BUMI DIPIJAK, LANGIT DIJUNJUNG
WARISAN KEBANGGAAN NEGERI
DISEDIAKAN OLEH:
NUR IMAN ALIA BINTI HUSSIN
6 KEKWA
PENGENALAN
Setiap negeri di Malaysia mempunyai warisan sejarah dan
identiti yang tersendiri. Kepelbagaian inilah yang menjadikan
setiap negeri unik dan berbeza antara satu sama lain. Oleh itu,
kita mesti berasa bangga akan warisan sejarah dan identiti
tersebut.
PERLIS
- Salah satu gua batu kapur Formasi Setul yang terletak dalam
Banjaran Nakawan di Perlis dan terkenal dengan lombong bijih
yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.
- Menurut sejarah, nama Gua Kelam diambil sempena kegelapan
yang wujud di dalam gua itu sendiri.
- Gua tersebut begitu kelam tanpa ditembusi cahaya daripada luar.
- Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa
laluan sungai di gua ini merupakan laluan yang yang baik untuk
mengangkut bijih timah dari lombong berhampiran sungai ini ke
Kaki Bukit
- Para pelombong menggelarkan gua tersebut sebagai Gua Kelam
kerana terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi
kawasan dalam gua sepanjang menjalankan aktiviti mengeluarkan
bijih timah.
- Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit iaitu kira-kira 33 km dari
Kangar.
- Gua Kelam ini memiliki keluasan sebanyak 2000 hektar dan telah
diwartakan sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai
2008.
KEDAH
- Muzium Padi ialah sebuah muzium di Gunung Keriang,
daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman
dan penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai
"Jelapang Padi Malaysia" dan turut juga menjalankan penyelidikan
ke atas tanaman padi.
- Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi,
membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga
dipertunjukkan kepada para pelawat.
- Muzium padi ini terletak di bawah kelolaan Perbadanan Muzium
Negeri Kedah, dan dibangunkan sebagai salah satu kawasan
tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada 2 tingkat ruang
pameran dan satu tingkat ke atas tempat lakaran pemandangan
Bukit Keriang.
PULAU PINANG
- Bukit Bendera ialah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia.
Ia terdiri daripada gugusan batu granit yang berada di bahagian
tengah Pulau Pinang dan mencapai ketinggian 833 meter (2723
kaki) di Western Hill.
- Selain Western Hill, kemuncak-kemuncak lain yang merupakan
sebahagian daripada Bukit Bendera termasuk Bukit Laksamana,
Tiger Hill, Bukit Bendera and Bukit Kerajaan.
- Nama Bukit Bendera sebenarnya merujuk kepada lokasi stesen
keretapi bukit pada ketinggian 735 m (2450 kaki) atas aras laut.
Tempat ini digelar Flagstaff Hill oleh orang British, sebab disinilah
bendera British dikibarkan sebagai tanda isyarat tibanya
penghantaran mel.
PERAK
- Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak, dengan
ketinggian 1,200 m.
- Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah
di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit
turun di kawasan ini (Jeyarajasingam, 2012). Suhu pada hari
siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh
mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.
- Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30
minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam
dilereng bukit (Bukit Larut, 2013).
- Bukit Larut atau Maxwell Hill dinamakan sempena residen British
ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880 (Bukit Larut, 2013;
Shamsul Kamal Amaruddin, 2006). Namanya diubah ke variasi
tempatan menjadi Bukit Larut tetapi masih ramai yang
memanggilnya Maxwell Hill.
SELANGOR
- Istana Jugra merupakan istana yang didiami oleh Sultan Selangor
hampir tiga dekad lamanya sebelum berpindah ke Kelang.
- Bangunan ini bertiang batu, berdinding dan berlantai papan.
Bawah rumahnya setinggi 10 kaki mempunyai tangga papan tebal.
Atapnya dibuat daripada daun nipah, mempunyai kaki yang
berdinding setinggi 3 kaki dengan bilah-bilah kayu dinamakan
jenang.
- Ia mula dibina pada penghujung abad ke 19 dan siap sekitar tahun
1905. Terletak di Daerah Kuala Langat, Mukim Bandar dan dibina
di atas tanah seluas 12.96 ekar.
- Ia dijadikan tempat bersemayam baginda Sultan Sir Alaeddin
Sulaiman Shah bersama pemaisuri baginda, Hajjah Safiah
hinggalah baginda mangkat pada tahun 1889.
- Selepas merdeka tahun 1957 istana ditinggalkan kerana
pemindahan pusat pemerintahan ke Kuala Lumpur.
NEGERI SEMBILAN
- Istana Lama Seri Menanti, adalah salah satu mercu tanda terkenal
di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia. Senibinanya
unik kerana disatukan hanya menggunakan pasak kayu.
- Istana ini mengambil masa enam tahun untuk dibina dan siap pada
tahun 1908 dengan kos $ 45,000.00 pada masa itu. Reka
bentuknya mempunyai sedikit petunjuk seni bina Minangkabau,
memiliki lima tingkat yang meningkat hingga ketinggian 67 kaki
atau setinggi kira-kira 20 meter dan mempunyai 99 tiang untuk
menyokong struktur utama. 4 dari tiang utama berukuran 67 kaki
adalah kayu Chengal yang berasal dari Bukit Pergai, Jelebu dan
merupakan ciri utama struktur yang memegang puncak istana, iaitu
Ruang Perbendaharaan.
- Istana Lama adalah pengganti Istana Pulih yang dibakar oleh
tentera Inggeris. Lukisan dan rancangan untuk Istana Lama
diperincikan oleh Mr. Woodford (Jabatan Kerja Raya) berdasarkan
reka bentuk yang disediakan oleh dua tukang tempatan, Kahar dan
Taib. Istana ini digunakan hingga tahun 1932 setelah itu Yang Di-
Pertuan Besar berpindah ke Istana Besar.
MELAKA
- Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa
Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya
menawan Melaka pada tahun 1511.
- A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika
Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni
bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
JOHOR
- Bangunan Sultan Ibrahim merupakan bekas bangunan urus Setia
negeri Johor.
- Bangunan Sultan Ibrahim terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru,
Malaysia. Ia telah pun dibina di antara tahun 1936 dan 1939 dan
telah siap pada tahun 1940 kerana kerajaan kolonial British
mencuba untuk menyelaraskan pentadbiran negeri.
- Ia telah dirasmikan oleh almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu
Bakar.
PAHANG
- Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron
sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang
melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak.
- Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet
(5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981
hektar).
- Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet,
Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah
Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.
KELANTAN
- Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di
Kampung Nilam Puri, sebuah petempatan kira-kira 11 kilometer
(6.8 batu) dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, Malaysia.
- Masjid ini dibina pada abad ke-18 Masihi dan merupakan masjid
yang tertua di Malaysia serta di Asia Tenggara.
- Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan sebarang paku.
TERENGGANU
- Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai
Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina
oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara.
- Tasik ini seluas 260 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya
terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik
dari dalam mahupun luar negeri.
- Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu
semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
SARAWAK
- Kek Lapis Sarawak ( )كيك لاڤيس سراوقadalah sejenis kek lapis yang
lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia pada majlis-majlis
khas.
- Dalam bahasa Melayu, kek itu dikenali sebagai kek lapis Sarawak,
kek lapis moden Sarawak, atau hanya kek lapis.
- Kek lapis Sarawak sering dihidangkan semasa perayaan
keagamaan atau kebudayaan seperti Aidilfitri, Krismas, Deepavali,
hari lahir dan majlis perkahwinan serta dijadikan sebagai buah
tangan oleh pelancong yang berkunjung ke Sarawak.
- Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi rumah
terbuka pada hari perayaan. Ciri unik rumah terbuka di Sarawak
adalah kek berlapis moden.
SABAH
- Gunung Kinabalu merupakan gunung yang memiliki puncak
tertinggi di Sabah, Malaysia dan juga tertinggi di Asia Tenggara.
- Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap
penduduk yang tinggal di Sabah.
- Sesetengah masyarakat sabah berpendapat bahawa gunung ini
dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah.
WILAYAH PERSEKUTUAN
- Menara Kuala Lumpur (Menara KL) ialah sebuah menara
komunikasi yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Pembinaannya sempurna pada 1 Mac 1995.
- Ia merupakan menara tunggal ketujuh tertinggi di dunia. Ia
mempunyai restoran berputar yang menyediakan ruang makan
dengan pemandangan kota raya Kuala Lumpur.
- Menara ini juga berfungsi sebagai balai cerap bagi meninjau anak
bulan bagi menandakan permulaan bulan-bulan
qamari terutamanya Ramadan, Syawal, dan Zulhijah, bagi
menyambut bulan puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
- Menara ini merupakan titik pandang tertinggi di Kuala Lumpur yang
dibuka kepada awam.
PENUTUP
Setiap negeri mempunyai daya tarikan dan keunikan
masing-masing yang harus dibanggakan. Sebagai rakyat
Malaysia, kita hendaklah merasa bangga dan bertuah kerana
dilahirkan di sebuah negara yang kaya bukan sahaja dengan
keindahan alam semulajadi bahkan tinggalan sejarah yang
sangat berharga.