The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msnieza, 2022-05-10 10:54:25

CARA ATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

CARA ATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

CARA MENGATASI
PENYALAHGUNAAN
DADAH

 Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat
dan sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima
perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia
turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan dadah
terutamanya dalam kalangan remaja amat membimbangkan dan ia
berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak,
dan perjudian. Perkara inilah yang banyak menggugat dan
memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang
ekonomi, sosio-budaya, politik mahupun keselamatan. Dengan lain
perkataan, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi
selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat
diatasi segera.

 ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting untuk memastikan anak-
anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu meluangkan
masa secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan
bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari
terjerumus ke dalam maslah penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu
menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun
yang tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak
ke perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah diberikan
pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan
mereka sejak dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja
banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.












Click to View FlipBook Version