besar,
.