1.0 NAMA PROGRAM :
“ KARNIVALKOKURIKULUM 2019”
2.0 PENGENALAN :
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan
murid-murid yang berkemahiran dalam kepimpinan serta mempunyai kemahiran
dalam bidang keusahawanan selaras dengan salah satu 6 Aspirasi Murid.
Program seperti ini juga diadakan bagi memberikan pendedahan dan
pengalaman kepada murid-murid dalam bidang perniagaan serta dapat mencungkil
bakat yang terpendam menerusi aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang
karnival ini berlangsung. Pengisian program seperti ini dapat memberikan
pendedahan dengan aspek- aspek pentadbiran dan pengelolaan sesebuah
organisasi di samping menampilkan daya kepimpinan di kalangan murid-murid
melalui aktiviti-aktiviti yangdijalankan. Selain itu, hubungan ukhuwah di kalangan
guru-guru, ibu bapa dan murid-murid dapat disemai dan dipertingkatkan dengan lebih
baik.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM :
Perlaksanaan Projek Hari Kokurikulum ini diharapkan memberi peluang kepada guru-
guru dan murid-murid untuk:
i. Mengumpul dana untuk menaiktaraf prasarana sekolah.
ii. Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan.
iii. Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk melaksanakan tanggungjawab
yang diamanahkan dengan lebih baik demi kecemerlangan dalam akademik
dan sahsiah.
iv. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid
v. Mewujudkan hubungan kekeluargaan, hormat-menghormati dan menghargai
di antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.
vi. Melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial sekali gus melahirkan insan yang cemerlang dalam hidup.
vii. Mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum.
4.0 PENYERTAAN/KUMPULAN SASARAN :
Semua guru, ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah, PIBG,komuniti luardan murid
SMK.Methodist, Tanjong Malim, Perak.
5.0 KONSEP
Konsep Karnival Kokurikulum 2019 adalah “Membeli sambil menderma”.Ibu bapa
dan guru-guru serta orang ramai dipelawa datang untuk memberi sokongan pada
hari tersebut.
6.0 SASARAN
Sasaran kewangan : Dapat mengumpul dana tidak kurangRM 10,000
7.0 TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM
SMK. Methodist, Tg. Malim (Astaka, Padang, Goodwill Atrium, Bilik-bilik di Blok A)
8.0TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM
Berikut adalah butiran program yang dirancang :
Tarikh : 14 September 2019
Hari : SABTU
Masa : 7.25- 12.30 Tengah hari
9.0 CADANGAN AKTIVITI
i. Jualan gerai, mini cafe, jualan amal (Jumbo Sales), tayangan Movie
Permainan dalaman (Indoor Games), pertandingan karaoke, kuiz, cabutan
bertuah
ii. Program Derma Darah dan pameran agensi luar.
10.0 KAEDAH KUTIPAN
i. Sebanyak 1000 buku kupon yang setiap satunya bernilai RM 10.00 akan dijual
kepada murid , ibu bapa, PIBG, guru dan masyarakat setempat.
ii. Setiap murid wajib membeli kupon bernilai RM 10.00 dan guru serta AJK PIBG
wajib membeli kupon bernilai RM 30.00
11.0 KUPON
i. Setiap buku kupon bernilai RM 5.00 (Dua keping Buku)
ii. Semua urusniaga sah laku dengan menggunakan kupon yang dicop rasmi
sekolah dan tandatangan guru kelas.
iii. Tiada penggunaan wang tunai
12.0 JAWATANKUASA PROGRAM
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : En. Ganesan A/L Suppiah(Pengetua)
Pengerusi : Pn. Rosmawati bt. Jamaluddin (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1. Pn. Hjh. Zaharah bt. Rani (PK Pentadbiran)
2. Pn.Noor Aini bt. Kasbola (PK HEM)
3. Pn.Hjh Syarifah Maimunah bt Syed Abdullah (PK Petang)
Penyelaras Program : En. Ahmad Yasir b Bahador
Setiausaha Program : Pn. Hjh Rohaida binti Yahya
Naib Setiausaha Program : Pn. Nor Azizah binti Abdullah
Bendahari Program : Pn. Azwa bt Mohd Noor Sapee.
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA :
Penyelaras Gerai En. Ahmad Yasir b Bahador
Pn. Nor Azizah binti Abdullah
Pendaftaran Aktiviti/ Cik Aimi Syazwani bt.Mohd Roslan
Pn.Hjh Rohaida bt Yahya
Pertandingan Pn. Nor Azwa bt Sapee
Pn. Sharmila Devi a/p Surendra
Kupon : Pn.Siti Zukriyah bt.Yahya
Pn.Lau Yoke Yin
Pengurus Gerai Jualan Pn. Thanaletchumy a/p Karuppiah
Jumbo Sale Guru Ketua Penasihat Unit Kokurikulum
AJK Kelab Keluarga MES 2019:
Pn. Norhamiza binti Hamid
Pn. Atirah Athirah binti Azmi
Pn. Nagamah a/p Narayanasamy
Juru Acara Pn. Junainah binti Ahmad Ali
Pn. Rozihan binti Shaari
Promosi Dalaman Guru Penasihat dan AJK Unit Kokurikulum
Promosi & Jemputan Luar Pn. Arne Suzila bt. Nasam
Pn. Duliana bt Kamaruddin
Pn. Moganambal A/P Ayyadurai
Banner/ Multimedia Pn. Nurul Azuin binti Mustapha
Pn. Siti Zaharah binti Tumiran
Surat menyurat/ Jemputan Pn. Hjh Maria bt Ahmad
Cik Nor suhada bt Othman
Protokol/sambutan Pn. Firdaus bt Ghazali
: Guru-guru kanan
Cabutan Bertuah Pn. Liyana bt.Suhaimi
: Pn. Wan Elinasyazwani Akmal bt. Wan Roslan
Pn. Aslinda bt. Musa
Pn. Norhasliza bt. Ismail
Gimik/ Persembahan En.Izamuddin b. Mohd Yusof
Tarian : Cik Noorehan binti Sulong Jamil
Siaraya En. Mohamed bin Embong
En. Mohd Zuki b Sha’ari
:
Persiapan Tempat / Peralatan En. Zulhilmi Ikhwan bin Halim
(sebelum) En. Azleeley b Atiman
En. Kamaruddin bin Sudi
En Zulkifli bin Jaafar
Persiapan Tempat / Peralatan En.Selvaraj a/l Maniandy
(selepas) En.Pahruraji@Pahrurazi b Arbain
En. Shamsul Fitri b Salleh
Tn.Hj Muhammad Hakimi b Amri
Juru Gambar/ Dokumentasi Pn. Nurasyikin bt. Ahmad
: Pn. Norafauziah binti Safar
Buku Program /Pemplet En. Mahentiran a/l Pachai
Cik Rohana binti Ibrahim
Disiplin &Keselamatan Ustaz. Hj Seypul Asmal bin Sabokki
Kebersihan En. Latchumaya A/L Subramaniam
: En. Mohd Rosli bin Idris
Pn. Suganthi a/p Vasudevan
Pn. Bulwinder sigh
Pn. Saparina bt Muhamad
Pn. Bavani A/P K. K. Nair
Pn. Hasnah binti Nordin
Pn. Menaga
Pekerja Swasta
13.0 TENTATIF PROGRAM
Tentatif Hari Kokurikulum 2019
(17 September 2019) - Sabtu
07.25 Pagi Perhimpunan di Atrium Goodwill (Kehadiran murid di
ambil mengikut kelas)
08.00 Pagi
Persiapan gerai jualan/permainan dan pameran
08.30 Pagi Ketibaan Perasmi dan Tetamu Kehormat
Ucapan dan Perasmian oleh Pengetua
12.00 Tengahari Gimik perasmian (persembahan tarian).
12.30 Tengahari Lawatan Perasmi dan Tetamu kehormat melawat gerai
dan Pameran
Aktiviti jualan/permainan dan pameran
Penyampaian hadiah
Pembersihan tapak gerai/jualan dan pameran
Majlis bersurai
*Tentatif program tertakluk kepada pindaan dan perubahan dari semasa ke
semasa. “
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA KUANTITI ANGGARAN (RM)
Cetakan kupon 14,000 -
Hadiah cabutan Bertuah 20
Pelbagai Pengurusan RM 200.00
RM 100.00
JUMLAH RM 300.00
SUMBER KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN ANGGARAN (RM)
HASIL JUALAN KUPON RM 300.00
JUMLAH RM 300.00
12.0 PENUTUP
Program seperti ini perlu didedahkan kepada semua guru, murid dan ibu bapa.Ini
kerana aktiviti dan pengisian sepanjang program ini merupakan salah satu medium
yang terbaik untuk membentuk insan yang cemerlang. Semoga dengan adanya
program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara semua guru, ibu bapa
dan murid-murid SMK. Methodist, Tg.Malim dengan lebih akrab. Diharapkan
program ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mendapat kerjasama
dari semua pihak.
Disediakan oleh :-
............................................
(PN. HJH.ROHAIDA BINTI YAHYA)
Setiausaha Karnival Kokurikulum 2019
Disemakoleh :-
.........................................
(PN. ROSMAWATI BINTI JAMALUDDIN )
PK Kokurikulum,
SMK. Methodist,
35900Tanjong Malim,
Perak.
Disahkan Oleh :-
...............................................
(EN. GANESAN A/L SUPPIAH)
Pengetua,
SMK. Methodist,
35900Tanjong Malim,
Perak.
LAMPIRAN I
SYARAT DAN TERMA
1. Pihak yang boleh menyertai aktiviti jualan:
Unit-unit dalam gerak kerja kokurikulum, SMK. Methodist, Tg. Malim
2. Cara menyertai jualan:
Membuat pendaftaran pada urusetia program
3. Kadar sewa tapak:
Tiada
4. Jenis jualan yang dibenarkan:
1. Makanan yang dimasak atau dibungkus
2. Minuman yang dimasak atau dibungkus
3. Barangan bukan makanan I (alat tulis, pakaian)
4. Barangan bukan makanan II (main dan menang)
5. Dan lain barangan yang berfaedah
6. Perniagaan yang HALAL dan menepati Syariat Islam dan Undang-undang Malaysia
5. Jenis jualan yang tidak dibenarkan:
1. Makanan dan minuman yang berbahaya atau memabukkan
2. Barangan bukan makanan (alatan yang berbahaya)
3. Barangan bukan makanan (mainan, unsur judi)
4. Dan lain-lain barangan yang tidak berfaedah
6. Persiapan gerai jualan:
1. Peralatan dan kemudahan adalah dibawah tanggungjawab peserta jualan.
2.Geraiyang menggunakan peralatan seperti dapur gas @ peralatan elektrik, peserta
jualan hendaklah memastikan/ mementingkan aspek keselamatan.Apa- apa yang
berlaku adalah di bawah tanggungjawab peserta jualan masing- masing.
7. Pakaian:
1. Bersih dan kemas serta menepati syarat penyediaan makanan yang baik.
2. Memakai apron (jika ada) dan bertutup kepala.
8. Tanda harga:
1. Tanda harga untuk setiap barang jualan hendaklah dipamerkan dengan jelas dan
tidak mengelirukan serta menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sahaja.
2. Digalakkan membuat senarai harga untuk dipamerkan.
9. Had harga jualan per barang. Untuk murid :
1. Minimum = RM 1.00
2. Maksimum = RM 5.00
10. Deposit : - RM 10.00 dikenakan
- Deposit akan dikembalikan setelah berpuas hati tentang kebersihan dan
penghantaran semula semua peralatan di tempat yang sepatutnya.
- Gerai yang menggunakan sumber elektrik sekolah deposit tidak akan
dikembalikan.
11. Promosi:
1.Promosi jualan boleh dilakukan secara bertulis,verbal dan aplikasi whatsapp dengan
menggunakan bahasa yang jelas dan tidak mengelirukan serta menggunakan
bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sahaja.
2. Perbuatan promosi dengan sentuhan fizikal adalah dilarang sama sekali.
3. Perbuatan menipu dalam promosi juga dilarang.
12. Cara urusniaga:
1. Urus niaga hanya sah menggunakan kupon yang disediakan oleh pihak sekolah.
2. Segala modal perniagaan adalah dari pinjaman modal dan keuntungan merupakan
dana sekolah.
13. Pertanyaan dan kemusykilan
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai aktiviti jualan boleh berhubung
terus kepada AJK induk penganjur.
14. Penafian
1. Pihak penganjur tidak bertanggung jawab sekiranya berlaku sebarang kerugian
atau kemalangan atau kecelakaan kepada mana-mana pihak akibat daripada
salah pemahaman terhadap syarat-syarat yang dikemukkan.
2. Pihak penganjur juga tidak akan bertanggung jawab sekiranya berlaku sebarang
kerugian atau kemalangan atau kecelakaan kepada mana-mana pihak akibat
daripada perlanggaran syarat yang dikemukakan oleh pihak penganjur.
SMK METHODIST TANJONG MALIM 35900 PERAK
PROGRAM KARNIVAL HARI KOKURIKULUM
SMK. METHODIST, TG. MALIM
TAHUN 2019
ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM, SMK. METHODIST
PADA
14 SEPTEMBER 2019
BERTEMPAT DI
SMK. METHODIST,35900 TG. MALIM, PERAK
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOKURIKULUM, SMK. METHODIST