The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitirafidahjas, 2021-08-29 22:03:11

Pendidikan Jasmani Tingkatan 2

Lompat Jauh

PENDIDIKAN JASMANI
TINGKATAN 2
LOMPAT JAUH

OLEH;
CIKGU SITI RAFIDAH BINTI JAS

GURU PJPK









GAYA-GAYA LOMPAT JAUH

• TEKNIK LOMPAT JAUH GAYA LAYAR
• TEEKNIK LOMPAT JAUH GAYA
GANTUNG
• TEKNIK LOMPAT JAUH GAYA KAYUH

FASA-FASA LOMPAT JAUH

1.LARI LANDAS
2.LONJAKAN
3.LAYANGAN
4.MENDARAT

TEKNIK LOMPAT GAYA LAYAR

• Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang
baru menceburi acara ini kerana lompatan
mudah dilakukan.

• Gaya ini memerlukan seseorang pelompat
itu mengimbangi badannya dalam keadaan
melunjur semasa dalam fasa layangan.

• Fasa lari landas
a) Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang

terkawal. Lari 21-23 langkah atau jarak
35-45 meter.
b) Kawal ketetapan langkah bermula
daripada langkah ke empat yang telah
ditandakan.
c) Panjangkan beberapa langkah terakhir
supaya kedudukan badan menjadi rendah
untuk mengatasi halangan graviti.

Fasa lonjakan
a) Kaki lonjakan dilonjakkan dengan

kekuatan maksimum.
b) Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas

secepat mungkin bagi menambah
kelajuan menegak.Fasa layangan
c) Rapatkan lutut ke dada dan ayun
kedua-dua tangan ke atas dan ke
hadapan.

Fasa mendarat
a) Rapatkan kaki dan hulurkan ke

hadapan apabila badan mula jatuh.
b) Gerakkan tangan ke hadapan

apabila tumit mula mencecah tanah.
c) Condongkan badan ke hadapan

seperti duduk ketika mendarat.

TEKNIK LOMPAT GAYA LAYAR

TEKNIK LOMPAT JAUH
GAYA GANTUNG

• Teknik ini memerlukan lentikan badan dan
kedudukan kepala yang mendongak ke atas
semasa fasa layangan awal dan
melunjurkan kaki ke depan diikuti badan
dan kaki semasa mendarat. Fasa lari landas
sama seperti lari landas gaya layar.

• Fasa lonjakan
a) Lonjak dengan kuasa kaki maksimum.
b) Angkat lutut kaki hadapan seberapa

tinggi yang boleh dan pada masa yang
sama angkat tangan yang bertentangan
tinggi ke hadapan.

• Fasa layangan
a) Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang

dan lentikkan badan supaya kelihatan
keadaan seperti tergantung.
b) Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke
udara.
c) Angkat kedua-dua lutut serentak dengan
ayunan tangan ke hadapan untuk
persediaan mendarat.

• Fasa mendarat
a) Ayun tangan ke belakang dan bawa

kedua-dua kaki yang dirapatkan ke
hadapan.
b) Dahulukan tumit untuk mendarat dan
gerakkan tangan ke hadapan dengan
pantas serta badan dihamburkan ke
hadapan

TEKNIK LOMPAT JAUH
GAYA GANTUNG

TEKNIK LOMPAT JAUH GAYA KAYUH

• Teknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan
kemahiran yang tinggi kerana seseorang peserta seolah-
olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah
langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.
Fasa lari landas dan lonjakan sama seperti lari landas
gaya layar dan gantung.

• Fasa layangan
a) Lakukan pergerakan ‘tendang kayuh’ satu setengah atau

dua setengah langkah.
b) Pergerakan ‘tendang kayuh’ dua setengah langkah:

i) Langkah 1-lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki
bebas di hadapan.

ii) Langkah 2-kedua-dua kaki berada bertentangan
dengan langkahan 1.Kaki bebas dan kaki lonjakan
untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan.
Tangan lurus ke hadapan.

iii) Langkah setengah-rapatkan kaki bebas dan kaki
lonjakan untuk mendarat. Baran bongkok sedikit ke
hadapan, tangan lurus ke hadapan.

• Fasa mendarat

a) Bongkokkan badan sedikit dan luruskan
tangan ke hadapan.

b) Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan
ke hadapan.

c) Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke
hadapan semasa mendarat untuk
mengimbangi pergerakan badan dan
tumit.

TEKNIK LOMPAT JAUH GAYA KAYUH

PERATURAN AM

1. Jika terdapat lebih daripada lapan orang
peserta, setiap peserta diberi tiga kali
percubaan lompatan.

2. Hanya lapan peserta yang terbaik akan
diberi tambahan tiga kali percubaan
mengikut susunan terbaik berdasarkan
pencapaian.

3. Jika terdapat lapan peserta atau kurang,
mereka diberi enam kali percubaan
lompatan.

4. Setiap peserta diberi masa satu minit untuk
melakukan lompatan.

5. Sebarang keputusan seri dirujuk kepada
lompatan kedua terbaik.

6. Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga
terbaik.

7. Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir
terdekat dengan bahagian penghujung
papan lonjak.

PERATURAN ASAS

Lompatan peserta di kira gagal jika dia
melakukan perkara-parkara berikut:

1. Menyentuh kawasan hadapan papan lonjak
dan meninggalkan kesan dengan mana-mana
bahagian badannya ketika melompat atau
ketika cuba melompat ii. Semasa mendarat,
seluruh badan pelompat berada di luar
kawasan mendarat.

2. Pelompat dibenarkan melonjak sebelum
sampai di papan lonjak. Kaki lonjak tidak
semestinya menyentuh tepat di atas papan
lonjak.

3. Jarak lompatan diukur daripada kesan atau
tanda yang terdapat di kawasan mendarat.
Ukuran yang dibuat adalah mengikut jarak di
antara papan lonjak dengan kesan mendarat
yang terhampir.

SELAMAT BELAJAR


Click to View FlipBook Version