PUAN RAHIMAH BT HALIM
(PENSYARAH MPU21032)
ETIKA DAN PERADABAN YANG
MENJADI AMALAN KAUM
MELAYU DI MALAYSIA.
KUMPULAN 1
MUHAMMAD FAIZ BIN KAMARUZAMAN (17DEP21F1017)
MUHAMMAD THAQIF BIN ZAMIRIN (17DEP21F1023)
MUHAMMAD FIKRI FADZIL BIN MARZELAN (17DEP21F1047)
MUHAMMAD FARIS BIN ZAMRI (17DEP21F1053)
CLEMENT ANDY ANAK FRANKIE (17DEP21F1031)
M/S ISI KANDUNGAN
1 PENGENALAN
2 LATAR BELAKANG KAUM MELAYU
3 AMALAN DAN KEPERCAYAAN
4 ADAB MAKAN
5 ADA BERPAKAIAN
6 ADAB PERKAHWINAN
7 PERAYAAN
8 KEMATIAN
19 PERUBATAN
10 PENUTUTP
PENGENALAN
KEPELBAGAIAN MENIMBULKAN BERBAGAI
CABARAN KEPADA SESEBUAH MASYARAKAT
SEPERTI MALAYSIA.SETIAP MASYARAKAT
MEMPUNYAI AKAR ETIKA DAN PERADABAN YANG
BERBEZA DALAM PEMIKIRAN DAN KEHIDUPAN
MASING-MASING.NAMUN KESEMUANYA PERLU
HIDUP DALAM MASYRAKAT MALAYSIA, BERKONGSI
PERSAMAAN DAN MENCARI TITIK PERTEMUAN
KETIKA TERJADI PERBEZAAN. KESEDIAAN TAWAR
MENAWAR,BERUDING DAN MELAKUKAN MEDIASI
TELAH MEMBAWA KEAMANAN, KESTABILAN DAN
HARMONIAN DI MALAYSIA SEMEJAK MERDEKA.
INILAH KESEPADUAN NASIONAL YANG TELAH
WUJUD DAN MESTI TERUS MENERUS
DIMANTAPKAN. IA DILAKSANAKAN MELALUI 3
RANGKAI PROSES YANG BERGERAK SERENTAK
YANG DIDAMKAN.
LATAR BELAKANG
KAUM MELAYU
Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk
asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang
dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun
dahulu.Sehingga tahun 1957 jumlah penduduk
ditanah melayu semakin bertambah sebanyak 2427
837 orang penduduk iaitu sama dengan 49.8%
daripada jumlah semua penduduk di tanah melayu
Kegiatan ekonomi di tanah melayu berkembang
melalui perdagangan iaitu penukaran barang-barang,
perkhidmatan-perkhidmatan, atau kedua-dua ini
secara sukarela. Selain itu kegiatan lain termasuklah
pertenakan,pertanian,menangkap hasil ikan dan
mengutip hasil hutan . Namun semakin merosot
akibat campur tangan british.Kemasukan buruh asing
telah mengubah struktur ekonomi masyarakat melayu
AMALAN &
KEPERCAYAAN
Amalan agama dan kepercayaan yang diamalkan
oleh masyarakat Melayu tradisional di
TanahMelayu membuktikan bahawa masyarakat
Melayu ketika itu sudah memiliki tamadun yang
tinggi.
Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat
awalnya berbentuk animisme. Iakemudiannya
berkembang dengan meluas kepada kepercayaan
agama Hindu dan Buddha.Bagaimanapun
kepercayaan ini mula merosot apabila Islam
tersebar meluas di kalangan masyarakat melayu
ADAB MAKAN
Adab Makan Masyarakat Melayu
Orang Melayu pada zaman dahulu amat
mementingkan adat dan sopan santun semasa
makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis
keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk
pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan
santun orang Melayu. Sebagai contoh seseorang
itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik
larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan.
BEBERAPA PATANG LARANG BERKAITAN MAKAN
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa
hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit
kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit
barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk
semasa bersanding.
SELAIN PANTANG LARANG TERDAPAT PULA
ADAB DAN TATATERTIB YANG BERKAITAN
DENGAN MAKAN.
1)Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila
tuan menghidangkan makanan atau
minuman, janganlah menolaknya. Jika
kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-
tidaknya menjamah sedikit hidangan yang
disajikan itu.
2)Setelah makanan dihidangkan, pastikan
orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian
baharulah diikuti oleh orang muda pula
mengambil tempat masing-masing.
3)Anak gadis pula dikehendaki menyenduk
nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
ADAB BERPAKAIAN
1.Pakaian yang menutup aurat
tidak terlalu ketat sehigga nampak
bentuk tubuh badan ba
gi kaum
hawa.
2.Pakai pakaian yang bersih dan
wangi supaya tidak dipandang
buruk oleh masyarakat.
3.Pakaian tidak menyerupai bagi
(lelaki).
4.Berlebih-lebihan dalam berwangi-
wangian.
5.Mulakan sebelah kanan.
6.Memilih warna sesuai.
7.Larangan pakai sutera.
PERKAH
WINAN
Maksud perkahwinan ialah akad
yang menghalalkan di antara
lelaki dengan perempuan hidup
bersama dan menetapkan tiap-
tiap pihak daripada mereka hak-
hak dan tanggungjawab.
Dalam budaya Melayu, adat
merisik merupakan tahap awal
menjodohkan teruna dan dara,
yang melibatkan pertemuan
antara wakil kedua pihak.
Tujuan adat ini dilakukan
adalah untuk memastikan
bahawa gadis yang dihajati
oleh seorang lelaki itu masih
belum berpunya.
Amalan risik-merisik ini adalah
sebahagian dari proses
meminang. Islam mengharuskan
merisik atau menyiasat gadis
yang bakal dijadikan isteri. Makna
meminang dari segi istilah
agama bererti melahirkan hasrat
ingin berkahwin dengan
seseorang wanita tertentu dan
perkara ini dinyatakan kepada
wanita berkenaan atau walinya.
PERAYAAN
HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri Merupakan
perayaan masyarakat Melayu dan
penganut agama Islam.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
bermula dengan ibadat puasa di
bulan Ramadan. Sepanjang bulan
Ramadan umat islam berpuasa
pada siang hari dan mengerjakan
sembahyang terawih pada
sebelah malamnya.
Perkara wajib di lakukan
sebelum datangnya 1 syawal
membayar Zakat fitrah
Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.
Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung
mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
Rumah terbuka akan diadakan bagi
mempersilakan tetamu datang berkunjung.
KEMATIAN
-Kematian merupakan perkara yang sudah
pasti akan berlaku kepada semua makhluk
yang bernyawa.Kematian akan berlaku tidak
kira masa,tempat kaum,umur,pangkat dan
darjat.Terdapat pelbagai kaum di malaysia
dengan adat kematiaan yang
tersendiri.Banyak persoalan yang akan
timbul dalam fikiran semua manusia yang
rata-ratanya ingin tahu perkara yang akan
berlaku setelah proses kematian setiap
kaum.Antaranya ialah perbezaan tanah
perkuburan setiap kaum.Seterusnya cara
menguruskan mayat.Gambar di bawah
merupakan adat kematian kaum Melayu di
Malaysia.
"YANG HIDUP
PASTI AKAN MATI"
PERUBATAN
-Perubatan tradisional merupakan kaedah perubatan yang
telah memberi sumbangan penting dalam penjagaan
kesihatan manusia sebelum munculnya perubatan
moden. Perubatan tradisional yang asli adalah tanpa
menggunakan bahan-bahan kimia seperti perubatan
moden. Kepelbagaian alam semulajadi telah dijadikan
salah satu sumber utama dalam kaedah perubatan
tradisional.Perubatan ini banyak menggunakan tumbuh-
tumbuhan dan herba.
-Kegunaan tumbuhan dan herba telah lama menjadi
amalan dalam setiap bangsa yang terdiri daripada
berbagai kelompok kaum sama ada masyarakat Melayu,
Cina, India atau Orang Asli. Penggunaan perubatan
tradisional juga telah terbukti secara saintifik dan kaedah
alternatif ini mempunyai banyak manfaat tersendiri.
Seiring dengan perkembangan perubatan moden,
perubatan tradisional kini disyorkan sebagai salah satu
rawatan alternatif/rawatan pelengkap untuk melegakan
penderitaan dan meningkatkan keberkesanan perubatan
moden.
BEKAM
-Bekam dalam istilah Melayu
membawa maksud mengeluarkan
angin dalam badan atau pelepasan
darah kotor daripada badan.
PENUTUP
Kesimpulanya kita sebagai kaum melayu haruslah
mengekalkan dan mengamalkan adab dan budaya kita agar
diwarisi oleh generasi di masa akan datang dapat
diwarisi.Generasi pada masa kini haruslah menerapkan setiap
adap dan budaya orang melayu dalm kehidupan seharian
sebagai contoh menjaga adab ketika makan,adab berpakaian
iaitu melazimi pemakaian baju melayu dan baju kurung ketika
masjlis tertentu.Cadangan, ibu bapa harus menerapkan sikap
ini didalam diri anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana bak
kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
RUJUKAN
-https://heritage.gov.my/adat-budaya/perubatan-tradisi.html
-https://www.myadha.net/2008/11/adat-dan-pantang-larang-
makan-orang.html
-https://ecentral.my/cuti-umum/hari-raya-aidilfitri/