The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izzal Asnira Zolkepli, 2022-09-01 12:57:19

Apex Pearl

Proposal - FSRM 2

Kertas Cadangan APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

1. LATARBELAKANG

USM menawarkan 73 program akademik di mana 71 program adalah Ijazah pertama, 1 Diploma dan 1
Diploma Lanjutan pada setiap sidang akademik. Selain itu USM juga turut menawarkan 4 program
akademik melalui Rancangan Pendidikan Jarak Jauh atau lebih dikenali sebagai Open Distance
Learning (ODL). Yuran pengajian program akademik merupakan sumber pendapatan utama dan
mempunyai potensi besar untuk ditingkatkan. Aliran pendapatan daripada sumber ini jika diramalkan
secara munasabah, membolehkan penjanaan kewangan secara optimum untuk masa hadapan.

Mengambilkira faktor ini, saluran Alternatif USM +1 diperkenalkan secara full fees atau yuran penuh
tanpa subsidi. Ianya terbuka kepada lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/A-Level/International
Baccalaurate/AUSMAT/SAM/CPU/Diploma dan lain-lain yang setaraf dengannya. Saluran Alternatif
USM +1 ini telah dilancarkan pada tahun 2020 iaitu pada Sidang Akademik 2020/2021. Permohonan
dibuka mulai bulan April hingga September setiap tahun. Unit Pengambilan Pelajar (UPP) di bawah
Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) USM diberi mandat untuk menguruskan proses ini berbanding
Saluran Perdana yang diuruskan oleh Unit Pusat Universiti (UPUOnline), Jabatan Pendidikan Tinggi.

Kadar yuran penuh tanpa subsidi yang ditawarkan adalah di antara RM 5,000 hingga RM 35,000
mengikut bidang. Susulan persaingan yang sengit daripada universiti awam lain seperti Universiti Putra
Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga menawarkan program
saluran alternatif seperti USM + 1 ini, USM perlu kekal berdaya saing dalam menginovasikan model
perniagaan melalui jaminan pembelajaran berkualiti dan pada masa yang sama, mampu mengekalkan
pendapatan yang mampan.

Bagi melonjakkan minat yang tertentu (specific niche), USM disarankan untuk menekankan penawaran
berfokus kepada beberapa program tertentu yang mempunyai pasaran yang kompetitif seperti
perubatan dan pergigian. Ini berupaya menggambarkan bahawa USM memberi penekanan yang
seimbang bagi program melalui saluran perdana (UPU) sebagai IPTA yang mempunyai matlamat untuk
memberikan pendidikan yang setara terutamanya bagi golongan keterbawah dan juga melalui
penawaran pembelajaran berkualiti untuk semua menggunakan saluran USM+1 yang fokus kepada
golongan T20 dan yang mempunyai keputusan cemerlang. Ini bagi memastikan USM kekal berdaya
saing dalam memberikan pembelajaran berkualiti dan dalam masa yang sama, mampu menjana
pendapatan yang tinggi dan mampan.

2. PERNYATAAN MASALAH

Dalam usaha menuju ke arah pengurusan sumber kewangan yang efisyen, saluran USM+1 telah
menerima kemasukan pertama pada sidang akademik 2020/2021. Setakat ini, 47 program ditawarkan
melalui saluran USM+1. Data menunjukkan antara Pusat Pengajian yang menerima permohonan
saluran USM+1 yang tinggi adalah dari Pusat Pengajian Perubatan dan Pusat Pengajian Pergigian.
Naib Canselor USM, melalui pembentangan pelan strategik 2019-2021, menyatakan bahawa yuran
bagi program pengajian saluran ini adalah sepuluh kali ganda lebih tinggi dari saluran perdana.
Walaubagaimanapun, unjuran kemasukan USM+1 pada jumlah 376 pelajar pada setiap sidang
akademik masih tidak tercapai sehingga kini. Pada awal pembukaan, USM menerima 774 permohonan,
yang mana dari jumlah ini 242 ditawarkan masuk namun hanya 129 sahaja yang mendaftar. Pada tahun
kedua penawaran USM+1, terdapat 593 permohonan, dimana 251 menerima tawaran namun hanya
191 mendaftar masuk. Jumlah ini tidak termasuk pelajar yang mendaftar tetapi kemudiannya menarik
diri. Pemerhatian awal keatas data dari dua sidang penawaran ini (Rajah 1) mendapati saluran USM+1
hanya menerima 34% dari unjuran asal pada tahun pertama dan 51% pada tahun kedua. Pendaftaran
pelajar melalui saluran USM+1 masih dikira sangat rendah dari unjuran yang dilakukan bagi
memperkukuhkan kemampanan kewangan dan pengurusan sumber.

2

Kertas Cadangan APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

Sidang Akademik Bil. Unjuran Bil. Memohon Bil. Tawar Bil. Daftar
2020/2021 376 774 242 129
2021/2022 376 593 251 191

Rajah 1: Data Kemasukan USM+1

Antara faktor yang dilihat perlu untuk dikaji bagi memperkasakan saluran USM+1 adalah :
i) Permintaan (Demand) dan Penawaran (supply)
Berdasarkan bilangan yang memohon, 2 program (Perubatan dan Pergigian) dilihat menonjol

manakala pendapatan yang dijana melalui kedua-dua program juga ketara jumlahnya. Adakah

mungkin USM menumpukan kepada program-program yang nyata berdaya saing dan mampu

memberi pulangan lumayan supaya usaha dan sumber yang digunakan dapat difokuskan

dengan lebih efisien?

ii) Komunikasi Pemasaran dan Penjenamaan
Adakah USM telah mengoptimumkan strategi komunikasi pemasarannya? Faktor ini perlu
dilihat kerana era digital masa kini bermakna prospek pasaran menggunakan maklumat yang
boleh diperolehi dengan mudah secara maya. Sebagai contoh, melalui pemerhatian awal
didapati maklumat USM+1 tidak tersedia di laman penambat (landing page) atau laman utama
(home page) USM. Ini mungkin mempengaruhi keberkesanan pemasaran dan penjenaam
USM+1 dalam mencapai sasaran pasaran yang tepat. Kepelbagaian titik temu digital adalah
sangat luas yang boleh dioptimumkan melalui social media advertising, online advertising dan
juga Search Engine Optimization (SEO). USM perlu membina kesedaran dan pertimbangan
positif melalui titik temu digital bagi mendorong sasaran pasaran mendapat maklumat dan
seterusnya memohon USM+1 (awareness – consideration - purchase).

iii) Infrastruktur dan Fasiliti
Faktor ini amat penting dikaji bagi mengoptimumkan penawaran USM+1. Penawaran USM+1
dilihat berkait rapat dengan infrastruktur dan fasiliti, sama ada dari segi kemampuan pusat
pengajian menerima bilangan pelajar atau dari segi pemasaran USM+1. Sebagai contoh,
sekiranya USM mempunyai fasiliti yang mampu menarik perhatian lebih ramai prospek, maka
kemungkinan untuk mencapai unjuran yang ditetapkan akan lebih baik.

3

Kertas Cadangan APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

iv) Model Penawaran USM+1
Model penawaran saluran USM+1 perlu diperhalusi dan dikelolakan secara efektif kerana
ketidakpuasan hati dan perkhidmatan yang tidak memuaskan boleh membawa kepada ulasan
pelanggan (customer review) dan komunikasi mulut ke mulut (word of mouth communication)
yang boleh membawa kepada imej yang negatif pada saluran USM+1. Model penawaran
USM+1 juga perlu mengambil kira ketersediaan atau kekangan pusat pengajian yang
menawarkan program, mampu memberikan daya saing yang tinggi, serta keunikan yang boleh
menarik minat lebih ramai prospek.

Justeru, eksasais penanda aras (benchmarking) dengan IPTA atau IPTS lain yang menawarkan
saluran alternatif setara amay perlu untuk dianalisa. Adakah mereka juga menunjukkan corak data
kemasukan yang serupa, iaitu bilangan memohon tinggi tetapi bilangan ditawarkan dan daftar rendah?
Bagaimana model penawaran mereka? Bagaimana strategi komunikasi pemasaran mereka? Input
benchmarking amat perlu bagi membantu USM menilai keberkesanan penawaran USM+1 agar kekal
berdaya saing.

3. JUSTIFIKASI

Kajian ini adalah kritikal untuk dijalankan kerana faktor-faktor seperti berikut:
i) Bilangan pelajar melalui saluran USM+1 perlu ditingkatkan mengikut unjuran. Dalam usaha
USM untuk memastikan program USM+1 terus berdaya saing, kapasiti semasa penawaran
perlu terus dinilai bagi mengetahui tahap keberadaan dalam pasaran dan tidak melakukan
pelaburan yang salah. Berdasarkan maklumat awal, faktor utama yang dirasakan paling
menyumbang kepada kebolehlansungan program USM+1 adalah pencapaian unjuran pelajar.
Pada masa ini, permohonan adalah tinggi namun tidak menunjukkan keselarasan dalam
kemampuan mencapai unjuran yang disasarkan. Permohonan yang banyak menyebabkan
proses pengendalian yang tinggi tidak setimpal dengan bilangan yang mendaftar. Boleh dikira
peratusan pulangan adalah rendah berbanding bebanan pengendalian yang tinggi. Jadi,
‘faktor’ ketidakcapaian unjuran ini perlu dilihat semula seperti yang dinyatakan di atas. Kajian
ini akan menilai usaha USM dalam menggerakkan sumber (seperti yang dinyatakan dalam
pernyataan masalah) ke arah kebolehsampaian maklumat kepada golongan sasaran yang
dianggap layak dan melepasi syarat permohonan.
ii) Kemampanan sumber kewangan amat bergantung kepada kemampuan USM
mengoptimumkan sumber yang ada, iaitu sumber manusia, keefisienan proses dan fasiliti,
serta peluang. Pengiraan sebelum penawaran USM+1 sudah pasti mengambilkira pelbagai
aspek dalaman dan luaran seperti kajian pasaran, kajian keboleh-laksanaan, kajian risiko,
pulangan pelaburan dan sebagainya. Bilangan unjuran pelajar yang dibuat adalah setelah
mengambilkira kemampuan USM berdasarkan sumber yang ada. Kegagalan dalam mencapai
unjuran tersebut menyebabkan penggunaan sumber yang dilaburkan tidak digunakan secara
optimum. Sebagai sebuah universiti awam yang besar dengan pelbagai kemudahan dan
cabang pendapatan, sudah pasti liabiliti juga tinggi yang perlu diuruskan dengan baik. Dalam
masa yang sama, peluang yang dirasakan sesuai untuk memastikan kebolehsampaian
maklumat kepada golongan sasar mungkin tidak digunakan secara optimum yang
menyumbang kepada golongan yang memohon bukan dari golongan yang tulen (genuine). Ini
dijangkakan menyumbang kepada kadar pendaftaran yang rendah serta mungkin menamatkan
pengajian separuh jalan (drop out) yang tinggi.
iii) Mengoptimumkan kemampuan USM dalam menjana kewangan juga dijangkakan amat kritikal.
Proses penambahbaikan perlu sentiasa dilakukan bagi pengurusan yang optimum. Justeru,
amat wajar melihat bagaimana perkara-perkara yang disebutkan di dalam pernyataan masalah
di atas boleh ditambah baik bagi memaksimumkan kemampuan USM dalam menjana
kewangan. Kemampanan penjanaan kewangan yang berterus salah satunya adalah melalui
perancangan perlaksanaan USM+1 yang strategik dan bersasar. Berdasarkan dapatan
maklumat awalan, terdapat program (kursus) yang kurang menjana pendapatan berdasarkan
permintaan dan pulangan yang rendah berbanding dengan kursus yang mempunyai
permintaan tinggi serta yuran dengan penjanaan pendapatan yang menarik. Malah terdapat
kursus yang tidak memerlukan pelajar yang ramai tapi tetap mampu menjana pendapatan yang
tinggi. Situasi ini jelas boleh dilihat secara perbandingan dengan universiti awam dan swasta

4

Kertas Cadangan APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

yang lain yang hanya menawarkan program yang berisiko rendah tapi dengan pulangan yang
tinggi.

4. PERSOALAN KAJIAN

i. Kenapakah unjuran saluran USM+1 tidak berjaya dicapai?
ii. Sejauh manakah USM mengoptimumkan komunikasi pemasaran dan penjenamaan bagi

membolehkan USM+1 menjana kewangan secara efektif?
iii. Sejauh manakah program saluran USM+1 berjaya menarik minat sasaran pasaran yang

tepat (kategori T20) dan kompetitif
iv. Bagaimanakah universiti lain (awam dan swasta) menawarkan saluran alternatif mereka?

Apakah yang boleh kita pelajari?

5. OBJEKTIF KAJIAN

i. Untuk menganalisa faktor ketidakcapaian unjuran USM+1
ii. Untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan komunikasi pemasaran dan

penjenamaan USM+1
iii. Untuk memfokuskan saluran USM+1 kepada sasaran pasaran yang tepat
iv. Untuk mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan bagi mengoptimumkan

penjanaan kewangan saluran USM+1

6. DATA YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan data yang diperlukan dalam kajian ini :
i. Data kemasukan USM+1 (seperti pusat pengajian yang terlibat/bilangan kemasukan
terkini dan juga jumlah yang menarik diri/trend dan kriteria permohonan serta kekangan)
ii. Data pendapatan USM dari yuran pelajar saluran USM+1
iii. Maklumat peribadi calon yang memohon dan pelajar yang mendaftar masuk melalui
USM+1
iv. Data kemasukan saluran alternatif Universiti lain (benchmarking)
v. Data penjanaan kewangan saluran alternatif Universiti lain (benchmarking)

7. METODOLOGI PROJEK

Projek ini akan menggunakan data primer dan sekunder melalui metodologi kaedah campuran yang
merangkumi temuramah mendalam dan juga soal selidik. Data sekunder akan diperolehi dari
pemerhatian, data kemasukan dan keciciran dari Unit Pengambilan & Unit Rekod serta melalui eksesais
penanda aras (benchmarking) antara USM, IPTA dan IPTS yang menawarkan program melalui saluran
alternatif. Penerangan lanjut tentang data primer adalah seperti di Rajah 2:

Primer Kualitatif 5 Timbalan Dekan Akademik TDA Sains Perubatan
(Temuramah TDA Pergigian
Mendalam) Pensampelan adalah secara rawak
Pusat Pengajian yang menerima TDA Kejuruteraan
Kuantitatif pelajar yang tinggi melalui saluran TDA Pengurusan
(Soal Selidik/Survei) TDA Sains Komputer
USM+1
10 pelajar dari Induk
Pelajar yang sedang menduduki 10 pelajar dari kesihatan
program pengajian melalui
saluran USM+1

Calon USM+1 (yang memohon 30 calon
untuk kemasukan 2022/2023)

Rajah 2: Struktur Metodologi Untuk Kutipan Data Primer

5

Kertas Cadangan APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM
8. CARTA GANTT (17 Ogos 2022-4 Oktober 2022)

6
Keterlihatan dan Keberkesanan Titik Temu Jenama USM+1 di Platform Digital/Visibility and Effectiveness of the USM+1 Brand Touch Point on Digital Platforms

FSRMAPEX PEARL FSRM KUMP 2 17/08/22
1
PM Dr Is ka nda r Sha hri m Mus ta fa
PM Dr Nurul a kma r Mohd Sha ri f
PM Dr Ruhi za l Roos l i
Dr Izza l As ni ra Zol kepl i
Dr Ma ha di Moha mma d

Aug 15, 2022 Aug 22, 2022 Aug 29, 2022 Sep 5, 2022 Sep 12, 2022 Sep 19, 2022 Sep 26, 2022 Oct 3, 2022

15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 1 2 3 4 5 6 7 8 9

TASK PROGRESS START END MTWT F S SMTWT F S SMTWT F S SMTWT F S SMTWT F S SMTWT F S SMTWT F S SMTWT F S S

Taklimat Program APEX PEARL Tahap 1 & Sesi Khas Bersama Naib Canselor (Kelompok 4 & 5) 100% 17/08/22 17/08/22

Pencarian maklumat awal (latar belakang projek) 100% 17/08/22 17/08/22

Sorotan kajian & teori/model berkaitan 100% 17/08/22 31/08/22

Mengenal pasti isu/masalah kritikal. 100% 18/08/22 22/08/22

Pengumpulan data daripada jabatan berkaitan di USM seperti UPP & Unit Rekod 50% 18/08/22 31/08/22

Perbincangan Kumpulan yang pertama 1 (8.30 – 11.00 malam) 100% 21/08/22 21/08/22

Penyediaan Kertas Kerja dan slide pembentangan 1 100% 21/08/22 21/08/22

Pembentangan Penyataan Masalah dan perbincangan dengan Panel Bidang (8.30 – 11.30 malam) 100% 26/08/22 26/08/22

Perbincangan Kumpulan yang kedua (8.30 – 11.30 malam) 100% 30/08/22 30/08/22

Pembentangan Penyataan Masalah dan perbincangan dengan Panel Bidang (8.30 – 11.30 malam) 0% 31/08/22 31/08/22

Pembentangan Kertas Cadangan (9.00 pagi) -Webex 0% 02/09/22 02/09/22

Menyiapkan Kerja Kumpulan dan Menyediakan Laporan Akhir 0% 05/09/22 30/09/22

Kerja lapangan dan pengutipan data soal selidik 0% 06/09/22 30/09/22

Data soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan SPSS dan analisis kualitatif mudah. 0% 20/09/22 30/09/22

Mencadangkan penyelasaian serta implikasi kewangan/sumber 0% 27/09/22 30/09/22

Pembentangan Laporan Akhir 0% 03/10/22 04/10/22

This is an empty row

Insert new rows ABOVE this one


Click to View FlipBook Version