The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Farid, 2024-06-26 07:39:30

FLIPBOOK SEJARAH AWAM

FLIPBOOK SEJARAH AWAM (1)

MUZIUM, ARKIB & WARISAN Kumpulan3 P e n g a ntarS ejara h Awa m 2 0 2 4 DIHANTARKEPADA:DRHASLINDABINTI HASAN Robert Heinlein "A generation which ignores history has no past and no future."


SENARAI AHLI KUMPULAN NUR THAQIFA 298961 NUR FARAH IZZATI 299074 NUR ALYA AFRINA 299144 MOHD ALIF AIMAN BIN SAPLI 299363 MOHAMAD FARID BINMOHD NOR 299227 SHAHIDIN HAIKAL BIN SHAHRUL 298988


PAGE1-7 PAGE 8-14 PAGE15-24 PAGE25 Muziumsebagaisatu organisasi,Takrifan Muzium,Jenis& KepentinganMuziumdi Negara DefinisiArkib,Ciri-Ciri Arkib,FungsiArkib KepadaNegara, Jenis-JenisArkib, PrinsipPentadbiran Arkib warisan Warisandunia Warisankebangsaan Kesimpulan ISI KANDUNGANPAGE26 Rujukan


MUZIUM SEBAGAISATU ORGANISASI PAGE1 Istilah Melayu "muzium" merujuk kepada istilah Inggeris "museum." Muzium ialah organisasi yang tertumpu kepada pengumpulan, pemeliharaan, penyelidikan, dan pameran barangan yang mempunyai nilai seni, budaya, sejarah atau saintifik. Muzium mempunyai objektif utama untuk pendidikan dan penyelidikan serta menyediakan pengunjung dengan peluang untuk memahami dan menghargai warisan dan pengetahuan yang berasal dari pelbagai budaya dan zaman. (Permuziuman | Jabatan Muzium Malaysia, n.d.)


PAGE2 Muziumboleh ditakrifkan mengikutbeberapa ciriutamaberikut: 1. Pengumpulan dan Pemeliharaan: Muzium mengumpul dan memelihara barangan yang mempunyai nilai penting untuk memastikan ia dilindungi dan dilestarikan untuk generasi akan datang. 2: Pameran: Muzium menawarkan pameran tetap dan sementara koleksi mereka kepada orang ramai dengan konteks dan maklumat yang membantu pengunjung memahami kepentingan objek. 3. Pendidikan dan Penyelidikan : Muzium memainkan peranan penting dalam pendidikan awam dan penyelidikan akademik, sering menyediakan program pendidikan, bengkel, dan bahan kajian yang berkaitan dengan koleksi mereka. 4. Warisan dan Budaya: Muzium berfungsi sebagai penjaga warisan budaya dan sejarah, memberikan pandangan mendalam tentang peradaban, tradisi, dan perkembangan manusia dari masa ke masa. 5. Interaksi Komuniti: Banyak muzium juga berfungsi sebagai pusat komuniti, mengadakan acara, ceramah, dan aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat dan pengunjung.


PAGE3 Setiap muzium mempunyai konteks dan kaedah pengumpulan yang berbeza. Suasana awam di muzium, serta ruang dan lokasi, dipengaruhi oleh klasifikasi muzium dari ensiklop tempatan dan institusi. Seterusnya, terdapat enam jenis muzium, masing-masing digunakan untuk berkomunikasi dan melibatkan pelawat. Antaranya ialah Ensiklopedia dan Muzium Nasional Muzium Kawasan dan Tempatan Muzium di Universiti Muzium yang dibuka ( Open-air ) Muzium Komuniti Muzium Persendirian JENIS-JENIS MUZIUM DAN PERANANNYA


1. ENSIKLOPEDIA DAN MUZIUM NATIONAL Ensiklopedia dan muzium national merupakan muzium yang menyimpan dan memelihara khazanah dan koleksi sejarah agar tidak hilang disebabkan arus permodenan kini. Sebagai contoh, Muzium Negara ialah muzium yang berindentitikan nasional. 2. MUZIUM KAWASAN DAN TEMPATAN Muzium kawasan dan tempatan penting dalam memelihara dan mempamerkan warisan budaya, sejarah, dan tradisi sesuatu kawasan. Muziummuzium ini menumpukan perhatian kepada koleksi yang berkaitan dengan komuniti setempat dan menyediakan pandangan mendalam tentang kehidupan, adat resam, dan perkembangan sejarah di kawasan tersebut. Sebagai contoh muzium Kelantan, Muzium Sabah dan Muzium Sarawak 3. MUZIUM DI UNIVERSITI Muzium di Universiti adalah ditubuhkansebagai alat pendidikan dan sumber penyelidikan praktikal untuk pelajar serta penyelidik dalam pelbagai bidang seperti sejarah, seni, sains, dan budaya. Muzium ini memelihara warisan budaya dan sejarah, dilindungi untuk generasi akan datang melalui aktiviti konservasi. Selain itu, muzium universiti memberi khidmat kepada komuniti universiti dan awam, mempromosikan seni dan budaya melalui pameran dan program. PAGE 4


Muzium open air adalah muzium yang menampilkan koleksi artifak dan pameran di luar ruangan iaitu dalam bentuk replika bangunan atau struktur asli yang disusun untuk mencerminkan kehidupan pada masa lalu.Tujuan utama muzium open air adalah untuk memberikan pengalaman pengunjung untuk merasai suasana dan gaya hidup zaman dahulu secara lebih nyata. 4. MUZIUM YANG DIBUKA(OPEN-AIR) 5.MUZIUM KOMUNITI Muzium komuniti adalah institusi atau ruang yang dikhususkan untuk mempamerkan, menyimpan, dan mendokumentasikan warisan, budaya, dan sejarah sesuatu komuniti.Muzium ini ditubuhkan oleh penduduk setempat atau organisasi komuniti dengan tujuan untuk memelihara dan mempromosikan identiti serta nilai-nilai unik komuniti tersebut. 6. MUZIUM PERSENDIRIAN Sebuah muzium yang tidak dimiliki atau dikendalikan oleh kerajaan atau institusi awam sebaliknya oleh rakyat persendirian, perniagaan pertubuhan bukan kerajaan dirujuk sebagai muzium persendirian. PAGE 5


Muzium memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Sumbangan serta peranan yang dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti dijalankan dapat dilihat daripada beberapa aspek. Antaranya : Muzium sebagai gedung khazanah sejarah dan budaya negara. Muzium mempunyai komitmen dan rasa tanggungjawab yang tinggi menyelamatkan dan memelihara warisan manusia dan persekitarannya. Aktiviti menyelamatkan dan memulihara disusuli dengan perlengkapan maklumat dan dokumentasi sebelum dibuku dan diterbitkan untuk sebaran kepada umum. Sehubungan dengan itu, muzium dapat dilihat sebagai pencari dan pengumpul maklumat untuk orang ramai. Memupuk Semangat Kesedaran Masyarakat Terhadap Sejarah Dan Budaya Sendiri.(Mengenai Muzium Negara | Laman Web Muzium Negara, n.d.) Aktiviti-aktiviti Muzium selari dengan matlamat melahirkan semangat kesedaran, dan kecintaan masyarakat terhadap budaya warisan sendiri. Usaha-usaha pemuliharaan dan penyelidikan yang dijalankan dapat membuka mata masyarakat, betapa perlunya budaya warisan dipelihara. Serentak itu, ceramah, seminar serta bengkel turut diadakan bagi mengajar dan mendidik masyarakat tentang cara dan kepentingan memelihara budaya warisan. PAGE6 Fungsi&Kepentingan MuziumDalamNegara


Muzium Sebagai Penyebar Maklumat Dan Mendidik Masyarakat. Menyebar maklumat dan mendidik masyarakat mengenai bidang-bidang tertentu adalah salah satu fungsi utama Muzium. Pameran-pameran yang dirancang dan diadakan beberapa kali sepanjang tahun, merupakan satu cara untuk menarik orang ramai ke Muzium. Hasil penyelidikan dan kajian ilmiah yang dilakukan, diterbit dalam bentuk buku, monograf, jurnal dan lain-lain lagi untuk diedar dan disalurkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat keseluruhannya. Cara ini diharap dapat melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan dan peka terhadap sejarah dan budaya sendiri. Penyebaran maklumat oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu, dengan mengambilkira semua golongan peringkat masyarakat, kerana Muzium berpegang kepada konsep mesra masyarakat "Jika mereka tidak dapat datang ke Muzium, Muzium perlu pergi kepada mereka ". Muzium Sebagai Institusi Pendidikan Dan Pembelajaran. Muzium yang berperanan sebagai institusi pendidikan dan pembelajaran, menyediakan beberapa program tertentu seperti:- Lawatan Berpandu Pihak Muzium menyediakan pegawai serta kakitangan yang berpengalaman untuk memberi maklumat dan penerangan mengenai koleksi yang dipamerkan kepada para pengunjung terutama pelajar sekolah Ceramah Muzium bertanggungjawab memberi ceramah atau penerangan mengenai fungsi dan peranan serta kepentingannya kepada masyarakat. Langkah ini diharap dapat memberi kesedaran dan jati diri kepada generasi baru akan kehebatan dan kecekalan nenek moyang mereka suatu ketika dahulu. PAGE7


ARKIB Arkib merujuk kepada institusi atau tempat yang bertanggungjawab untuk menyimpan, memelihara, mengurus, dan menyediakan akses kepada dokumen, rekod, dan bahan-bahan bersejarah yang mempunyai nilai kekal untuk rujukan dan penyelidikan. Dokumen yang disimpan dalam arkib biasanya adalah yang dianggap penting untuk sejarah, budaya, pentadbiran, atau undang-undang, dan mereka disimpan untuk memastikan kelangsungan rekod masa lalu untuk generasi akan datang .Arkib merujuk kepada koleksi dokumen dan rekod itu sendiri yang disimpan oleh sesebuah institusi atau individu .Arkib boleh merujuk kepada proses pengarkiban, iaitu tindakan mengurus dan menyimpan dokumen dan rekod dengan cara yang sistematik dan teratur untuk memastikan ia dapat diakses dan dirujuk pada masa hadapan. PAGE 8


1. Penyimpanan Kekal Dokumen dan rekod yang disimpan di arkib adalah untuk penyimpanan jangka panjang atau kekal. 2. Nilai Sejarah dan Pentadbiran Dokumen yang diarkibkan biasanya mempunyai nilai sejarah, budaya, pentadbiran, atau undang-undang yang penting. 3. Sistematik dan Teratur Arkib diurus dengan cara yang sistematik untuk memudahkan pencarian, pengaksesan, dan penggunaan dokumen oleh penyelidik atau pihak berkepentingan. 4. Pemeliharaan Dokumen yang disimpan di arkib dipelihara dengan teliti untuk mengelakkan kerosakan fizikal dan kemerosotan. Surat-menyurat rasmi Laporan tahunan Manuskrip dan buku lama Foto dan video bersejarah Peta dan pelan Rekod undang-undang dan perjanjian Ciri-Ciri Arkib Contoh Bahan Arkib PAGE 9


Arkib memainkan peranan penting dalam memastikan rekod dan dokumen dapat dipelihara iaitu dengan mengurus, dan menyediakan akses kepada rekod dan dokumen yang bernilai, memastikan bahawa maklumat penting dari masa lalu boleh diakses oleh penyelidik dan generasi sekarang untuk masa hadapan. Pemeliharaan Rekod dan Dokumen: Menyimpan dan memelihara dokumen penting dari kerosakan dan kemerosotan. Ini termasuk penggunaan teknologi konservasi dan penyimpanan yang sesuai. Pengurusan Koleksi: Mengurus koleksi dokumen secara sistematik melalui proses pengkatalogan, pengindeksan, dan pengelasan untuk memudahkan pencarian dan akses. FUNGSI ARKIB KEPADA NEGARA Penyediaan Akses Awam: Menyediakan akses kepada dokumen dan rekod kepada masyarakat umum, penyelidik, pelajar, dan pihak berkepentingan lain melalui ruang pembacaan fizikal atau platform digital. Penyelidikan dan Rujukan: Menawarkan perkhidmatan penyelidikan dan rujukan kepada pengguna yang memerlukan maklumat spesifik dari koleksi mereka, membantu dalam mencari dan mentafsirkan dokumen. Digitalisasi dan Pemuliharaan Digital: Melakukan digitalisasi dokumen untuk menukar bahan fizikal kepada format digital, memudahkan pemeliharaan dan akses global. PAGE 10


ARKIB NEGARA JENIS-JENIS ARKIB Seperti muzium, arkib juga mempunyai 3 jenis seperti Arkib Negara, Arkib Wilayah Arkib Persendirian. Sejarah penubuhan arkib negara: 1 Disember 1957, Public Records Office ditubuhkan. Tuan Haji Mubin Sheppard dilantik sebagai Keeper of Public Records. 1963, dikenali sebagai Arkib Negara Malaysia. 1996, bangunan Arkib Negara Malaysia di Petaling Jaya dirasmikan. 1982, Arkib Negara Malaysia berpindah ke bangunan baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur. 2004, Arkib Negara Malaysia diletakkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Akhirnya, pada tahun 2013 Arkib Negara Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Visi, Misi dan Objektif Arkib Negara: Visi =Sebagai peneraju pengurusan rekod dan pentadbiran arkib yang inklusif. Misi =Memastikan tadbir urus rekod dan arkib yang efisien dan efektif melalui teknologi terkini demi kepentingan negara dan kemakmuran bersama. Objektif =Memantapkan kompetensi dan komitmen pegawai awam dalam bidang pengurusan rekod melalui pematuhan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan perundangan lain yang berkuat kuasa. =Memelihara dan memulihara bahan arkib yang bernilai kekal untuk rujukan dan kelestarian warisan negara. =Memperkasa program pengembangan dan advokasi sejarah negara ke arah pengukuhan jati diri warga Malaysia. PAGE 11


ARKIB WILAYAH Sejarah penubuhan: Berdasarkan rekod arkib, semasa Pentadbiran Tentera British (BMA) dari Ogos 1945 hingga 15 Julai 1946, yang menemui dan memelihara arkib sebelum perang yang terselamat. Brigedier Jeneral Charles Frederick Cunningham Macaskie memberi arahan untuk mencari, memperoleh dan memelihara rekod arkib Borneo Utara termasuk rekod Sarawak dan Brunei. Hasilnya, dipercayai bahawa British Crown Colony yang mengambil alih Borneo Utara daripada Pentadbiran Tentera British pada 15 Julai 1946 merealisasikan penubuhan Arkib Pusat Borneo Utara. Pada 22hb November, 1957, Sekretariat British Crown Colony telah mengeluarkan pekeliling kepada semua penduduk, ketua jabatan, pegawai daerah. Pegawai daerah memaklumkan penubuhan Arkib Pusat Borneo Utara (NBCA), di Pejabat Sekretariat, Jesselton dan untuk memindahkan dan memusatkan semua rekod yang dicipta semasa Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dan Zaman Kolonial di NBCA. Selepas kemerdekaan, pada tahun 1965, Muzium Sabah telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir NBCA. Akses kepada rekod telah diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. NBCA mencapai kejayaan apabila Jabatan Arkib Negeri Sabah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1980 selepas Enakmen Arkib Negeri diluluskan dan seterusnya diwartakan pada 1 Januari 1985. Rekod yang disimpan di NBCA kemudiannya dipindahkan ke bangunan sekarang (sebelum ini dimaksudkan untuk Galeri Muzium Sabah) pada tahun 1980 di KM 4. jalan Penampang, Kota Kinabalu. Pada tahun 1984, Arkib Negeri Sabah bergabung dengan Muzium Sabah dan dikenali sebagai Jabatan Muzium Sabah dan Arkib Negeri di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada tahun 1992, Jabatan Arkib Negeri Sabah berfungsi secara bebas di bawah Jabatan Ketua Menteri sehingga kini. Arkib Negeri Sabah ialah arkib tertua kelima yang ditubuhkan pada 1946 di Asia Tenggara selepas Indonesia (1811), Kemboja (1911), Laos (1917) dan Vietnam (1945). Di peringkat antarabangsa, ANS adalah ahli The International Council on Archives (ICA) yang dinaikkan daripada Kategori C kepada Kategori A pada 2010 sehingga kini. ANS juga merupakan ahli Majlis Arkib Antarabangsa Cawangan Asia Tenggara (SARBICA). PAGE 12


ARKIB PERSENDIRIAN Diilhamkan oleh pencapaian ketara oleh Encik Loke Yew khususnya, dan tokoh terkenal lain pada masa lalu, lot kedai lama yang pernah menempatkan aktiviti perniagaan Loke Yew di Bentong kini ditukar menjadi Galeri Bentong. Muka bangunan asal bangunan ini telah dipelihara dan dikekalkan. Matlamat utama Galeri Bentong adalah untuk mendedikasikan platform yang kondusif untuk orang bukan sahaja dari Bentong tetapi juga bahagian lain di dunia untuk mengetahui, memahami dan menghargai perjalanan sejarah yang bermula beberapa dekad yang lalu dalam membawa Bentong kepada keadaannya sekarang. Perjalanan itu sememangnya mengagumkan, dipenuhi dengan peristiwa bersejarah yang menakjubkan yang menjadi asas utama dalam membentuk Bentong hari ini. Matlamat utama Bentong Gallery adalah untuk: Memelihara Warisan: Melindungi dan memelihara warisan budaya dan sejarah Bentong, termasuk artifak, dokumen, dan cerita lisan yang penting. Mendidik Masyarakat: Menyediakan sumber pendidikan kepada pelajar, penyelidik, dan masyarakat umum tentang sejarah dan warisan Bentong. Mempromosikan Identiti Tempatan: Menguatkan identiti dan rasa bangga dalam kalangan penduduk tempatan terhadap warisan mereka. Bentong Gallery ini juga memaparkan pencapaian lampau dan sumbangan tokohtokoh terkemuka lain di Bentong. Ini termasuk Kesultanan Pahang yang telah memberikan kelulusan untuk membangunkan Bentong serta ahli Parlimen Bentong dahulu dan sekarang seperti mendiang Dato Low Fatt yang merupakan pengasas dan bekas Pengerusi TF Group of Companies. PAGE 13


Arkib awam hendaklah diuruskan berasaskan kepada 2 prinsip pentadbiran arkib iaitu: 5.1. Principle of Provenance Prinsip yang menegaskan bahawa rekod hendaklah disimpan mengikut sumber asanya "the principle of provenance, is thatrecords should be kept according to their source" (T.R.Schellenberg, 1965) 5.2. Principle of Original order Prinsip yang menegaskan bahawa rekod hendaklah disimpan dengan mengekalkan susunan asal rekod sebagaimana ia mula diwujudkan di jabatan/agensi pewujudnya "the principle of original order, is that records should be kept in the order originally imposed on them" (T.R. Schellenberg, 1965) Prinsip-prinsip ini adalah penting bagi memastikan keutuhan (integrity) rekod dan bahan arkib dipelihara tanpa merubah konteks atau hubung kaitnya dengan fungsi dan tujuan pewujudan. Keutuhan rekod akan menjamin kesahihan rekod sebagai maklumat dan dokumen bukti. Selain daripada itu, prinsip ini juga digunakan sebagai panduan dalam penyusunan rekod dan bahan arkib. PAGE 14


TAPAK WARISAN Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah lain2 tempat-tempat khusus (seperti hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks atau bandar) yang dicalonkan dan juga, telah mendapat pengesahan untuk dimasukkan ke dalam senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO. Ianya terdiri dari 21 kumpulan-kumpulan kenegerian (negara) yang dipilih oleh Perhimpunan Am Kumpulan-Kumpulan Kenegerian bagi tempoh terhad. Program ini bertujuan mengkatalog, menyenarai, menama dan mengabadikan tapak-tapak ulung warisan budaya atau warisan semula jadi penting demi warisan sejagat. Tapak-tapak warisan boleh mendapat dana dari Dana Warisan Dunia di bawah syarat-syarat tertentu. Program ini ditubuhkan di bawah "Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia" yang dipersetujui oleh Persidangan Am UNESCO pada 16 November1972. Sejak itu, lebih 80 negara telah meratifikasi atau mengesahkan konvensyen tersebut. Sehingga 2006, sejumlah 830 tapak telah disenaraikan sebagai Tapak Wariasan Dunia yang terdiri daripada: • 644 tapak bagi kebudayaan • 162 tapak bagi kawasan semulajadi • 24 tapak bagi ciri bercampur PAGE 15


h UNESCO Tapak Warisan Dunia merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh pihak UNESCO terhadap tempat-tempat yang penting dalam warisan budaya atau khazanah alam semula jadi. Tujuan pengiktirafan diberikan juga untuk memelihara lokasi-lokasi penting ini dari dimusnahkan oleh arus permodenan. Saban tahun, lebih kurang 25 lokasi global dari pelbagai negara akan diiktiraf dan ditambah ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia/ World Heritage. Sehingga kini, terdapat lebih 1,000 tapak warisan telah diiktiraf diseluruh dunia. Di Malaysia juga, terdapat 4 tempat yang diiktiraf oleh pihak UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Di sini tersedia senarai 4 tempat tersebut dan anda sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana di Malaysia juga mempunyai khazanah alam yang tidak ternilai yang diiktiraf dunia. TAPAKWARISAN YANGDIIKTIRAF UNESCODI MALAYSIA PAGE 16


h 4TAPAKWARISAN YANGDIIKTIRAF UNESCO 1.GUNUNG MULU, SARAWAK Gunung Mulu ini juga merupakan kawasan batu kapur yang mempunyai keluasan 52, 864 hektar dengan 3,500 spesis tumbuhan vaskular. Ruang dalamnya juga yang lebih dikenali sebagai ‘Sarawak Chambers’ juga dikatakan ruangan yang terbesar di dunia dan boleh menyimpan sehingga 40 buah pesawat besar didalaminya. Gunung Mulu merupakan lokasi terawal di Malaysia yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2000. Terletak di sebelah timur negeri Sarawak, Gunung Mulu ini mencapai ketinggian sehingga 2376 meter dan dikatakan telah berusia lebih 1.5 juta tahun lamanya. PAGE 17


h Selain itu, dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna yang terdapat di sini yang meliputi tumbuhan dari Himalaya, China, Australia, dan banyak lagi, taman negara ini telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan AsiaTenggara. 2. Taman Kinabalu, Sabah Negara Kinabalu turut menjadirumah kepada 4,500 spesies flora dan fauna dari pelbagai habitat dari kawasan rendah tropika, hutan hujan tropika, hutan gunung tropika, hutan separa alpine, dan tumbuhan renek ke aras tinggi. Taman Negara Kinabalu turut menjadi rumah kepada 4,500 spesies flora dan fauna dari pelbagai habitat dari kawasan rendah tropika, hutan hujan tropika, hutan gunung tropika, hutan separa alpine, dan tumbuhan renek ke arastinggi. PAGE 18


h Lembah Lenggong terletak di kawasan Lenggong, Hulu Perak ini merupakan tapak arkeologi yang wujudnya bukti-bukti penempatan manusia sejak zaman Paleolitik ditemui. Penemuan arkeologi terkenal di Lenggong ini ialah Orang Perak (Perak Man), iaitu rangka peninggalan manusia yang berusia 11,000 tahun yang ditemui pada tahun 1990. Selain itu, peralatan batu berusia 100,000 tahun yang ditemui di Kampung Geluk dan Kampung Temelong. 3. Lembah Lenggong, Perak Terdapat juga penemuan bukti bahawa Gua Harimau menjadi tapak penghasilan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat pelbagai bukti penggalian yang dikaitkan dengan zaman pra-sejarah yang boleh ditemui yang menjadikan Lembah Lenggong ini penting kepada sejarah tamadun dunia. PAGE 19


h 4. Bandar Melaka dan George Town Bandaraya Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang merupakan 2 bandaraya bersejarah yang diiktiraf sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia pada tahun 2008. Dua bandar ini telah melalui zaman penjajahan 500 tahun lamanya yang menyebabkan berlakunya asimilasi dan juga akulturasi terhadap budaya hidup dan juga dari segi senibinanya. Pertembungan budaya boleh dilihat dengan terdapatnya masyarakat Chetti, Baba Nyonya yang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melaka lagi dan juga dan juga Jawi Peranakan yang menetap dari abad ke 19. Sementera itu, dari segi seni bina pula, kebanyakan bangunan seperti gereja, pusat pentadbiran kerajaan dan kubu perang di dua bandar ini dipengaruhi oleh senibinaEropah. PAGE 20


h PAGE 21 5.Tapak arkeologi lembah Lenggong Tapak Arkeologi Lembah Lenggong terletak di Hulu Perak, Malaysia, dan merupakan salah satu tapak arkeologi prasejarah yang paling penting di Asia Tenggara. Tapak arkeologi ini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia yang ke-5 bagi Malaysia. Pengiktirafan ini telah dibuat pada 30 Jun 2012 di Saint Petersburg, Rusia, sewaktu mesyuarat World Heritage Committe sesi ke-36. Merangkumi kawasan seluas 398.64 hektar, tapak ini membekalkan siri urutan budaya mengikut kronologi bermula dari zaman Paleolitik hingga ke zaman Neolitik dan zaman Logam. Tapak-tapak ini telah ditetapkan usianya secara kronometrik bermula daripada 1.83 juta hingga 1,700 tahun yang lalu. Salah satu artifak paling signifikan yang dijumpai diLembah Lenggong ialah Perak Man yang meninggal dunia pada usia sekitar 45 tahun dan dijumpai dikebumikan dalam gua dengan penuh istiadat kira-kira 10,000 tahun lalu, bersama bahan kiriman. Dia dilahirkan dengan kecacatan Brachymesophalangia Jenis A2, dan ini merupakan bukti terawal kecacatan jenis ini di dunia, justeru menyumbang kepada sejarah sains perubatan. Perak Man juga merupakan rangka manusia tertua hampirlengkap yang ditemui di AsiaTenggara.


h Lembah Lenggong dikenali kerana sumbangannya terhadap pemahaman tentang pembuatan alat batu di zaman Paleolitik di Asia Tenggara yang tidak banyak diketahui sehingga penemuan Kota Tampan pada tahun 1987, iaitu tapak yang wujud kira-kira 74,000 tahun dahulu. Memandangkan teknologi Paleolitik ialah teknologi alat batu, penemuan tapak pembuatan alat batu ini merupakan penemuan teras budaya ketika itu. Penemuan arkeologi ini merupakan tanda aras penting dalam menetapkan tarikh kewujudan manusia pra-sejarah di Asia Tenggara dan impaknya ke atas teori berkaitan perkembangan hominid di seluruh Australasia serta juga perkembangan budaya alat batu. Ini membuatkan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai sebuah landskap budaya unik yang mempunyai nilai sejagat yang sangat penting kepada manusia. PAGE 22


h NAMA JENIS NEGERI GAMBAR Kompleks Percandian Bukit Choras (Tapak 1) Bukit Choras, Yan KEDAH Candi Permatang Pasir (Tapak 31) Kuala Muda, Rantau Panjang, Kedah TAPAK ARKEOLOGI KEDAH Kellie’s Castle Batu Gajah, Perak. BANGUNAN PERAK TAPAK WARISAN LAIN selain tapak warisan yang diiktiraf oleh UNESCO, terdapat juga beberapa tapak lain yang belum diiktiraf tetapi telah diwartakan dibawah Akta Warisan Kebangsaan. Antatanya ialah :- PAGE 23 TAPAK ARKEOLOGI


h Tapak Arkeologi Gua Badak (Lukisan Gua) Antara Kampung Gelok dan Kampung Sumpitan TAPAK ARKEOLOGI PERAK Makam Sultan Ali Umbai Merlimau melaka. MONUMEN/ MAKAN MELAKA Taman Negara (Semenanjung Malaysia) Kuala Koh, Relai, Gua Musang TAPAK SEMULAJADI KELANTAN Gua Cha, Kelantan TAPAK ARKEOLOGI KELANTAN Makam Hang Jebat Jalan Kampung Kuli, Melaka. MONUMEN/ MAKAM MELAKA PAGE 24


h "Kesimpulanya masih terdapat banyak lagi Muzium, Arkib dan Tapak-tapak Warisan di Malaysia yang tidak disenaraikan didalam ini dan ini menjadi tanggungjawab kita untuk mengenali dan melindungi tempat-tempat ini. Hal ini dikatakan demikian kerana tempattempat ini boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong. Para pelacong dapat mempelajari dan mengambil tahu tentang sejarah-sejarah negara kita. Tambahan pula, hal ini juga dapat meningkatkan ekonomi negara kita sekaligus memberikan banyak keuntungan kepada negara. Oleh itu, pihak berkuasa perlulah mengambil initiatif untuk melindungi dan memelihara tapak - tapak ini supaya ia kekal terpelihara dan dijaga." PAGE 25 KESIMPULAN


h Rujukan Senarai muzium di Malaysia. (2023, March 10). Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Senarai_muzium_di_Malaysia Fungsi dan Peranan Agensi. (n.d.). Muzium Negeri Terengganu. https://museum.terengganu.gov.my/index.php/muzium/fungsi-dan-peranan-agensi Mengenai Muzium Negara | Laman web Muzium Negara. . https://www.muziumnegara.gov.my/ms/mengenai-muzium-negara Arkib (2022, February 23). https://ms.wikipedia.org/wiki/Arkib Pemeliharaan Warisan Arkib (2024, Mei 17). https://www.kkd.gov.my/2013-03-27- 04-11-47/jabatan-agensi-mobile/65-bahankpkk/dokumen/605-pemeliharaanwarisan-arkib Permuziuman Jabatan Muzium Malaysia. http://www.jmm.gov.my/ms/permuziuman Bahan Arkib (2024). https://ofa.arkib.gov.my/ofa/list/recordtype Sejarah Penubuhan, Visi dan Misi Arkib Negara. Diakses pada 28 May 2024, https://www.arkib.gov.my/ms/ Sejarah Penubuhan Arkib Sabah, Diakses pada 28 May 2024, https://archive.sabah.gov.my/ Sejarah Penubuhan Bentong Gallery, Matlamat, Diakses pada 28 May 2024, https://bentong-gallery.com/#about Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Perak. Diakses pada 1 Jun 2024. https://www.heritage.gov.my/en/kraf.html?view=article&id=147:tapak-warisandunia-unesco-lembah-lenggong&catid jabatan Warisan Negara. Diakses pada 1 Jun 2024 https://www.heritage.gov.my/my/ PAGE 26


h PAGE 27 https://youtu.be/J_xpLOCjuMgsi=X 7ULl0Eh_jEKCKwW https://360stories.com/kualalumpur/place/national-museum-ofmalaysia https://youtu.be/5PFsIAbtpfo? feature=shared CONTOH BUKU YANG DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN & LINK YOUTUBE


MUZIUM, ARKIB & WARISAN P e n g a ntarS ejara h Awa m 2 0 2 4 Kumpulan3


Click to View FlipBook Version