MURAI DAN KERENGGA NURUL IMAN RAZALI
Murai terbang di atas pucuk pokok ara yang berbuah lebat di kaki gunung di tebing sebatang sungai. Burung-burung lain berkicauan di situ tetapi Murai senyap sahaja. Burung-burung amat riang kerana terdapat banyak buah-buahan di situ. Mentari hari itu panas terik. Cuaca amat panas, namun keadaan di pucuk pokok ara itu agak sejuk. ARENA BOOKS ENTERPRISE
ARENA BOOKS ENTERPRISE Angin bertiup tidak henti-henti. Bau haruman bungabunga pokok hutan menyegarkan udara di situ. Di bawah pokok ara tempat Murai itu bertenggek, terdapat sebuah lubuk. Air di situ kelihatan dalam dan jernih. Air sentiasa berkocak kerana terdapat banyak ikan. Buah-buah ara pun berlecap-lecap jatuh ke lubuk.
ARENA BOOKS ENTERPRISE Ketika itu, Murai ternampak seekor Kerengga terkapaikapai serta nyarisnyaris lemas di tengah-tengah lubuk. Kerengga berasa amat cemas. Jika dia bergerak hendak berenang, sudah tentu dia akan disambar oleh ikan. Jika dia tidak bergerak, dia pasti akan tenggelam dan lemas.
ARENA BOOKS ENTERPRISE Kerengga tiada pilihan lain selain dari bergerak untuk berenang. Dia mendonggak ke langit. Dia ternampak Murai yang hinggap di dahan pokok ara itu. Walaupun dia dapat memanggil, Murai tetap tidak dapat mendengar panggilannya. Kerengga hanya mampu berdoa dalam hatinya memohon pertolongan daripada Murai.
ARENA BOOKS ENTERPRISE Setelah melihat Kerengga, Murai memikirkan cara hendak menyelamatkan serangga itu. Murai lantas terbang ke arah pucuk sepohon pokok berdaun lebar yang tumbuh berdekatan dengan ara itu. Murai pun memetik sehelai daun yang sudah layu dan menjatuhkannya ke arah Kerengga.
ARENA BOOKS ENTERPRISE Nasib baik, daun itu jatuh dekat Kerengga. Kerengga cepat-cepat merangkak naik ke atas bahagian daun yang mencecahi permukaan air. Daun lebar itu terus dipukul ombak ke tebing. Daun itu akhirnya tersangkut di sebatang ranting dan Kerengga pantas merangkak ke pantai.
ARENA BOOKS ENTERPRISE Setibanya di tebing, Kerengga mendongak sekali lagi ke arah tempat Murai hinggap. “Oh saudara Murai. Terima kasih atas pertolongan kau. Jika saudara tidak menyedari kesusahan aku, aku akan mati lemas atau ditangkap ikan. Aku tidak berdaya membalas budi kau,” kata Kerengga.
ARENA BOOKS ENTERPRISE “Aku tidak mengharapkan balasan kau saudara Kerengga. Aku menolong dengan ikhlas. Kita harus hidup tolong-menolong. Baiklah, aku pergi dahulu,” kata Murai. “Baiklah,” kata Kerengga. Dia mencari jalan untuk pulang kepada kawankawannya di pucuk pokok, yang mengerumuni buahbuahan ara yang ada di situ.
ARENA BOOKS ENTERPRISE Murai sedang berehat di puncak pokok ara. Dia teringat akan nilai hidup yang menjadi pegangannya. “Kita hidup mesti bersaudara dengan orang lain dan bersedia menolong orang yang susah. Kita hendaklah berbuat baik dengan orang supaya mereka akan berbuat baik dengan kita juga” fikirnya. Akhirnya, dia terlena.
ARENA BOOKS ENTERPRISE Murai terkejut mendengar satu letupan dan terbang ke dahan yang lain. Dia ternampak seorang pemburu membawa sepucuk senapang. Selepas pemburu itu pulang, Murai menyapa Kerengga. “Oh saudara Kerengga. Aku ada nampak seorang pemburu tadi. Dia telah memarahi kau,” kata Murai.
ARENA BOOKS ENTERPRISE “Ya lah. Selepas kita berpisah tadi, aku ternampak seorang pemburu sedang menudingkan senapangnya hendak menembak kau. Belum sempat dia melepaskan tembakan, aku merangkak dan terus menggigit betis pemburu sekuatkuatnya. Dia terperanjat lalu senapangnya meletup tanpa arah,” kata Kerengga.
ARENA BOOKS ENTERPRISE “Apabila dia cuba hendak menepis aku, aku sudah tiada di situ lagi,” cerita Kerengga. “Aduhai saudara Kerengga. Nasib baik kau menggigit pemburu itu. Kalau tidak, sudah pasti aku kena tembak. Aku terhutang budi pada kau saudara Kerengga. Kau telah menyelamatkan nyawaku,” kata Murai.
ARENA BOOKS ENTERPRISE “Eh, saudara Murai. Kau jangan lupa kau juga telah menyelamatkan nyawaku. Oleh itu, kau tidak terhutang budi padaku. Sebelum ini, aku yang terhutang budi pada kau. Sekarang, aku berasa senang hati kerana aku dapat menolong kau juga,” kata Kerengga.
ARENA BOOKS ENTERPRISE “Ya tak ya juga. Memang ada baik kita tolong-menolong seperti ini,” kata Murai. “Ya, memang betul. Kita sama-sama ikhlas. Kita berdua tetap akan bersaudara seumur hidup. Selamat tinggal,” kata Kerengga. “Selamat jalan. Salam sejahtera,” kata Murai.
PENGAJARAN ” Maksud: Hubungan yang baik dan saling tolongmenolong antara satu dengan lain. ARENA BOOKS ENTERPRISE
NURUL IMAN RAZALI