The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEGAMAT BIL2 2020-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by OTHMAN BIN ABDULLAH Moe, 2020-09-02 00:51:17

MINIT MESYUARAT MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEGAMAT BIL2 2020-converted

MINIT MESYUARAT MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEGAMAT BIL2 2020-converted

MINIT MESYUARAT MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEGAMAT BIL.2/2020

Tarikh : 12 Ogos 2020

Hari : Rabu

Masa : 10 .00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Gemereh

Pengerusi : Tn.Hj.Abd Rahman bin Ibas

Kehadiran : 17/19

Hadir

1. Tn.Hj. Abd Rahman bin Ibas YDP MGB
2. Mr.Mohd Yunos bin Abd Rahman Tim YDP MGB
3. Othman bin Abdullah Setiausaha MGB
4. Khoo Boon Han Bendahari MGB
5. Muhamammad Ilham Ganesh Pengerusi Zon 1
6. Musa bin Atan Pengerusi Zon 2
7. Siti Aisah binti Komeng Pengerusi Zon 4
8. Noorini bt Kasran Pengerusi Zon 5
9. Yong Yoon Kim Pengerusi Zon 6
10. M. Givarani A/P Muniandy Penegrusi Zon 7
11. Fairusasikin bin Fatholmuner Setiausaha Zon 1
12. Rosli bin Abu Bakar Setiauasaha Zon 2
13. Shamsul Kamar bin Abd Wahab Setiausaha Zon 3
14. Abd Rahim bin Kasdi Setiauasaha Zon 4
15. Baharim bin Buroh Setiausha Zon 5
16. Tan Yee Boon Setiausaha Zon 6

Tidak Hadir Bersebab

1. Nurul Huda binti Ahmad Penegrusi Zon 3
2. Govinthan Perumall Setiausaha Zon 7

Turut Hadir

1. En. Rosli bin Puteh Pen.PPD Prasekolah & Rendah

.1. Perutusan Tn.Hj. Abd Rahman bin Ibas
Yang DiPertua MGB Segamat (YDP MGBS)
Bacaan Ummu Kitab Al fatihah

1.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa MGB yang
dapat hadir mesyuarat pada hari ini.

1.2 YDP memaklumkan bahawa Persidangan MGB Johor akan berlangsung di
Berjaya Waterfront, Stulang pada 25 Ogos 2020. Bayaran sebanyak RM80
bagi setiap perwakilan dipunggut oleh MGB SK,SJKC dan SJKT

1.3 MGB akan ke Melaka pada tarikh14 dan 15 September 2020 atas tiket
Mesyuarat Agung Tahunan MGBS dan Kursus Pengurusan Strategik Guru
Besar. Pembentangan Perlembagaan Baru MGB akan dilaksanakan.pada
masa Mesyuarat Agung nanti.

1.4 Duit komisen jualan Yakult sebanyak lebih kurang RM7k, sudah ada dan akan
diagihkan oleh En. Othman dalam masa terdekat ini

1.5 YDP berkongsi perjuangan MGB pada masa kini.
Model Sekolah 1dan 2, Guru Besar Gred DG44 manakala Model sekolah 3 dan
4, Guru Besar Gred DG48.
Penyetaraan PGB sama dengan semua pengetua DG52.
Tugas Guru Besar daripada mengajar kepada penyeliaan yang akan dibuat
oleh MGB dan MPSM.

1.6 Takrif cuti peristiwa terbahagi kepada 2 iaitu,
i. Murid cuti dan cikgu cuti
ii. Cikgu datang ke sekolah dan murid juga datang tetapi tidak belajar

1.7 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ( GMGBM) sudah dijemput hadir apabila
ada mesyuarat MPSM.
.

1.8 Perlembagaan MGB akan dibentang dalam Persidangan MGB Johor pada 25
.8.2020 di Berjaya Waterfont, Stulang.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan En. Rosli bin Puteh - Penolong PPD Prasekolah dan Rendah

2.1 Ucapan terima kasih kepada Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua dan
semua exco MGB Segamat kerana sudi jempaut saya bersama dalam
mesyuarat dan mohon maaf atas kelewatan

2.2 Pergerakan guru yang berlaku ada bagi seimbangkan jumlah guru dalam
sesebuah sekolah dalam daera. Ada sekolah yang lebih, kurang dan cukup
guru.

2.3 Bilangan guru dala satu-satu sekolah akan cuba diimbangkan dalam jumlah
tubuh, tetapi tidak jamin boleh ikut jumlah opsyen. Jika berlaku kekurangan
teruk, boleh gunakan KGSKbagi membolehkan sekolah beroperasi seperti
biasa.

2.4 Bagi sekolah yang ada lebihan guru, mereka akan digerakkan ke sekolah
yang kekurangan guru yang teruk. Jika ada perpindahan dari luar daerah,
mereka akan disusun dan diagihkan mengikut keperluan sekolah.

2.5 Keperluan untuk meningkatkan pengurusan guru besar di sekolah. Jadi Unit
Pengurusan Sekolah PPD segamat mengambil inisiatif bekerjasama dengan
MGB mengadakan kursus.

2.6 Sebagai guru besar jik ada isu di sekolah , cuba selesaikan dulu diperingkat
sekolah sebelum dibawa ke PPD. Boleh buat surat mohon kaunseling
daripada kaunselor PPD.

2.7 Cadangan bagi mengadakan lawatan bagi guru besar yang telah dan akan
bersara pada tahun ini. Mungkin ini akan diuruskan oleh pihak PPD.

3.0 Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat MGB Bil.1/2020

3.1 En. Othman Abdullah selaku Setiausaha MGB Segamat membentangkan
minit mesyuarat Bil. 1/2020 untuk diterima dan disahkan.

Cadangan : GB Musa Atan . - Pengerusi Zon 2
Sokongan : GB Ilham Ganesh Abdullah - Pengerusi Zon 1

3.2 Berkaitan dengan LDP Google Form perlu diteruskan kerana ada banyak .
kebaikan dan kemudahan bila mahir menggunakan google form. Tarikhnya akan
ditentukan kemudian

4. Laporan Kewangan ( Rujuk Lampiran )

4.1 Bayaran RM550 untu Persidangan MGB Johor perlu dibayar oleh setiap MGB
Sk, MGB SJKC dan MGB SJKT. Setiap peserta RM80

.
4.2 Perwakilan setiap Zon ke Persidangan MGB Johor

4.2.1 Zon 1 – Cg Muhammad Ilham Ganesh b Abdullah
Zon 2 – Cg Musa bi Atan
Zon 3 – Cg Shamsul Kamar bin Abd Wahab
Zon 4 - Cg Abd Rahim b Kasdi
Zon 5 – Cg Baharim b Buroh
Zon 6 – Cg Khoo Boon Han
Zon 7 – Cg M. Givarani A/P Muniandy

4. Pembentangan Aktiviti 2020 dan Pembentangan Kertas Dangan Kursus
Pengurusan Strategik Guru Besar

4.1 Majlis Mesyuarat Agung Tahunan MGB Segamat Kali Ke -26 di pantai Puteri
Hotel, Melaka pada 15 September 2020

4.2 Majlis Jasamu Dikenang pada tahun ini untuk rakan-rakan guru besar yang
bersara sepanjang tahun 2020 dan awal 2021( Pn. Siti AisahKomeng)

4.3 Kertas Cadangan Pengurusan Strategik Guru Besar diterima dengan pindaan.
Iaitu akan dilaksanakan pada 14 September 2020 bermula pada pukul 10.00
pagi

5.0 Hal –hal Lain

5.1 GB Rahim mengucapkan syabas kepada PPDR kerana dapat menguruskan
perpindahan guru secara terancang dan tidak membebankan mereka.
Cadang pindahkan guru lama ke sekolah baru bagi meningkat prestasi
seseorang guru .
Juga cadangkan pemberian APC kepada guru besar yang akan bersara.
Human touch daripada PPD atau wakil kepada guru besar yang akan bersara.
Mod peperiksaan sudah tiada , bagaimana perkembangan untuk ukur prestasi
murid-murid. Rujuk Unit Akademik Pn.Hjh Rozita

5.2 GB Rosli bersetuju isu perpindahan guru otai ke kawasan yang lebih dekat .

5.3 GB Musa , berkaitan dengan penerangan En. Rosli, memang PPD ada kuasa
berbanding dengan guru besar untuk laksanakan.. Jadi perlu bantuan PPD untuk
selesaikan masalah dan meningkatkan prestasi guru tersebut.

5.4 GB Yong berpendapat pergerakan cikgu-cikgu lama perlu ada persetujuan
daripada guru besar jika mereka masih bertugas dengan baik dan cemerlang di
sekolah lama.

5.5 GB Siti Aisah ,berpendapat jika ada pertukaran cikgu-cikgu yang berkonflik ,
elakkan di tempat ke sekolah yang sama.

5.6 GB Noorini, mencadangkan kepada semua guru besar baru agarsedikan satu
bilik guru sahaja, agar tiada isu dan jika ada dapat diselesaikan dengan
kebersamaan.

5.7 GB M.Givarani, persaraan guru besar dalam SJKT yang pencen perlu ada wakil
daripada MGB dalam majlis tersebut.
Menyatakan tentang permasalahan guru baru di sekolah SJKT C Chaah perlu.
diambil cakna oleh PPD.

5.8 GB Yunos , merujuk kepada penempatan guru besar, SIP+ lebih tahu dan tepat
ke mana harus ditempatkan setiap guru besar bagi setiap sekolah.

5.9En. Rosli, SIPT+ dan rakan-rakan timbalan(panel) akan dirujuk untuk
mendapatkan pandangan termasuklah MGB. Kekangan sekolah TS25 bagi
penempatan gmesti ikut kemampuan mentadbir ikut suasana di sesebuah
sekolah.
Guru-guru yang jauh akan didekatkan agar tidak membebankan mereka.
Terima kasih kepada semua guru besar, PBPPP perlu dilaksanakan dengan baik
agar tiada aduan daripada guru-guru di sekolah tentang perolehan markah
mereka.
Pada 26.8 nanti aka nada taklimat daripada JPN untuk eoperasi,explore, tengok
ralat dan pastikan tiada ralat untuk sekolah.
Eopresi hanya melibatkan guru besar dan gpk1 sahaja. Guru Data tidak terlibat.

Akan cuba hadir bersama dalam mesyuarat MGb pada masa akan datang.

6.0 Ucapan Penangguhan

Tuan Haji Abd Rahman bin Ibas , Yang DiPertua MGB Segamat berharap setiap
program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan terbaik

Mesyuarat ditangguhan pada pukul 01.30 tengahhari

Dicatat oleh,

(OTHMAN BIN ABDULLAH)
Setiausaha MGB Segamat


Click to View FlipBook Version