The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CABARAN DAN RISIKO YANG PERLU DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masninishukri, 2022-04-17 00:42:18

TUGASAN 3 GISC1082

CABARAN DAN RISIKO YANG PERLU DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0

MASNINI YANI BINTI SHUKRI
GISC1082

18 APRIL 2022

CABARAN DAN RISIKO YANG
PERLU DIHADAPI MALAYSIA
DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0

1.0 PENGENALAN

Revolusi Industri 4.0 membawa maksud suatu revolusi
terhadap digital. Revolusi ini merujuk kepada satu
proses pertumbuhan aspek teknologi dalam sesebuah
sektor industri yang secara khususnya melibatkan
sektor pengeluaran dan juga automasi ke peringkat
yang lebih maju dan sistematik. Selain itu, menurut
Arman & Mousa (2017) yang menyatakan bahawa proses
peralihan sektor industri ini dikenali sebagai “Smart
Factory”. Istilah ini membawa maksud setiap sistem
yang telah diimplimentasikan berbentuk lebih fleksibel
dan sistematik. Bukan itu sahaja, istilah lainnya pula
ialah dapat menyesuaikan diri terhadap situasi baru
yang lebih mencabar. Pada bulan November 2011,
Jerman telah memperkenalkan konseop Revolusi
Industri 4.0 melalui penerbitan sebuah artikel yang
menjadi satu susunan strategi berteknologi tinggi dalam
usaha untuk mewujudkan sektor pembuatan dan
pengeluaran yang berbentuk digital dan lebih selamat.

Kemudiannya, konsep ini sekali lagi
dihebahkan dalam pameran perindustrian di
Hannover, Jerman pada tahun 2013. Malaysia
berkemampuan untuk maju dalam Revolusi
Industri 4.0 ini seiring dengan negara-negara
luar yang lain kerana sistem tekonologi digital
di negara kita juga semakin maju hari demi
hari. Akan tetapi, usaha untuk berkembang
pesat dalam revolusi ini menjadikan Malaysia
perlu menghadapi cabaran dan risiko sebagai
halangan.

CABARAN YANG PERLU DIHADAPI
MALAYSIA DALAM REVOLUSI 4.0

2.0 CABARAN YANG PERLU DIHADAPI OLEH MALAYSIA
DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Banyak cabaran dan halangan yang perlu dihadapi
oleh Malaysia untuk berkembang maju dalam Revolusi
Industri 4.0 ini. Hal ini demikian kerana, masih
terdapat kekurangan dalam sistem teknologi digital
negara ini berbanding dengan negara lain dan juga
disebabkan faktor-faktor yang tertentu. Bukan itu
sahaja, telah menjadi sebuah kebiasaan sekiranya
berlaku sesuatu revolusi akan perlu menghadapi
cabaran dan halangan yang wujud. Sebagai
contohnya, bermula dari revolusi yang pertama
sehingga ketiga, seluruh dunia menghadapi pelbagai
cabaran dan risiko dalam memastikan pergerakan
revolusi industri ini bergerak sama langkah dengan
perkembangan semasa serta memenuhi kehendak
masyarakat ketika itu. Justeru, apakah cabaran dan
risiko yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam
Revolusi Industri 4.0 ini?

2.1 KEKURANGAN TENAGA MAHIR

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia
dalam Revolusi Industri 4.0 ini yang pertama ialah
kekurangan dari segi tenaga mahir. Walaupun negara
Malaysia dipenuhi dengan pekerja dari negara luar
seperti Indonesia dan Bangladesh, aspek ini masih tidak
memenuhi kategori tenaga mahir yang mencukupi
kerana golongan ini tidak terlibat dalam penggunaan
teknologi digital. Disebabkan oleh hal ini, satu usaha
untuk melahirkan kelompok tenaga yang mahir dalam
bidang teknologi agar sama langkah dengan
perkembangan Revolusi Industri menjadi hal yang
sangat mencabar. Usaha ini mengambil masa yang
lama dan juga melibatkan jumlah kos yang sangat
tinggi. Namun begitu, Malaysia masih menghadapi
masalah dari segi tenaga kerja yang mahir walaupun
rakyat negara ini sendiri terlibat dalam industri inovasi
digital kerana wujudnya golongan rakyat yang memilih
pekerjaan. Hal ini menimbulkan masalah kepada negara
untuk menghadapi cabaran Revolusi Industri keempat
ini.

2.1 ANCAMAN KESELAMATAN SIBER



Cabaran yang kedua ialah berlakunya ancaman
keselamatan siber. Di Malaysia, laman siber turut
menjadi satu tapak yang penting dalam komunikasi
dan sebagainya. Munculnya revolusi ini akan
menyebabkan wujudnya ancaman jenayah siber yang
lebih berisiko tinggi jika dibandingkan revolusi yang
sebelumnya. Dunia yang telah diperkenalkan dengan
Internet Pelbagai Benda (Internet of Things, IoT) yang
telah menggabungkan sistem fizikal dan laman siber.
Menurut Min, David & Suk (2018), penggabungan ini
akan menimbulkan banyak lagi kekurangan dalam
sistem rangkaian termasuklah risiko ancaman
penggodam (hacker) dan juga penjenayah siber.
Contoh ancaman siber yang pernah berlaku ialah
kebocoran sistem maklumat negara pada tahun 2017
dan 2018. Menurut data dari Pusat Bantuan Cyber999
yang diuruskan oleh CyberSecurity telah menyatakan
bahawa kes kebocoran data yang melibatkan
pengguna internet pada tahun ini sehingga September
yang lepas telahpun meningkat menjadi 178 kes jika
dibandingkan dengan 63 kes dan 19 kes pada 2018 dan
2017.

2.3 INOVASI SISTEM PENDIDIKAN

Seterusnya, cabaran yang ketiga ialah inovasi dalam
sistem pendidikan. Bidang pendidikan merupakan
bidang yang sangat penting di Malaysia kerana
merupakan salah satu kemampuan negara ini mencapai
kemajuan setanding negara lain. Namun, masih ada
sedikit kelemahan yang terdapat dalam sistem
pendidikan negara kita yang menghalang kemajuan
dicapai. Sistem pembelajaran dan pengajaran (P&P)
seharusnya diubah menjadi lebih berinovatif serta
bersesuai dengan keperluan dalam revolusi digital yang
sedang dialami. Hal ini demikian supaya negara mampu
melahirkan pelajar yang berkemampuan, berinovatif
serta berkemahiran tinggi. Penerapan elemen digitalisasi
dalam pembelajaran memainkan peranan yang penting
sebagai satu langkah melahirkan individu mahir dalam
digital.

RISIKO YANG PERLU DIHADAPI
MALAYSIA DALAM REVOLUSI 4.0

3.1 INDUSTRI PEKERJA TEMPATAN TERJEJAS
Usaha untuk merealisasikan Revolusi Industri 4.0 ini
akan memberi kesan ke atas penggunaan tenaga kerja
tempatan. Tambahan lagi, golongan individu menengah
rendah bakal menjadi golongan yang menerima kesan
paling mendalam. Hal ini demikian kerana, golongan ini
secara perlahan-lahan akan menjadi kumpulan tenaga
kerja yang disingkirkan dari arus ekonomi negara.
Penciptaan robot dan kawalan sistem pada masa ini
kemungkinan besar akan menggantikan golongan
pekerja menengah rendah kerana tidak memiliki ‘tacit
knowledge’. Pengetahuan ini boleh ditawarkan kepada
majikan dan ekonomi secara keseluruhan dan hanya
terdapat pada penciptaan robot dan sistem.
Maka, kesannya golongan ini akan tersingkir dari sistem
ekomomi baru yang masih menongkah arus saat ini.

3.2 TENAGA PENDIDIK PERLU BERSIFAT TERBUKA

Untuk mencapai inovasi dalam pendidikan, terdapat risiko
yang perlu dihadapi oleh tenaga pengajar masa ini untuk
merealisasikan Revolusi Industri 4.0. Dalam menghadapi
arus perkembangan Revolusi Industri 4.0 ini, pendidik perlu
lebih bersifat terbuka serta bersedia dengan segala
perubahan yang mungkin berlaku dalam memastikan
pelajar-pelajar dan graduan kekal kompeten malahan
mampu berdaya saing. Tenaga pengajar perlu bersifat
kreatif dalam merancang rekabentuk produk dan
berkemampuan membina potensi daripada IoT bagi tujuan
pengaplikasiannya melalui sistem inovasi digital. Oleh itu,
tahap persediaan dan perubahan haruslah diambil sebagai
langkah bagi mendepani risiko serta cabaran Revolusi
Industri 4.0 ini.

4.0 PENUTUP
Kemunculan Revolusi Industri versi keempat ini
memberi penekanan terhadap pembinaan teknologi
secara reality maya tanpa halangan semestinya akan
memberikan impak terhadap pelbagai aspek dalam
kehidupan. Kemunculan revolusi ini bukan sahaja
mendatangkan kebaikan, malahan turut mendatangkan
keburukan kepada individu, masyarakat dan juga
negara. Akan tetapi, secara nyata dan tanpa ragu-ragu,
perkembangan teknologi ke arah yang lebih maju dan
kukuh semasa Revolusi Industri 4.0 akan menjadi
sebuah potensi untuk menambah baik aspek
perubahan cara hidup masyarakat. Kehidupan
masyarakat akan menjadi lebih sistematik dan berkualti
jika dibandingkan dengan tiga revolusi yang
sebelumnya. Banyak langkah yang boleh dihadapi oleh
negara dan kerajaan untuk mengatasi cabaran dan
risiko.

SUMBER RUJUKAN

Mohd Yusof, M.F,. (2017), Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi
Perindustrian Keempat / The Fourth Industrial Revolution.
http://mohdfairuzmohdyusof.blogspot.com/2017/11/industri-40-ir-
40-revolusi.html

Ahmad, S,. (2018), Revolusi Industri 4.0 beri pelbagai kesan pada
kehidupan. https://news.utm.my/ms/2018/01/revolusi-industri-4-0-
beri-pelbagai-kesan-pada-kehidupan/

Kamarudin, K,. (2019), Kekurangan tenaga mahir jadi cabaran
industry 4.0. https://www.malaysiakini.com/news/458549

Noorashid, N.A,. (n.d), REVOLUSI INDUSTRI 4.0 : IMPAK TERHADAP
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA.
file:///C:/Users/ASUS/Downloads/Journal_Vol5_Nov2019_04.pdf

Ibrahim, M. R., Lee, W. C., Dickson, L., & Ishar, M. I. M. (2020).
Kesedaran Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UITM) Tentang
Pengangguran Di Malaysia Akibat Daripada Revolusi Industri 4.0.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(8), 13
– 21

Hamid, N. A., P Rameli, M. F., Wahab, N. A. A., Che Man, N., & Hashim,
S. N. I. (2020). Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) - Vol.
2(1), 2016. Jcis.uitm.edu.my.
https://jcis.uitm.edu.my/journal/volume6/issue1/10.%20Pelaksanaan
%20Pendidikan%20Islam%20Era%20Revolusi%20Industri%204.0%20
di%20Akademi%20Pengajian%20Islam%20Kontemporari%20(ACIS)%
20UiTM%20Melaka.pdf


Click to View FlipBook Version