The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA LEMBAGA MASJID IMAM MUSLIM KG BELIMBING DALAM KALI KEDUA 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahril Mohd Isa, 2019-05-02 01:28:52

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA LEMBAGA MASJID IMAM MUSLIM KG BELIMBING DALAM KALI KEDUA 2019

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA LEMBAGA MASJID IMAM MUSLIM KG BELIMBING DALAM KALI KEDUA 2019

LEMBAGA MASJID IMAM MUSLIM

KG. BELIMBING DALAM

76100 DURIAN TUNGGAL

MELAKA

Rujukan Kami :
Tarikh :

Tuan Pengerusi ,
Tuan Naib Pengerusi,
Semua Ahli Jawatankuasa,
Lembaga Masjid Imam Muslim Kg. Belimbing Dalam,
Durian Tunggal Melaka

Tuan,
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA LEMBAGA MASJID IMAM MUSLIM KG BELIMBING DALAM KALI KEDUA 2019
Dengan segala hormatmya perkara di atas dirujuk .
2. Sukacita dimaklumkan dan menjemput tuan ke mesyuarat tersebut seperti ketetapan di bawah :

Tatikh : 02 Mei 2019 IKhamis)
Masa : 9.00mlm Selepas solat Isyak
Tempat : Masjid Imam Muslim

3 Agenda Mesyuarat :
i. Ucapan Pengerusi
ii. Laporan Kewangan Bendahari
iii. Aktiviti Bulan Ramadhan
a. Solat Trawikh
b. Moreh
c. Berbuka Puasa
d. Qiamullail
e. Bubur Lambuk
f. Tadarus
g. Kelas Tanweer Takmir Ramadhan
h. Qatam Al Quran
iv. Hal – hal lain

4. Adalah diharapkan AJK yang telah dilantik dapat menghadiri mesyuarat tersebut dan memberi komitmen
yang baik demi kemakmuran masjid.

Sekian , terima kasih.

“MASJID IMARAH KAMPUNG SEJAHTERA”
MELAKA BERWIBAWA
PINTAR HIJAU BERSIH

(MOHAMMED SHAMSHIR BIN MOHAMMED DALI) Page1
S/U Masjid Imam Muslim
Kg Belimbing Dalam

LEMBAGA MASJID IMAM MUSLIM
KAMPUNG BELIMBING DALAM
76100 DURIAN TUNGGAL
MELAKA

MINIT MESYUARAT LEMBAGA MASJID IMAM MUSLIM KG BELIMBING DALAM KALI PERTAMA 2019

Tarikh : 02 Mac 2019
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balairaya Kg Belimbing Dalam
Kehadiran : 13/15

1. Tn Hj Nasir bin Mansor Pengerusi
2. En. Ahmad Affandi bin Abd Timbalan Pengerusi
3. En. Mohd Shamshir bin Mohd Dali
4. En Ab Razak bin Rashidin Setiausaha
5. En. Mohd Hashim bin Mohd Tahir Naib Setiausaha
6. En Zailani bin Syafie
7. En Abdul Latif bin Omar Bendahari
8. En Sharif bin Ebok Ajk
9. En. Nor Azlin bin Yaakop Ajk
10. En. Ishak bin Abu Ajk
11. En. Mokhtar bin Amin. Ajk
12. En. Kamal bin Mamad Ajk
13. En Saberi bin Rashid Ajk
Ajk
Ajk

Tidak Hadir Ajk
1. En Reduan bin Mat Dan (Proksi)

Agenda Page2

1. Ucapan Pengerusi (Tn Hj Nasir bin Mansor)

1.1. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran ajk pada mesyuarat kali pertama AJK Lembaga
Masjid dan tahniah kerana telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga masjid bagi tahun
2019.

1.2. Beliau memaklumkan lantikan ini sehingga 31 Disember 2019 dan lantikan semula akan
dilaksanakan semula bagi tahun 2020 melalui mesyuarat Agung.

1.3. Tidak lupa beliau turut merakamkan penghargaan jutaan terima kasih kepada ajk lama yang
telah menjalankan amanah dengan cemerlang sebelum ini.

1.4. Beliau turut menyeru kepada barisan ajk yang terbaharu ini akan dapat memberi komitmen
yang tidak berbelah bagi demi kemakmuran masjid.

1.5. Di akhir ucapan beliau memaklumkan bahawa jawatan pengerusi, setiausaha dan bendahari
masjid telah dilantik secara rasmi oleh JAIM berkuatkuasa 15 Februari 2019 sehingga 31
Disember 2019.

Nama Jawatan
Tn Hj Nasir bin Mansor
En. Mohammed Shamshir bin Mohammed Dali Pengerusi
En. Mohd Hashim bin Mohd Tahir Setiausaha
Bendahari

1.6. Pengerusi juga memaklumkan pertukaran tandatangan bank akan di buat secepat yang
mungkin yang mana cara pengelolaan yang ditetapkan ialah dua orang daripada tiga orang AJK
tertinggi iaitu Pengerusi,Bendahari dan Setiausaha dibenarkan membuat pengeluaran wang.

2. Laporang Kewangan (En. Mohd Hashim bin Mohd Tahir – Bendahari) Page3

2.1 Bendahari memaklumkan beliau baharu sahaja dapat serahan wang tunai dan segala dokumen
daripada En Malek Hamdan (imam 2) pada 01 Mac 2019.

2.2. Kedudukan kewangan buat masa ini sehingga tarikh 02 Mac 2019 ialah :-

2.2.1 Kutipan kasar bulan Disember 2018 : RM 12465.00
2.2.2 Kutipan kasar bulan Januari 2019 : RM 8945.00
2.2.3 Kutipan kasar bulan Februari 2019 : RM 6842.00
2.2.4 Pungutan hari Jumaat (-1 Mac 2019) : RM 3952
2.2.5. Baki di Bank Simpanan Nasional : RM 68,167.66
2.2.6 Duit Surau Kg Belimbing Dalam : RM 9218.00

2.3 En Ishak mencadangkan agar pihak bendahari supaya mendapatkan penyata kewangan terkini
daripada pihak bank.

Tindakan : Bendahari

2.4. Bendahari memaklumkan dalam masa terdekat Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha harus
pergi ke BSN untuk membuat Pertukaran Tandatangan Bank.

Tindakan : Bendahari, Setiausaha dan Pengerusi

2.5. En Fendi meminta pihak bendahari menyemak Akaun yang diterima secara detil dan melihat
apakah tangungan masjid yang masih tertunggak.

Tindakan : Bendahari

2.6. Brendahari memaklumkan setakat ini perolehan dana masjid hanya bergantung daripada
Tabung Masjid (derma Jemaah )

2.7. En Fendi memohon Tabung Masjid Baharu diwujudkan semula dan diletakkan label dengan

harapan supaya ada peningkatan kutipan dana untuk merealisasikan masjid baharu yang
diimpikan oleh penduduk Kg. Belimbing Dalam.

Tindakan : Bendahari

3. Perbincangan Bidang Tugas Biro

3.1. Pengerusi memaklumkan biro(10 biro) yang diwujudkan ini adalah arahan daripada JAIM.

Bil Nama Biro

1 Biro Ekonomi dan Pembangunan Wakaf EN SYAMSUL BIN AB RAHMAN

2 Biro Pendidikan EN ZAILANI BIN SYAFIE

3 Biro Kebersihan dan Keceriaan EN SHARIF BIN EBOK

4 Biro Dakwah dan Pengimarahan Masjid EN NOR AZLIN BIN YAAKOP

5 Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat EN ISHAK BIN ABU

6 Biro Kebajikan dan Sosial EN MOKHTAR BIN AMIN

7 Biro Hal Ehwal Wanita EN ABDUL LATIF BIN OMAR

8 Biro Rakan Muda Masjid EN REDUAN BIN MAD DAN

9 Biro Keselamatan dan Sukarelawan EN KAMAL BIN MAMAD

10 Biro Pengurusan Aset dan Prasarana Masjid/Surau EN SABERI BIN AB RASHID

3.2 Pengerusi berharap sekiranya ada program yang ingin dilaksanakan hendaklah
dimajukan kepada pengerusi dan setiausaha untuk mendapat kata putus.

Semua ketua biro

4. Lantikan Pegawai Syarak

4.1. AJK telah sebulat suara bersetuju untuk melantik :

4.1.1 En NorAzlin bin Yaakop sebagai Imam 1

4.1.2 En Malek Hamdan bin Ahmad calon Imam 2
4.1.3 En Mohd Hashim bin Mohd Tahir calon Imam 2
4.1.4 En Azmi bin Naim sebagai Bilal
4.1.5 En Iqbal Sidek sebagai Noja # nama xpasti
4.1.6 En Omar bin Jantan sebagai Pegawai Tugas Khas.

4.2 Setiausaha memaklumkan borang Pegawai Syarak akan diedarkan sebaik sahaja keputusan AJK Page4
diambil
Tindakan Setiausaha

4.3 En Azlin berharap pegawai syarak yang dicalonkan dapat memberi kerjasama antara satu sama
lain untuk melancarkan kerja – kerja yang melibatkan pegawai syarak.

4.4 Pengerusi menambah, pegawai syarak yang dilantik agar dapat memberi komitmen yang
maksima atas tanggungjawab yang digalas.

5. Aktiviti Masjid Sepanjang Tahun 2019

5.1 Ceramah Mingguan dan Bulanan.

5.1.1. Pengerusi dan AJK yang hadir telah sebulat suara bersetuju bahawa aktiviti kelas dan
ceramah yang sedang berlangsung sekarang dikekalkan memandangkan setiap hari telah
5.1.2. dipenuhi kelas-kelas agama untuk Jemaah.
5.1.3. Bayaran yang diperuntukan seorang penceramah ialah RM 150.00 bagi setiap Ustaz yang
5.1.4. memberi ceramah setiap minggu.
Ceramah israk Mikraj akan diadakan pada 4 April 2019 dan penceramah akan diuruskan oleh
Biro Dakwah yang telah dilantik
Satu lagi ceramah akan diadakan sebelum bulan Ramadan(Ihya Ramadan) .Tarikh akan
dimaklumkan kemudian

Tindakan Biro Dakwah

5.2. Gotong Royong Masjid

5.2.1. En Ishak mencadangkan diadakan gotong royong bersama dengan pihak MPKK kanpung.

5.2.2 Tarikh gotong royong akan dimaklumkan kemudian Tindakan Setiausaha
5.3 Aktiviti Bulan Ramadan Tindakan Setiausaha

5.3.1 En Mokhtar mencadangkan menggunakan khidmat Imam Tahfis seperti tahun-tahun
5.3.2 sudah dengan harapan dapat meningkatkan jumlah Jemaah yang bakal hadir kelak.
Cadangan beliau diterima sebulat suara dan pengerusi menyerahkan urusan mencari
5.3.3 khidmat Imam tahfis kepada En Mokhtar dan En Hashim dengan kerjasama Unit Biro
Dakwah.

Tindakan En Mokhtar,En Hashim dan Unit Biro Dakwah

5.3.4 En Zailani mencadangkan pengerusi mengumumkan kepada jemaah yang ingin
menghulurkan sumbangan dengan tujuan mengimarahkan bulan Ramadan dengan
berbagai aktiviti seperti membuat bubur lambuk, mengundang Imam Tahfis, ceramah,
moreh,qiamullail dan sebagainya.

Tindakan Pengerusi

5.3.5 En Zailani berharap semua ajk dapat memberi kerjasama mengurus, menyusun atur
serta mengemas terutama semasa Solat Sunat Aidil Fitri

Tindakan Semua AJK

Page5

6. Hal-Hal Lain Page6

6.1. Tn Pengerusi mencadangkan :

6.1.1 Membaik pulih tandas
6.1.2 Membaik pulih tempat wuduk
6.1.3. Membaik pulih penghawa dingin
6.1.4. Membaik pulih ‘sliding door’
6.1.5. Menaik taraf meja dan kerusi penceramah
6.1.6. Mengecat bangunan masjid

6.2. En Saberi mencadangkan agar dibuat permohonan kepada pihak JAIM untuk tujuan
pembaikan ini.
Tindakan Setiausaha

6.2. Pengerusi juga mencadangkan diadakan pakaian jubah seragam untuk Imam 1,Imam 2 dan bilal
serta pembesar suara untuk kegunaan Imam ketika megimamkan solat. AJK bersetuju dengan
cadangan tersebut.

6.3. En Mokhtar mencadangkan agar diadakan juga ceramah agama di surau sekurang-kurangnya
sebulan sekali. Ajk bersetuju dan akan dilakukan mengikut kesesuaian.
Tindakan : Biro Dakwah

6.4. En Razak mencadangkan di adakan program untuk golongan remaja. Pengerusi mengulas akan
menyerahkan tanggungjawab itu kepada Biro Rakan Muda Masjid.

Tindakan : Biro Rakan Muda Masjid

6.5. En Hashim mencadangkan diadakan juga kelas tajwid . En Latip menjelaskan memang telah
diadakan kelas tajwid pada setiap malam hari Rabu, cuma pendekatan ustaz perlu diubah suai
supaya ianya lebih bermakna. Beliau juga menjelaskan untuk kaum wanita memang ada kelas
berkenaan pada setiap petang hari selasa dan rabu dan diajar oleh seorang ustazah.

Tindakan : Biro Dakwah

6.6. En Kamal mencadangkan dipamerkan untuk jemaah di papan kenyataan tentang kutipan
mingguan dan bulanan serta laporan kewangan secara kasar perbelanjaan bulanan serta
kedudukan tabung masjid terkini.

Tindakan : Bendahari

6.7 Setiausaha memaklumkan beliau akan mewujudkan Papan Kenyataan Masjid dan ditampalkan
banner senarai AJK Masjid yang terkini.

Tindakan Setiausaha

6.8. Setiausaha memaklumkan jemaah surau meminta disegerakan Tempat Ambil Wuduk Wanita
yang berkepung bertujuan melindungi aurat wanita semasa mengambil wuduk. Pengerusi
meminta jasa baik Biro Aset untuk membuat tinjauan dan bertindak.

Tindakan Biro Aset

6.9 Setiausaha mencadangkan supaya pihak AJK bersetuju mewujudkan jawatan pembantu noja
untuk membantu penyediaan makanan serta membersihkan tempat makan semasa majlis
ceramah pada setiap minggu. Beliau mencadangkan En Kamalrudin untuk jawatan tersebut.

Tindakan : Bendahari, Setiausaha

6.10 Setiausaha juga mencadangkan agar diberi bantuan kepada ahli kariah kampung yang betul-
betul miskin untuk diberi bantuan kewangan atas tujuan tertentu dengan jumlah yang
berpatutan setelah dibuat siasatan ke atas si pemohon . Semua AJK setuju dengan
sebulat suara atas cadangan tersebut dan mesti menerusi siasatan rapi atas permohonan
dan mengikut jumlah yang berpatutan

Tindakan : Bendahari, Setiausaha

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah malam.

Disediakan oleh

Mohammed Shamshir bin Mohammed Dali
Setiausaha ,
Masjid Imam Muslim Kg Belimbing Dalam

Page7


Click to View FlipBook Version