SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU PUTERA, JALAN PEGAWAI, 09110, BALING, KEDAH MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL. 2/2023/2024 TARIKH : 26 SEPTEMBER 2023 HARI : SELASA MASA : 1.30 TENGAH HARI TEMPAT : BILIK MESYUARAT PENGERUSI MAJLIS : PUAN SHAHRIZAT BINTI RAHAMAN PK PENTADBIRAN KEHADIRAN : SEMUA GURU AGENDA I. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS- PUAN SHAHRIZAT BINTI RAHAMAN 1. Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru & jawatankuasa yang hadir ke mesyuarat ini. 2. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah melaksanakan tugas kurikulum dengan baik sepanjang sesi pertama 2023/2024 dan terus mengharapkan kerjasama yang lebih baik untuk ses kedua 2023/2024 II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 3. Puan Nur Raihan binti Yaacob selaku Setiausaha Kurikulum membentangkan minit mesyuarat kali pertaman. En Mohd Fauzi bin Mohamad mengesahkan dan disokong oleh En Zamri bin Mohd Zaud.
III. PDPC 4. Guru- guru digalakkan untuk memuatnaik RPH ke dalam PADLET mengikut kumpulan Pentadbir masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Guru boleh memuat naik pada setiap hari atau pada hari Khamis setelah selesai PdPC. 5. Beliau turut menegaskan bahawa BRM adalah bukti utama di dalam penilaian PBPPP dan semua guru hendaklah menghantar BRM yang lengkap dengan RPH untuk semakan. 6. Untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik, subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah & Pendidikan Moral, hendaklah dijalankan pada minggu keempat setiap bulan mengikut tema yang diberi dan ditulis di dalam RPH. 7. KKJR dalam subjek Bahasa Melayu dijalankan setiap minggu. 8. Puan Shahrizat juga menegaskan supaya setiap panitia mengadakan PLC sekali dalam sebulan dan didaftarkan di dalam SPLKPM. Surat panggilan PLC akan diedarkan kemudian. 9. Beliau juga memaklumkan semua pencerapan guru telah selesai. Pencerapan kedua akan bermula pada bulan Oktober akan datang. Tindakan : Semua guru IV. PENGURUSAN PANITIA 10. Puan Shahrizat memohon supaya ketua panitia melengkapkan fail panitia. 10.1 Mesyuarat Panitia mestilah diadakan mengikut takwim yang disediakan. Minit mesyuarat panitia mestilah mengandungi butiran berikut : 10.1.1 Perutusan Pengerusi Majlis 10.1.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 10.1.3 Perkara atau isu berbangkit 10.1.4 Perlantikan AJK Panitia tahun semasa 10.1.5 Senarai nama guru mengikut kelas yang diajar pada tahun semasa 10.1.6 Pembentangan bajet mengikut aktiviti yang akan dilaksanakan 10.1.7 Penetapan TOVsetiap kelas bagi semua aliran. 10.1.8 Program Peningkatan Akademik iaitu pelan strategik, pelan taktikal, intervensi dan kajian tindakan untuk satu isu yang dibincangkan. 10.1.9 Format penulisan rancangan pengajaran harian yang selaras. 11. Beliau juga mengingatkan supaya sebarang pembelian untuk panitia hendaklah melalui ketua panitia serta mengisi nota minta dan borang QPA penerimaan
barangan yang dibeli. Kewangan panitiia telah dimuatnaik oleh PT Kewangan di PADLET sekolah Tindakan : Ketua Panitia V. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) & UASA 12. Keutamaan PBD adalah kepada murid Tahap 1. Setiap panitia hendaklah berbincang dan membuat Rekod Perkembangan Murid. 13. Puan Shahrizat membentangkan pelaporan PPT dan intervensi. Guru hendaklah melaksanakan PBD secara berterusan.Guru dikehendaki mengisi pelaporan PBD 2 kali setahun iaitu sekali mengikut takwim yang diedarkan. 14. Beliau memaklumkan UASA untuk tahap 2 akan diadakan pada Januari 2024 dan meminta semua guru memastikan murid bersedia untuk itu. Hanya soalan mata pelajaran teras akan disediakan secara berpusat manakala mata pelajaran elektif akan disediakan oleh guru. Tindakan: Semua guru VI . PBPPP 15. Puan Shahrizat mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menghantar Borang Keberhasilan untuk penilaian kali pertama dan beliau mengingatkan supaya guru dapat mencapai target yang ditetapkan untuk akhir pada nanti. Tindakan : Semua guru VII. PENGURUSAN KELAS 16. Masih ada beberapa kelas yang belum menampal jadual waktu kelas, jadual bertugas serta info yang berkaitan di papan kenyataan. Guru kelas digalakkan untuk membuat sudut yang sesuai untuk mempamerkan hasil kerja murid. Tindakan : Guru Kelas VIII. SK@S 17. Mulai tahun ini, pentadbir dan guru data akan melengkapkan maklumat kekuatan sekolah melalui portal MOIES/IDME
X. PENUTUP DAN PENANGGUHAN 18. Sebelum menangguhkan mesyuarat, pengerusi majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ke mesyuarat kali ini.Beliau berharap semua guru dapat memberi kerjasama yang lebih baik pada sesi 2023/2024. 19. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3 petang. Disediakan oleh: Disahkan oleh: …………………………… ………………………………. ( NUR RAIHAN BINTI YAACOB) ( PUAN SHAHRIZAT BINTI RAHAMAN) SETIAUSAHA KURIKULUM SKTP PENGERUSI JK KURIKULUM SKTP