The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 818-27-syahida, 2023-11-10 12:49:20

KRAF TRADISIONAL

TUGASAN PSVK3453

ASAS KRAF TRADISIONAL PSVK 3453


PENGHARGAAN Saya bersyukur atas kejayaan saya dalam menghasilkan portfolio Pendidikan Seni Visual bagi kursus PSVK3453 Asas Kraf Tradisional dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang sudi memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya untuk menyiapkan portfolio ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Tuan Thadius Gugau yang telah banyak membantu saya untuk menghasilkan tugasan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongan dan menyediakan kemudahan peranti kepada saya bagi memastikan portfolio saya ini siap pada masanya. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama rakan-rakan yang turut menyumbangkan idea.


BIODATA PELAJAR SYAHIDA OPSYEN: BAHASA MELAYU SK NAMA: NURUL SYAHIDA BINTI AHMAD NO IC: 031025120968 ANGKA GILIRAN: 2021012340112 PROGRAM: PISMP SEMESTER 2 TAHUN 1


Apaitukraf tradisional ? Kraf tradisional merujuk kepada seni, kerja tangan, atau aktiviti yang diturunkan dari generasi ke generasi dalam masyarakat atau budaya. Kraf tradisional terdiri daripada pembuatan kraftangan seperti tenunan, anyaman, ukiran kayu, sulaman, atau sebarang bentuk kerja tangan lain yang berasaskan warisan budaya yang telah lama wujud. Kraf tradisional selalunya mempunyai nilai sejarah, seni dan budaya yang penting dalam masyarakat tertentu.


Jenis-jeniskraf tradisional Bidang ini telah memperkenalkan kepada masyarakat terutamanya para pelajar mengenai kepelbagaian kraf tradisional dalam budaya tempatan yang melibatkan fungsi, proses, alat, bahan, motif, dan hiasan kraf tradisional.


Alat Domestik Alat domestik amat penting untuk digunakan dalam kehidupan seharihari. Pada masa kini, pemasaran alat domestik telah dilaksanakan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri, alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. Contoh-contohBarangan Domestik Batu Giling Batu Kisar Tudung Saji Rotan Kukuran Duduk Cerek Tembaga Tudung Saji Mengkuang


AlatPermainan Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Congkak Wau Sepak raga Batu seremban Gasing


ProsesPenghasilanWau (1) Memilih buluh Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau. (2) Meraut buluh Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah- bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur. Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu di seimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut (3) Membuat rangka


ProsesPenghasilanWau (4) Menampal rangka Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian. (5) Membuat dan menampal corak Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau. Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju.Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga.Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap sepenuhnya. (6) Memasang tali teraju


AlatPertahanan Diri Alat pertahanan diri merupakan salah satu bentuk senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu. Contoh-contoh Alat Pertahanan Diri Keris Lembing Perisai Golok Keris juga turut digunakan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan sebagai lambang kemelayuan. TAHUKAH ANDA?


AlatPerhiasan Diri Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Dalam budaya Melayu tradisional, terdapat beberapa alat perhiasan yang menjadi lambang keunikan masyarakat Melayu sehingga kini. Biasanya alat perhiasan digunakan sebagai pelengkap pakaian dalam pelbagai upacara adat, perkahwinan, dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Jenis-jenis AlatPerhiasanDiri Dokoh ialah perhiasan yang dipakai di leher. Dokoh mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Dokoh sering dipadankan dengan pemakaian baju kebaya. Pending merupakan perhiasan yang dipakai pada bahagian pinggang. Pending diperbuat daripada logam (emas dan tembaga). Anting-anting merupakan perhiasan yang dipakai oleh kaum wanita pada bahagian telinga. Anting-anting biasanya diperbuat daripada logam, plastik, manik, dan lain-lain. Dokoh Pending Anting-anting


BATIK Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Pada abad ke 15 Masihi, manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Dahulunya, masyarakat Melayu menggunakan sayur-sayuran seperti ubi kentang sebagai alat pengecap. Namun, peredaran zaman yang berlaku telah memudahkan proses penghasilan batik dengan menggunakan alatan moden. Kini, terdapat banyak kilang perusahaan batik Malaysia di Kelantan dan Terengganu. Jenis-jenisBatik BatikLukis BatikSkrin BatikPelangi BatikBlok MotifBatik Motif Flora Motif Fauna Motif Isen MotifGeometri


Alat&Bahan Canting digunakan untuk melukis pola batik dengan cairan lilin. Sodium Silikat digunakan untuk mematikan warna pada kain batik. Lilin berfungsi untuk menolak warna yang diberikan pada kain. Kain putih akan diterapkan dengan corak batik. Kuali leper digunakan untuk memasak campuran lilin. Berus digunakan untuk mewarna corak. Damar dicampurkan dengan cairan lilin batik. Zat pewarna digunakan untuk memberi warna kepada motif batik.


ProsesPenghasilanBatikLukis Kain dipasang pada pemidang dan diregangkan. Motif dilakar di atas kain dengan menggunakan pensel 4B-6B. Panaskan campuran lilin dan damar. Sediakan canting mengikut saiz yang diperlukan. Setelah selesai mencanting, warnakan corak mengikut warna pilihan. Proses mewarna perlu dilakukan segera untuk mengelakkan warna tidak sekata. Mulakan proses mencanting mengikut lakaran pada kain. Pastikan garisan dicantum dengan kemas. 1. 2. 3. 4.


ProsesPenghasilanBatikLukis Kain akan direndam di dalam larutan sodium silikat untuk mematikan warna. Kemudian, cuci kain dengan air bersih untuk menghilangkan kesan sodium silikat dan lebihan warna. Keringkan kain di tempat yang teduh. Rebus kain dengan air panas yang telah dicampur soda ash. Kain direbus untuk menanggalkan lilin pada kain. 5. 6. 7. 8.


Tekat Seni tekat, yang juga dikenal sebagai bersuji, melibatkan proses menyulam benang emas pada kain dasar, biasanya kain dasar itu terdiri daripada kain jenis baldu. Proses menekat memerlukan seorang pemidang untuk merenggangkan kain baldu, memasukkan pola motif, dan menggunakan benang emas untuk membentuk bunga tekat. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof FungsiTekat Tekat hanya digunakan sebagai kelengkapan untuk istiadat dan upacara tertentu seperti perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. TokohTekat Disebabkan minat dan kecintaannya terhadap bidang sulaman tekat, beliau telah mendapat gelaran sebagai Adiguru Kraf Tekatan oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 1995.


Jenis-jenisTekat Tekat Timbul Bunga Emas Tekat Gubah Seni tekat gubah adalah suatu teknik menekat yang berasal dari Perak. Berbeza dengan tekat biasa yang cuma menggunakan benang emas, tekat gubah menggunakan benang emas dan benang perak serta diserikan dengan hiasan labuci dan manik berwarna-warni. Tekat gubah menggunakan kain baldu sebagai asas. Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.


ProsesTekatan (1)PenyediaanMempulur Langkah1: Lakarmotifpadakertas tebal. Langkah2: Memotongmotifyangtelah dilakarpadakertas tebal. Langkah3: Mengikisbahagiantepi mempuluragar tidak bergerigidanhalus Langkah4: Mempuluryangtelahsiap. (2)PersiapanPemidang Kainputihdiregangkandi atas pemidangkayu.Kayuataubatang pinang dimasukkandi sekeliling kain putih sebagai bingkai kain. Bingkai ini kemudiannya diikat pada pemidangsupayakainputihtadi cukuptegang. Seterusnya,kaindasaryangtebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan di atas kain putih tadi pada pemidang kayu dan membentuk dua lapisan kain. Baldu yang ditegangkan pada pemidang dicantumkan dengan kain putih secara jahitan sembat kasarpadasekelilingkainyangdiikatkankebingkaipemidang.


(3)ProsesMenyulam Mempulur diletakkan di atas kain baldu atau kain dasar. Benang emas yang dililit pada cuban diletakkan merentasi mempulur. Selepas itu, benang emas akan ditindih dan dikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Benang putih yang terdapat pada jarum digunakan untuk menjahit, menindih dan mengikat benang emas daripada sebelah tepi mempulur. Benang putih akan melalui bahagian bawah mempulur dan benang emas.


Ukiran Ukiran kayu yang juga dikenali sebagai seni ukir, merupakan seni pertukangan tangan yang telah menjadi warisan tradisional dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukiran kayu dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat Melayu, terutama dalam ukiran-ukiran yang menghiasi rumahrumah tradisional. Seni ukir ini memperkenalkan teknik dan motif bunga ukiran yang menjadi ciri khas seni ukir Melayu. Tokoh-tokohUkiran LatifbinLong Allahyarham Latif bin Long juga menghasilkan produk-produk khas yang dijual kepada pihak organisasi atau individu tertentu yang membuat tempahan khas. Antara ciptaan terbesar beliau adalah ukiran di dinding dan bangunan dalam Dewan Undangan Negeri( DUN ) di Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan. WanSubinOthman Beliau telah dianugerahkan Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang seni ukir kayu oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1985), Tokoh Budaya ASEAN di Bandar Sri Begawan, Brunei Darussalam (1993) dan Anugerah Seni Negara yang ketiga (1997).


Bentuk-bentukUkiran UkiranLarik UkiranTebukTimbul


Bentuk-bentukUkiran UkiranTebukTembusBersilat UkiranTebukTembusTidakBersilat


Peralatan Fungsi setiapperalatan: 1. Pahat -menebuk, membentuk corak atau membuang bahagian yang tak diperlukan 2. ketam kayu- melicin dan meratakan permukaan kayu 3. Cetar- membentuk asas kayu secara kasar 4. tukul kayu- mengetuk pahat dalam proses mengukir 5. gergaji kecil- memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan 6. Kikir Pari- meratakan corak yang dilukis 7. Daun mempelas atau kertas pasir- melicinkan permukaan corak yang telah diukir 8. Gergaji berhalang- memotong dan membentuk bahagian lengkung pada ukiran 9. Pisau wali- mengukir corak yang dikehendaki 10. Gergaji kecil(jigsaw)- memotong mengikut lengkung yang dikehendaki 11. Mesin gerudi- Menebuk lubang 12. Sesiku- mendapatkan ketepatan sudut 13. Pengapit- memegang atau mengapit kayu.


ProsesUkiranKayu Melukis corakpadakertas Menekapcorakpadakayu Memahat Melurutdanmengukirdengan pisauwali M Melicin engilatkandengansyelek


Tenunan Tenunan adalah salah satu seni tekstil yang terkenal di Tanah Melayu. Tenunan mempunyai keunikan tersendiri kerana ianya dikatakan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan satu tenunan. Dalam pada itu, motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif. Motif Tenunan (Susunan Becorak) (Susunan BungaTabur) (Tenunan BungaPenuh)


Tokoh-tokoh Tenunan Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat Bagi menghargai usaha dan kegigihan beliau dalam bidang songket ini, pada tahun 2007 beliau telah dilantiksebagaiAdiguruKrafSongketdandinobatkan selakuTokohKrafNegarapada tahunyang samaoleh KraftanganMalaysia. Puan Hajah Habibah binti Zikri Beliau pernah menghasilkan kain songket untuk pakaian pengantin diraja Brunei. Bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau, pada tahun 2002 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai TokohKrafNegara.


ProsesPembuatanSongket Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan. Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat. Melerai Benang Mencelup Benang


ProsesPembuatanSongket Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun. Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng. Menggulung Menganeng Benang


ProsesPembuatanSongket Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera. Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun. Mengarak Benang Menyapuk Benang


ProsesPembuatanSongket Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang. Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz. Menenun Menyongket Benang


Anyaman Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Misalnya, tudung saji, bakul, dan lainlain. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.


Tokoh-tokoh Anyaman PuanHajah AminahbintiHaji Amat Hasilkarya CikSiahbt Jumaat Hajah Asiahbt. Salleh Kelarai Sambas KelaraiTapakHarimau


AlatdanBahanPenghasilan AnyamanBakul Berus SuratKhabar Lidi Gam Varnish Stapler


ProsesPenghasilan Anyaman Bakul Bahagikan surat khabar kepada empat bahagian dengan membuat lipatan ulang. Gunakan pisau pemotong untuk memotong bahagian yang telah dibuat. Gunakan sebatang lidi untuk menggulung surat khabar yang telah dipotong. Sapukan gam pada bahagian hujung gulungan supaya tidak terbuka. Buat dasar bakul dengan menyilangkan gulungan surat khabar. Dengan menggunakan stapler, sambungan gulungan surat khabar yang telah pendek untuk membuat lingkaran seterusnya.


ProsesPenghasilan Anyaman Bakul Ulangi langkah 6 dan teruskan membuat lingkaran sehingga membentuk sebuah bakul. Hasil anyaman bakul. Varnish anyaman bakul dengan menggunakan berus secara teliti. 8 Keringkan anyaman bakul yang telah di varnish dalam suhu bilik.


Tembikar Tembikar merupakan barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat. Semasa proses penghasilannya, tembikar yang telah siap dibentuk akan dikeringkan di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur. Masyarakat dahulu menggunakan tembikar dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian. Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak.


ZamribinPandak Beliau dilahirkan di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Sejak berumur 30 tahun, beliau mula berjinak dalam pembuatan labu kerana dipengaruhi oleh rakanrakannya dan persekitaran yang aktif dalam kegiatan membuatlabusayong. TokohTembikar HasnahbintiMohd. Adnan Beliau dilahirkan di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak. Beliau memperoleh kemahiran membentuk tradisi daripadadatuknyasejakumur15tahunlagi.


Jenis-jenisTembikar Labu Bekasbara Jambangan Buyung Geluk Geluk berfungsi sebagai bekas air. Geluk mempunyai ragam hias dari motif-motif yang kecil dan ringkas. Bahagian pucuk berbentuk separti kubah masjid. Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air. Corak hiasan labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri. Bekas ini digunakan untuk membakar kemiyan. Bekas bara digunakan dalam upacara pengubatan dan kematian masyarakat tertentu Permukaan buyung dibiarkan licin tanpa dihias. Saiznya besar dan bahagian badan atau perut berbentuk bulat penuh. Berfungsi sebagai tempat meletak bunga. Saiznya boleh mencapai sehingga ketinggian 0.6 m -0.9 m.


ProsesMembentuk Tembikar (1) Teknik Picitan Menekandanmemicitketulan tanahliatdaribahagiantengah. (2) Teknik Lingkaran Tanahliatdigelekdengantanganmenjadilingkaran panjangdandilingkarmembentuktembikar (3) Teknik Acuan Tanahliatyangcairdituangkedalamacuanplasterof parisdandibiarkandalambeberapaminitkmdn lebihantanahliatdituangkeluar. (4) Teknik Putaran Menggunakanmesinpemutar.Tanahliatdiletakkan keatasmesindandibentukkansemasamesin berputar.


RUJUKAN


RUJUKAN


Click to View FlipBook Version