1 DRAF STANDARD TVET-TAHFIZ@KKDW Pengerusi panel pakar: Profesor Dr. Abdul Rahim bin Razalli Panel pakar: Dr. Sakinah binti Salleh Dr. Mohd Azlan bin Mohammad Hussain Profesor Dr. Azmil bin Hashim Profesor Madya Dr. Ridzwan bin Che Rus Profesor Madya Dr. Zaliza binti Hanapi Dr. Tajul Rosli bin Shuib Dr. Samsuddin bin Abd Hamid Dr. Nafisah binti Ilham Hussin Dr. Murihah binti Abdullah Pengurusan dan Teknikal: Encik Musa bin Jaafar Puan Nor Hayati binti Aziz Puan Masturiana binti Mohd Basri Puan Suhaida binti Mat Sukor Wakil agensi: GIATMARA Institut Kemahiran MARA (IKM) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) PERDA-TECH Kolej KEDA Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Pusat Ulul Albab Aras 2, Bangunan Bitarasiswa Kampus Sultan Abdul Jalil Shah 35900 Tanjung Malim, Perak
2 ISI KANDUNGAN Prakata 3 Glosari 4 Senarai singkatan 5 1. PENGENALAN 6 2. MATLAMAT PROGRAM 8 3. HASIL PEMBELAJARAN 9 4. REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM 11 5. PENILAIAN PEMBELAJARAN PELAJAR 19 6. PEMILIHAN PELAJAR 22 7. STAF AKADEMIK 23 8. SUMBER PENDIDIKAN 23 9. PEMANTAUAN, SEMAKAN PROGRAM DAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN 25 10. KEPIMPINAN, GOVERNAN DAN PENTADBIRAN 28 Kesimpulan 29 Lampiran 30 Lampiran 1- Kerangka Konseptual TVET-TAHFIZ@KKDW Lampiran 2 - Model-model pelaksanaan program TVET-TAHFIZ@KKDW Rujukan 31
3 PRAKATA Standard dalam pendidikan TVET-TAHFIZ merupakan satu permulaan yang baik dalam memastikan penawaran pengajian TVET-TAHFIZ yang seragam dan berstruktur. Ia membantu memastikan institusi pendidikan TVET-TAHFIZ khususnya di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebagai salah satu pendokong utama pengajian TVET-TAHFIZ di Malaysia bagi menawarkan pengajian TVET-TAHFIZ yang berkualiti dan konsisten. Standard penawaran pengajian TVET-TAHFIZ@KKDW ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti dan kredibiliti institusi-institusi pendidikan TVETTAHFIZ pada mata masyarakat. Selain itu, standard penawaran pengajian TVETTAHFIZ@KKDW dapat membantu memelihara pendidikan Islam dan Al-Quran dalam hati pelajar. Standard ini boleh dijadikan rujukan bagi mana-mana institusi lain yang berhasrat menawarkan pengajian TVET-TAHFIZ sama ada di dalam atau luar negara.
4 GLOSARI Tenaga pengajar Guru, guru tahfiz, pensyarah TVET-TAHFIZ@KKDW Model pembelajaran yang berintegrasikan pendidikan TVET dan pendidikan tahfiz (tidak termasuk pengajian pondok atau kitab turath) di institusi-institusi latihan TVET di bawah KKDW TVET-TAHFIZ Model pengajian di mana pelajar-pelajar TVET diintegrasikan dengan pendidikan Tahfiz TAHFIZ-TVET Model pengajian di mana pelajar-pelajar tahfiz diintegrasikan dengan pendidikan TVET Muqarrar Sukatan hafazan dalam pengajian Tahfiz
5 SENARAI SINGKATAN COPTPA - Code of Practice for TVET Programme Accreditation CQI - Continuous Quality Improvement JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JPK - Jabatan Pembangunan Kemahiran KKDW - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah MARA - Majlis Amanah Rakyat MQA - Malaysian Qualifications Agency PdP - Pengajaran dan Pembelajaran SKM - Sijil Kemahiran Malaysia TVET - Technical and Vocational Education and Training
6 1. PENGENALAN Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)-Tahfiz di Malaysia merupakan pendekatan unik pendidikan Islam tradisional dengan bidang praktikal pembangunan kemahiran vokasional. Program TAHFIZ-TVET mengintegrasikan pengajian Islam dengan latihan teknikal dan vokasional, menawarkan pelajar pengalaman pendidikan holistik yang menggabungkan ajaran agama dengan kemahiran amali yang berkaitan dengan pelbagai industri. Di Malaysia, institusi TAHFIZ-TVET bukan sahaja menekankan hafazan dan pembacaan al-Quran tetapi juga melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknikal yang berharga. Pendekatan inovatif ini bertujuan untuk menyediakan individu untuk cemerlang dalam kedua-dua pengajian agama dan kerjaya praktikal, memupuk pendidikan seimbang yang memenuhi tuntutan dunia moden. Dengan menggabungkan ajaran Islam tradisional dengan pendidikan teknikal, program TVET-TAHFIZ di Malaysia berusaha untuk melahirkan graduan yang serba boleh yang bukan sahaja mahir dalam ilmu agama tetapi juga mahir dalam pelbagai bidang vokasional. Pendekatan ini bukan sahaja memelihara warisan pendidikan Islam yang kaya tetapi juga melengkapkan pelajar dengan kepakaran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam landskap profesional hari ini, menyumbang secara bermakna kepada masyarakat sambil menegakkan nilai dan prinsip agama mereka. Standard ini dibangunkan sebagai panduan bagi melaksanakan program-program pengajian TVET-TAHFIZ di institusi-institusi pengajian di bawah KKDW. Standard ini merujuk kepada punca kuasa Akta 652 dan Akta 555. Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Akta 652) adalah akta yang diletak di bawah bidang kuasa Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Akta ini menggalakkan, melalui latihan kemahiran, pembangunan dan penambahbaikan keupayaan seseorang, yang diperlukan untuk kerjaya; dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) adalah untuk mengawal selia ehwal penubuhan, pendaftaran, pengurusan (penawaran kursus, tenaga pengajar dsb) dan penutupan IPTS. Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat (BPI) bertanggungjawab untuk memantau perkhidmatan IPTS bagi memastikan pengoperasiannya selaras dengan dasar Kementerian serta mematuhi segala peruntukan perundangan yang termaktub di dalam Akta 555.
7 2. LATAR BELAKANG TVET-TAHFIZ@KKDW merupakan satu model pembelajaran yang berintegrasikan pendidikan TVET dan pendidikan tahfiz (tidak termasuk pengajian pondok atau kitab turath) di institusi-institusi latihan TVET di bawah KKDW seperti Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT-MARA) (GMI, MJII, IKM, KKTM), PERDA-Tech, UniKL, GIATMARA dan Kolej KEDA. Program TVET-TAHFIZ terbahagi kepada dua iaitu TVET-Tahfiz dan Tahfiz-TVET. TVET-TAHFIZ merupakan satu model di mana pelajar-pelajar TVET diintegrasikan dengan pendidikan Tahfiz. TAHFIZ-TVET pula merupakan satu model di mana pelajar-pelajar tahfiz diintegrasikan dengan pendidikan TVET. Rajah 2.1 berikut… Rajah 2.1: Ilustrasi perbandingan antara TVET-TAHFIZ dan TAHFIZ-TVET
8 3. MATLAMAT PROGRAM Pelaksanaan program yang menggabungkan elemen tahfiz di beberapa agensi TVET KKDW bermatlamat melahirkan pelajar dengan model Skillful Huffaz, Kamil Personality, Innovative Muslim. Matlamat program TVET-Tahfiz adalah untuk melahirkan huffaz profesional berkemahiran yang menyumbang kepada komuniti. Huffaz profesional berkemahiran mempunyai nilai profesional berpaksikan Islam, Iman dan Ihsan dengan menggabungkan ilmu duniawi dan ukhrawi yang meliputi elemen Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Bagi mencapai matlamat menghasilkan Huffaz Profesional, institusi TVET boleh melaksanakan program secara berstruktur dalam program sedia ada. Selain itu, program TVET-TAHFIZ@KKDW boleh dilaksanakan dalam bentuk kerjasama antara institusi TVET dan institusi Tahfiz. Program tersebut hendaklah meletakkan piawaian pencapaian pelajar melalui persefahaman bersama (contoh: MoU atau MoA) supaya setiap institusi dapat memainkan peranan dan tanggungjawab berdasarkan kapasiti institusi masing-masing. Persefahaman bersama boleh dirancang dalam beberapa perkara: a) Tadbir Urus program (Contoh: Lantikan penyelaras) b) Penjadualan (Jam pembelajaran) c) Kewangan (Yuran pengajian) d) Sumber manusia (Tenaga pengajar, kakitangan sokongan) e) Infrastruktur dan Infostruktur 3.1 Model TVET-TAHFIZ@KKDW Bagi melaksanakan TVET-TAHFIZ@KKDW, beberapa elemen perlu diambil kira seperti elemen pengurusan, matlamat, hasil pembelajaran, kurikulum, pentaksiran, sumber pendidikan infostruktur dan infrastruktur, penyelidikan dan penambahbaikan berterusan dalam melahirkan Huffaz Profesional yang seimbang. Setiap elemen perlu dipertimbangkan oleh setiap institusi TVET@KKDW sebelum dan semasa pelaksanaan TVET-TAHFIZ@KKDW mengikut model seperti pada Rajah 2.2:
9 Rajah 3.1 Model TVET-TAHFIZ@KKDW 4. HASIL PEMBELAJARAN Pendidikan (Tarbiyyah) bermaksud membina potensi individu dari suatu tahap ke tahap yang lain sehingga mencapai tahap kesempurnaan setiap individu. (Raghib Isfahani) Hasil pembelajaran merupakan elemen penting sebagai landasan pelaksanaan kurikulum pendidikan TVET-TAHFIZ. Pernyataan hasil pembelajaran membantu pengajar mengukur pencapaian pelajar menguasai pembelajaran dan latihan. Pernyataan hasil pembelajaran juga membantu tenaga pengajar merancang aktiviti dan teknik pembelajaran serta latihan yang sesuai dengan keupayaan pelajar. Pengukuran perkembangan hasil pembelajaran juga menjadi penanda aras bagi perancangan lanjutan institusi pendidikan dari masa ke masa untuk meningkatkan jaminan kualiti pendidikan dan latihan institusi TVET-TAHFIZ. Hasil pembelajaran bagi
10 pengajian TVET-TAHFIZ@KKDW sama ada di peringkat sijil, pra siswazah dan pasca siswazah secara umumnya bertujuan mencapai keupayaan-keupayaan dan kemahiran-kemahiran berikut: a. Pengetahuan dan pemahaman b. Kemahiran kognitif c. Kemahiran menghafaz Al-Quran d. Kemahiran interpersonal e. Kemahiran komunikasi f. Kemahiran digital g. Kemahiran numerasi h. Kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab i. Kemahiran keperibadian j. Kemahiran keusahawanan k. Etika dan profesionalisme Institusi TVET yang mengintegrasikan pembelajaran Tahfiz dalam program TVET perlu berusaha untuk menetapkan matlamat pembelajaran untuk program Tahfiz. Matlamat Program TVET-TAHFIZ perlu mencapai hasil pembelajaran untuk melahirkan huffaz profesional berkemahiran berdasarkan beberapa tahap berikut: a) Membaca ayat-ayat Al-Quran secara tartil b) Menghafaz sebahagian atau keseluruhan ayat Al-Quran Tahap pencapaian Hafazan: a. Lanjutan (30 Juzuk) b. Pertengahan (minimum 20 Juzuk) c. Permulaan (minimum 10 Juzuk) d. Asas Juzuk ke-30 & surah-surah pilihan c) Menulis sebahagian atau keseluruhan ayat Al-Quran d) Mengetahui terjemahan ayat Al-Quran e) Memahami sebahagian atau keseluruhan ayat Hafazan Al-Quran f) Mengaplikasikan kefahaman terhadap ayat Hafazan Al-Quran dalam kehidupan seharian g) Menyebarkan kefahaman Islam dan menjadi contoh teladan sebagai huffaz profesional kepada masyarakat
11 Rajah 4.1 Piramid Hasil Pembelajaran TVET TAHFIZ@KKDW 5. REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM ه ُّ ِفقْه بِالتَّفَق ْ َ َوال م ُّ ل ُم بِالتَّعَ ْ ِعل ْ َما ال َها النَّا ُس إنَّ ُّ ي يَا أ ِِ َ “Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan tafaqquh (memahaminya).” -Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (395) 5.1 Tahap pengajian TVET Terdapat pelbagai tahap pengajian yang ditawarkan oleh institusi TVET. Ini merangkumi pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Terdapat tiga (3) jenis sijil yang ditawarkan oleh institusi TVET@KKDW: 1. Sijil profesional yang dikeluarkan oleh institusi di bawah KKDW. 2. Sijil dikeluarkan di bawah Akta 652 Pembangunan Kemahiran Kebangsaan, Kementerian Sumber Manusia yang meliputi SKM tahap 1 hingga 5. 3. Sijil dikeluarkan di bawah Akta 555 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pendidikan Tinggi. Program-program TVET-TAHFIZ menggunapakai dan mematuhi Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) (JPK) dan Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA). 5.1.1 Sijil Program pada tahap sijil bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran asas TVET. Program sijil juga bertujuan untuk memberikan latihan asas melalui pendekatan teradun termasuk pengetahuan praktikal dalam pengendalian sekolah, tadika dan pusat bimbingan/tuisyen serta kefahaman awal teori yang mendasarinya.
12 Ia turut bertujuan menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas untuk melaksanakan tugasan di bawah penyeliaan langsung di kawasan kerja untuk bekerja dan/atau belajar. Selain itu pelajar juga berupaya melaksanakan kerja secara berpasukan serta mengupayakan kemahiran komunikasi interpersonal, bersosial dan bertanggungjawab. Objektif program pada tahap sijil (tahap 1 - tahap 5) adalah untuk mendidik dan melatih pelajar supaya menjadi graduan yang dapat: 1. Memperoleh kefahaman pengetahuan asas subjek tertentu; 2. Mengaplikasikan pengetahuan kandungan pedagogi subjek tertentu dalam konteks pengajaran-pembelajaran; 3. Memperoleh, menghayati dan mengaplikasikan kemahiran umum pengajaran dan pembelajaran; 4. Memperoleh, menghayati dan mengaplikasikan nilai dan amalan profesional yang positif; dan 5. Membangunkan pengetahuan am dan bakat serta potensi individu sepenuhnya secara berterusan dan inkremental. Berikut merupakan maklumat umum pengajian tahap sijil: a. Sijil dikeluarkan oleh institusi TVET KKDW b. Tempoh pengajian: Disesuaikan mengikut keperluan program setiap institusi c. Jam pembelajaran: minimum 460 jam Tahap Satu a. Menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas untuk menjalankan tugas yang sangat rutin di bawah penyeliaan langsung di kawasan kerja untuk bekerja dan/atau belajar. b. Membangunkan kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi interpersonal serta bertanggungjawab dari segi sosial dan etika. c. Menyemai keinginan terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya. Tahap Dua a. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas untuk menjalankan tugas rutin dan bukan rutin di bawah pengawasan rapi di kawasan kerja untuk bekerja dan/atau belajar. b. Membangunkan kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi interpersonal serta bertanggungjawab dari segi sosial dan etika. c. Menyemai keinginan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya. Tahap Tiga a. Menyediakan pelbagai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus untuk menjalankan pelbagai tugas rutin dan bukan rutin di bawah penyeliaan sederhana di kawasan kerja untuk bekerja dan/atau belajar. b. Membangunkan kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi interpersonal serta bertanggungjawab dari segi sosial dan etika.
13 c. Menyemai keinginan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya. 5.1.2 Diploma Program TVET pada tahap diploma bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan meluas dan kemahiran peringkat pertengahan ke tinggi serta autonomi yang sesuai dalam TVET. Program peringkat Diploma juga berhasrat untuk menyediakan pendidikan dan latihan meluas dengan pendekatan pembangunan teradun yang merangkumi pengetahuan pengurusan dan pentadbiran dalam pengendalian sekolah, tadika dan pusat latihan dengan pemahaman yang sentiasa mengalami evolusi mengenai teori yang mendasari disiplin pendidikan. Pengajian pada peringkat ini bertujuan menjadikan pelajar mampu menggunakan pelbagai pengetahuan dan kemahiran teori dan teknikal untuk menjalankan pelbagai tugas rutin dan bukan rutin yang kompleks dengan penyeliaan minimum di kawasan kerja untuk kerja dan/atau belajar. Selain itu pelajar juga boleh melaksanakan kerja secara berpasukan dan boleh komunikasi secara interpersonal serta bertanggungjawab dari segi sosial dan etika. Pelajar juga berupaya menanamkan keinginan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya. Objektif program pada tahap diploma ini adalah untuk mendidik dan melatih pelajar-pelajar supaya dapat: 1. Mengaplikasikan pengetahuan berasas luas tentang subjek tertentu dan kemahiran praktikal dalam persekitaran pendidikan; 2. Berkomunikasi, menerajui, melibatkan diri dan menyumbang secara berpasukan dalam tugas penyelesaian masalah dalam persekitaran pendidikan; 3. Menggunakan maklumat dengan berkesan dan memperoleh kemahiran pentadbiran yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan; 4. Membangunkan pengetahuan am dan bakat individu dan potensi peribadi sepenuhnya secara berterusan dan inkremental; dan 5. Menjadi komited sepenuhnya terhadap profesion dan membangunkan tanggungjawab terhadap masyarakat. Berikut merupakan maklumat umum pengajian tahap diploma: a. Pengajian peringkat SKM Tahap 4 b. Jam pembelajaran: Memenuhi syarat jam pembelajaran berdasarkan keperluan bidang yang dinyatakan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Nasional (National Occupational Skill Standard - NOSS) c. Mod Pengajian: Sepenuh masa/ Separuh masa
14 5.1.3 Diploma Lanjutan Pelaksanaan latihan yang melibatkan 70% latihan praktikal ini mendapat pengiktirafan bukan sahaja di dalam sektor kerajaan malah turut diterima baik di industri. Untuk makluman, Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang digunakan dalam pelaksanaan latihan telah dibangunkan sendiri oleh pakar-pakar dari industri. 5.1.4 Ijazah Sarjana Muda Suatu program pendidikan pada tahap sarjana muda bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang mendalam dan pada masa yang sama memupuk kapasiti autonomi profesional dan intelektual yang tinggi, keupayaan menyesuaikan diri dan serba boleh dalam pengajian TVET-TAHFIZ. Program sedemikian juga berhasrat untuk memberi pendidikan dan latihan lanjutan dengan pendekatan yang teradun yang merangkumi pengetahuan pengurusan dan pentadbiran berkaitan industri berdasarkan kefahaman teori yang mendasari. Program ijazah juga bertujuan melahirkan pelajar yang mampu berhadapan dengan cabaran sepanjang pengalaman di dalam industri, mengurus dan menyelia keadaan, bagi membiasakan mereka dengan pengetahuan yang berkaitan, sesuai dan berasaskan penyelidikan yang penting dalam lapangan industri yang berbeza. Ini bersesuaian dengan kehendak industri yang memerlukan tenaga profesional yang berkualiti, berkepimpinan tinggi dan berdaya saing. Peringkat pengajian ini menyediakan pengetahuan mendalam serta kemahiran teori dan teknikal yang jelas untuk diaplikasikan ke dalam pelbagai tugas-tugas kompleks dan di luar jangkaan dengan autonomi dan rasa tanggungjawab dalam bidang pekerjaan untuk kerja dan/atau pengajian. Pelajar juga berupaya membina kemahiran berkomunikasi dalam organisasi secara berkesan dan bertanggungjawab dari segi sosial dan etika. Selain itu pelajar disemai dengan keinginan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya. Objektif program pada tahap sarjana muda ini adalah untuk mendidik dan melatih pelajar yang dapat: 1. Memperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan yang koheren dan terperinci dan memahami nilai asas dan prinsip rangka kerja kurikulum yang relevan dalam sistem persekolahan; 2. Memperoleh dan mengaplikasikan kefahaman konseptual kepelbagaian latar belakang, personaliti pelajar, kerumitan proses pendidikan daripada peringkat asas hinggalah yang tertinggi; 3. Meneroka dan mewujudkan peluang dan kemungkinan dalam melaksanakan program pendidikan yang inovatif, relevan, dan
15 mendemonstrasikan, menegakkan serta menghargai etika dan kod profesional amalan dan nilai profesion; 4. Memulakan dan memupuk hubungan yang positif dan produktif dengan keluarga dan masyarakat serta menunjukkan keupayaan untuk melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan sumbangan sepanjang hayat; 5. Memperoleh, mengaplikasikan dan melaksanakan tindakan kepimpinan profesional selaras dengan tanggungjawab yang diberikan atau dimulakan oleh bakal profesional; 6. Secara berterusan dan inkremental dalam membangunkan pengetahuan am, bakat dan personaliti individu sepenuhnya; dan 7. Membangun dan mengasah kompetensi penyelidikan, kreativiti, inovasi dan reka cipta. Berikut merupakan maklumat umum pengajian tahap diploma: a) Mengikut struktur pengajian yang diakreditasi oleh MQA b) Tempoh pengajian: Minimum 3-4 tahun
16 Rajah 5.1 Artikulasi Program TVET TAHFIZ@KKDW 5.2 Mod Pengajian Pengajian peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda boleh dilaksanakan secara: a) Sepenuh masa b) Separuh masa 5.3 Pelaksanaan pembelajaran Tahfiz dalam program TVET Institusi TVET yang melaksanakan pembelajaran tahfiz perlu menyediakan kerangka meliputi tahap pencapaian tahfiz; kaedah pelaksanaan pembelajaran tahfiz; dan, strategi pengajaran dan pembelajaran tahfiz. 5.3.1 Tahap pencapaian Tahfiz Program boleh dirangka dengan menentukan pencapaian pelajar berdasarkan empat (4) tahap berikut: a. Lanjutan (30 Juzuk) b. Pertengahan (20 Juzuk) c. Permulaan (10 Juzuk) d. Asas Juzuk ke-30 & surah-surah pilihan
17 5.3.2 Kaedah pelaksanaan pembelajaran Tahfiz Program perlu dilaksanakan mengikut agihan jam pembelajaran yang sesuai antara pengajian Tahfiz dan TVET. Agihan jam pembelajaran boleh ditentukan berdasarkan muqarrar (silibus) dalam institusi masing-masing. Contoh muqarrar adalah seperti dalam Jadual 5.1 berikut: SEM SURAH HAFAZAN KPI PENINGKATAN JUZU’ BULAN MINGGU HARI 1 4 Juzu’ Surah al-Sajadah Surah al-Insan 1 juzu’ 5 muka surat 1 muka surat 2 4 Juzu’ Surah al-Yaasin Surah al-Mulk 3 4 Juzu’ 4 4 Juzu’ 5 4 Juzu’ Jadual 5.1 Muqarrar program TVET-TAHFIZ@KKDW 5.3.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Tahfiz Pembelajaran TVET-TAHFIZ menekan penggunaan pelbagai strategi PdP digunakan untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Keberkesanan PdP bergantung kepada kreativiti pengajar merancang, mengolah dan melaksanakan pendekatan, kaedah serta teknik secara bersepadu dan sistematik. PdP yang berpusatkan pelajar menggalakkan penglibatan yang aktif dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik. Pembelajaran secara hands-on dan berpusatkan pelajar amat ditekan dalam proses tersebut. Antara strategi yang dicadangkan adalah seperti berikut: 1. Talaqqi dan Musyafahah Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara pengajar berhadapan dengan pelajar atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan bacaan ayat alQuran sebagai bacaan contoh dan meminta pelajar mendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh pengajar beberapa kali, pengajar meminta pelajar membacanya dan pengajar mendengar dengan teliti dan membetulkan bacaan pelajar sama ada dari segi makhraj dan hukum tajwid. Pengajar juga perlu merancang dan melaksanakan pentaksiran bagi mengesan pencapaian mengikut kebolehan pelajar masing-masing. Daya kreativiti dan inovatif pelajar perlu dibangunkan ke tahap optimum supaya pelajar mampu menyumbang ke arah pembangunan agama, masyarakat, bangsa dan negara.
18 Untuk melaksanakan pendekatan elemen merentas kurikulum, pengajar perlu kreatif untuk menjana idea pelajar dalam mengaitkan ilmu dalam Al-Quran dengan ilmu sains, teknologi dan kemanusiaan. 2. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Strategi PdP dalam TVET-TAHFIZ haruslah berpusatkan pelajar bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Dalam strategi ini, pelajar bertanggungjawab (autonomous) atas pembelajaran masing-masing berdasarkan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator manakala dalam sebahagian besar pembelajaran, pelajar yang perlu aktif dalam menghafaz al-Quran. 3. Pembelajaran Berasaskan Projek Pelajar menggunakan maklumat sedia ada dan baharu untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan pelajar-pelajar mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Hal ini juga dapat membantu pengajar menilai perkembangan atau kualiti pembelajaran pelajar. Pelajar lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu produk. 4. Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan mind-on. Pembelajaran berlaku apabila pelajar berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerevelenan pembelajaran dalam kehidupan mereka. 5. Pembelajaran Masteri Pembelajaran ini memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran dalam sesuatu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini dipecahkan kepada beberapa unit kecil untuk mudah dikuasai. Pelajar mesti menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain. 6. Pembelajaran Luar Bilik Darjah Aktiviti kurikulum yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara terancang dan berstruktur serta berpusatkan pelajar. Kaedah ini dapat mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap konsep yang dipelajari semasa di dalam bilik darjah, memberi pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan.
19 7. Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktivisme ialah suatu kaedah pembelajaran yang menggalakkan pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan ilmu pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu. Pembelajaran ini menjadikan pelajar lebih faham, yakin dan seronok belajar dan mengamalkan sepanjang hayat. 8. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Pelajar berperanan merancang dan menjalankan aktivit pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara aktif untuk mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai aktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal, berbincang, membuat rujukan dan kaji siasat. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan dalam pelbagai teknik pembelajaran seperti kerja projek, simulasi, lawatan, main peranan dan kuiz. 6. PENILAIAN PEMBELAJARAN PELAJAR "Sistem pendidikan yang bijaksana setidaknya akan mengajarkan kita betapa sedikitnya yang belum diketahui oleh manusia, seberapa banyak yang masih harus ia pelajari". - Sir John Lubbock Penilaian pembelajaran adalah proses yang penting digunakan untuk mengukur perkembangan dan kemahiran pelajar dalam konteks pembelajaran dan latihan. Ini membantu tenaga pengajar menentukan sejauh mana objektif pembelajaran telah dicapai untuk tujuan intervensi seterusnya. Penilaian membantu pengajar memantau perkembangan pelajar sepanjang tempoh pembelajaran. Dengan mengikuti perkembangan dari masa ke masa, pengajar dapat mengenal pasti perkembangan pelajar secara individu secara interaktif. Penilaian yang betul dapat memberikan motivasi kepada pelajar secara lebih efektif. Hasil penilaian yang sah dan boleh dipercayai dapat digunakan untuk menentukan keputusan akhir pengajian pelajar sebelum dianugerahkan sebarang sijil. Pengajar juga dapat menggunakan analisis penilaian untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan program-program berkaitan yang dilaksanakan dalam menjayakan penyampaian kandungan kurikulum. Secara tidak langsung ini juga menjadi salah satu kaedah menentukan pencapaian pengajar dalam mengendalikan kursus-kursus yang dikendalikan. Penilaian Berasaskan Kompetensi Penilaian berasaskan kompetensi adalah pendekatan penilaian yang menekankan kemahiran dan kebolehan individu dalam konteks kerja sebenar atau situasi praktikal.
20 Berbanding dengan penilaian tradisional yang mungkin menumpukan kepada ujian bertulis atau ujian pengetahuan, penilaian berasaskan kompetensi lebih menitikberatkan pada pengukuran kemahiran praktikal dan prestasi sebenar individu. Ciri-ciri utama penilaian berasaskan kompetensi termasuk: Pengukuran Kemahiran Praktikal: Penilaian ini melibatkan situasi-situasi nyata yang memerlukan penggunaan kemahiran dan pengetahuan yang relevan dengan konteks pekerjaan atau bidang tertentu. Penggunaan Projek atau Tugasan: Individu mungkin dinilai melalui projek-projek khusus atau tugasan-tugasan yang mensimulasikan tugas-tugas dalam dunia sebenar. Portfolio: Penilaian berasaskan kompetensi boleh melibatkan pembangunan dan penyelenggaraan portofolio yang memaparkan bukti kemahiran dan pencapaian individu. Penilaian Berterusan: Proses penilaian ini mungkin berlaku sepanjang tempoh tertentu dan bukan hanya pada satu ketika. Ini memberikan gambaran menyeluruh tentang perkembangan kemahiran sepanjang masa. Ujian Kemahiran Praktikal: Ujian ini mungkin merangkumi situasi sebenar di mana individu perlu menunjukkan kemahiran mereka secara langsung. Penilaian berasaskan kompetensi sering digunakan dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam latihan kemahiran, pendidikan vokasional, dan sektor industri di mana kemahiran praktikal dan pengalaman dalam situasi sebenar memainkan peranan penting. Pendekatan ini membantu memastikan bahawa individu dilatih dan dinilai dengan cara yang mencerminkan persediaan mereka untuk menyertai pasaran pekerjaan atau bidang tertentu. 6.1 Penilaian Hafazan Institusi TVET yang mengintegrasikan pembelajaran Tahfiz perlu merancang kaedah pentaksiran yang holistik untuk pencapaian Tahfiz. Secara umumnya, pelajar akan dinilai berdasarkan dua (2) kaedah: a. Penilaian berterusan (harian atau mingguan) i. Pencapaian pelajar direkodkan dalam Dokumen Pelajar b. Penilaian akhir (Peperiksaan) Komponen penilaian perlu dibina sejajar dengan penetapan hasil pembelajaran program yang dicadangkan oleh institusi TVET. Terdapat tiga (3) komponen utama dalam penilaian pembelajaran Tahfiz.
21 a. Ujian Syafawi Ujian syafawi ialah ujian hafazan lisan yang dilaksanakan secara sistematik terhadap sebahagian atau keseluruhan ayat Al-Quran. Terdapat beberapa tahap pencapaian pelajar iaitu: i. Lanjutan (30 Juzuk) ii. Pertengahan (20 - 29 Juzuk) iii. Permulaan (10 - 19 Juzuk) iv. Asas Juzuk ke-30 & surah-surah pilihan b. Ujian Tahriri Ujian tahriri ialah ujian hafazan secara bertulis yang dilaksanakan secara sistematik terhadap sebahagian atau keseluruhan ayat Al-Quran. c. Asas Pengajian Islam Penilaian terhadap pengetahuan asas dalam bidang pengajian Islam seperti Al-Quran, Hadis, Akidah, Fekah, Sirah dan Akhlak. 6.2 Penilaian TVET dan Asas Pengajian Islam 1. Kaedah penilaian a. Kerja Kursus, Tugasan, Kuiz, Laporan Bertulis b. Jenis-jenis laporan lain i. Jurnal, Log, Projek-projek, Individu/Kumpulan, Panjang/Pendek; dan Lain-lain ii. Penyertaan Kelas, Aktiviti Kumpulan, Pembentangan, Portfolio iii. Cara yang sah dan boleh dipercayai, kreatif dan inovatif untuk menilai kemahiran bukan akademik pada tahap pencapaian, penyempurnaan dan kejayaan yang berbeza; dan iv. Penilaian berasaskan kompetensi harus digunakan mengikut kesesuaian. 2. Cadangan Penilaian mengikut Domain Pembelajaran a. Domain Kognitif i. Kuiz, Ujian bertulis, Ujian lisan, Soal jawab,Peperiksaan b. Domain Afektif i. Rubrik Kemahiran Insaniah, Senarai semak ii. Protokol pemerhatian c. Domain Psikomotor i. Ujian Amali/Praktikal ii. Ujian Kompetensi
22 7. PEMILIHAN PELAJAR "Pendidikan bukan persiapan untuk hidup tapi pendidikan adalah hidup itu sendiri" - John Dewey Pemilihan pelajar perlu dilakukan dengan betul mencakupi aspek-aspek tertentu seperti minat, pencapaian akademik dan kebolehan. Institusi perlu mempunyai objektif yang jelas agar pengambilan pelajar berfokus dan tidak bias. Pemilihan pelajar perlulah mengutamakan kebajikan pelajar. Pemilihan pelajar yang betul menjadi prasyarat bagi memastikan calon yang terpilih memenuhi kelayakan dan potensi menamatkan pengajian dalam bidang yang dipilih. Untuk itu, pelajar-pelajar TVETTAHFIZ perlu menepati syarat-syarat umum dan khusus seperti yang berikut: Syarat Umum 1. Warganegara Malaysia 2. Berumur 15 tahun hingga 45 tahun 3. Penawaran program disesuaikan mengikut kelulusan akademik: 4. Lepasan tingkatan 3 5. Lepasan tahfiz tanpa SPM 6. Lepasan Tahfiz dengan SPM 7. Sijil Tahfiz Sekolah (tanpa pengiktirafan mana-mana agensi kerajaan) *Fast track SPM sebelum pengajian (tertakluk pada pertimbangan institusi) *Fast track SPM semasa pengajian (tertakluk pada pertimbangan institusi) 8. Ujian Kemasukan (Saringan minat atau/dan hafazan) 9. Memenuhi apa-apa syarat ditetapkan oleh institusi TVET berkaitan 10. Sihat tubuh badan Syarat Khusus Ujian Kemasukan 1. Menyediakan protokol ujian / Ujian khas kemasukan ke program Tahfiz-TVET 2. Ujian Psikometrik 3. Artikulasi (Bridging Program) TVET-TAHFIZ TAHFIZ-TVET Laluan dengan SPM Laluan dengan SPM Mengikut syarat kemasukan program sedia ada Mengikut syarat kemasukan program sedia ada Laluan tanpa SPM Laluan tanpa SPM GIATMARA (Sijil profesional GIATMARA dan SKM) -3M -Sihat tubuh badan GIATMARA (Sijil profesional GIATMARA dan SKM) -3M -Sihat tubuh badan -Minimum hafazan 5 juzuk
23 IKM (SKM) -Minimum hafazan 10 juzuk -Sihat tubuh badan -Minimum umur 17 tahun-45 tahun 8. STAF AKADEMIK َمهُ َّ ْرآ َن َو َعل القُ َ م َّ ل َخْي ُر ُكْم َم ْن تَعَ “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari (5027)] “Kualiti staf akademik adalah salah satu komponen yang amat penting dalam memastikan kualiti pendidikan tinggi. Oleh itu, segala usaha perlulah diambil bagi memastikan dasar berhubung pengambilan staf yang tepat dan berkesan, perkhidmatan, pembangunan dan penilaian tenaga akademik yang kondusif terhadap produktiviti staf” (COPPA, 2010, ms.29). Bagi memastikan pelaksanaan program TVET-TAHFIZ yang baik, institusi pendidikan perlu memiliki staf akademik yang memenuhi syarat-syarat berikut. Syarat-syarat lantikan guru TVET-TAHFIZ: a) Lulus SPM b) Memiliki kelayakan akademik minima diploma pengajian tahfiz atau setara dengannya atau c) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan setara dengannya d) Memiliki ikhtisas pendidikan atau yang setara (sijil pedagogi tahfiz) tertakluk kepada pengurusan tertinggi institusi atau pihak berkuasa melantik e) Nisbah Guru Tahfiz: Pelajar (1:10), Pengajar TVET: Pelajar (1:10) f) Lantikan adalah secara tetap 9. SUMBER PENDIDIKAN Sumber-sumber pendidikan adalah segala hal atau prasarana yang diperlukan dalam proses pembelajaran dan latihan. Sumber pendidikan membantu pelajar belajar dan menjalani latihan serta mengembangkan bakat pelajar. a) Kewangan Peruntukan khusus TVET-TAHFIZ yang tetap dan mencukupi untuk kakitangan, prasarana fizikal (ruang pengajaran dan pembelajaran, dan peralatan), infostruktur teknologi maklumat dan komunikasi, sokongan penyelidikan, bahan, dan bekalan, di mana semua ini boleh secara berasingan atau kolektif, dan secara kumulatif, menyumbang kepada kelestarian program (belanja mengurus dan belanja pembangunan, emolumen)
24 b) Kepakaran pendidikan TVET-TAHFIZ Pakar pendidikan dan pakar pengkhususan yang tersedia dan digunakan untuk merancang program seperti mereka bentuk dan mengkaji semula kurikulum, memilih isi kandungan yang relevan, membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memberi nasihat tentang kaedah penilaian, membina keupayaan staf. c) Prasarana fizikal Institusi pendidikan wajib memastikan peruntukan prasarana asas seperti berikut: a. Kemudahan fizikal yang sesuai, selamat dan mencukupi (bilik kuliah, bilik tutorial, makmal sains, makmal komputer, bengkel, bilik pengajaran mikro, ruang koridor) untuk pembelajaran, kemudahan rekreasi dan sukan, pejabat akademik dan wifi kafeteria kampus dan sebagainya) yang mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan, kemudahan dan akses ICT dan infostruktur harus dipertingkatkan secara berterusan. b. Sistem keselamatan yang bersesuaian wajib diwujudkan untuk memastikan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk semua. c. Infostruktur yang sesuai dan terkini wajib disediakan untuk memastikan setiap warga pelajar mempunyai akses kepada perkhidmatan teknologi dan digital. d. Harus ada unsur-unsur estetik yang sesuai, dalam dan luar, yang meningkatkan kesesuaian persekitaran fizikal pengajaran dan pembelajaran, termasuk kebersihan secara menyeluruh (terutamanya, kemudahan tandas, kafeteria dan ruang komuniti) dan penyelenggaraan persekitaran fizikal yang ditanda aras dengan standard kesihatan antarabangsa yang tertinggi. e. Perkongsian sumber dalam kalangan institusi pendidikan digalakkan untuk memajukan pendidikan pelbagai disiplin dan transdisiplin serta membawa manfaat kepada staf, pelajar, institusi dan negara. Perkongsian adalah berdasarkan persetujuan bersama antara semua pihak yang terlibat. d) Kelas Tahfiz Pelaksanaan modul tahfiz dijalankan di kelas-kelas yang dikhususkan untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar tahfiz. e) Surau Kemudahan surau untuk aktiviti muraja’ah dan menghafal. f) Kegiatan ko-kurikulum Penglibatan pelajar dalam aktiviti pembangunan insaniah seperti sebagai imam, menyampaikan tazkirah atau ceramah dan aktiviti-aktiviti kerohanian. g) Perpustakaan / Pusat Sumber dan Sumber Pembelajaran Perpustakaan institusi pendidikan wajib menyediakan sumber pembelajaran dan bahan rujukan yang berkaitan dengan pengajian Quran dan tahfiz.
25 h) Teknologi Maklumat dan Komunikasi Institusi pendidikan wajib menyediakan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) (infostruktur) yang mencukupi bagi kedua-dua program semasa dan perubahan program yang dijangka dalam masa terdekat. Institusi pendidikan wajib menyediakan infrastruktur, infostruktur dan kemudahan lain yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada: a. Perkakasan dan perisian sumber dan infrastruktur yang terkini, mencukupi dan sesuai untuk menyokong pengajaran, kesarjanaan, perkhidmatan penyelidikan dan perundingan, dan keperluan pentadbiran program ini; b. Staf sokongan teknikal yang mencukupi dan berkelayakan, dan ruang kerja yang sesuai; c. Sumber kewangan yang mencukupi untuk menerima pakai dan menyenggara teknologi baharu yang mana bersesuaian; dan d. Institusi pendidikan wajib menyokong usaha inovasi dan kreatif oleh staf dan pelajar. i) Kemudahan Penyelidikan (jika berkaitan) Institusi pendidikan wajib menyediakan kemudahan yang sesuai, selamat dan mencukupi untuk staf dan pelajar yang melaksanakan inisiatif dan usaha penyelidikan. Persekitaran penyelidikan yang aktif wajib disokong oleh dasar yang relevan tentang penyelidikan dan kemudahan yang mencukupi untuk mengekalkan inisiatif ini. Staf dan pelajar digalakkan terlibat dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi secara berkolaborasi dengan rakan institusi yang lain. j) Pertukaran Pendidikan (jika berkaitan) Digalakkan kepada guru dan pelajar. k) Perkhidmatan Sokongan Institusi pendidikan wajib menyediakan perkhidmatan sokongan tidak terhad kepada program induksi untuk pelajar, perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan kesihatan dan perubatan dan penasihat pelajar mengenai perkara-perkara akademik. Perkhidmatan ini seharusnya boleh diakses oleh semua pelajar l) Persekitaran Institusi pendidikan perlulah mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan pengajian TVET-TAHFIZ. 10. PEMANTAUAN, SEMAKAN DAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN 10.1 Pemantauan dan Semakan Semula Pemantauan dan semakan oleh Darul Quran, JAKIM, negeri (sijil tahfiz negeri) atau yang setara dengannya. a. Alat-alat Pemantauan & Semakan Semula b. Lawatan pemantauan di tapak pengajian c. Mesyuarat dengan rakan kongsi program dan pihak berkepentingan
26 d. Laporan naratif Format: Laporan setelah sesuatu program selesai. Suatu laporan yang menyediakan analisis pencapaian program, termasuk objektif-objektif, reka bentuk, impak dan kelestarian. Ia membolehkan unsur-unsur positif dikenal pasti dan aspek negatif dicegah atau diatasi, sebagai pengajaran berharga yang dipelajari. e. Laporan kewangan f. Instrumen pemantauan yang lain seperti instrumen laporan kendiri. g. Mesyuarat dengan Rakan Kongsi Sebagai tindakan susulan kepada peringkat lawatan lapangan atau tapak, wajib ada mesyuarat secara tetap dengan rakan kongsi program untuk membincangkan kemajuan dalam pelaksanaan dan halangan yang dihadapi, dan segera untuk mengambil tindakan pembetulan. Pemantauan, semakan semula dan penilaian kursus, topik dan komponen kursus bertujuan untuk membolehkan institusi pendidikan: a. menilai kualiti keseluruhan persekitaran pengajaran dan pembelajaran, dan menilai sama ada matlamat pendidikan dan hasil pembelajaran telah dicapai; b. mengenal pasti bidang di mana prestasi perlu dipertingkatkan, dan menjana strategi untuk meningkatkan prestasi dalam bidang tersebut; dan memantau peningkatan dalam tempoh masa tertentu. 10.2 Penambahbaikan Kualiti Berterusan Peningkatan Kualiti Berterusan (CQI) adalah pendekatan yang berlandaskan budaya kualiti mampan dalam organisasi. Ia melibatkan analisis sistematik sistem organisasi untuk mencari perubahan positif dalam kualiti berdasarkan bukti penilaian. Tujuannya adalah untuk meningkatkan keberkesanan, kecekapan, dan impak organisasi dengan memastikan kepuasan pelanggan dan pekerja yang lebih baik melalui maklum balas yang diterima. CQI merangkumi Proses Pemantauan dan Semakan Semula. CQI penting kerana graduan dikaitkan dengan prestasi institusi. CQI membantu institusi memperolehi maklum balas tentang apa yang berfungsi dan tidak, serta melakukan penambahbaikan berperingkat untuk manfaat pelajar, staf, pelanggan, dan pihak berkepentingan. Penambahbaikan hanya dapat diukur selepas perubahan bermanfaat dalam prestasi organisasi. Bukti penambahbaikan adalah penting untuk menunjukkan keupayaan institusi dalam mengendalikan program berkaitan. 10.3 Protokol CQI Sebelum memulakan sesuatu usaha CQI, institusi pendidikan harus melakukan perkara berikut:
27 i. bertanya beberapa soalan mengapa penambahbaikan berterusan adalah penting dan sama ada difahami dan dikongsi bersama oleh semua ahli dalam organisasi. ii. menentukan proses penambahbaikan berterusan institusi dan jenis trend data yang telah dikumpulkan sejak 3-5 tahun kebelakangan berdasarkan keperluan program dan bagaimana data itu digunakan untuk membawa kepada penambahbaikan program. iii. menentukan bagaimana data dikumpul dan bagaimana digunakan dalam peningkatan aktiviti CQI selanjutnya. iv. memutuskan penambahbaikan yang perlu dibuat kepada instrumen sedia ada dan data baharu yang relevan yang perlu dikumpulkan bagi kegunaan masa depan. Setelah menentukan perkara di atas, institusi pendidikan dijangka membuktikan kemampuan untuk seiring dengan perubahan dalam sesuatu bidang untuk memenuhi standard profesion dan kehendak pihak berkepentingan. Bukti bahawa standard dan keperluan dipenuhi hendaklah berasaskan tetapi tidak terhad kepada petunjuk berikut: i. Semakan kurikulum program, dan semakan semula dan pembangunan kursus dilaksanakan sekali dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun atau sekiranya diperlukan; ii. Pelantikan penilai luar /penasihat industri untuk proses penilaian kualiti; iii. Semakan berterusan dasar dan amalan profesional, amalan penempatan dan rekod sistematik; iv. Sesi dialog dengan pihak berkepentingan seperti pelajar, ibu bapa, kementerian dan agensi-agensi kerajaan, komuniti, alumni, pemimpin pendapat awam dan badan pelajar untuk memastikan kesesuaian dan keberkesanan program; v. Menunjukkan bukti penglibatan konstruktif dalam kepimpinan dan khidmat masyarakat yang bermakna; vi. Institusi pendidikan harus secara berterusan mengkaji semula segala aspek misi strategiknya dan terus memantau pelaksanaan pelan strategik dan membuat perubahan yang sesuai; vii. Institusi pendidikan harus menangani isu gender dan keperluan golongan minoriti terutamanya yang kurang upaya dan terpinggir, melalui pembangunan infrastruktur dan sumber kemudahan, perkhidmatan sokongan dan kesihatan yang sesuai, penyediaan peluang dan inisiatif praktikal yang lain, dengan menegakkan prinsip tidak mendiskriminasi. Setiap jabatan dan institusi pendidikan harus melibatkan diri dalam CQI dengan menyelidik, menilai, dan mengkaji dasar dan amalan semasa, serta peluang untuk meningkatkan kualiti di masa depan. Untuk memastikan pencapaian matlamat strategik dan operasi, individu atau unit yang melakukan audit kualiti dalam organisasi perlu diberikan sumber dan sokongan yang diperlukan serta pengiktirafan yang sesuai.
28 10.4 Pemantauan dan Semakan Semula 10.4.1 Alat-alat Pemantauan & Semakan Semula a) Lawatan pemantauan di tapak praktikum atau simulasi b) Mesyuarat dengan rakan kongsi program dan pihak berkepentingan c) Laporan naratif d) Laporan kewangan e) Instrumen pemantauan yang lain seperti instrumen laporan kendiri. 10.4.2 Laporan Naratif Format: a) Laporan kemajuan suku tahunan. Sesuatu dokumen naratif yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti, pencapaian utama, masalah yang dihadapi dan penyelesaian- penyelesaian yang ditemui. b) Laporan setelah sesuatu program selesai. Suatu laporan yang menyediakan analisis pencapaian program, termasuk objektifobjektif, reka bentuk, impak dan kelestarian. Ia membolehkan unsur-unsur positif dikenal pasti dan aspek negatif dicegah atau diatasi, sebagai pengajaran berharga yang dipelajari. 11. KEPIMPINAN, GOVERNAN DAN PENTADBIRAN 11.1 Kepimpinan mewujudkan, menggalakkan dan membangunkan komuniti amalan profesional bagi sesuatu program Kepimpinan akademik program pendidikan harus berasaskan standard yang selaras dengan tanggungjawab program. Kepimpinan berkesan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran melalui pembangunan komuniti pembelajaran. Penilaian prestasi program kepimpinan harus dilakukan secara berkala dan telus. Kepimpinan jabatan perlu memberi peluang kepada ahli akademik menghadapi cabaran pengambilan, latihan, peruntukan sumber, dan terlibat sebagai pembuat keputusan dalam pengurusan strategik. Pembangunan staf perlu didorong untuk menjana inovasi dan budaya kreatif dalam jabatan. 11.2 Peranan governan dalam melestarikan dan menyebarluaskan pembaharuan pendidikan secara berterusan Kepimpinan akademik yang berkesan bertujuan untuk memelihara pembaharuan pendidikan yang melibatkan pihak berkepentingan, dan menegakkan dasar-dasar yang jelas. Struktur governan dan komponen program harus diselaraskan serta dijelaskan dengan bukti yang menyokong penyelarasan program. Tanggungjawab kepimpinan juga dapat mencakupi
29 kerjasama antara institusi. Pemimpin program perlu memahami peraturan akademik dan menjaga integriti pelaksanaan tersebut. 11.3 Pelantikan pemimpin akademik yang cekap dan kreatif dengan lantikan seorang penyelaras bagi setiap institusi TVETTAHFIZ Kepimpinan yang berkesan memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan. Penyelaras Program TVET-TAHFIZ wajib memenuhi kelayakan dan pengalaman bekerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam bidang Pengajian Islam. KESIMPULAN Standard TVET-TAHFIZ yang dibangunkan ini adalah panduan asas dalam menawarkan dan melaksanakan pengajian-pengajian TVET-TAHFIZ yang bersesuaian dengan keperluan semasa mengikut lokasi dan analisis keperluan. Pengajian TVET-TAHFIZ berdasarkan standard adalah bertujuan memastikan setiap penawaran pengajian bersifat seragam, berkualiti dan dipercayai dalam melahirkan graduan TVET-TAHFIZ yang memenuhi kehendak masyarakat khususnya di Malaysia.
30 LAMPIRAN Lampiran 1- Kerangka Konseptual TVET-TAHFIZ@KKDW Lampiran 2 - Model pelaksanaan program TVET-TAHFIZ@KKDW
31 RUJUKAN Agensi Kelayakan Malaysia (2009). Code of Practice for Programme Accreditation. Petaling Jaya: Malaysian Qualifications Agensi Kelayakan Malaysia (2009). Code of Practice for Institutional Audit. 2nd ed. Petaling Jaya: Malaysian Qualifications Agency Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2021). Dasar Pendidikan Tahfiz Negara. Putrajaya: Firdaus Press.