The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mizzsantubong80, 2022-01-13 21:56:07

UKK OKTOBER 2021

UKK OKTOBER 2021

BULETIN KPMB

1

JALINAN MAHABBAH:
BACAAN YAASIN, AL MATHURAT & TAZKIRAH

Tarikh Tempat Anjuran

01 1 OKTOBER 2021 02 ATAS TALIAN 03 UNIT KEROHANIAN KPMB
& UNIT PENGAJIAN ISLAM

Majlis dimulakan dengan alunan zikir pada
petang Jumaat, penghulu segala hari yang
paling agung oleh Ustaz Muhammad
Sameer, Ketua Unit Kerohanian mengetuai
bacaan Surah Yasin, untuk dihadiahkan
terutamanya kepada sahabat-sahabat,
saudara mara dan muslimin dan muslimat
yang telah meninggal dunia.

Selepas bacaan himpunan ayat-ayat dan
doa-doa Al Mathurat , majlis diteruskan
dengan tazkirah ringkas dengan pengisian
ilmu tentang akidah dari buku yang bertajuk
Akidah Muslimin. Dua persoalan yang
disampaikan oleh ustaz iaitu yang pertama
tentang ilmu agama yang berkaitan dengan
Fardhu Ain. Fardhu Ain yang perlu dipelajari
adalah berkaitan dengan akidah, bersuci,
solat, puasa, zakat bagi yang berwajib dan
haji untuk yang berkemampuan, maksiat-
maksiat hati, tangan mata dan sebagainya.
Ini merujuk kepada firman Allah bermaksud
: Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah
sama orang yang mengetahui dan orang
yang tidak mengetahui’’. [Surah Al-Zumar
:9]. Rasullullah bersabda: Maknanya :
“Menuntut ilmu agama adalah wajib ke atas
setiap muslim”. [Diriwayatkan oleh al-
Bayhaqi]. Manakala persoalan ke dua ialah
tentang hikmah penciptaan jin dan manusia.
Penciptaan jin dan manusia adalah di mana
Allah memerintahkan mereka supaya
beribadah kepadaNya.

Sebagaimana menurut firman Allah yang bermaksud : “dan aku tidak
menciptakanjin dan manusia melainkan agar menyuruh mereka menyembah-
Ku”[Surah al-Dhariyat:56]. Rasulullah bersabda “ Maknanya: Hak Allah ke atas
para hamba hendaklah mereka beribadah kepada-Nya dan tidak
mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhairi dan
Muslim.

Tarikh PROGRAM ZUMBA VIRTUAL
SISWI 2021
01 2 OKTOBER 2021

Tempat

02 ATAS TALIAN

Anjuran

03 PERDIQMA

Program diadakan untuk tujuan Program ini dimulakan dengan
menghilangkan tekanan pelajar setelah proses pemanasan badan dan
menempuhi sesi PdP sepanjang minggu diteruskan dengan aktiviti zumba
akademik dilaksanakan. Ia mengambil secara dalam talian dengan
masa selama 1 jam bermula pukul 9.30 menggunakan aplikasi Zoom
pagi – 10.30 pagi serta disertai oleh Meetings. Aktiviti diakhiri dengan
pelajar dan warga kerja muslimat melakukan senaman ringan bagi
sahaja. mengelakkan kecederaan dan
memastikan badan sentiasa sihat
Program diketuai oleh Zin Syanis yang dan stabil. Program disudahi dengan
merupakan salah seorang pensyarah mengambil gambar bersama
Pengajian Am di Kolej Profesional MARA peserta yang telah menyertai zumba
Beranang dan pelajar memulakan pada hari ini.
program.

IPMa VIRTUAL Tarikh
GLOBAL
01 1 – 3 OKTOBER 2021
CHALLENGE 2021
Tempat

02 ATAS TALIAN

Anjuran

03 KPM INDERA MAHKOTA & BPT

20 orang peserta dari setiap IPMa
diberikan masa bermula 14
September hingga 3 Oktober sebagai
persediaan untuk pertandingan.

Terdapat 4 kategori yang
dipertandingkan: 1) Website
Challenge, 2) Charity Aid Initiative
Documentary, 3) Global Challenge
Kitchen, DAN 4) Traditional Song &
Dance Documentary

Pelajar dengan dibantu penasihat
bagi setiap pertandingan bersama-
sama bertungkus lumus menyediakan
bahan-bahan untuk pertandingan
dan menyiapkan video/laman web
yang terbaik untuk dipertandingkan
dari KPMB.

Pertandingan telah dinilai bermula 1 –
3 Oktober 2021, dan keputusan telah
diumumkan pada 7 Oktober 2021
yang lalu.

KPMB juga telah berjaya memberikan
beberapa kejayaan melalui kategori
yang dipertandingkan.

MAJLIS RESTU ILMU SESI 2/ 2021

Tarikh Tempat Anjuran

01 8 OKTOBER 2021 02 ATAS TALIAN 03 PERDIQMA & EXCO
KEROHANIAN MPP

Majlis Restu Ilmu ini merupakan program yang diadakan pada setiap semester
bagi meraikan pelajar bagi persediaan menghadapi peperiksaan akhir bagi sesi
2/2021. Ia diadakan pada minggu ke 11 semasa sesi akademik dilaksanakan.
Program ini melibatkan pelajar, pensyarah dan kakitangan KPM Beranang
dengan pengisian yang telah dirancang oleh pihak penganjur serta bersesuaian
dengan program yang dilaksanakan. Ia diadakan secara dalam talian
menggunakan aplikasi Microsoft Teams. Majlis ini secara keseluruhannya
dirancang dan dilaksanakan oleh pelajar di bawah PERDIQMA dan Majlis
Perwakilan Pelajar dengan pantauan penasihat.

Keseluruhannya, majlis ini memberi manfaat dan merupakan cara untuk
memperolehi ilmu adalah dengan mendapat keberkatan pensyarah dalam
setiap kursus dan kelas yang diambil. Ia menekankan aspek keberkatan ilmu
yang diperolehi melalui pensyarah dan dapat mendekatkan diri dengan Allah
SWT dengan melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang telah dirancang
mengikut masa yang telah ditetapkan. Ia juga dapat membantu pelajar untuk
memperolehi restu dari kalangan pensyarah dan kakitangan KPM Beranang
bagi melancarkan dan memudahkan urusan bagi memperolehi keputusan
cemerlang dalam peperiksaan yang dilaksanakan pada semester ini.

Tarikh AEROBIK VIRTUAL
SEMPENA HARI
01 9 OKTOBER 2021 SUKAN NEGARA

Tempat

02 ATAS TALIAN

Anjuran

03 UNIT KO-KURIKULUM DGN KERJASAMA

MPP DAN JABATAN BELIA DAN SUKAN
DAERAH HULU LANGAT

Program yang dijalankan pada 9
Oktober dan melibatkan 500 pelajar
KPM Beranang ini adalah sokongan
rakyat kepada usaha kerajaan iaitu
Hari Sukan Negara yang disambut
setiap tahun. Akan tetapi
disebabkan pendamik covid 19,
program ini dilakukan secara atas
talian/ hybrid oleh seluruh rakyat
Malaysia. Kami telah memurnikan
hasrat kerajaan. Program seumpama
ini Berjaya mewujudkan gaya hidup
sihat dikalangan peserta yang
terlibat, dan
menjadikan Malaysia salah satu
negara yang mempunyai penduduk
yang sihat di dunia.

PELEPASAN PELAJAR Tarikh
KE LUAR NEGARA
(MENYAMBUNG 01 9 OKTOBER 2021
PENGAJIAN)
Tempat

02 ATAS TALIAN

Anjuran

03 BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI
MARA (BPT) & KPM BERANANG

Lepasan pelajar Kolej Profesional MARA
Beranang bagi Program Diploma Sains
Komputer iaitu Saudara Nik Harith
Sharifuddin Bin Mohd Suhaimi telah
berjaya menyambung pelajaran ke
University of Glasgow dalam bidang
MSci in Computing Science (Faster
Route).

Nik Harith telah berlepas daripada
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur pada jam 3.00 pagi.

Tarikh PENGURUSAN
KESIHATAN MENTAL
01 15 OKTOBER 2021

Tempat

02 ATAS TALIAN

Anjuran

03 AKRAB MARA KPMB &

UNIT KAUNSELING KPMB

Program Kesejahteraan Mental ini
diadakan pada 15 Oktober 2021
bersempena Sambutan Bulan Kaunseling
peringkat MARA bertemakan ‘Keluarga
MARA sejahtera. Ia merupakan
gabungan kerjasama di antara AKRAB
KPMB dengan Unit Kaunseling KPMB
bertujuan berkongsi informasi berkaitan
pengurusan kesihatan mental dalam
kalangan warga kerja. Penceramah
jemputan bagi program ini merupakan
Pegawai Psikologi dari Hospital Selayang,
Puan Nurul Hidayah Bt Mat Sarip. Antara
objektif program ini ialah untuk memberi
pendidikan kepada warga kerja tentang
aspek-aspek penjagaan kesihatan
mental dan kepentingannya,
memantapkan pengetahuan warga kerja
tentang aspek pencegahan dan
pengesanan awal penyakit mental,
mempertingkatkan kesedaran warga
kerja tentang kepentingan kesihatan
mental untuk menjana kesihatan global
yang baik dari peringkat awal lagi, dan
mengurangkan tanggapan dan stigma
negatif warga kerja berkaitan penyakit
mental.

1ST MARA VIRTUAL
EDUCATIONAL RESEARCH

CONFERENCE

Pada 27 oktober 2021, satu sejarah tarikh
telah tercipta yang mana buat
pertama kalinya kolej profesional 01 27 OKTOBER 2021
mara beranang telah berjaya
melaksanakan 1st mara virtual tempat
educational research conference
iaitu satu persidangan pendidikan 02 ATAS TALIAN
yang berskala besar.
anjuran
Mverc 2021 ini telah melibatkan
kerjasama seramai 87 orang 03 UNIT R&D KPMB & BAHAGIAN
penyelidik dari ipma dan ipt
tempatan. PENDIDIKAN TINGGI MARA

Sebanyak 41 kertas kajian yang
meliputi pelbagai bidang telah
dibentangkan secara oral dan poster.

Persidangan bersejarah ini telah
dirasmikan oleh ketua pengarah
mara sendiri iaitu dato’ azhar abdul
manaf manakala ucap utama pula
telah disampaikan oleh tokoh
pendidikan iaitu prof dato’ ir dr kamal
nasharuddin mustapha iaitu vice
cancelor uniten.

Persidangan ini juga telah berjaya
mengumpulkan peserta seramai 200
orang. Tahniah buat semua
pembentang dan juga para peserta
yang telah turut serta dalam
persidangan ini.

Juga sekalung penghargaan buat

semua para urusetia terutama

pengarah program iaitu pn rozana

binti suman yang telah bertungkus

lumus bagi merealisasikan

persidangan ini berlangsung dengan

jayanya.


Click to View FlipBook Version