The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Curai Matematik KSSR Tahun 4 (semakan 2017) 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hasrulnizam Hassan, 2019-11-25 19:45:36

Minit Curai Matematik KSSR Tahun 4 (semakan 2017) 2019

Minit Curai Matematik KSSR Tahun 4 (semakan 2017) 2019

LAPORAN MINIT CURAI

A. BUTIRAN LAPORAN MINIT CURAI
BIL TAJUK Kursus Penyebaran DSKP KSSR (Semakan 2017) Mata Pelajaran
1 Taklimat / Bengkel/ Kursus/ Matematik Tahun 4 SK Daerah Kota Tinggi
Mesyuarat 23 dan 24 Jun 2019
2 Tarikh 8.00 pagi – 4.30 petang
3 Masa Dewan Seri Cendana, PPD Kota Tinggi
4 Tempat PPD Kota Tinggi
5 Anjuran Haji Abdul Latif Bin Amran
6 Pengerusi Guru mata pelajaran atau panitia Matematik
7 Kehadiran

B. AGENDA/ PERKARA PENTING YANG DIBINCANGKAN

BIL PERKARA

1. Terdapat sedikit perbezaan dalam skop kemahiran matematik dalam KSSR 2011 dengan KSSR
Semakan 2017. Namun, skop tersebut masih merangkumi empat bidang pembelajaran yang
utama, iaitu Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra serta Statistik
dan Kebarangkalian. Skop kemahiran matematik ini secara ringkasnya seperti berikut:

1. Nombor dan Operasi
 Kemahiran nombor ganjil dan nombor genap dibawa dari Tahun 5 ke Tahun 4.
 Pengurusan kewangan dan tanggungjawab dalam membuat keputusan berkaitan

kewangan - elemen baharu yang diperkenalkan secara spesifik dalam Tajuk Wang.

2. Sukatan dan Geometri
 Sistem 12 jam dan 24 jam dibawa dari Tahun 6 ke Tahun 4.
 Unit masa adalah merangkumi jam, hari, minggu, bulan, tahun, dekad dan abad. Unit

dekad dan abad dibawa dari Tahun 5 ke Tahun 4.
 Unit panjang sistem ukuran metrik yang baharu diperkenalkan, iaitu desimeter,

dekameter, miligram dan tan metrik. Unit ukuran imperial seperti inci, kaki, ela, batu,
paun, auns, gelen, kuart dan pain juga diperkenalkan. Pengenalan kepada unit-unit
tambahan ini adalah tidak melibatkan pengiraan.
 Kemahiran melukis garis serenjang dan selari adalah kemahiran baru yang
diperkenalkan dalam KSSR Semakan berbanding hanya mengenal kedua-dua jenis
garisan dalam KSSR sebelum ini.
 Menentukan perimeter bagi bentuk poligon hingga lapan sisi.

3. Perkaitan dan Algebra
 Pengenalan koordinat terus menggunakan tata tanda (x,y) yang sebelum ini diajar pada

tahun 5.

4. Statistik dan Kebarangkalian
 Kemahiran mentafsir data yang melibatkan carta pai telah dibawa ke tahun 3. Mentafsir

piktograf dan carta palang masih kekal seperti KSSR lama.

2. Pendekatan Modular boleh diguna pakai. Guru-guru boleh menggabung jalinkan beberapa
kemahiran berkaitan merentasi tajuk supaya dapat menjimatkan masa PdP kita. Contoh
penggabung jalinan yang dapat saya cadangkan:

 Operasi perpuluhan (+, -, ×, ÷ dan operasi bergabung) boleh digabungjalinkan dengan
operasi wang.

 Pengenalan kepada ukuran panjang, jisim dan isipadu cecair boleh digabungjalinkan.
 Operasi kepada ukuran panjang, jisim dan isipadu cecair juga boleh digabungjalinkan.

Penggunakan pendekatan modular ini sangat relevan kerana:

 Dapat membantu menjimatkan masa
 Dapat membantu murid memahami perkaitan antara kemahiran-kemahiran

matematik.
 Dapat menyediakan murid untuk menghadapi tren soalan peperiksaan UPSR yang

menggabung jalinkan dua atau lebih kemahiran matematik berkaitan dalam sesuatu
soalan.
 Dapat menyediakan murid dengan soalan berfikir aras tinggi yang memerlukan
kemahiran penyelesaian masalah yang mengaplikasikan lebih daripada satu kemahiran
matematik.

C. TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL
1 Membuat minit curai
2 Mengadakan LDP dan PLC bersama guru-guru Matematik

Tandatangan pegawai pelapor :
Nama pegawai pelapor : Hasrulnizam Bin Hassan
Tarikh laporan dibuat : 25 Jun 2019
Disemak oleh :


Click to View FlipBook Version