The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JENIS RAWATAN PEMULIHAN DARIPADA KETAGIHAN DADAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msnieza, 2022-05-11 23:57:05

JENIS RAWATAN PEMULIHAN DARIPADA KETAGIHAN DADAH

JENIS RAWATAN PEMULIHAN DARIPADA KETAGIHAN DADAH

JENIS RAWATAN
PEMULIHAN
DARIPADA
KETAGIHAN
DADAH

Masyarakat terutama keluarga terdekat perlu
memainkan peranan penting dalam membantu individu
dipengaruhi dadah mendapatkan rawatan sewajarnya.
mereka yang terjebak dengan gejala itu memerlukan
rawatan khusus bagi mengembalikan semula
kewarasan otak yang terjejas akibat pengambilan
dadah secara berlebihan atau dalam jangka masa
berpanjangan.

"Peranan keluarga dan masyarakat penting jika nampak
orang sekeliling terjebak gejala ini pujuk dan bawalah
mereka mendapatkan rawatan untuk mengelak kes di
luar kawalan kerana sampai satu tahap, ia menjadi
penyakit mental yang memerlukan penilaian psikiatri
bagi mengesahkan tahap dan kaedah rawatan sesuai.

"Boleh datang terus ke klinik untuk kita rujuk pakar
berkaitan kerana di bawah Kementerian Kesihatan
(KKM) juga memang ada satu seksyen khusus iaitu unit
penyalahgunaan dadah untuk membantu mereka yang
ketagih ini kembali ke pangkal jalan serta ada juga
peralatan dan kaedah rawatan kita syorkan kepada
mereka.

"KKM juga ada unit kaunseling kerjasama dengan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memberi
khidmat nasihat dan motivasi kepada mereka yang
terjebak termasuk ambil dadah jenis sintetik pada masa
ini

Apakah jenis rawatan yang boleh
diperolehi?

Bantuan profesional adalah diperlukan dalam
bidang :
❑ Kaunselling
❑ Detoksifikasi
❑ Pemulihan

Sokongan masyarakat dan keluarga sangat penting
untuk membantu penagih membebaskan diri dari
cengkaman dadah.

Bagaimana dan di mana bantuan boleh
diperolehi bagi mereka yang sudah terlibat
dengan penagihan dadah?

•Berbincang dengan :
• Ibu bapa
• Guru kaunseling
• Guru
• Kawan/sahabat yang dipercayai
• Kaunseling /pembimbing rakan sebaya (PRS)
• Doktor

•Kumpulan penyokong
•Pegawai Kebajikan Masyarakat
•Pegawai pemulihan (Agensi Dadah Kebangsaan)


Click to View FlipBook Version