The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izzal Asnira Zolkepli, 2022-10-03 11:27:56

Laporan Akhir FSRM 2

Laporan Akhir FSRM 2

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

SEKALUNG PENGHARGAAN
Profesor Dato' Dr Nor Azazi Zakaria

Profesor Dr Noor Hazlina Ahmad
Profesor Dr Siti Nabiha Abdul Khalid

2

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN A: PENGENALAN KEPADA PROJEK...................................................................................5
1 Latarbelakang .............................................................................................................................5
2 Pernyataan Masalah...................................................................................................................5
3 Justifikasi ....................................................................................................................................7
4 Persoalan Kajian .........................................................................................................................9
5 Objektif Kajian ............................................................................................................................9
6 Kaedah & Proses Pengumpulan Data & Maklumat....................................................................9
BAHAGIAN B: DAPATAN PROJEK BERDASARKAN OBJEKTIF ............................................................11
7 Objektif 1 ..................................................................................................................................11

7.1 Dapatan Temuramah ........................................................................................................11
7.2 Dapatan Soal Selidik..........................................................................................................12
8 Objektif 2 ..................................................................................................................................15
8.1 Dapatan Soal Selidik..........................................................................................................15
9 Objektif 3 ..................................................................................................................................15
9.1 Dapatan Soal Selidik..........................................................................................................15
9.2 Dapatan Analisa Penanda Aras – Benchmarking ..............................................................17
10 Objektif 4 ..............................................................................................................................19
10.1 Dapatan Temuramah.....................................................................................................19
10.2 Dapatan Analisa Dokumen & Polisi ...............................................................................19
11 Ulasan Dapatan Projek .........................................................................................................23
BAHAGIAN C: CADANGAN PENYELESAIAN ......................................................................................24
12 Pelan Pelaksanaan Pengoptimuman ....................................................................................24
12.1 Program Top 20 .............................................................................................................24
12.2 Targeted Marketing/Customised Marketing.................................................................24
12.3 Business Model Baharu .................................................................................................25
12.4 Pengurusan Sumber Manusia Pusat Pengajian.............................................................25
12.5 Strategic Business Centre for USM+1............................................................................25
13 Unjuran Kewangan Optimum USM+1 ..................................................................................26
14 Implikasi Kos .........................................................................................................................27

3

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

15 Halangan & Limitasi ..............................................................................................................27
Rujukan ............................................................................................................................................28

4

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

BAHAGIAN A: PENGENALAN KEPADA PROJEK

1 Latarbelakang

USM menawarkan 67 program Ijazah Pertama, 1 Diploma dan 1 Diploma Lanjutan pada
setiap sidang akademik. Selain itu USM juga turut menawarkan 4 program akademik
melalui Rancangan Pendidikan Jarak Jauh atau lebih dikenali sebagai Open Distance
Learning (ODL). Yuran pengajian program akademik merupakan sumber pendapatan
utama dan mempunyai potensi besar untuk ditingkatkan. Aliran pendapatan daripada
sumber ini jika diramalkan secara munasabah, membolehkan penjanaan kewangan
secara optimum untuk masa hadapan.

Mengambilkira faktor ini, saluran Alternatif USM +1 diperkenalkan secara full fees atau
yuran penuh tanpa subsidi. Ianya terbuka kepada lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/A-
Level/International Baccalaurate/AUSMAT/SAM/CPU/Diploma dan lain-lain yang setaraf
dengannya. Saluran Alternatif USM +1 ini telah dilancarkan pada tahun 2020 iaitu pada
Sidang Akademik 2020/2021. Permohonan dibuka mulai bulan April hingga September
setiap tahun. Unit Pengambilan Pelajar (UPP) di bawah Bahagian Pengurusan Akademik
(BPA) USM diberi mandat untuk menguruskan proses ini berbanding Saluran Perdana
yang diuruskan oleh Unit Pusat Universiti (UPUOnline), Jabatan Pendidikan Tinggi.

Kadar yuran penuh tanpa subsidi yang ditawarkan adalah di antara RM 5,000 hingga RM
35,000 setiap semester mengikut bidang. Susulan persaingan yang sengit daripada
universiti awam lain seperti Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti
Kebangsaan Malaysia yang juga menawarkan program saluran alternatif seperti USM + 1
ini, USM perlu kekal berdaya saing dalam menginovasikan model perniagaan melalui
jaminan pembelajaran berkualiti dan pada masa yang sama, mampu mengekalkan
pendapatan yang mampan.

Bagi melonjakkan minat yang tertentu (specific niche), penawaran berfokus kepada
beberapa program tertentu yang mempunyai pasaran yang kompetitif seperti perubatan
dan pergigian mungkin satu alternatif yang boleh dipertimbangkan. Ini berupaya
menggambarkan bahawa USM memberi penekanan yang seimbang bagi program melalui
saluran perdana (UPU) sebagai IPTA yang mempunyai matlamat untuk memberikan
pendidikan yang setara terutamanya bagi golongan keterbawah dan juga melalui
penawaran pembelajaran berkualiti untuk semua menggunakan saluran USM+1 yang
fokus kepada golongan T20 dan yang mempunyai keputusan cemerlang. Ini bagi
memastikan USM kekal berdaya saing dalam memberikan pembelajaran berkualiti dan
dalam masa yang sama, mampu menjana pendapatan yang tinggi dan mampan.

2 Pernyataan Masalah

Dalam usaha menuju ke arah pengurusan sumber kewangan yang efisyen, saluran
USM+1 telah menerima kemasukan pertama pada sidang akademik 2020/2021. Setakat
ini, 47 program ditawarkan melalui saluran USM+1. Data menunjukkan antara Pusat
Pengajian yang menerima permohonan saluran USM+1 yang tinggi adalah dari Pusat

5

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

Pengajian Perubatan dan Pusat Pengajian Pergigian. Naib Canselor USM, melalui
pembentangan pelan strategik 2019-2021, menyatakan bahawa yuran bagi program
pengajian saluran ini adalah sepuluh kali ganda lebih tinggi dari saluran perdana.
Walaubagaimanapun, unjuran kemasukan USM+1 pada jumlah 376 pelajar pada setiap
sidang akademik masih tidak tercapai sehingga kini. Pada awal pembukaan, USM
menerima 774 permohonan, yang mana dari jumlah ini 242 ditawarkan masuk namun
hanya 129 sahaja yang mendaftar. Pada tahun kedua penawaran USM+1, terdapat 593
permohonan, di mana 251 menerima tawaran namun hanya 191 mendaftar masuk. Jumlah
ini tidak termasuk pelajar yang mendaftar tetapi kemudiannya menarik diri. Pemerhatian
awal ke atas data dari dua sidang penawaran ini (Rajah 1) mendapati saluran USM+1
hanya menerima 34% dari unjuran asal pada tahun pertama dan 51% pada tahun kedua.
Pendaftaran pelajar melalui saluran USM+1 masih dikira sangat rendah dari unjuran yang
dilakukan bagi memperkukuhkan kemampanan kewangan dan pengurusan sumber.

Sidang Akademik Bil. Unjuran Bil. Memohon Bil. Tawar Bil. Daftar
2020/2021 242 129
2021/2022 376 774 251 191
320
376 593

Jumlah

Rajah 1: Data Kemasukan USM+1

Antara faktor yang dilihat perlu untuk dikaji bagi memperkasakan saluran USM+1 adalah :

i. Permintaan (Demand) dan Penawaran (supply).

Berdasarkan bilangan yang memohon, 2 program (Perubatan dan Pergigian) dilihat
menonjol manakala pendapatan yang dijana melalui kedua-dua program juga ketara
jumlahnya. Adakah mungkin USM menumpukan kepada program-program yang nyata
berdaya saing dan mampu memberi pulangan lumayan supaya usaha dan sumber yang
digunakan dapat difokuskan dengan lebih efisien?

6

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

ii. Komunikasi Pemasaran dan Penjenamaan

Adakah USM telah mengoptimumkan strategi komunikasi pemasarannya? Faktor ini perlu
dilihat kerana era digital masa kini bermakna prospek pasaran menggunakan maklumat
yang boleh diperolehi dengan mudah secara maya. Sebagai contoh, melalui pemerhatian
awal didapati maklumat USM+1 tidak tersedia di laman penambat (landing page) atau
laman utama (home page) USM. Ini mungkin mempengaruhi keberkesanan pemasaran
dan penjenamaan USM+1 dalam mencapai sasaran pasaran yang tepat. Kepelbagaian
titik temu digital adalah sangat luas yang boleh dioptimumkan melalui social media
advertising, online advertising dan juga Search Engine Optimization (SEO). USM perlu
membina kesedaran dan pertimbangan positif melalui titik temu digital bagi mendorong
sasaran pasaran mendapat maklumat dan seterusnya memohon USM+1 (awareness –
consideration - purchase).

iii. Infrastruktur dan Fasiliti

Faktor ini amat penting dikaji bagi mengoptimumkan penawaran USM+1. Penawaran
USM+1 dilihat berkait rapat dengan infrastruktur dan fasiliti, sama ada dari segi
kemampuan pusat pengajian menerima bilangan pelajar atau dari segi pemasaran
USM+1. Sebagai contoh, sekiranya USM mempunyai fasiliti yang mampu menarik
perhatian lebih ramai prospek, maka kemungkinan untuk mencapai unjuran yang
ditetapkan akan lebih baik.

iv. Model Penawaran USM+1

Model penawaran saluran USM+1 perlu diperhalusi dan dikelolakan secara efektif kerana
ketidakpuasan hati dan perkhidmatan yang tidak memuaskan boleh membawa kepada
ulasan pelanggan (customer review) dan komunikasi mulut ke mulut (word of mouth
communication) yang boleh membawa kepada imej yang negatif pada saluran USM+1.
Model penawaran USM+1 juga perlu mengambil kira ketersediaan atau kekangan pusat
pengajian yang menawarkan program, mampu memberikan daya saing yang tinggi, serta
keunikan yang boleh menarik minat lebih ramai prospek.

Justeru, eksasais penanda aras (benchmarking) dengan IPTA atau IPTS lain yang
menawarkan saluran alternatif setara amat perlu untuk dianalisa. Adakah mereka juga
menunjukkan corak data kemasukan yang serupa, iaitu bilangan memohon tinggi tetapi
bilangan ditawarkan dan daftar rendah? Bagaimana model penawaran mereka?
Bagaimana strategi komunikasi pemasaran mereka? Input benchmarking amat perlu bagi
membantu USM menilai keberkesanan penawaran USM+1 agar kekal berdaya saing.

3 Justifikasi

Kajian ini adalah kritikal untuk dijalankan kerana faktor-faktor seperti berikut:
i. Bilangan pelajar melalui saluran USM+1 perlu ditingkatkan mengikut unjuran.
Dalam usaha USM untuk memastikan program USM+1 terus berdaya saing,

7

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

kapasiti semasa penawaran perlu terus dinilai bagi mengetahui tahap keberadaan
dalam pasaran dan tidak melakukan pelaburan yang salah. Berdasarkan maklumat
awal, faktor utama yang dirasakan paling menyumbang kepada kebolehlansungan
program USM+1 adalah pencapaian unjuran pelajar. Pada masa ini, permohonan
adalah tinggi namun tidak menunjukkan keselarasan dalam kemampuan mencapai
unjuran yang disasarkan. Permohonan yang banyak menyebabkan proses
pengendalian yang tinggi tidak setimpal dengan bilangan yang mendaftar. Boleh
dikira peratusan pulangan adalah rendah berbanding bebanan pengendalian yang
tinggi. Jadi, ‘faktor’ ketidakcapaian unjuran ini perlu dilihat semula seperti yang
dinyatakan di atas. Kajian ini akan menilai usaha USM dalam menggerakkan
sumber (seperti yang dinyatakan dalam pernyataan masalah) ke arah
kebolehsampaian maklumat kepada golongan sasaran yang dianggap layak dan
melepasi syarat permohonan.

ii. Kemampanan sumber kewangan amat bergantung kepada kemampuan USM
mengoptimumkan sumber yang ada, iaitu sumber manusia, keefisienan proses dan
fasiliti, serta peluang. Pengiraan sebelum penawaran USM+1 sudah pasti
mengambilkira pelbagai aspek dalaman dan luaran seperti kajian pasaran, kajian
keboleh-laksanaan, kajian risiko, pulangan pelaburan dan sebagainya. Bilangan
unjuran pelajar yang dibuat adalah setelah mengambilkira kemampuan USM
berdasarkan sumber yang ada. Kegagalan dalam mencapai unjuran tersebut
menyebabkan penggunaan sumber yang dilaburkan tidak digunakan secara
optimum. Sebagai sebuah universiti awam yang besar dengan pelbagai kemudahan
dan cabang pendapatan, sudah pasti liabiliti juga tinggi yang perlu diuruskan
dengan baik. Dalam masa yang sama, peluang yang dirasakan sesuai untuk
memastikan kebolehsampaian maklumat kepada golongan sasar mungkin tidak
digunakan secara optimum yang menyumbang kepada golongan yang memohon
bukan dari golongan yang tulen (genuine). Ini dijangkakan menyumbang kepada
kadar pendaftaran yang rendah serta mungkin menamatkan pengajian separuh
jalan (drop out) yang tinggi.

iii. Mengoptimumkan kemampuan USM dalam menjana kewangan juga dijangkakan
amat kritikal. Proses penambahbaikan perlu sentiasa dilakukan bagi pengurusan
yang optimum. Justeru, amat wajar melihat bagaimana perkara-perkara yang
disebutkan di dalam pernyataan masalah di atas boleh ditambah baik bagi
memaksimumkan kemampuan USM dalam menjana kewangan. Kemampanan
penjanaan kewangan yang berterus salah satunya adalah melalui perancangan
perlaksanaan USM+1 yang strategik dan bersasar. Berdasarkan dapatan maklumat
awalan, terdapat program (kursus) yang kurang menjana pendapatan berdasarkan
permintaan dan pulangan yang rendah berbanding dengan kursus yang
mempunyai permintaan tinggi serta yuran dengan penjanaan pendapatan yang
menarik. Malah terdapat kursus yang tidak memerlukan pelajar yang ramai tapi
tetap mampu menjana pendapatan yang tinggi. Situasi ini jelas boleh dilihat secara
perbandingan dengan universiti awam dan swasta yang lain yang hanya
menawarkan program yang berisiko rendah tapi dengan pulangan yang tinggi.

8

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

4 Persoalan Kajian

Berpandukan permasalahan dan justifikasi yang diberikan, projek ini berpandukan
persoalan kajian seperti berikut:

i. Kenapakah unjuran saluran USM+1 tidak berjaya dicapai?
ii. Sejauh manakah USM mengoptimumkan komunikasi pemasaran dan

penjenamaan bagi membolehkan USM+1 menjana kewangan secara efektif?
iii. Sejauh manakah program saluran USM+1 berjaya menarik minat sasaran pasaran

yang tepat (kategori T20) dan kompetitif
iv. Bagaimanakah universiti lain (awam dan swasta) menawarkan saluran alternatif

mereka? Apakah yang boleh kita pelajari?

5 Objektif Kajian

Daripada persoalan kajian yang dinyatakan, projek ini mendukung tujuan berikut:

ii. Untuk menganalisa faktor ketidakcapaian unjuran USM+1
iii. Untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan komunikasi pemasaran dan

penjenamaan USM+1
iv. Untuk memfokuskan saluran USM+1 kepada sasaran pasaran yang tepat
v. Untuk mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan bagi mengoptimumkan

penjanaan kewangan saluran USM+1

6 Kaedah & Proses Pengumpulan Data & Maklumat

Projek ini menggunakan data primer dan sekunder melalui metodologi kaedah campuran
yang merangkumi temuramah mendalam dan juga soal selidik. Data sekunder diperolehi
dari pemerhatian, data kemasukan dan keciciran dari Unit Pengambilan & Unit Rekod serta
melalui eksesais penanda aras (benchmarking) antara USM dan IPTA yang menawarkan
program melalui saluran alternatif. Penerangan lanjut tentang data primer dan sekunder
adalah seperti di Rajah 2.

Primer Kualitatif 5 Timbalan Dekan Akademik TDA Sains Perubatan
(Temuramah Mendalam) TDA Sains Kesihatan
Pensampelan adalah secara rawak TDA Kejuruteraan Mekanikal
Kuantitatif Pusat Pengajian yang menerima TDA Kejuruteraan Awam
(Soal Selidik/Survei) pelajar yang tinggi melalui saluran
USM+1 TDA Pengurusan

Pelajar yang sedang menduduki 53 pelajar USM+1
program pengajian melalui saluran

USM+1

9

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

Sekunder Dokumen & Polisi UM
UPM
Penanda Aras UKM
(Benchmarking)

Rajah 2: Struktur Metodologi Untuk Kutipan Data Primer & Sekunder

Kutipan data kuantitatif (soal selidik) mensasarkan pada pelajar USM+1 yang sedang
melanjutkan pelajaran. Seramai 53 orang responden telah menjawab borang soal selidik
iaitu merangkumi 17% dari jumlah pelajar USM+1 semasa. Demografi responden adalah
seperti berikut di Jadual 1.

Jadual 1: Demografi Responden (N=53)

Umur 20 tahun Frekuensi Peratusan
Jantina 21 tahun
Pusat 22 tahun 16 30.2
Pengajian 23 tahun 16 30.2
Program 24 tahun atau lebih 13 24.5
Lelaki 3 5.7
Kampus Perempuan 5 9.4
Pusat Pengajian Sains Kesihatan 21 39.6
Pusat Pengajian Sains Perubatan 32 60.4
Pusat Pengajian Sains Kajihayat 18 34.0
Pusat Pengajian Pengurusan 10 18.9
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 3 5.7
Pusat Pengajian Sains Pergigian 18 34.0
Bioperubatan 3 5.7
Sains Forensik 1 1.9
Doktor Perubatan 10 18.9
Dietetik 2 3.8
Sinaran Perubatan 10 18.9
Biologi Gunaan 4 7.5
Perakaunan 1 1.9
Pengurusan 3 5.7
Kejuruteraan Mekanik 14 26.4
Pergigian 4 7.5
Pemakanan 3 5.7
Kampus Induk 1 1.9
Kampus Kesihatan 1 1.9
24 45.3
26 49.1

10

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

Asal Kampus Kejuruteraan 3 5.7
Pulau Pinang 13 24.5
Perlis 2 3.8
Kedah 5 9.4
Perak 5 9.4
Selangor 8 15.1
Kelantan 9 17
Terengganu 1 1.9
Pahang 2 3.8
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2 3.8
Negeri Sembilan 1 1.9
Johor 1 1.9
Sarawak 3 5.7
Sabah 1 1.9

BAHAGIAN B: DAPATAN PROJEK BERDASARKAN OBJEKTIF
7 Objektif 1

Untuk menganalisa faktor ketidakcapaian unjuran USM+1, projek ini melihat pada dua
bentuk data iaitu (i) temuramah dan juga (ii) soal selidik tanggapan nilai (perceived value)
terhadap program USM+1. Data diperolehi dari dua segmen penting iaitu yang memberi
perkhidmatan (Pusat Pengajian/USM) dan yang menerima perkhidmatan (pelajar).

7.1 Dapatan Temuramah

Berikut merupakan jawapan temuramah yang dikutip dari Timbalan Dekan Akademik dari
lima Pusat Pengajian.

i. Berapakah jumlah unjuran saluran perdana DAN unjuran USM+1 program di PTJ ?

Jadual 2 memaparkan jumlah kemasukan pelajar bagi saluran perdana & USM+1 dari
Lima Pusat Pengajian yang ditemuramah.

Jadual 2: Ringkasan kemasukan saluran perdana & USM+1 dari Lima Pusat Pengajian

Pusat Pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Saluran Perdana USM+1
PP Sains Perubatan Doktor Perubatan 125 25
PP Sains Kesihatan Sains Bioperubatan 28 2
Sinaran Perubatan 30 1
PP Pengurusan Dietetik 25 2
PPK Mekanik Pemakanan 25 1
Audiologi 12 1
Kesihatan Persekitaran Dan Pekerjaan 30 2
Sains Dalam Sains Forensik 30 2
Pengurusan 230 10
Perakaunan 105 10
Kejuruteraan Mekanik 107 2

11

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

PPK Awam Kejuruteraan Pembuatan Dengan 40 2
Pengurusan 120 5
Kejuruteraan Awam

ii. Mengapakah penawaran rendah berbanding unjuran?

PP Sains Perubatan berhadapan dengan kekangan bebanan pensyarah selain faktor
pengajaran seperti penyelidikan, klinikal dan juga program akademik pascasiswazah mod
campuran. Selain itu, penawaran saluran alternatif universiti awam yang lain serta faktor
tarikan yang pelbagai memberi saingan kompetitif pada USM+1. Bagi kursus kejuruteraan,
bilangan penawaran rendah disebabkan calon yang memohon juga rendah, dan daripada
jumlah tersebut, hanya yang melepasi syarat akademik dan juga mempunyai kemampuan
kewangan yang akan ditawarkan. Terdapat kemungkinan kurang permohonan bagi calon
Kampus Kejuruteraan kerana saingan yang kompetitif dengan penawaran kursus
Kejuruteraan atau kursus Teknikal Kejuruteraan universiti lain. Pemohon juga dilihat tidak
memahami maksud saluran alternatif yang memerlukan komitmen yuran yang tinggi
berkali ganda dari yuran saluran perdana.

iii. Mengapa pelajar yang diberi tawaran tetapi tidak mendaftar? Apakah sebab-
sebabnya?

Faktor yuran dikenali sebagai faktor utama calon tidak mendaftar. Calon juga tidak
mendaftar kerana mengetahui tentang bantuan kewangan yang sedikit dan
kebarangkalian untuk menerima bantuan adalah sangat tipis. Juga, calon mendapat
tawaran saluran perdana dari universiti awam yang lain atau program di universiti swasta
dan ada sebilangannya cuba membuat rayuan untuk saluran perdana dan diterima masuk.

iv. Apakah kekangan program/PTJ untuk mencapai unjuran?

Lambakan program Kejuruteraan/Kejuruteraan Teknologi di Malaysia dan juga masalah
kesedaran STEM di kalangan remaja menyukarkan untuk mendapat ramai calon USM+1.
Program Kejuruteraan tidak mempunyai permintaan yang tinggi berbanding program
Doktor Perubatan atau program di Sains Kesihatan. Keputusan calon yang berubah
setelah menerima program yang lebih kompetitif, menerima tawaran dari universiti lain dan
ada yang memaklumkan menerima tawaran dari universiti di luar negara merupakan
antara kekangan ketara yang dilihat dari data temuramah.

7.2 Dapatan Soal Selidik

Item soal selidik diambil dari konsep nilai tanggapan (perceived value) yang merujuk pada
penilaian keseluruhan pelajar USM+1 terhadap saluran alternatif USM+1 berdasarkan
persepsi mereka melalui enam pemboleh ubah nilai iaitu (i) Fungsional, (ii) Ekonomi, (iii)

12

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

Sosial, (iv) Hedonik/Emosi, (v) Epistemi dan (vi) Altruistik. Ia diukur menggunakan skala
Likert 5 mata. Bacaan skala adalah seperti berikut:

5 4 3 2 1

sangat setuju setuju tidak pasti tidak setuju sangat tidak setuju

Didapati dari enam nilai yang dikaji, kesemunya memberikan purata min yang melebihi
3.6. Ia menunjukkan yang rata-rata pelajar bersetuju dengan nilai-nilai yanhg diterima oleh
mereka. Penerangan lanjut tentang item pengukuran nilai ada seperti berikut:

Nilai Fungsional - Manfaat yang didapati dari fungsian (utilitarian atau fizikal) USM+1 Min Mod
3.6 4
1 Kelengkapan yang disediakan adalah
baik, bermanfaat dan mencukupi 4.0 4

2 Memenuhi keperluan pendidikan 3.8 4
tinggi
3.8 4
3 mempunyai standard kualiti
pengajaran yang baik 3.6 4

4 Program yang dibentuk adalah 3.8 4
berstruktur 4.0 4

5 Kualiti dan kecekapan dalam 3.8
perkhidmatan adalah cemerlang

6 Kakitangan cekap dan arif

7 Pensyarah berpengetahuan dan
profesional
Purata Min

Nilai Ekonomi – Tanggapan terhadap ekonomi yang diperolehi dari USM+1 terutama Min Mod

dari segi kualiti pendidikan

1 Mempunyai nilai ekonomi yang tinggi 3.3 4

dari segi kursus dan harga

2 Memberi nilai kepada pendidikan 3.9 4

3 Membolehkan untuk meningkatkan 4.0 4
kerjaya pada masa hadapan 3.8 4
3.7 4
4 Merupakan pilihan yang baik dari 3.7
segi ekonomi

5 Merupakan pelaburan yang bijak

Purata Min

Nilai Sosial - Keupayaan USM+1 meningkatkan rasa kesatuan dalam ruang sosial dan Min Mod
masyarakat untuk meningkatkan nilai kendiri
4.0 4
1 Memberi peluang merasai kehidupan
di kampus 3.7 4
3.6 4
2 Berasa diterima oleh masyarakat
3.8 4
3 Meningkatkan martabat diri dimata
masyarakat

4 Membolehkan bertemu dengan rakan
yang mempunyai minat yang sama

13

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

5 Membuatkan wujud rasa bangga 3.4 4
3.5 4
6 Meningkatkan kehidupan sosial 4 4

7 Masyarakat dan persekitaran di USM
mempunyai imej, nilai sosial, dan
status yang baik

Purata Min 3.7

Nilai Hedonik/Emosi – Tanggapan terhadap rasa keseronokan, keterujaan dan Min Mod

kepuasan melalui USM+1

1 Menyertai USM+1 membuatkan saya 3.6 4

berasa seronok

2 Menyertai USM+1 menjadikan saya 3.8 4

ingin cemerlang dalam pendidikan

3 Menyertai USM+1 memberi saya 3.6 4

rasa kepuasan

4 Saya suka pengalaman belajar di 3.5 4

USM melalui USM+1

Purata Min 3.6

Nilai Epistemi – Kewujudan rasa ingin tahu, kebaharuan (novelty), dan memenuhi Min Mod

keinginan untuk menimba pengetahuan

1 Merangsang saya menerokai kaedah 3.6 4

pembelajaran baharu

2 Merangsang saya mencuba kaedah 3.7 4

baharu dalam melakukan sesuatu

perkara

3 Menimbulkan rasa ingin tahu saya 3.6 4

tentang pembelajaran dengan lebih

mendalam

Purata Min 3.6

Nilai Altruistik - Nilai peribadi atau prinsip panduan diri yang mendorong untuk Min Mod
menyumbang kepada kesejahteraan orang lain dan masyarakat secara keseluruhan
melalui USM+1 4.0 4
3.8 4
1 Nilai yang saya perolehi dari USM+1 3.8 4
adalah selari dengan nilai saya
3.9
2 USM+1 mewujudkan perasaan
gembira, kepuasan dan yakin diri

3 Secara keseluruhannya, USM+1
menerapkan nilai etika dan
kerohanian kepada saya
Purata Min

14

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

8 Objektif 2

8.1 Dapatan Soal Selidik

Untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan komunikasi pemasaran dan

penjenamaan USM+1, kaedah kuantitatif soal selidik digunakan juga. Responden diajukan

soalan berkaitan pengetahuan mengenai USM+1. Soalan memberikan pilihan sumber
maklumat dan informasi melalui (i) suratkhabar – merujuk pada iklan, (ii) televisyen –
merujuk pada iklan, (iii) majalah – merujuk pada iklan, (iv) internet – merujuk pada
pencarian maklumat di enjin carian, (v) media sosial – merujuk pada hantaran dan
maklumat, (vi) expo pendidikan – merujuk pada expo yang dijalankan oleh USM, (vii) rakan
– merujuk maklumat yang didapati dari rakan-rakan, (viii) keluarga – merujuk pada
keluarga terdekat dan keluarga luas (ix) guru – merujuk pada guru di sekolah atau tuisyen
dan (x) laman sesawang USM – laman sesawang rasmi USM. Peratusan maklumat yang

didapati dari sumber-sumber yang dinyatakan adalah seperti di Rajah 3.

24
22
20
18 21

16 17
14
12
10
8 11 12

6 8
4
2 5
0 00 3

1

Rajah 3: Saluran Maklumat USM+1 dari Dapatan Soal Selidik

Didapati bahawa rata-rata sumber pengetahuan mengenai USM+1 datang dari komunikasi
mulut-ke-mulut (word-of-mouth) kerana saluran media pemasaran dan periklanan seperti
suratkhabar, televisyen, majalah, iklan atas talian dan media sosial tidak memainkan
peranan dalam penyampaian dan hebahan. Sumber pengetahuan utama datang daripada
keluarga, rakan, dan enjin carian di Internet dan media sosial. Secara asasnya maklumat
datang secara rekomendasi dan juga initiatif sendiri untuk mencari maklumat.

9 Objektif 3

9.1 Dapatan Soal Selidik

Untuk memfokuskan saluran USM+1 kepada sasaran pasaran yang tepat, tiga komponen
utama dinilai melalui soal selidik iaitu Imej USM+1, yuran dan pendaftaran. Pelajar
mendapati imej USM+1 adalah baik dengan purata min bernilai 3.7. Ini membawa kepada

15

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

faktor mereka mendaftar melalui saluran USM+1 yang membawa nilai min pada 3.6.
Namun demikian, komponen yuran merupakan sesuatu yang tidak mem beri nilai pada
pelajar dengan purata min pada 2.9 yang berada pada tahap tidak setuju. Berikut
merupakan penerangan terhadap item pengukuran.

Imej USM+1 Min Mod

Yuran USM+1 1 Impressi saya terhadap USM+1 3.8 4
Pendaftaran USM+1 adalah bagus

2 USM+1 mempunyai imej positif 3.6 4
dalam fikiran orang yang saya kenali

3 USM+1 mempunyai imej yang lebih 3.5 4
baik berbanding universiti awam lain

4 USM+1 mempunyai imej yang lebih 3.7 4
baik berbanding universiti swasta lain

5 USM merupakan universiti yang saya 3.8 4
ingin masuki untuk Pendidikan tinggi
saya

Purata Min 3.7

1 Yuran USM+1 boleh diterima 2.7 2
(acceptable) 2.9 2
3.3 4
2 Yuran USM+1 memberikan nilai 2.9
pulangan

3 Kerana yuran USM+1 memenuhi
keperluan saya, saya mendaftar
Purata Min

1 USM+1 telah mengubah hidup saya 3.7 4
dengan ketara dan menjadikannya 3.7 4
lebih baik 3.3 4
3.6
2 Saya mendaftar di USM+1 tanpa
teragak-agak untuk memenuhi
keperluan pendidikan saya

3 Saya menerima banyak faedah
daripada USM+1
Purata Min

Pelajar juga didapati mendaftar sebagai pelajar USM+1 tanpa bantuan kewangan. 74%
tidak mempunyai bantuan kewangan, mereka membiayai program menggunakan wang
sendiri. Manakala 24% mendapat banuan pinjaman samada PTPTN, MARA atau Bank
serta 2% mempunyai biasiswa/tajaan. Maklumat pecahan adalah seperti di carta pie di
bawah:

Loan (MARA, Sponsored
PTPTN, Bank,… 2%

Rajah 4: Sumber Kewangan
Pelajar USM+1 dari Soal Selidik

Self-Funded
74%

Self-Funded Loan (MARA, PTPTN, Bank, etc) Sponsored 16

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

9.2 Dapatan Analisa Penanda Aras – Benchmarking

Bagi mencapai objektif 3 iaitu melihat sasaran pasaran yang tepat setelah mengetahui
kedudukan USM dalam penawaran program, analisa penanda aras dilakukan untuk
menganalisa perbandingan dengan universiti tempatan lain. Penanda aras yang
dijalankan adalah terhadap tiga universiti awam yang setara yang juga menawarkan
program saluran alternatif. Hanya tiga universiti awam yang dijadikan penanda aras kerana
kekangan masa yang dihadapi semasa menjalankan projek. Komponen perbandingan
yang diukur adalah berdasarkan (i) unit pengurusan, (ii) nama program, (iii)
maklumat/struktur program, (iv) jumlah program, (v) yuran dan (vi) skor ringkas
kemudahsampaian maklumat atas talian seperti di Jadual 3.

Jadual 3: Analisa Perbandingan Antara Institusi Yang Menawarkan Saluran Alternatif

Institusi USM UPM UM UKM
Pengurusan Unit Pengambilan UPM Education & Universiti Malaya Unit of Admission
Pelajar, Training (SAYAP Centre for via Shaping
Nama Bahagian ASING) by UPM Continuing Advanced &
Program Pengurusan Holdings Education Professional
Nama Akademik, (UMCCed), Education Center
Program Jabatan Pendaftar Saluran Alternatif Academic Centre of (UKMSHAPE)
berbanding (T20) Responsibility (SAYAP ASING) by
Nama USM+1 Program: Sarjana (CoR) under the UKM Holdings Sdn
Schroll Muda Sains Seni Universiti Malaya Bhd
Program: Sains Bina Chancellery for
Maklumat/ Seni Bina/Sains Lifelong Education UKMi (Laluan
Struktur Ukur Bahan Sarjana Muda Sains & Training Program Alternatif) - UKMi
Program Seni Bina Dengan Saluran Terbuka
Bachelor of Science Kepujian Universiti Malaya Bachelor of Science
(Housing, Building (SATU) Architecture with
and Planning) Bachelor of Science Honours
(Honours) In Architecture
(Architecture) Bachelor of Science
Calon yang TIDAK Bachelor of Science with Honours
terpilih melalui UPU In Architecture (Architecture)
tetapi mempunyai
kelayakan Program yang tiada Saluran kemasukan Tiada pengenalan.
subsidi dan khas/terus untuk Maklumat hanya
Program secara pendapatan isi pelajar Malaysia tentang fakulti
yuran penuh tanpa keluarga melebihi
subsidi RM 8,000.00 kesinambungan Tertakluk kepada
melalui saluran UM syarat kemasukan
Tertakluk kepada SATU Foundation
syarat kemasukan Programme

Tertakluk kepada Tertakluk kepada
syarat kemasukan syarat kemasukan

17

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

Jumlah 47/67 Program 74/84 Program 58/78 Program 54/69 Program
program (21/24 Pusat (16/16 Fakulti) (9/19 Fakulti) (12/15 Fakulti)
ditawarkan Pengajian) (88% daripada (74% daripada (78% daripada
(66% daripada keseluruhan jumlah keseluruhan jumlah keseluruhan jumlah
Yuran keseluruhan jumlah ijazah yang ijazah yang ijazah yang
ijazah yang ditawarkan) ditawarkan) ditawarkan)
Aksesibiliti ditawarkan)
maklumat Total Built Total Built Total Built
atas talian Total Built Environment Environment Environment
Environment (Architecture) Fees (Architecture) Fees (Architecture) Fees
(Architecture) Fees SALURAN T20 – SATU – UKMi –
USM+1 – RM 51,187.50 RM 95,976 RM 63,100
RM 76,250

Total Built Total Built Total Built Total Built
Environment Fees Environment Fees Environment Fees Environment Fees
(Architecture) Local (Architecture) Local (Architecture) Local (Architecture) Local
UG perdana UG perdana UG perdana UG perdana
RM 8,250 RM11,370 RM 9,450 RM7,440

Unit yang mengurus program saluran alternatif merupakan unit terpenting termasuk perihal
kemasukan pelajar. USM+1 diuruskan oleh Unit Pengambilan Pelajar (UPP), Bahagian
Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar yang juga menguruskan saluran kemasukan
lain termasuk usaha promosi serta pemasaran. Struktur ini adalah hampir sama dengan
Universiti Malaya kerana berada di bawah UM Chancellery. Walaupun berada di bawah
UM Chancellery, program ini diuruskan oleh Centre for Continuing Education (UMCCed),
Academic Centre of Responsibility (CoR) iaitu unit khas untuk Lifelong Education &
Training program. Manakala UKM & UPM menggunakan unit melalui sayap komersial
masing-masing.

Nama Program berbanding Nama Skrol dilihat tidak sama seperti yang dihebahkan dalam
iklan bagi kebanyakan universiti yang dibandingkan. Hanya Universiti Malaya yang
mengiklankan nama program dan nama skrol yang sama bagi mengelakkan kecelaruan.
Nama yang diiklankan perlulah lebih menarik dan tepat iaitu menamakan program berserta
nama skrol.

Maklumat/struktur program adalah bahan penting yang menerangkan perjalanan program.
Semua universiti yang dibandingkan mempunyai mesej yang sama walaupun penerangan
dan keutamaan yang berbeza. UPM mempunyai penerangan yang paling ringkas tetapi
tepat dengan matlamat saluran alternatif iaitu golongan sasaran dan matlamat. Golongan
sasar yang tepat adalah perlu bagi menyasarkan pasaran dan menetapkan kelayakan
kerana asas utama pengambilan selain kelayakan adalah pendapatan. Pemperosesan
permohonan yang tidak layak dari segi golongan sasaran/pendapatan hanya akan
menambahkan bebanan pemprosesan yang akhirnya terpaksa ditolak akibat tiada
sokongan kewangan.

18

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

Jumlah program yang ditawarkan berbanding pusat/industri/fakulti adalah penting bagi
melihat pilihan oleh bakal pemohon. Namun perlu juga dilihat tujuan calon memilih
program tertentu yang kebanyakannya adalah bidang yang mempunyai peluang pekerjaan
mengikut pasaran industri seperti Sains Computer dan juga bidang professional seperti
perubatan, kejuruteraan dan senibina. Banyak pilihan yang ditawarkan tidaklah
menggambarkan kejayaan program saluran alternatif ini kerana ukuran keberkesanan
adalah dilihat daripada kos pengurusan pengendalian/pembangunan berbanding
pendapatan.

Yuran daripada universiti-universiti awam ini adalah pelbagai berdasarkan pengiraan kos
dan penawaran kemudahan lainnya masing-masing. Dari segi reputasi akademik, USM &
UM berada dalam ranking TOP100 by subject (senibina dan alam bina) yang menjadi
tambah nilai serta membantu visibility pemilihan calon pelajar.

Skor ringkas secara rawak ini diberikan sendiri oleh pasukan kajian berdasarkan
kemudahsampaian maklumat atas talian. Dengan beranggapan bahawa pasukan
penyelidik merupakan pelajar lepasan STPM/asasi/matrikulasi/etc. yang baru dengan
maklumat saluran perdana, mendapati website UPM merupakan platform online yang
paling mesra pengguna. Namun sekiranya pencarian dan ditaip ‘Saluran Alternatif’ pada
enjin carian Google, USM mendapat hit tertinggi dan muncul paling atas diikuti oleh UPM,
UKM & UM. Disebabkan faktor tersebut, UTM tidak dijadikan perbandingan kerana
kekangan masa.

10 Objektif 4

Untuk mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan bagi mengoptimumkan
penjanaan kewangan saluran USM+1 data dari dapatan temuramah dan analisa polisi dan
dokumentasi digunakan.

10.1 Dapatan Temuramah

Bagi kursus yang menerima calon USM+1 yang rendah, disarankan promosi dijalankan
oleh Unit Pengambilan Pelajar (UPP) USM ke program asasi (foundation) swasta seperti
di KDU- University of Wollongong (UOW) di Batu Kawan atau lain-lain dijalankan. Bagi
kursus yang tidak mampu menawarkan lebih tinggi, ia memerlukan suatu kaedah untuk
mengatasi kekangan beban tugas pensyarah bagi membolehkan PTJ menerima calon
USM+1 yang lebih tinggi (tertakluk maksimum dibenarkan oleh Badan Profesional
berdasarkan nisbah staf:pelajar). Konsep Outsource juga disarankan kepada Pemberi
Pendidikan Tinggi (PPT/HEP) lain untuk menawarkan program pesisir (offshore) dengan
pematuhan standard penawaran mengikut acuan PTJ.

10.2 Dapatan Analisa Dokumen & Polisi

Secara dasarnya, saluran USM+1 bukanlah saluran untuk permohonan calon ditolak
disebabkan oleh keputusan akademik yang tidak baik. USM+1 memberi peluang kepada
pelajar yang tidak terpilih melalui saluran perdana untuk menyambung pengajian bagi

19

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

mengikuti bidang yang diminati. Iklan program ini perlulah menggambarkan USM+1
sebagai program bukan untuk permohonan yang gagal akibat pencapaian akademik yang
tidak mencapai tahap kelayakan tetapi lebih kepada merit. Berikut adalah proses
permohonan USM+1 yang ditunjukkan dalam Rajah 5.

Rajah y: Carta Aliran USM + 1

Rajah 5: Carta Aliran Permohonan USM+1

Yuran pengajian USM+1 adalah dihitung berdasarkan kos mengurus dan pembangunan
termasuk kebajikan dan kemudahan universiti. Berdasarkan penerangan diawal laporan,
kaedah pengiraan yuran program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Perumahan,
Bangunan & Perancangan dirasakan sesuai untuk dijadikan contoh kerana berada di
antara kos pusat pengajian yang lebih tinggi iaitu sains berbanding kos yang lebih rendah
iaitu sastera. Jadual 4 berikut adalah pengiraan yuran bagi Sarjana Muda Sains
(Perumahan, Bangunan Dan Perancangan)(Kepujian).

Jadual 4: Yuran Pengajian USM+1 Sarjana Muda Sains
(Perumahan, Bangunan Dan Perancangan)(Kepujian) – 3 Tahun

Bil Perkara Perincian (RM) Jumlah (RM)

Dengan Tanpa

Desasiswa Desasiswa

YURAN BERULANG

1 Pengajian RM12,000 x 6 Semester 72,000 72,000

2 Kebajikan dan ICT 100 3,300 3,300

Kemudahan Sumber 50

Universiti (RM550 Kesihatan 100

x 6 Semester) Pengangkutan 70

Kebajikan Pelajar 30

Makmal & Lapangan 150

20

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

Perkhidmatan Sukan & 50

Rekreasi

550

3 Desasiswa F26 RM210 x 10 bulan (3 tahun) 2,103 -

Cahaya Gemilang

Harapan

(Executive Double

Room)

YURAN TIDAK BERULANG

1 Konvokesyen 200 200

(tahun akhir)

2 Pendaftaran 750 750

(semester

pertama tahun

pertama)

78,353 76,250

Kaedah unjuran oleh HBP adalah berdasarkan fleksibiliti kapasiti penuh berdasarkan
peruntukan badan professional (penggunaan ruang pembelajaran studio) bagi
mempelbagaikan kaedah kemasukan selain pesisir pantai, pengambilan khas, saluran
kedua, warga sukan, antarabangsa & saluran perdana. Semua program melalui USM+1
adalah program professional. Bagi tahun 2023/24, HBP menyasarkan pelajar melalui
USM+1 seramai 8 lagi pelajar unjuran realistik kerana pendaftaran pada tahun 2020
seramai 3 pelajar, tahun 2021 seramai 4 pelajar dan 2022 dijangka seramai 6 pelajar.
Dengan penetapan badan professional, setiap penambahan bilangan saluran USM+1 ini,
bilangan daripada saluran lain terpaksa dikurangkan bagi mengekalkan bilangan kapasiti
maksimum penggunaan ruang.

Jadual 5: Pengiraan Pendapatan (Kes Senario – HBP)

Yuran Saluran-saluran USM+1 Jumlah Kenaikan 10%
Kemasukan lain RM 25,100 Pendapatan Yuran USM+1
Pengajian
(Setahun) RM 2,500 UG
Jumlah (A)
Tahun 179 pelajar 3 pelajar
2020 (B)
AxB RM 447,500 RM 75,300 RM 522,800 RM 7,530
Tahun 178 pelajar 4 pelajar
2021 (C)
AxC RM 445,000 RM 100,400 RM 545,400 4.1 % RM 10,040
Tahun 174 pelajar 6 pelajar
2022 (D)
AxD RM 435,000 RM 150,600 RM 585,600 6.8 % RM 15,060
Tahun
2023 (E) 172 pelajar 8 pelajar

AxE (cadangan 5%

setiap PTJ)

RM 430,000 RM 200,800 RM 630,800 7.0 % RM 20,080

Tanpa pengiraan pendapatan UG pesisir pantai, pengambilan khas, saluran kedua, warga sukan & antarabangsa

Jadual berdasarkan pengiraan unjuran pelajar Projek Gerbang, USM

Berdasarkan Jadual 5, unjuran pendapatan yang boleh dijana untuk USM oleh HBP
melalui USM+1 setiap tahun sehingga tahun 2022 adalah RM326,300. Dengan cadangan

21

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

perkongsian keuntungan sebanyak 10%, RM32,630 adalah mencukupi untuk
menyediakan fasiliti'+ 1 eSpace’ (light entertainment and VR/gaming/esports) dengan
headphone di Pusat Sumber HBP yang dicadangkan di bawah termasuk naiktaraf website
HBP.

Rajah 6: Cadangan pembangunan ‘+ 1 eSpace’ di Pusat Sumber, HBP

Pusat sumber HBP merupakan pusat perjumpaan pelajar untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran termasuk bersantai kerana ruang yang luas dan santai. Terdapat juga bilik
viva berhampiran yang sedang dalam proses naiktaraf (facelift) seperti Rajah 6. Bilik
tersebut bakal mempunyai fasiliti skrin sentuh bersaiz 86’ untuk pembentangan dan
persidangan interaktif.

Sekiranya pihak universiti memberi lebih konsesi kepada PTJ dengan persetujuan
perkongsian keuntungan yang menarik, PTJ boleh menimbangkan untuk meningkatkan
bilangan melalui USM+1 walaupun keutamaan adalah golongan B40. Perkongsian
keuntungan seperti Geran Pembangunan Siswazah bagi perbelanjaan tambahan PTJ
dapat digunakan khusus bagi kegunaan pelajar USM+1 bagi mewujudkan persekitaran
yang berbeza kepada mereka. Walaupun yuran yang dicaj kepada pelajar adalah untuk
menampung kos pengurusan dan pembangunan, adalah dicadangkan perkongsian
keuntungan sebanyak 10% kepada PTJ untuk juga peningkatan pengurusan dan
pembangunan seperti penambahbaikan laman sesawang PTJ dan fasiliti/infrastruktur di
PTJ terutama untuk kegunaan semua pelajar dengan paparan sumbangan program
USM+1.

Dengan struktur pentadbiran di USM adalah lebih kepada top-down iaitu pemasaran juga
dilakukan oleh universiti, peranan pemasaran juga turut boleh dilakukan oleh PTJ melalui
laman sesawang kerana berdasarkan soal selidik, kebanyakan bakal pelajar mencari

22

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

maklumat terus kepada PTJ selain daripada maklumat daripada keluarga & rakan. Bidang
yang disasarkan oleh bakal pelajar adalah ditawarkan oleh PTJ yang dicari daripada
website PTJ. Jadi, cadangan untuk mempercepatkan kelulusan perkongsian keuntungan
kepada PTJ adalah sangat bertepatan sebagai motivasi kepada PTJ untuk melaksanakan
USM+1 ini.

11 Ulasan Dapatan Projek

Dapatan dari projek ini dirumuskan seperti di Jadual 6.

Jadual 6: Ulasan Dapatan Projek Secara Keseluruhan

Persoalan Kaedah Kutipan Data Ulasan
Kenapakah unjuran Kualitatif (Temuramah) i. Saingan dari Universiti Awam lain yang tinggi
saluran USM+1 tidak Kuantitatif (Soal Selidik) ii. Yuran program yang dianggap tinggi
berjaya dicapai? iii. Bantuan kewangan yang terhad disediakan
Kuantitatif (Soal Selidik) iv. Kapasiti dan kekangan bebanan pensyarah
Sejauh manakah
USM Kuantitatif (Soal Selidik) v. Promosi yang kurang berkaitan USM+1
mengoptimumkan Penanda Aras - vi. Promosi yang tidak berfokus. Maklumat USM+1
komunikasi Benchmarking
pemasaran dan lebih disampaikan oleh komunikasi mulut ke mulut
penjenamaan bagi vii. Mesej yang generik dipaparkan dalam material
membolehkan
USM+1 menjana promosi USM+1
kewangan secara viii. Laman penambat USM+1 (pohon.usm.my) sukar
efektif?
dijumpai di dalam laman sesawang
Sejauh manakah ix. Strategi pemasaran tidak memberi tumpuan pada
program saluran
USM+1 berjaya titik temu potensi pelajar USM+1
menarik minat
sasaran pasaran USM dilihat kurang mengoptimumkan komunikasi
yang tepat (kategori pemasaran dan penjenamaan berdasarkan sebab
T20) dan kompetitif berikut:
i. Kebanyakan maklumat berkaitan USM+1

diperolehi daripada keluarga, rakan-rakan dan
guru.
ii. Peratus maklumat rendah didapati daripada media
sosial atau internet. Hampir tiada maklumat
tentang USM+1 di saluran pemasaran utama
terutama pemasaran atas talian (digital)
iii. Peratus tinggi pemohon tidak menyedari yuran
yang dikenakan adalah yuran penuh. Mesej
USM+1 dikomunikasikan secara kurang efektif,
maklumat penting yang perlu difahami oleh
potensi pelajar.
iv. Strategi pemasaran tidak dilakukan secara efektif
berpandukan peringkat pembuatan keputusan.
v. Titik temu USM+1 serta peta perjalanan
pelanggan tidak dioptimumkan
USM+1 kurang berjaya menarik minat sasaran
pasaran yang tepat kerana:
i. Kebanyakkan permohonan datang dari bukan
potensi pelajar (bukan dari kalangan T20 dan
mengharapkan bantuan dari pinjaman kewangan)
ii. Paparan dalam laman sesawang utama universiti
sama seperti pendekatan pemasaran universiti
secara top down melainkan pemohon sedia
maklum dengan istilah saluran alternatif. Bidang

23

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

Bagaimanakah Kualitatif (Temuramah) yang dipilih sebenarnya bidang dengan
universiti awam lain Dokumentasi & Polisi permintaan tinggi seperti kedoktoran, senibina dan
menawarkan saluran Penanda Aras - sains komputer yang calon biasanya akan
alternatif mereka? Benchmarking melayari laman sesawang pusat pengajian terlebih
Apakah yang boleh dahulu.
kita pelajari? iii. Strategi penjenamaan USM+1 yang kurang
berkesan

Universiti yang dibandingkan mempunyai pendekatan
penawaran yang hampir sama iaitu:
i. Beranggapan calon memahami tujuan saluran

alternatif atau khas ini diwujudkan
ii. Nama program yang berbeza walaupun tujuan

yang sama iaitu saluran alternatif atau terus tanpa
melalui UPU
iii. Cabang pemasaran yang berbeza melalui unit
pengambilan sedia ada dalaman atau sayap
pemasaran yang diswastakan
iv. Nama program tidak sama dengan nama skrol
(program secara generik)
v. Kadar yuran yang jelas oleh universiti awam
berbanding kebanyakan universiti swasta dengan
pengajian peringkat yang sama.
vi. Universiti swasta yang berprestij tidak mempunyai
saluran alternatif seperti Universiti awam namun
kadar yuran lebih tinggi seperti Taylor’s University
dengan yuran Ijazah Sarjana Muda Senibina
RM121,000 keseluruhan & UCSI RM 90,520.
Namun untuk universiti yang lain seperti Universiti
Tunku Abdul Rahman RM48,800. Namun ranking
by subject universiti-universiti ini lebih rendah
berbanding universiti awam

BAHAGIAN C: CADANGAN PENYELESAIAN

12 Pelan Pelaksanaan Pengoptimuman

12.1 Program Top 20

Saluran USM+1 ditawarkan secara berfokus kepada program dalam kelompok 20 teratas
dan juga program yang mempunyai badan professional. Program sebegini dilihat
mempunyai permintaan pasaran yang tinggi terutamanya bagi golongan T20. Ini akan lebih
memudahkan pemasaran dan tidak membazirkan sumber pada kursus yang kurang
mendapat sambutan. Program ini juga mempunyai kebolehpasaran siswazah (GE) yang
tinggi berdasarkan data yang dikeluarkan oleh KPT.

12.2 Targeted Marketing/Customised Marketing

Pemasaran disarankan untuk dijalankan secara bersasar, menumpu dan disesuaikan
pada kelompok sasaran yang dikenalpasti mampu memohon. Pemasaran digital
merupakan platform yang paling efektif untuk melakukan pemasaran bertumpu seperti ini.

24

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

12.3 Business Model Baharu
PP yang mencapai unjuran kemasukan boleh menerima insentif (seperti bajet KPI untuk
PTJ yang mencapai KPI) untuk kekal kompetitif dari segi penawaran dan infrastuktur. Entiti
Business Centre yang dicadangkan juga perlu bertanggungjawab untuk mencadangkan
model profit sharing antara USM dan PP yang menerima pelajar USM+1.
12.4 Pengurusan Sumber Manusia Pusat Pengajian
Terdapat kekangan dari segi kapasiti PP untuk meningkatkan bilangan penawaran,
antaranya kerana bilangan dan beban tugas pensyarah yang tinggi. Oleh itu disarankan
dua alternatif iaitu (i) menambah bilangan staf akademik di PP atau (ii) menawarkan
USM+1 secara offshore (seperti model offshore USM-KLE Belgaum) bersama Institusi
Pendidikan yang bersesuaian dengan pematuhan standard penawaran mengikut acuan
PP yang terlibat termasuk perlesenan.
12.5 Strategic Business Centre for USM+1
Mewujudkan unit khas bagi memfokus kepada promosi saluran USM+1 memerlukan
sebuah entiti berpusat yang melihat pada proses penawaran, pemasaran dan pengurusan
USM+1 seperti IPS yang bertanggungjawab terhadap pelajar siswazah. Buat masa ini,
Unit Pengambilan Pelajar yang menguruskan kesemua pengambilan iaitu saluran perdana
dan saluran alternatif.
Rajah 7 merumuskan cadangan pelan pelaksanaan pengoptimuman USM+1 berdasarkan
dapatan projek.

Rajah 7: USM+1 Pelan Strategik Berdasarkan Konsep
Pengoptimuman (O) - Tabungan (S) – Penjanaan Pendapatan (I)

25

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

13 Unjuran Kewangan Optimum USM+1

Rajah di bawah memaparkan jumlah pendapatan bagi 2 sidang penawaran USM+1
berbanding unjuran pendapatan sidang 22/23 dan unjuran USM+1 5 peratus dan 10
peratus daripada unjuran saluran perdana. 5 program yang setakat ini memperolehi
permintaan tinggi, iaitu Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Sains Komputer, Perakaunan
dan Farmasi dikekalkan dengan unjuran sedia ada kerana unjuran sedia ada sudah
melebihi unjuran 5 atau 10 peratus. Bilangan calon berdasarkan unjuran 5 atau 10 peratus
daripada unjuran saluran perdana dilihat mampu dicapai oleh semua 47 program yang
menawarkan USM+1 dan tidak memberikan implikasi beban tugas yang ketara kepada
staf akademik PTJ tersebut.

Unjuran

Rajah 8 : Pendapatan 2 Sidang Penawaran USM+1 Berbanding
Unjuran 5 dan 10 Peratus

Jika dilihat daripada Rajah 8, unjuran 5 peratus adalah lebih rendah berbanding
pendapatan melalui USM+1 bagi sidang 2021/2022. Ini menunjukkan unjuran 5% mungkin
kurang sesuai berbanding unjuran 10% yang nyata memberikan pendapatan lebih tinggi.
Walaubagaimanapun, kajian lebih menyeluruh bagi unjuran dengan melihat penjanaan
pendapatan sebenar pada sidang 2022/2023 mengikut setiap program adalah perlu bagi
melihat potensi penawarannya. Permintaan dan kemampuan setiap program adalah
berbeza, maka unjuran juga perlu dilihat dengan lebih menyeluruh bagi memastikan
pemasaran adalah yang lebih optimum mengikut permintaan pelanggan.

Oleh yang demikian, projek ini menyarankan USM melalui Strategic Business Centre
USM+1 untuk menggunapakai panduan kuadran Boston Consultant Group (BCG) Growth
Matrix bagi melihat program-program USM+1 yang berada pada kuadran yang dikira
sebagai STAR iaitu yang mempunyai penawaran yang tinggi dan yuran yang tinggi untuk
terus ditujahkan untuk mengoptimumkan penjanaan kewangan. Manakala program-
program yang berada di kuadran CASH COW dan QUESTION MARK untuk diperincikan
supaya boleh dianjakkan ke kuadran STAR. Program yang berada di kuadran PET
merupakan program-program yang kritikal yang amat memerlukan perhatian yang lebih
supaya penawaran dilakukan secara strategik untuk memastikan pengoptimuman

26

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

kewangan dan pengurusan sumber sekata tanpa memberi bebanan yang tidak
mendatangkan keuntungan. Rajah 9 menjelaskan penelitian program-program
menggunakan Boston Consultant Group (BCG) Growth Matrix secara lebih terperinci.

Rajah 9: Panduan Pengoptimuman Program Berpandukan Kaedah Boston Consultant
Group (BCG) Growth Matrix

14 Implikasi Kos
Implikasi kos yang dijangkakan adalah seperti berikut:

i. Kos pemasaran
Kos pemasaran diperlukan bagi merangka dan melaksanakan pemasaran yang lebih
berstrategi bagi memastikan USM+1 sampai dengan lebih meluas kepada sasaran, iaitu
golongan T20. Pemasaran perlulah mampu menarik perhatian dan kepercayaan mereka,
serta mampu menyaingi program saluran alternatif yang ditawarkan oleh universiti lain.

ii. Kos penambahbaikan fasiliti (penginapan/lifestyle)
Kos bagi menambahbaik fasiliti sama ada fasiliti PTJ yang menawarkan program
pengajian atau fasiliti penginapan bagi menarik minat calon / ibu bapa menghantar anak
masuk melalui USM+1. USM boleh menawarkan kombinasi program pengajian serta
penginapan kondusif dan gaya hidup kampus yang lebih menarik minat golongan muda
(calon pelajar).
15 Halangan & Limitasi
Terdapat beberapa kekangan yang dilihat boleh mempengaruhi pelan pelaksanaan yang
dicadangkan:

27

Laporan Akhir APEX PEARL FSRM 2:
Penilaian Keberkesanan Saluran USM+1 Sebagai Penjanaan Kewangan Yang Optimum Bagi USM

i. Maklumat yang terhad berkaitan proses, pendapatan terjana dan kelebihan pelajar
laluan alternatif UA lain. Ini mempengaruhi proses perbicangan dalam mencari
pelan pelaksanaan yang berdaya saing kerana tidak boleh dibandingan dengan
bagaimana penawaran saluran alternatif di universiti lain beroperasi.

ii. Maklumat polisi profit – sharing tidak berjaya didapati. Persoalan apakah manfaat
PTJ yang boleh digunakan bagi menambahbaik fasiliti PTJ dan boleh memberi
kelebihan kepada pelajar USM+1 tidak dapat dirungkai.

Rujukan
https://pohon.usm.my/t_t20.php
https://pohon.usm.my/dokumen/2021_2022/YURAN_USM_1.pdf
https://admission.usm.my/images/YURAN_IJAZAH_PERTAMA.pdf
http://www.upmet.upm.edu.my/
https://web.upm.edu.my/news/2019/kemasukan_ke_program_upm_saluran_alt
ernatif_t20-49597
https://web.upm.edu.my/upload/dokumen/20190524091524Senarai_dan_Yura
n_Program_T20_Sem_1_1920_(1).pdf
http://www.bursar.upm.edu.my/upload/dokumen/20220203150625LAMPIRAN_
1B_YURAN_DALAM_NEGARA.pdf
https://umcced.edu.my/programme/satu/faq-satu
https://umcced.edu.my/programme/satu
https://umcced.edu.my/programme/satu/bsa
https://study.um.edu.my/programmes.php?act=2#senarai)
https://smp.ukm.my/espeed/
https://www.ukm.my/studyukm/ukmi/
https://www.ukm.my/studyukm/architecture-bachelors-of-science-hons/
https://www.ukm.my/portalukm/undergraduate/science-architecture/

28


Click to View FlipBook Version