The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusofamir4, 2022-06-09 00:29:46

TUGASAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TUGASAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

TUGASAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TEMA : KESELAMATAN DARIPADA BULI

C

NAMA : AMIR YUSOF BIN MOHD KAMAL AL MAAMUR
KELAS : 4AL-RAZI

NO.MAKTAB : SC190219

PENGENALAN TAJUK

- Tajuk ‘keselamatan’ menekankan aspek keselamatan dari segi fizikal, mental dan
sewaktu denganya. Sebagai contoh, keselamatan daripada buli.

SEBAB PILIH TAJUK : Bagi mengelakkan kes-kes buli daripada meningkat sekaligus
mendedahkan apa yang perlu dibuat apabila menghadapi situasi buli.

ISI-ISI PENTING BERKAITAN BULI

- Buli terbahagi kepada 3 jenis, iaitu secara fizikal, mental dan cyber.
BULI SECARA FIZIKAL
- Buli secara fizikal adalah seperti menumpuk, menyepak, dan menyuruh membuat

kerja rumah.

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI

- Ketika berada di sekolah, elakkan bertembung dengan kumpulan pembuli
- Kerapkan berjalan dalam kelompok, hal ini kerana pembuli lebih suka untuk buli ketika
mangsa berseorangan
- Belajar mempertahankan diri sekiranya si pembuli “angkat tangan

KESAN BULI FIZIKAL

- Mangsa akan mengalami lebam, parut malah trauma akibat dipukul
- Mangsa juga boleh mengalami stress jika selalu dikacau, sebagai contoh :
1. Selalu disuruh buat kerja rumah si pembuli, kesannya mangsa tiada masa untuk diri

sendiri.
2. Mangsa akan takut untuk memberitahu ahli keluarga atau guru kerana diugut oleh

pembuli
3. Kesan lebam/parut akan mengingatkan mangsa kepada kejadian tersebut

menjadikannya trauma

BULI SECARA MENTAL

- Buli secara mental adalah seperti menghina, memaki atau memanggil mangsa
dengan nama-nama yang pelik.

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI

- Sejumlah orang akan abaikan panggilan pembuli, hal ini kerana pembuli akan lebih
suka untuk kacau sekiranya mangsa membalas semula atau menunjukkan reaksi
tidak suka

- Bagi yang tidak tahan dipanggil, dicadangkan untuk luangkan masa dengan rakan-
rakan bagi mengalihkan perhatian minda kepada permainan daripada panggilan
tersebut

- Cuba mempraktikan istilah “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri” 

KESAN BULI MENTAL

- Kesihatan mental mangsa akan terjejas sekiranya mental mangsa jenis yang lemah
- Mangsa akan ingat panggilan tersebut untuk tempoh yang lama
- Mangsa akan berasa tidak selesa dengan nama yang dipanggil
- Sekiranya berlarutan, ia boleh mengakibatkan sakit mental bagi sesetengah orang

BULI SECARA CYBER

- Buli secara cyber lebih kepada “toxic” atau ugut dalam internet ataupun media sosial
LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI
- Block pembuli daripada mesej anda
- Setkan profil ke “private” bagi mengelakkan pembuli untuk komen pada perkara yang

ada dalam profil media sosial anda
- Abaikan mesej-mesej “toxic” sekiranya pembuli mesej anda

KESAN BULI CYBER

- Buli cyber lebih kurang seperti buli mental tetapi dalam media sosial
- Dengan zaman kini makin canggih, kes buli cyber juga meningkat kerana mudahnya

untuk mengakses profil mangsa dan menyebarkan kata-kata buruk kepada mereka
- Mangsa yang lemah akan mengalami stress mahupun depressed

DUA PERIBAHASA BERKAITAN BULI
1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya : Mendidik ataupun menegur anak-anak dari

kecil kerana apabila mereka sudah besar, mereka akan susah untuk ditegur
2. Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika

berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya : Orang yang kita
berkawan memainkan peranan yang penting dalam apa yang kita lakukan

KESIMPULAN

- Semua pihak harus memainkan peranan dalam mengelakkan kes buli ini daripada
berleluasa, sebagai contoh, pembuli harus memikirkan kesan daripada tindakan
mereka dan mangsa harus bijak dalam mengelak dari terjebak dengan kes buli.

TEMA : PERPADUAN
Tema “perpaduan” memastikan pengamalan sifat patriotic dalam diri terhadap tanah air
tercinta.

SEBAB MEMILIH TAJUK : Bagi mendidik masyarakat negara Malaysia tentang erti
perpaduan terhadap negara

ISI-ISI PENTING BERKAITAN PERPADUAN
- Bagi memupuk masyarakat nilai perpaduan ataupun patriotik

PENDEDAHAN TERHADAP ANAK-ANAK
- Ibu bapa memainkan peranan dalam pendedahan awal terhadap anak-anak mereka

pada umur yang kecil
- Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti menceritakan kisah lama seperti

“tanggang”, “bukit kepong” dan cerita tokoh-tokoh tempatan melawan kuasa luar
- Hal ini bagi menggalakkan anak-anak terhadap pengorbanan orang-orang dahulu

KESAN-KESAN
- Anak-anak kecil akan terdedah dengan perkara berkaitan nilai patriotik

- Anak-anak akan melahirkan sifat minat terhadap kisah perjuangan orang terdahulu
- Nilai perpaduan akan melahirkan anak-anak generasi akan datang dengan yang lebih

bersifat patriotik

PENDEDAHAN TERHADAP REMAJA

- Pihak sekolah memainkan peranan dalam mendidik remaja nilai perpaduan
- Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti pertandingan kuiz, “fashion show”

dan melukis tokoh-tokoh tempatan

- Hal ini bagi menggalakkan anak-anak remaja untuk minat dengan nilai patriotic yang
diamalkan oleh orang-orang dahulu

- Pelaksanaan bengkel berkaitan nilai perpaduan juga bagus bagi mendidik perkara
asas berkaitan perpaduan

KESAN-KESAN

- Golongan remaja akan berminat untuk menceburi bidang berkaitan sejarah terdahulu
- Golongan remaja akan lebih suka untuk mendalami perjuangan tokoh-tokoh tempatan

dalam menentang kuasa luar
- Menanam sifat patriotik dalam diri dan melakukan perkara demi tanah air

PENDEDAHAN TERHADAP MASYARAKAT

-Mendidik masyarakat sekarang erti perpaduan terhadap negara
- Pihak kerajaan boleh mengadakan aktiviti untuk masyarakat seperti gotong-royong

atau sukaneka yang memupuk nilai kerjasama dan tolong-menolong
- Antara perkara lain yang boleh dilakukan adalah penglibatan secara besar dalam

aktiviti seperti hari kemerdekaan

KESAN-KESAN

- Masyarakat akan lebih bersifat patriotik
- Masyarakat akan menanam sifat ingin mempertahankan tanah air tercinta
- Nilai tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama

DUA PERIBAHASA BERKAITAN PERPADUAN

1. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat : Keputusan
bersama secara majoriti atau kata sepakat yang dicapai melalui perbincangan

2. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk : Sama-sama ikut bertangungjawab,
susah senang dirasai bersama

KESIMPULAN

- Semua pihak harus memainkan peranan penting dalam mendidik atau mendedahkan
nilai perpaduan bagi menanam sifat sayang akan negara dan menghargai pengorbanan
orang-orang terdahulu.

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version