HIKAYAT SANG KANCIL
DAN MONYET
DISEDIAKAN OLEH : SNNATASHA
Nyamannya suasana rimba di pagi hari.
Mereka bergembira menikmati
keindahan alam semula jadi. Di alam
inilah tinggalnya sang kancil yang
bijaksana dengan sahabat karibnya
kura-kura. Mereka hidup rukun damai,
bebas bergembira, tolong-menolong dan
bekerjasama di taman peliharaan
mereka.
Kelihatan seekor monyet berdekatan kawasan taman
peliharaan sang kancil dan kura-kura. Sungguh lincah si
monyet, bergayutan ke sana ke mari. Megah dengan
kebolehannya. Awas, monyet! jangan ganggu
ketenteraman penghuni yang lain.
Tiba-tiba monyet berhenti bergayut dan
memerhatikan sesuatu, apa pula yang dilihatnya?
“Ranumnya buah-buahan di sini. siapa punya
agaknya?” kata monyet. “Oh, rupanya sang kancil dan
kura-kura.” Balas monyet sendiri selepas melihat sang
kancil dan kura-kura yang ada di situ. Begitu rajin
mereka bekerja. bukan seperti engkau monyet.
Lantas itu, monyet bergerak ke arah sang kancil dan kura-kura
sambil memegang perutnya. eh, ini mesti ada apa-apakan
monyet? “Tolong, tolong! dah empat hari aku tak makan.
Tolonglah, berikan aku sedikit makanan. kasihanlah aku.”
Monyet berpura-pura sakit di depan dua sahabat baik itu. Sang
kancil dan kura-kura saling berpandangan, lalu sang kancil
berkata, “kesiannya, empat hari tak makan. Baiklah monyet.
Ambil sajalah apa yang engkau nak dari taman kami. Makanlah
sepuas hati engkau monyet.” Sang kancil yang begitu prihatin
dengan kesakitan yang dihadapi monyet menghulurkan
bantuan. “Terima kasih kancil, terima kasih kura-kura.” Ujar
monyet setelah berjaya memperdaya sang kancil dan kura-kura.
“Aku nak itu, aku nak itu!” pinta monyet
dalam nada mendesak, sambil jarinya
menuding ke arah pokok cili yang nampak
menarik itu. “Eh, tak boleh monyet. kita tak
boleh makan buah tu.” larang sang kancil
sambil dibantu kura-kura di sebelahnya. “Aku
tak peduli, aku tak peduli, aku nak juga.”
Monyet yang tamak dan degil itu masih
berkeras mahu mengambil cili itu untuk
dimakannya. “Jangan monyet, jangan!” belum
pun sempat kancil menghabiskan ayatnya,
monyet telah mengambil cili itu lalu
memakannya beberapa batang sekali gus. Apa
lagi, terasa berapi dan merah muka monyet
akibat kepedasan yang melampau. “Ha,
rasakan engkau monyet. Beginilah jadinya
mereka yang tidak menerima nasihat orang.”
Ujar kura-kura yang geram melihat kedegilan
monyet.
Selang beberapa hari kemudian, sang kancil dan kura-kura bersiar-siar di
taman peliharaan mereka. “Apa khabar pula dengan si monyet?” bicara sang
kancil kepada kura-kura. “Kasihan, ingat-ingat monyet. jangan diulang lagi."
Kata kura-kura yang terlihatkan monyet yang masih berada di situ.