MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2021
GUNA TANAH (PERTANIAN) DI TOBIAR
NAMA:MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN MOHAMAD
NASIR
KELAS:3 IHSAN
NO. KAD PENGENALAN :060122-02-0443
NAMA GURU:PUAN ARHAMNI BINTI ROBIAN
BIL PERKARA MUKA
1 TAJUK KAJIAN SURAT
1
2 SENARAI KANDUNGAN 2
3 PENGHARGAAN 3
4 PENDAHULUAN 4
5 OBJEKTIF KAJIAN 6
6 KAWASAN KAJIAN 7
7 KAEDAH KAJIAN 9
8 DAPATAN KAJIAN 10
Latar belakang kawasan kajian 10
Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah 11
di kawasan kajian
Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah 12
di kawasan kajian
Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan 13
kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna
tanah
Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah 14
tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji
Tiga cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna 15
tanah tersebut
9 RUMUSAN 16
10 LAMPIRAN 17
11 RUJUKAN
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaitob Binti Zainon
selaku pengetua
Maktab Mahmud Alor Setar kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk
menggunakan segala
peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.
Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Arhamni Binti Robian
atas segala bimbingan,tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta
telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi
menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya
iaitu Mohamad Nasir Bin Shaari dan Faridah binti Che Ani yang telah banyak
memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan
masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumatmaklumat
tentang kajian guna tanah yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas
saya terutamanya Muhammad Aniq Zulfan Bin Zaidi kerana telah memberi saya
banyak pendapat dan idea
PENDAHULUAN
Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh
Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi
Pentaksiran Tingkatan
3 (PT3). Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab Mahmud
Alor Setar.
Saya telah memilih tajuk kajian guna tanah (pertanian) di Tobiar
Tujuan saya memilih kawasan Tobiar ini adalah kerana kawasan ini merupakan
kawasan tempat tinggal saya dan sekolah saya. Ekoran itu, kawasan ini
memudahkan lagi
saya menjalankan kajian ini.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang
lain telah
dimanfaat dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi
menyiapkan kajian tentang
guna tanah ini. Saya telah menemu ramah dan soal selidik sekurang-
kurangnya seramai 3 orang responden.Antaranya,Mohamad Nasir Bin
Shaari,Faridah Binti Che Ani dan Nur Shahfikah Binti Mohamad Nasir
yang terpilih untuk mendapatkan maklumat terkini tentang latarbelakang
kawasan kajian
dengan tepat disamping mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di
kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal
pasti dan
menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah
dikaji.Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk
mengatasi kesan guna
tanah tersebut daripada responden.
Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama
yang diberi
telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan
kajian tentang
guna tanah di kawasan saya ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah
direkod.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan
kajian peta
melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar
belakang kawasan
kajian.
(b) Melukis dan mentafsirk peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah
di kawasan
kajian.
(c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor
yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
(d) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap
alam sekitar di
kawasan kajian.
(e) Memberi cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi
kesan guna
tanah tersebut.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah di Tobiar Kedah.
Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Daerah Pendang
adalah salah satu daerah di negeri Kedah. Terdapat 8 buah mukim dalam
Pendang. Salah sebuah mukim yang terdapat dalam Daerah Pendang adalah
Tobiar
Tobiar adalah salah sebuah mukim yang tidak menjadi tumpuan penduduk dan
tidak terkenal.Kawasan Tobiar ini adalah sebuah kawasan pertanian.Tobiar
tidak menjadi tumpuan penduduk kerana kawasan perumahan yang terhad
dan terdapat banyak sawah padi dan pokok getah
Secara keselurahannya, guna tanah di Tobiar adalah lebih kepada kegiatan
ekonomi seperti pertanian dan lain-lain. Kebanyakan kawasan telah
dibangunkan untuk tujuan ekonomi. Kegiatan ekonomi ini adalah sangat
penting kerana ia menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat.
Selain itu, penduduk dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk.
Antaranya adalah kawasan pertanian di Tobiar. Kawasan perindustrian Tobiar
adalah sebuah kawasan yang luas. Ia meliputi 20 ekar kawasan sawah padi.
Guna tanah untuk kawasan perumahan adalah terhad.Kawasan Tobiar ini
adalah kawasan pertanian.Pada masa sekarang,kebanyakan syarikat-syarikat
hendak membangunkan kawasan perumahan di Tobiar
Oleh disebabkan itu,tanah yang digunakan untuk kawasan perumahan menjadi
semakin bertambah.Hal ini menyebabkan kawasan perumahan tidak terhad
walaupon kawasan ini merupakan kawasan pertanian.
Kawasan Tobiar ini mempunyai jumlah penduduk yang tidak begitu ramai
kerana terdapat peluang pekerjaan yang sedikit dan taraf hidup penduduknya
yang sederhana.Terdapat sesetengah penduduk yang menjalankan pekerjaan
sebagai pesawah dan penoreh getah.Oleh itu,penduduk yang tinggal di
kawasan ini kebanyakannya penduduk yang lama sudah menetap di kawasan
itu.
Di kawasan Tobiar ini,terdapat beberapa kemudahan infrastruktur seperti
klinik desa,kedai – kedai runcit,sekolah dan lain lain.Terdapat beberapa
sekolah di kawasan ini seperti Sekolah Rendah Kebangsaan Penghulu Jusoh
dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar.
KAEDAH KAJIAN
1.Melayari Internet
-Saya telah melayari internet di laman web yang beribut:
(https://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Mukim_di_Pendang)
(https://ms.wikipedia.org/wiki/Tobiar)
2. Kaedah Pemerhatian
-Saya ada tonton beberapa video pilihan yang boleh dijadikan rujukan
tambahan bagi melihat kawasan yang saya kaji
3. Kaedah tunjuk ajar Guru
Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada Cikgu Arhamni Binti
Robian telah meningkatkan kualiti hasil kajian kerja kursus Geografi pt3 saya
kali ini
DAPATAN KAJIAN
JENIS KEGIATAN
penduduk di kawasan Tobiar melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti
antaranya,
PERTANIAN
Daripada pemerhatian saya,didapati majoriti penduduk mempunyai petani
dikawasan pertanian masing masing.Mereka menanam padi.Hasil padi itu akan
di hantar terus ke kilang padi berdekatan. Keluasan tanah pertanian mereka
agak luas,kira-kira 4ekar persegi.Mereka tidak menggunakan teknologi yang
lebih canggih seperti negara Jepun
PETA YANG DILUKIS
MENTAFSIR PETA LAKAR
1.Peta menunjukkan Kampung Banggol Temak dan kawasan
sekitarnya yang terletak di kawasan tanah pamah
3.Kawasan ini dikelilingi sawah padi
4.Tanaman di sekitar taman ini adalah padi
5.Terdapat juga pertempatan sepertimana yang ditunjukkan di
dalam peta
6.Pertanian merupakan pekerjaan utama iaitu menanam padi
MENGENALPASTI JENIS TANAH DI KAWASAN
KAJIAN DAN MENGHURAIKAN FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI TANAH MENGENALPASTI JENIS
TANAH
Contoh jenis guna tanah : Kediaman dan Pertanian
MENGHURAIKAN FAKTOR
Jenis perumahan yang sering dibina disini adalah perumahan bukan
strata.Rumah jenis ini rumah berkelompok.Ini adalah kerana
kawasan ini mempunyai banyak tanah yang sesuai bagi tujuan
perumahan yang masih belum dimajukan berbanding bandar maju
yang lain.
Antara faktor yang mempengaruhi guna tanah untuk tujuan
petempatan adalah bentuk muka dan lokasi. Faktor ini
mempengaruhi kemudahan seperti pengangkutan awam,jalan raya
dan lebuh raya yang menghubungkan antara bandar dan luar bandar
MENGENALPASTI DAN MENGHURAIKAN TIGA
KESAN TANAH TERHADAP ALAM SEKITAR
• Tiga Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar
1. Peningkatan suhu di sekitar Kawasan
Semakin ramai manusia membuat petempatan di sesuatu
Kawasan meningkatkan lagi bilangan kenderaan dan ia menyebabkan
daya serap haba yang lebih tinggi yang dikenali sebagai pulau haba
kerana haba terperangkap dalam Kawasan penempatan tersebut
2. Banjir Kilat
Hal ini sering berlaku jika hujan lebat berterusan tanpa henti pada
waktu yang singkat. Peningkatan penduduk di Kawasan perumahan
akan meningkatkan sisa pepejal akan menyebabkan masalah
perparitan yang serius
3. Aktiviti pengondolan hutan dan bukit-bukau
Hutan yang nyaman namun kini sedikit demi sedikit ianya ditarah
dan diratakan bagi memberi ruang kepada Kawasan perumahan
baru.Ini secara tidak langsung mengubah landskap dahulunya hijau
kini dipenuhi dengan batang besi
TIGA CADANGAN USAHA-USAHA UNTUK
MENGATASI KESAN GUNA TANAH
1. Membuat perumahan hijau yang terancang
- Pihak kerajaan hendaklah memainkan peranan masing-masing
dalam melaksanakan langkah ini.Kawasan yang ingin dibina
haruslah mempunya sistem perparitan dan pengudaraan yang
sistematik agar tidak berlaku pencemaran atau banjir kilat
2. Memperkenalkan undang-undang
-Kerajaan hendaklah memperkenalkan undang-undang bagi
mengalakkan pemaju untuk megambil kira factor kehijauan
Kawasan petempatan yang dibina
3. Mengadakan kempen kesedaran
- Mengadakan kempen kesedaran juga hendaklah diperkasakan bagi
mendidik penduduk akan kepentingan alam sekitar.
RUMUSAN
Kajian yang saya telah lakukan di Kawasan perumahan saya
telah memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya.
Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis guna tanah di
Kawasan perumahan saya.
Selain itu,saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas apa
disebalik definisi dan maksud guna tanah.Begitu kajian mengenai
faktor yang mempengaruhi guna tanah petempatan dan
pertanian.Berdasarkan kajian yang dijalankan,saya juga dapat
mengetahui dengan lebih jelas beberapa kesan guna tanah di
Kawasan kajian.
Selepas mengumpulkan segala maklumat,saya dapat
memberikan beberapa usaha atau cadangan yang boleh
digunapakai untuk mengatasi kesan guna tanah yang sering
berlaku di Kawasan perumahan saya.
Akhir kata,kita mestilah menjalankan aktiviti guna tanah dengan
sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah yang
boleh menjejaskan flora dan fauna akibat tindakan kita sendiri.
LAMPIRAN
Surat Pengenalan Diri
Kepada sesiapa yang berkenaan,
Puan Arhamni Binti Robian
Kerja lapangan geografi
Saya Muhammad Alif Aiman Bin Mohamad Nasir No Kad
Pengenalan 060122-02-0443 adalah dari kelas tingkatan 3 Ihsan di Maktab
Mahmud Alor Setar. Saya sedang membuat
kajian luar untuk memenuhi syarat Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi matapelajaran Geografi KBSM
2.Kerjasama dan bantuan daripada pihak Puan
didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian
RUJUKAN
Sumber rujukan
https://www.mysumber.com/pt3- geografi-2018-kajian-guna-tanah.html