Syair Seratus Siti karya Junaini Kasdan
isi kandungan 1 Tema 2 Persoalan 3 Aktiviti 4 Nilai 5 Pengajaran 6 Aktiviti
Rangkap 1: Tersebut pula suatu perkataan, Raja Malabari empunya kerajaan, Sehari- hari bersuka- sukaan, Rakyatnya banyak tiada terkian. Maksud: Kisah bermula tentang Raja Malabari yang gemar berhibur, Kebesaran kerajaan digambarkan melalui jumlah rakyat yang sangat banyak di bawah pemerintahan baginda. SYAIR SERATUS SITI
Rangkap 2: Bangsanya Ajam baginda itu, Kerajaan besar bukan suatu, Takluk banyak sudah tertentu, Menghantar ufti sekalian ke situ. Maksud: Raja Malabari bukan berbangsa Ajam ( selain Arab) Kerajaan baginda sangat besar dan luas jajahan takluk. Negara di bawah jajahan dan naungan membayar ufti kepada kerajaan baginda. SYAIR SERATUS SITI
Rangkap 3: Ada kepada suatu hari, Baginda semayam di balai seri, Dihadap sekalian hulubalang menteri, Ramainya tidak lagi terperi. Maksud: Pada suatu hari, hulubalang dan menteri menghadap Raja Malabari di singgahsana. Keadilan mereka dikatakan tersangat ramai. SYAIR SERATUS SITI
Rangkap 4: Banyaknya tidak menderita, Berlimpah sampai ke tepi kota, Bahana gemuruh gegak gempita, Menghadap baginda di atas takhta. Maksud: Dikisahkan jumlah yang menghadap Raja Malabari terlalu ramai sehingga terpaksa menunggu di luar kota. Walaupun begitu, mereka gembira dan suasana ketika itu sangat riuh. SYAIR SERATUS SITI
Rangkap 5: Lasykarnya banyak beribu laksa, Penuh sesak segenap desa, Negerinya makmur sangat sentosa, Sehari- hari suka termasa. Maksud: Dikhabarkan juga tentang bilangan tentera Raja Malabari yang banyak beribu juta sehingga di setiap desa terdapat tentera baginda. Negeri baginda juga kaya dan aman. Pada setiap hari, mereka bergembira dan suka bertemasya. SYAIR SERATUS SITI
Rangkap 6: Baginda melihat kebesarannya, Sangatlah takbur pada rasanya, Lalu bertitah kepada menterinya, Aku nan siapa tara bandingnya, Maksud: Apabila melihat akan kebebasan kerajaan tersebut, baginda beraa amat takbur serta angkuh, iaitu perasaan menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih hebat daripada orang lain. Baginda bertitah kepada menterinya bahawa kebesaran baginda tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun di dunia. SYAIR SERATUS SITI
Rangkap 7: Adakah raja terlebih kaya, Daripada aku terlebih mulia, Akulah raja di dalam dunia, Terlebih daripada aku manakah dia. Maksud: Raja Malabari bertanya tentang keberadaan raja- raja yang terlebih kaya daripada baginda. Baginda ingin mengetahui raja yang mana lebih besar dan lebih hebat daripadanya kerana baginda menganggap bagindalah yang berkuasa dan hebat di dunia. SYAIR SERATUS SITI
Rangkap 8: Baiklah segera kamu berkata, Kepada aku supaya nyata, Aku nan hendak mendengar warta Adakah raja bermahkota. Maksud: Raja Malabari mendesak menteri membberitahu baginda tentang raja yang lebih besar dan mulia daripada dirinya kerana baginda terlalu ingin mengetahuinya. SYAIR SERATUS SITI
Rangkap 9: Berdatang sembah seorang pahlawan, Kaya tuanku tiada berlawan, Serta adil dengan kelimpahan, Rakyat tentera berkoyan- koyan. Maksud: Kisah bermula tentang Raja Malabari yang gemar berhibur, Kebesaran kerajaan digambarkan melalui jumlah rakyat yang sangat banyak di bawah pemerintahan baginda. SYAIR SERATUS SITI Junaini Kasdan ( Penyelenggara) Syair Seratus Siti,2004 Dewan Bahasa dan Pustaka
Tema Raja Malabari Mengisahkan tentang kehebatan dan keangkuhan seorang pemerintah. Keangkuhan tersebut adalah kerana Raja Malabari menggangap baginda lebih tinggi, mulia, unggul dan hebat daripada raja-raja lain di dunia.
1 3 2 PERSOALAN Sikap takbur lahir daripada sifat riak dan Keangkuhan pemerintah yang menganggap diri lebih hebat dan mulia daripada pemerintah lain. menganggap taraf kedudukan orang lain tidak setanding dengan dirinya. Negara milik Raja Malabari aman dan makmur kerana rajanya memerintah dengan adil dan saksama. Keadilan baginda menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni. Baginda juga amat disayangi oleh rakyat jelata. Pemerintahan yang adil dan saksama. Kebesaran dan keteguhan sistem pentadbiran negara akan memberikan kedaulatan dan penghormatan dari negara lain kerana dianggap kuat dan teguh. Kebesaran dan keteguhan sesebuah negara kerana jumlah rakyat dan tentera yang besar bilangannya.
Nilai 1. 3. 2. Raja Malabari mempunyai tentera yang sangat ramai dan menurut perintah. KETAATAN Para pembesar dan rakyat menyayangi raja dengan menjaga kedaulatan negara. KASIH SAYANG Raja Malabari memerintah negara dengan adil dan saksama. ADIL DAN SAKSAMA
Pengajaran 1. 3. 2. contoh: agar negara dapat ditadbir dengan baik. Kita hendaklah setia kepada pemerintah. contoh: supaya tiada rakyat yang ditindas dan dapat hidup aman serta selesa. Kita hendaklah bersikap adil dan saksama dalam memimpin contoh: kerana ia hanya sementara, segala-galanya adalah milikNya. Kita janganlah bersikap angkuh dan takbur dengan kelebihan dan kemasyuran yang kita miliki.
Terima kasih atas kerjasama semua. nuruljannah