BUKU LOG PENGAKAP
BIODATA DIRI Nama: Fatin Maisarah Binti Mohd Zulkifli Kelas: Bahasa Melayu 8 Pogram: PISMP Ambilan: Jun 2022 No.IC: 020518-03-0078 No. Matrik: 2021082310181 Angka Giliran: P21083887 Umur: 22 Tahun
Pengakap Muda “SELALU SEDIA” COGAN KATAPENGAKAP Pengakap Kanak-Kanak “BUAT SEHABIS BAIK” Pengakap Remaja “PANDANG LUAS” Pengakap Kelana “Berkhidmat”
LAGU PENGAKAP Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
LOGO PENGAKAP DUNIA 2 bintang pecah 5 melambangkan undangundang pengakap Anak panah pecah 3melambangkan persetiaanpengakap Warna ungu melambangkan warna pengakap Ikatan buku sila melambangkan ikatan persaudaraan pengakap
LOGO PENGAKAP MALAYSIA Bintang pecah lima (berwarna hijau) melambangkan undangundang Pengakap yang sepuluh Tiga kelopak pada lambang membawa maksud persetiaan Pengakap iaitu Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ”. “Menolong orang setia masa ”, “menurut undang-undang Pengakap”. Ikatan hijau pada kelopak melambangkan “ Persaudaraan Pengakap” Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negerinegeri dalam Malaysia ” Bulan sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”
BENDERA PENGAKAP
PERSETIAANPENGAKAP Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap.
PERLEMBAGAANPENGAKAP 1. NAMA KELAB/PERSATUAN : UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 2. MATLAMAT: Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek. 3. OBJEKTIF: 3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Pengakap) dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Berpengakap dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. 3.2 Ahli-ahli Pergerakan Pengakap akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.
5. GURU PENASIHAT: 5.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini 5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak,merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. 5.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan 4. KEAHLIAN: 4.1 Di buka kepada semua murid sekolah ini 4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan 4.3Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan program.
6. AHLI JAWATANKUASA: 6.1 Dilantik semasa mesyuarat Agung 6.2 Ahli yang hadir layak di calonkan sebagai Ahli jawatankuasa 6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undi 6.4 Ahli jawatankuasa Persatuan/Kelab hendaKlah terdiri dari 6.4.1 pengerusi 6.4.2 Setiausaha 6.4.3 Bendahari 6.4.4 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kerpada keperluan) 6.4.5 Pemeriksa kira-kira 7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA: 7.1 Pengerusi 7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. 7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. 7.2 Setiausaha 7.2.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat 7.2.2 Mencatat dan menandatangi m,init mesyuarat/laporan kegiatankegiatan. 7.2.3 Mencatat kehadiran ahli 7.2.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan 7.2.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa
7.3 Bendahari 7.3.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan 7.3.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya. 7.3.3 Menyediakan Penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 7.3.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. 7.3.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 7.3.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 7.4 Ahli Jawatankuasa 7.4.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang yang dilaksanakan. 7.4.2 Mempengerusi biro sekiranya dilantik. 7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 7.5 Pemeriksa Kira-Kira 7.5.1 Memeriksa,menyemak serta mengesahkan laporan kewangan tahunan dan bertangungjawab ke atasnya. 7.5.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
8. KEWANGAN: 8.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang diputuskan Semasa Mesyuarat Agung 8.2 Persatuan/kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti 8.3 Ahli-ahli yang bertsetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. 8.4 Semua pungutan/peyimpanan hendaklah dimasukkan kedalam Akaun SUWA sekolah,sekiranya mendapat kebenaran Guru Besar. 9. KEHADIRAN/PENYERTAAN: 9.1 Ahli persatuan/Kelab dikehendakimenghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun. 9.2Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian. 10.AKTIVITI: 10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. 10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
12. TINDAKAN DISIPLIN: 12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 12.2 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang di ambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat Persatuan/kelab secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad. 13.PINDAAN PERLEMBAGAAN: 13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga dipinda. 13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli,ahli jawatankuasa,Guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. 13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat akan membincangkan cadangan tersebut. 13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar. 11. PERATURAN-PERATURAN: 11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. 11.2 Peraturan khasa yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. 11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
14.PEMBUBARAN PERSATUAN/KELAB: 14.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar 14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar 15.HAL-HAL LAIN: 15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap waktiviti yang dijalankan. 15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat
UNDANG-UNDANG PENGAKAP DIPERCAYAI TAAT BERGUNA BERSAUDARA BERBUDI KASIHKAN BINATANG MENURUT PERINTAH TABAH HATI SUCI FIKIRAN,PERKATAAN,PERBUATAN BERJIMAT
PERSETIAANPENGAKAP Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap.
Pengakap Dunia adalah bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau tersebut. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell. Ia merupakan seorang bekas Mejar tentera British yang penuh pengalaman dari medan peperangan. Secara tidak langsung, bermulalah sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku "Scouting For Boys" yang ditulis oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah menyebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang baik daripada negaranegara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. SEJARAH PENGAKAPDUNIA
BIODATA PENGASASPENGAKAP Nama Penuh: Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan: BP Tarikh Lahir: 22 Februari 1857 Tempat Lahir; London, England Pendidikan Awal: Charter House, London Pekerjaan: Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa: Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri: Lady Olive Baden Powell Tarikh meninggal dunia: 8 Januari 1941
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP LELAKI
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PEREMPUAN
PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN PENGAKAP LELAKI
PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN PENGAKAP PEREMPUAN
SEJARAH PENUBUHANPENGAKAP DI MALAYSIAPergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura. Pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu.
PENGASAS PRGERAKANPENGAKAP DI NEGERI MELAYUDAN BORNEO 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ), 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913) 12. Sarawak ( 1915 )
Laung Agung merupakan: 1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak. 2. Diamalkan di seluruh dunia. 3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya 'BUAT HABIS BAIK" 4. Untuk menghormati tetamu. 5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin. LAUNG AGUNG Bila diadakan? 1. Setiap kali diadakan perjumpaan 2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.
HORMAT PENGAKAP 1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 3. Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. 4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. 5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung. 1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang. 2. Pemimpin berdiri menghadap bendera. 3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera. 4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia. 5. Pemimpin berteriak "BENDERA" 6. Petugas mara ke tiang bendera. 7. Petugas menarik tali, sekali sahaja. 8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat. 9. Semua yang hadir memberi hormat. 10. Petugas menjatuhkan tangan .... dan diikuti oleh semua yang hadir. 11. Petugas kembali ke tempat asal. 12. Menyanyi Lagu Kebangsaan 13. Menyanyi Lagu Pengakap Daerah 14. Membaca doa 15. AKELA memberi arahan "Senang diri" 16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain ISTIADAT RASMI ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
1. Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengahtengah bulatan dalam keadaan sedia. 2. AKELA berteriak "BENDERA" 3. Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera. 4. AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan. 5. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke belakang dan memberi hormat. 6. Semua yang hadir memberi hormat. 7. Petugas balik ke tempat asal. 8. Menyanyi lagu Pengakap 9. Membaca doa 10. Akela memberi arahan "SENANG DIRI" 11. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain. ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA
1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera. 2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. 3. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad. 4. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak n menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal. 5. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan. 6. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain. 7. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetulkan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
1. AKELA (Pemimpin) berteriak "PEK ..... " (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia) 2. AKELA (Pemimpin) berteriak "PEK,PEK,PEK .... " (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut "P ... E .... K .... " 3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bula telah sempurna PKK menjatuhkan tangan. 4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit. 5. AKELA merapatkan tangan ke paha>> a) PKK mencangkung. b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah. c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> 'A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK. d) Selepas sebutan "BAIK" PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas mencabar dengan hor kepada AKELA dengan kata-kata :- 'KAMU BUAT HABIS BAIK' 7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab 'KAMI BUAT HABIS BAIK' 8. AKELA membalas hormat PKK. 9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat. ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. MENUBUH KUMPULAN • Satu kumpulan bagi sebuah sekolah. • • Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. 2. BILANGAN ANGGOTA • Sekurang-kurangnya 18 orang; • Sebanyak-banyaknya 48 orang; • Dengan dua orang pemimpin; • Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada dua buah pasukan. 3.PENDAFTARAN • Gunakan beberapa jenis borang : • Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan), • Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) • Borang PPM 1B (Borang Kawalan) • Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM. PENGURUSAN PENTADBIRAN PENGAKAP
4. YURAN PENDAFTARAN Kumpulan/Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendaftaran : • Kumpulan(setahun) :RM 30 • Ahli Pengakap(1th.): RM 10 • Pemimpin/Pen. Pem.: RM 5 (setahun) Kumpulan/Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftarab tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap Kumpulan yg. tak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44 - 46 dan 47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya(peraturan 80) - Pengantungan itu sementara, P'jaya daerah maklumkan kpd. kuasa penganjur - memperbaharui keahlian kumpulan - segera. P'jaya daerah menarik balik surat penggangtungan kumpulan dan tauliah-tauliah peminpin setelah menerima borang pentadaftaran
5. TAULIAH PEMIMPIN Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliahe daripada PPM : • Tauliah Sementara; dan • Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepemimpinan Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain 6. KEGIATAN Semua kepada Skim Latihan yang dikeluarkan PPM: • Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah; • Program Latihan PM untuk pelajar Ting1 - 3; • Program Latihan PR untuk pelajar Ting 4 - 5; • Program Latihan PK untuk pelajar Ting 6 & remaja. Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/Pengetua); Ibu bapa/Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR 7. PENTADBIRAN KUMPULAN Ullaksanakan bien Kuasd penganjur (Guru Besar/Pengetua) dan pemimpin. Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa penganjur/ketua pemimpin bagi pihak pelajar. Anggota tidak dibenar menjalankan urusan pentadbiran. Pihak sekolah perlu memiliki/menyediakan satu fail pengakap
8. JAWATANKUASA KUMPULAN Jawatankuasa Kumpulan;(anggota 1 - 9 og. AJK ibu bapa, og.awam, guru sek, pemimpin/kuasa penganjur. Pengerusi, S/u dan bendahari di pilih antara mereka) • Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan;(pemimpin kumpulan - pengerusi, PK akan melantik - S/U,Semua pemimpin - J/K.) • Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol. (ketua-ketua patrol dan penolong-penolongnya). 9. TUGAS MAJLIS PEMIMPIN Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan. Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin Memeriksa stok alatan kumpulan. Membuat persediaan mengajar (Program latihan Mingguan) Memohon surat kebenaran Ibu Bapa/Penjaga jawapan daripada mereka hendaklah disimpan).
10. BUTIRAN PERIBADI ANGGOTA PENGAKAP • Nama dan no. kad pengenalan ahli; * Nombor pendaftaran; * Nama ibu bapa/penjaga; * Alamat dan no. telefon ibu bapa/penjaga; * Tarikh Lahir; * Bangsa dan Agama; * Kesihatan/Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan; Kecenderungan/Minat. 11 REKOD-REKOD • Rekod Kehadiran; > Rekod Prestasi (kegiatan, sijil, lencana); • Rekod Perancangan Semester dan Mingguan; > Rekod Kewangan; • Fail Surat-menyurat; • Fail Minit Mesyuarat; dan • Laporan Aktiviti. 12. BILIK PERJUMPAAN > Carta Organisasi; Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat); > Buku-buku Rujukan; > Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/ gajet/ikatan dan simpulan); > Peralatan Latihan; > Peralatan Perkhemahan; > Meja dan kerusi untuk bermesyuarat.