The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CT, 2023-03-19 10:36:13

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH V1

SK KEPONG BARU SESI 2023/2024

147 Buku Pengurusan Kokurikulum sesi 2023/2024 SK Kepong Baru Pengurusan Kokurikulum SK Kepong Baru TAKWIM SUKAN PERMAINAN KEJOHANAN MSSD & MSSWPKL 2023/2024 BIL SUKAN PERMAINAN TARIKH KEJOHANAN MSSD SENTUL TARIKH KEJOHANAN MSSWPKL 1 Merentas Desa 11 Mei 2023 17 Mei 2023 2 Sepak Takraw (R) 19 - 23 Jun 2023 31 Julai - 04 Ogos 2023 3 Bola Jaring (R) 10 - 14 Julai 2023 31 Julai - 04 Ogos 2023 4 Catur (R) 03 - 10 Mei 2023 20 - 26 Mei 2023 5 Olahraga 04 - 08 Sept 2023 02 - 05 Okt. 2023 **** Tertakluk kepada perubahan semasa Tindakan : 1. Setiausaha Sukan 2. Jurulatih (1) 3. Guru Penasihat Sukan & Permainan


148 Buku Pengurusan Kokurikulum sesi 2023/2024 SK Kepong Baru Pengurusan Kokurikulum SK Kepong Baru KEGIATAN KOKURIKULUM A. TUGASAN 1. Kegiatan Kokurikulum adalah wajib bagi semua guru. Tugasan dalam bidang ini adalah tugasan rasmi dan setiap guru adalah dikehendaki mematuhi jadual Kokurikulum yang ditetapkan pihak sekolah. 2. Setiap guru diperuntukkan masa kegiatan Kokurikulum sekurang-kurangnya 2 jam dalam seminggu dan dikehendaki mematuhi masa tersebut. 3. Kedatangan guru haruslah menepati masa yang telah ditetapkan dan kehadiran hendaklah dicatat dalam buku kedatangan rasmi di Pejabat Sekolah. 4. Tugasan Kokurikulum ini ditakrif sebagai tugasan rasmi, guru yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu seharusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk makluman dan perhatian Guru Besar. 5. Sebarang pindaan kepada masa yang ditetapkan dalam jadual berkenaan adalah tidak benarkan bagi mengelakkan kesulitan murid dan ibubapa. 6. Guru hendaklah menyusun rancangan tahunan Persatuan dan Kelab, Unit Beruniform dan Permainan. 7. Guru hendaklah menyemai minat murid-murid dalam bidang berkenaan dan menyemai nilai-nilai murni, taat setia kepada peraturan,disiplin sekolah dan sebagainya.Guru seharusnya menggunakan kebijaksaan dan kreativiti masingmasing bagi menggalakkan penyertaan dan minat murid dalam bidang-bidang tertentu. 8. Laporan aktiviti mestilah dicatat oleh guru yang mengendalikan di dalam buku rekod dan semua rekod aktiviti disimpan dengan baik dan kemaskini. 9. Kawalan disiplin dan keselamatan murid-murid yang menghadiri aktiviti berkenaan adalah tanggungjawab guru-guru yang bertugas.


149 Buku Pengurusan Kokurikulum sesi 2023/2024 SK Kepong Baru Pengurusan Kokurikulum SK Kepong Baru PANDUAN MENGURUS DAN MENGELOLAKAN KEGIATAN KOKURIKULUM 1. Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum 1.1 Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun. 1.2 Membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN. 1.3 Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru. 1.4 Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat. 1.5 Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah, daerah dan negeri. 1.6 Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya. 1.7 Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan. 1.8 Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain. 1.9 Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik. 1.10 Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform. 1.11 Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu. 1.12 Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah. 1.13 Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah. 1.14 Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.


150 Buku Pengurusan Kokurikulum sesi 2023/2024 SK Kepong Baru Pengurusan Kokurikulum SK Kepong Baru 1.15 Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod. 1.16 Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan. 1.17 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa. 1.18 Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum . 2. Tanggungjawab Setiausaha Sukan 2.1 Merancang kegiatan sukan. 2.2 Sentiasa berhubung dengan Guru Besar untuk memanggil mesyuarat Majlis Sukan Sekolah, guru-guru rumah dan guru-guru permainan. 2.3 Menyediakan anggaran untuk perbelanjaan sukan. 2.4 Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan dan olahraga. 2.5 Menyelaraskan semua acara untuk kejohanan Olahraga sekolah sebelum dan sehingga hari kejohanan. 2.6 Menguruskan tempat-tempat permainan dan pertandingan. 2.7 Bertanggungjawab menyimpan semua alatan sukan, membaiki dan memperbaharui mana-mana alat yang perlu serta menyelenggarakan stok. 2.8 Menyelaraskan semua permainan dan olahraga: a) antara rumah, b) antara sekolah c) antara zon d) antara negeri 2.9 Menyimpan rekod yang lengkap semua jenis perlawanan yang disertai oleh murid- murid disemua peringkat seperti 2.8 2.10 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.


151 Buku Pengurusan Kokurikulum sesi 2023/2024 SK Kepong Baru Pengurusan Kokurikulum SK Kepong Baru Tanggungjawab Penyelaras Unit Uniform, Kelab Persatuan & 1M1S 1.1 Mengatur dan menyelia perjalanan Unit Uniform/Kelab Persatuan/1M1S 1.2 Menyediakan jadual waktu/takwim untuk perjumpaan dan mesyuarat.. 1.3 Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. 1.4 Mengurus pendaftaran/pemilihan unit kokurikulum murid. 1.5 Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat disediakan & difailkan dengan baik. 1.6 Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 1.7 Menguruskan buku/kad kokurikulum :- a) Mengagihkan buku/kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun mengikut tarikh yang ditetapkan. b) Mengumpul semula daripada guru pada akhir tahun untuk di simpan di lokasi yang ditetapkan. 1.8 Menyediakan borang/buku untuk aktiviti :- a) Borang penyertaan murid b) Borang senarai AJK dan ahli c) Buku/fail laporan aktiviti 1.9 Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran dan rekod. 1.10 Membuat laporan tahunan keseluruhan dan pencapaian kokurikulum sekolah.


152 Buku Pengurusan Kokurikulum sesi 2023/2024 SK Kepong Baru Pengurusan Kokurikulum SK Kepong Baru Tanggungjawab Guru Sukan Sukan & Permainan / Pasukan Sekolah (1M1S) 4.1 Memajukan kemahiran murid-murid dalam permainan yang dijaganya dengan: a. Melatih mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan atau pada waktu - waktu lain dengan persetujuan Setiausaha Sukan. b. Menyusun seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan lain. 4.2 Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan umur untuk pertandingan MSSWP. 4.3 Menyediakan pengadil untuk sesuatu perlawanan persahabatan. 4.4 Menguruskan pengangkutan untuk pasukannya bagi perlawanan di luar sekolah. 4.5 Mengiringi dan menjaga disiplin murid-murid dalam sesuatu perlawanan. 4.6 Bertanggungjawab atas kehadiran pemain-pemain pada masa latihan dan perlawanan. 4.7 Menguruskan surat kebenaran daripada ibubapa dan penjaga. 4.8 Menguruskan pakaian/jersi dan alatan permainan pasukannya dan bertanggungjawab atas keselamatan barang – barang tersebut. 4.9 Menyimpan rekod-rekod perlawanan secara kemaskini. 4.10 Mengesyorkan alatan yang perlu dibeli kepada setiausaha sukan. 4.11 Menyimpan gambar-gambar yang berkaitan untuk di simpan dalam album sekolah. 4.12 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.


153 Buku Pengurusan Kokurikulum sesi 2023/2024 SK Kepong Baru Pengurusan Kokurikulum SK Kepong Baru Tanggungjawab Guru Rumah Sukan 5.1 Mengadakan mesyuarat rumah sukan bagi melantik Jawatankuasa rumah dan mengendalikan semua mesyurat jawatankuasa berkenaan. 5.2 Menentukan daftar ahli-ahli rumah disimpan dengan baik dan kemaskini. 5.3 Mengendalikan latihan-latihan permainan mengikut jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. 5.4 Kedatangan murid-murid bagi setiap latihan yang diadakan diambil dan direkodkan. 5.5 Senarai nama murid yang kerap tidak hadir bagi aktiviti atau latihan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Sukan atau Guru Besar untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. 5.6 Bertanggungjawab atas keselamatan ahli-ahli rumah semasa latihan atau aktiviti rumah. 5.7 Menggalakkan sikap taat setia terhadap rumah dan semangat bertanding dalam usaha mencapai kejayaan kepada rumah 5.8 Menjadi pengurus / jurulatih kepada pasukan rumahnya dalam pertandingan antara rumah. 5.9 Menjadi pengadil / pegawai pertandingan dalam perlawanan-pelawanan antara rumah mengikut jadual tugas yang disediakan. 5.10 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.


154 Buku Pengurusan Kokurikulum sesi 2023/2024 SK Kepong Baru Pengurusan Kokurikulum SK Kepong Baru Tanggungjawab Guru Persatuan Dan Kelab 7.1 Menentukan jawatankuasa Persatuan dan Kelab dan membimbing jawatankuasa dalam merancang dan menggerakkan aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab. 7.2 Menghadiri setiap perjumpaan persatuan dan kelab mengikut hari dan masa yang ditetapkan dalam jadual Kokurikulum. 7.3 Mengelolakan semua kegiatan Persatuan 7.4 Menyimpan dan mendaftar semua ahli Persatuan dan kelab dan menyimpan rekod kehadiran dan kegiatan ahli. 7.5 Menyelaraskan kegiatan-kegitan antara persatuan dan kelab di sekolah. 7.6 Mencungkil dan mengasah bakat murid bagi diketengahkan dalam sekolah. Keselamatan mereka. 7.7 Menguruskan surat kebenaran daripada ibubapa dan penjaga. 7.8 Melaporkan perkembangan-perkembangan persatuan dan kelab kepada Guru Besar apabila diperlukan. 7.9 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa. Tanggungjawab Guru Unit Beruniform 7.1 Menubuhkan jawatankuasa Badan Beruniform dan membimbing 7.2 Menghadiri setiap perjumpaan unit mengikut hari dan masa yang ditetapkan dalam Jadual kokurikulum. 7.3 Mengelolakan semua aktiviti unit dan menyimpan rekod dengan sempurna dan kemaskini. 7.4 Mendaftar semua ahli di peringkat negeri. 7.5 Menyelaraskan aktiviti antara unit. 7.6 Mencungkil dan mengasah bakat ahli. 7.7 Mengiringi ahli dalam perkhemahan di dalam dan luar sekolah dan menjaga keselamatan mereka. 7.8 Menguruskan surat kebenaran daripada ibubapa/penjaga. 7.9 Melaporkan perkembangan-perkembangan persatuan dan kelab kepada Guru Besar apabila diperlukan. 7.10 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.


155 Buku Pengurusan Kokurikulum sesi 2023/2024 SK Kepong Baru Pengurusan Kokurikulum SK Kepong Baru UNIT KOKURIKULULUM @ SEKEBA JUARA 2023/2024


Click to View FlipBook Version