MINIT MESYUARAT GURU KALI 1 SESI 2023/2024
SEKOLAH KEBANGSAAN JERANGAU 23200 BUKIT BESI, DUNGUN, TERENGGANU TBA 1016 Email: [email protected] Tel/Fax: 09-8385617 Ruj. Kami SKJ 100-6/1/1 ( 2) Tarikh : 19/9/ 2023 Semua guru dan AKP Tuan /puan, NOTIS PANGGILAN MESYUARAT GURU BIL 2/2023 Merujuk perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat akan diadakan seperti berikut. Tarikh Hari Masa Tempat : 27/9/ 2023 : RABU : 1.45 PM : BILIK MESYUARAT AL HIDAYAH 2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 2.1 Perutusan pengerusi 2.2 Pengesahan minit mesyuarat 2.3 Perkara berbangkit 2.4 Laporan: - Kurikulum - HEM - Kokurikulum - Kewangan 2.5 Hal-hal lain 2.6 Penutup 3.Sehubungan dengan itu mohon tuan / puan untuk menghadiri taklimat tersebut. Kerjasama tuan/puan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “ Anjakan Muafakad Nekad” “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjaIankan amanah, (MOHD RIDHUAN BIN ISHAK) Guru Besar SK Jerangau
SEKOLAH KEBANGSAAN JERANGAU 23200 BUKIT BESI, DUNGUN, TERENGGANU TBA 1016 Email: [email protected] Tel/Fax: 09-8385617 MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/2023/2024 Tarikh : 15 Mac 2023 Hari : Rabu Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik mesyuarat KEHADIRAN : 1. En. Mohd Ridhuan bin Ishak - Guru Besar 2. En. Zamri bin Abu Bakar - GPK Kurikulum 3. Pn. Rosni binti Hj Awi - GPK HEM 4. En. Sirajul Fikri bin Husain - GPK KoKurikulum 5. En. Norhamizi Bin Mohamad@Mohd Amin 6. En. Abzainizam bin Ab Allah @ Abdullah 7. Pn. Hjh Wan Rohani binti Wan Sulaiman 8. Pn. Norosmini binti Nawi 9. Pn. Che Wan Zaimah binti Mohammad 10. Pn. Normazni binti Salim 11. Pn. Marlina binti Romele 12. Pn Nur Ain Nadhirah binti Mohd Amin 13. Pn. Normani binti Mohd Noor 14. Pn. Nurul Najihah binti Mamat 15. Pn. Nur Hidayah binti Azmi 16. Pn. Azlina binti Mahmud 17. Pn. Nurul Aini binti Ibrahim TIDAK HADIR BERSEBAB 18. Pn. Suwaibah binti Mohd Nasir - Urusan keluarga 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis (Guru Besar)
1.1 Guru besar mengucapkan selamat datang kepada semua barisan pentadbir dan guru serta ucapan terima kasih kepada guru yang terlibat dalam majlis perpisahan GPK Ko iaitu En. Mohd Firdaus bin Ibrahim dan majlis sambutan GPK Ko yang baru iaitu En. Sirajul Fikri bin Husain. 1.2 Beliau memaklumkan bahawa sekolah telah mendapat seorang guru baru bagi menggantikan tempat allahyarhamah Puan Azura bt Abu Bakar iaitu Pn. Suwaibah bt Mohd Nasir yang akan bertugas secara rasminya pada 20/3/2023. 1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa bilangan guru dan AKP disekolah telah mencukupi iaitu bilangan guru seramai 18 orang, AKP seramai 3 orang, staf kebersihan seramai 5 orang dan pengawal keselamatan seramai 4 orang dan menjadikan keseluruhan seramai 30 orang. Tindakan:Makluman 2.0 Perkara Berbangkit -Tiada 3.0 Laporan dan pembentangan 3.1. Pengurusan dan pentadbiran 3.1.1 Mesyuarat guru (Tuan Guru Besar) -Beliau telah memimpin ikrar perkhidmatan awam dan ikrar tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. -Beliau juga telah memperkenalkan PPD yang baru iaitu Tuan Haji Yusma@ Abd Mubin bin Yusof. Beliau memaklumkan bahawa visi Daerah Dungun masih lagi D-Leads (Digital Leads). -Seterusnya beliau menerangkan tentang: 1) Pelaksanaan Langkah Segera Ke Arah Kesejahteraan Guru. Antara intipati yang ditekankan ialah: a) Memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru. Sebagai contoh, pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi SPBT terbaik, dan yang seumpamanya. b) Mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja.
c) Menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem. d) Pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) tetapi perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan. e) Mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja. f) Menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM bagi memastikan kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.3/1999, yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi. g) Memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan 2) Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik Ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam garis panduan tersebut ada meletakkan syarat kehadiran ahli politik ke institusi sekolah antaranya ialah: a) Selaras dengan dasar, peraturan-peraturan pendidikan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa b) Tidak melibatkan sebarang elemen politik, perkauman dan ekstremisme c) tiada sebarang aktiviti tidak sihat dan tidak bermoral yang boleh menjejaskan pemikiran murid d) tidak menjejaskan perjalanan peperiksaan awam e) tidak menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid f) tidak memberikan implikasi kewangan kepada KPM, JPN, PPD, institusi pendidikan, pegawai, guru/ pensyarah serta murid yang terlibat g) tidak dibenarkan untuk membawa, mempamer atau menggunakan sebarang lambang parti dan berkempen tentang politik dalam premis institusi pendidikan h) mendapat kebenaran bagi melaksanakan sebarang sidang media dalam premis institusi pendidikan 3) Cadangan Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 a) Beliau memaklumkan bahawa sesi akademik 2023/2024 bermula 19 Mac 2023. b) Beliau juga menerangkan tentang 7 teras utama KPM dalam menerajui sistem pendidikan negara dan slogan/tema KPM pada tahun ini ialah “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah
Bitara dan Negara Sejahtera” 4) Beliau juga menerangkan konsep program aktiviti yang perlu disusun pada minggu pertama persekolahan. Sekolah perlu menyusun pelbagai aktiviti yang menarik dan bersesuaian dengan tahap. Beliau telah memutuskan bahawa aktiviti pada minggu pertama persekolahan akan dikendalikan oleh panitia masingmasing. 5) Beliau juga menerangkan tentang ABM Perjawatan Bagi Tahun 2023 iaitu: a)Tiada tambahan perjawatan bagi tahun 2023. b) Pembukaan kelas tidak dibenarkan( sekiranya melibatkan pertambahan perjawatan.) c) Perjawatan 2023 berdasarkan kelulusan pengoperasian 2023. d) Sijil penjawatan boleh dicetak melalui e-operasi. 6) Takwim penggal persekolahan.(rujuk buku pengurusan). 7) Pengurusan PIBG. a) Beliau menerangkan bahawa mesyuarat jawatankuasa PIBG perlu diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) PIBG. b) Bermula selepas sesi akademik 2023/2024 iaitu 19 Mac 2023-30 Jun 2023. c) Sekolah perlu memohon melalui PPD masing-masing. d) Sekiranya sekolah tidak sempat membuat MAT dalam tempoh yang diberikan, YDP perlu menghantar surat penangguhan kepada pendaftar negeri dengan justifikasi tarikh yang baharu. e) SPI Bil .4/2004 -urusan selepas MAT perlu dipatuhi(rujuk buku panduan pengurusan PIBG) 8) Pengurusan Lawatan dan Pelancongan Murid a) Lawatan pelancongan murid wajib dihantar kepada Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) dalam tempoh lima(5) minggu daripada tarikh lawatan. b) Permohonan yang lengkap sahaja akan disemak,permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan/kuiri. c) Permohonan yang lengkap mesti mengandungi: i) Surat iringan daripada sekolah ii) Borang PPS.57 iii) Senarai nama murid dan guru pengiring beserta cop dan tandatangan PGB iv) Kertas kerja d) Tujuan lawatan mestilah berunsurkan pendidikan dan memberi pengalaman pembelajaran murid. e) Bagi rujukan PGB,SPI Bil.5/2007: Garis panduan lawatan bertarikh 6 Jun 2007
9)Pengurusan Murid Rendah(Pendaftaran Secara Dalam Talian Tahun 1) a) Modul pendaftaran tahun 1 bagi kanak- kanak warganegara yang lahir pada 2 Jan 2017 hingga 1 Jan 2018 di http://idme.moe.gov.my akan dibuka bermula 1 Mei – 30 Jun 2023.( Kalendar akademik 2024/2025). b) Ibu bapa/ penjaga yang sah boleh melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi,maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu. c) Beliau mengingatkan kepada semua guru untuk mengingatkan ibu bapa/penjaga agar sentiasa membaca makluman terkini dilaman utama IDMe. 10) Pengurusan Guru Sekolah Rendah. a) Guru besar mengingatkan kepada semua warga Sejera agar tidak berkongsi data/maklumat kepada pihak yang tidak berkepentingan terutama keperluan guru di sekolah masing-masing. b) Penempatan pertukaran guru antara negeri/daerah berkuatkuasa 20 Mac 2023.Mohon tindakan guru besar sekolah yang terlibat melalui maklumbalas penempatan (MPG2) eOperasi. c) Beliau memberi peringatan mesra kepada semua guru agar semua guru dapat mengelakkan sebarang isu semasa pengoperasian sekolah bermula. Antaranya ialah: i) Guru perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan PIBG sekolah. ii) Mewujudkan suasana yang seronok dalam kalangan murid-murid untuk hadir ke sekolah. iii) guru perlu menangani segala isu dengan baik. iv) Guru perlu mengelakkan sebarang kutipan yuran di awal persekolahan. v) Guru perlu merancang terlebih awal berkaitan cuti peristiwa,pastikan jumlah hari persekolahan mencukupi,minimum 190 hari jumlah hari persekolahan. 11) Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran a) Beliau memaklumkan bahawa objektif garis panduan pengurusan panitia mata pelajaran adalah untuk memastikan perkara yang berikut: i) Pemilihan ketua panitia mata pelajaran adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan. ii) Peranan dan tanggungjawab ketua panitia dan ahli panitia dapat dilaksanakan dengan kefahaman yang jelas iii) Pengurusan panitia dapat dilaksanakan secara sistematik dan berkesan. b) Pemerkasaan panitia bahasa di sekolah merangkumi: i) Surat makluman pengurusan panitia ii) Pengupayaan ketua panitia iii) Bimbingan iv) PLC v) CPD/KT vi) Profil c) Program Pemulihan Khas Negeri Terengganu.
i) Pelaksanaan ii) Peranan pentadbir iii) Pengesanan dan perekodan. iv) Intervensi. d) Program literasi dan numerasi sekolah rendah(Plan) Negeri Terengganu. e) Peranan sekolah dalam pembudayaan 4P f) Prasekolah g) Unit integriti - Guru besar mengingatkan kepada semua guru agar tidak melakukan perkara- perkara yang melanggar integriti sebagai penjawat awam. 12) Persiapan Guru Cemerlang - Guru besar mengajak semua guru yang memenuhi syarat untuk menjadi guru cemerlang. Beliau menerangkan syarat-syarat dan kriteria yang perlu ada sekiranya guru ingin menjadi guru cemerlang. 13) Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran. - Guru besar menerangkan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam pengurusan sekolah(rujuk buku pengurusan). 14) Amalkan Kerja Berpasukan. - Beliau berharap agar dapat melibatkan semua warga SeJera dalam setiap aktiviti tanpa ada jurang antara satu sama lain,bina ikatan sebagai satu keluarga dan sayangi tempat kerja kita / respek tempat kita bekerja. 15) Patuhi Etika, Peraturan Dan Ketetapan. - Beliau memaklumkan tentang aspek i) Masa yang perlu guru patuhi iaitu: • Keberadaan di sekolah – bermula 07.30 pagi – 02.00 petang • Guru bertugas – 07.15 pagi • Keberadaan PDPC – bermula 07.45 pagi • Keberadaan Ko Kurikulum – bermula 02.00 petang ii) Pakaian • Pakaian kerja yang ditetapkan • Pakaian waktu perhimpunan minggu 1 – berkot, baju putih, tie merah, baju kurung + tudung merah
• Pakaian waktu perhimpunan minggu 2 – berkot, baju putih, tie biru, baju kurung + tudung biru • Uniform Lengkap (Selasa) • Pakaian Batik (Khamis) • Pakaian Sukan (PJ atau aktiviti Sukan) iii)Dokumentasi Keberadaan • PUNCH CARD – setiap hari waktu hadir dan pulang • Kebenaran Keluar – Kebenaran GB /GPK dan isikan Hrmis • Tidak melebihi 4 jam keluar daripada pejabat • Buku Kehadiran Kokurikulum • Buku Kehadiran Mesyuarat iv)Cuti • CRK ( cuti rehat Khas ) bagi guru – 10 hari • CR ( GB ) – 35 hari - AKP ( kurang 10 tahun – 20 hari ) ( Lebih 10 tahun – 25 hari • MC ▪ swasta ( tidak melebihi 15 hari setahun ) ▪ Kerajaan ( tiada limit ) ▪ Jika MC melebihi 90 hari – perlu minta kelulusan KPM v)Ketetapan Cara Memohon Cuti • Berjumpa GB secara bersemuka untuk kelulusan • Mesej ATAU buat panggilan terus kepada GB jika cuti KECEMASAN sahaja pada hari cuti diperlukan • Isi borang kelulusan cuti ( untuk perekodan ) • Isi secara ONLINE HRMIS • Maklumkan kepada PKP untuk menyokong cuti vi) Dokumentasi • Kertas kerja Program – hantar sebelum program diadakan untuk diteliti dan peruntukan bujet • Laporan Aktiviti – hantar dalam tempuh 3 hari selepas program diadakan kepada GPK berkenaan dan satu Salinan kepada GB • Minit Mesyuarat – hantar dalam tempuh 3 hari selepas mesyuarat diadakan kepada GPK berkenaan dan satu Salinan kepada GB • Fail-fail – rujukan yang betul • Buku-buku rekod kehadiran / pemantauan • Catatan-catatan data vii)Laman facebook SeJera
- Beliau memaklumkan agar laman facebook sekolah akan dikendalikan oleh Puan Nur Ain Nadhirah binti Mohd Amin dan dibantu oleh Encik Abzainizam bin Ab Allah @ Abdullah. Mereka perlu bertindak sebagai • Menyebar luas maklumat dan aktiviti sekolah • Menambah jaringan antara komuniti sekolah dan luar viii)E-RPH - Beliau memaklumkan bahawa semua guru wajib membuat e-RPH setiap hari dan dihantar pada setiap hari Khamisnuntuk semakan oleh GB dan Penolong kanan. ix)Pemantauan • KURIKULUM - PDPC – Standard 4 ( skpmg 2 ),Panitia, ERPH, Pemulihan , PAK 21, Buku Latihan Murid , TS 25, Pra Sekolah , RBT , Makmal , PSS, PBD, UASA • KOKO - Buku rekod aktiviti dan pelaksanaan , projek Kebitaraan Sukan, PAJSK, 1M1S • HEM - RMT, Laporan Guru Bertugas x) Perhimpunan Pagi • (LELAKI) Berkot, kemeja putih dan tie merah Minggu pertama • (PEREMPUAN) Berkot, Baju kurung dan tudung merah • (LELAKI) Berkot , kemeja putih dan tie biru Minggu kedua • (PEREMPUAN) Berkot, Baju kurung dan tudung biru • Semua guru dan AKP perlu berada di pentas Dewan • Standing Meeting diadakan selepas perhimpunan xi) Guru Bertugas Mingguan • Datang awal untuk menyambut murid di pintu pagar sekolah • Buat catatan buku lapuran bertugas • Mengendalikan majlis sebagai pengacara setiap majlis yang berlangsung dalam minggu itu • Menguruskan hal ehwal murid xii) Kesegeraan Dalam Tindakan • Berkenaan data yang diperlukan • Arahan PPD / JPNT xiii) Kesegeraan Dalam Tindakan • Tindakan mesti dalam peraturan • Niat untuk mendidik bukan untuk menghukum / mendera • Elakkan menjadi viral • Maklum kepada GB atau pengurusan jika merasa tindakan yang dibuat boleh mengundang kemarahan ibu bapa.
xiv) Sifar Disiplin • Semua guru adalah guru disiplin • Disiplin untuk membentuk kemenjadian murid • SSDM – isi data murid berkelakuan baik xv) E-OPERASI • Kemaskini data-data yang berubah • Tukar Pic Profail kepada pic rasmi xvi) Kebajikan murid • Beri bantuan kepada murid yang layak • Kemaskini maklumat dan pendapatan keluarga murid • Ziarah cakna diteruskan (program KPM) • Bantuan-bantuan Kebajikan yang lain pastikan murid layak tidak tercicir xvii)Mesyuarat JKS / JK HEM / JK KOKO • Setiausaha main peranan membantu penolong kanan • Letakkan target setiap bidang • Kebitaraan • Cipta Sukses Story untuk tahun 2023 • Gali bakat murid sebaiknya xviii)Jadual waktu • Di edarkan pada minggu depan kepada guru dan murid • Ko kurikulum – selasa • 1M1S – Rabu (petang) – 03.45 – 04.45 petang (tahap 2 sahaja) • Kafa (Rabu) bermula 01.00 – 03.30 petang • Kelas waktu perdana hari Rabu – 12.45 petang 16) KURIKULUM - Guru besar membentangkan tentang Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam kurikulum(rujuk buku pengurusan). -Beliau memaklumkan tentang e-RPH akan diberi taklimat oleh Pn Nur Ain Nadhirah bt Mohd Amin. - Beliau juga memaklumkan bahawa jadual waktu yang diedarkan telah menepati sepertimana yang dikehendaki oleh pihak jabatan. - Peperiksaan UASAakan berterusan dan soalan yang sedia ada perlu dikumpulkan untuk dijadikan bank soalan. 17) Hal Ehwal Murid - Beliau memaklumkan bahawa guru RMT yang terlibat perlu menyediakan eviden terhadap penyediaan RMT sekolah. - Beliau berharap agar guru yang terlibat dalam perlantikkan pengawas agar memilih murid yang berkelayakkan agar mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. - Program ziarah cakna perlu diteruskan kerana program ini sangat memberi impak positif kepada pihak sekolah.Program ini akan sentiasa berjalan dari semasa ke semasa mengikut situasi yang berlaku di
sekolah. - Beliau juga memaklumkan tentang pekerja kebersihan lelaki yang menunjukkan prestasi kerja yang sangat tidak memuaskan. Pihak pentadbir telah berbincang dengan kontraktor untuk mengambil Tindakan yang sewajarnya ke atas pekerja yang bermasalah. 18) KOKURIKULUM - Dalam taklimat beliau, beliau memaklumkan bahawa program 1M1S akan dijalankan pada waktu petang bermula jam 3.45-4.45 petang(tahap dua sahaja). - Beliau juga memaklumkan bahawa acara merentas desa pada tahun ini akan diadakan seminggu selepas sambutan hari raya. Beliau berharap kepada semua guru yang terlibat agar menghantar kesemua atlit untuk memberi pengalaman kepada mereka. Pertandingan perbarisan acara olahraga perlu disertai oleh sekolah agar murid dapat merasai pengalaman tersebut walaupun murid tidak menyertai acara olahraga. 19. Hal-hal lain - Puan Nur Hidayah binti Azmi memaklumkan tentang UASA. Beliau meminta agar guru menghantar soalan tahun 4,5 dan 6 kepada beliau pada minggu hadapan. - Puan Nur Ain Nadhirah binti Mohd Amin memaklumkan tentang penyambungan internet. Beliau perlu menghantar surat kepada Pegawai Perhubungan Sekolah untuk memaklumkan hal tersebut. - Puan Marlina binti Romele memaklumkan bahawa Ahli Jawatankauasa perlu dibentuk untuk merangka perjalanan lawatan ke luar negeri khususnya. - Puan Wan Rohani binti Wan Sulaiman memaklumkan tentang penjualan buku tulis di kedai koperasi akan bermula pada minggu pertama persekolahan. - Encik Zamri bin Abu Bakar mengingatkan agar semua guru menghantar borang keberhasilan prestasi kepada beliau untuk difailkan. Beliau juga memaklumkan bahawa semua guru perlu menghantar success story setiap unit kurikulum kepada Puan Wan Rohani binti Wan Sulaiman untuk difailkan. Beliau memberitahu kepada semua guru yang memohon cuti agar memaklumkan terlebih dahulu kepada guru besar. Guru yang memegang bilik- bilik khas perlu menyediakan semua rekod yang berkaitan bilik tersebut. Program MBIMBI dan HIP perlu diserap dalam panitian BM dan BI dan program kementerian iaitu matapelajaran sivik dan PJKR perlu dilaksanakan. - Puan Rosni binti Haji Awi memaklumkan bahawa guru yang terlibat dalam minggu transisi ialah Puan Wan Rohani binti Wan Sulaiman dan Puan Nurul Najihah binti Mamat. Beliau juga memaklumkan tentang RMT iaitu guru yang bertugas pada minggu tersebut yang akan mengendalikan menu RMT. - Encik Sirajul Fikri bin Husain akan mengedarkan tatacara lawatan yang akan diadakan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang. Disediakan oleh:
………………………… (NURUL AINI BINTI IBRAHIM) Setiausaha Mesyuarat Guru SK Jerangau Disahkan oleh: ……………………. (MOHD RIDHUAN BIN ISHAK) Guru Besar SK Jerangau