The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikmiemie, 2021-01-17 10:12:23

BUKU PENGURUSAN SK TANJUNG BATU 2021

BUKU PENGURUSAN SK TANJUNG BATU 2021

2021

BUKU PENGURUSAN
SEKOLAH

SK tanjung BATU

[email protected]

TEL : 09-2971208

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

ISI KANDUNGAN HALAMAN

BIL KANDUNGAN I
IV
Isi Kandungan V
Prakata Guru Besar VI
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Islam 2
1 PENGENALAN SEKOLAH 3
1. Sejarah Sekolah 4
2. Profil Sekolah 5
3. Visi, Misi dan Motto 6
4. Piagam SK Tanjung Batu 7
5. Piagam Pelanggan 8
6 Lencana Sekolah
7. Lagu Sekolah 10
2 PANDUAN AM 10
1 Etika Kerja Islam 10
2 Teras Perkhidmatan 10
3 Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia 11
a Tanggungjawab Terhadap Pelajar 11
b Tanggungjawab Terhadap Ibu bapa 11
c Tanggungjawab Terhadap masyarakat dan negara
d Tanggungjawab Terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan 12
12
Panduan Am 12
1 Perintah Am 13
2 Asas Pengurusan Sekolah 13
3 Kehadiran 14
4 Keluar Waktu Bekerja 14
5 Melakukan Kerja Luar 14
6 Kelakuan / Disiplin 17
7 Cuti 17
8 Pakaian 17
9 Tanda Nama 17
10 Bilik Guru 17
11 Inisiatif Guru 18
12 Masalah Penjawatan dan Pengajaran 18
13 Tugas Guru 18
14 Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 18
15 Jadual Waktu 18
16 Buku Jadual Waktu Kedatangan Murid 19
17 Keselamatan Harta Benda Sekolah
18 Kebersihan i
19 Kutipan bayaran buku dan alat tulis

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

20 Surat Menyurat 19
19
21 Surat Yang Diterima 19
19
22 Urusan dengan PPD dan JPN 19
20
23 Pelawat Jurujual 20
20
24 Pembelian barang 20
20
25 Kegiatan Kokurikulum 21
21
26 Perhimpunan Rasmi Sekolah 21
21
27 Mesyuarat Guru 21
21
28 Mesyuarat Jawatankuasa 21
21
29 Lawatan Belajar 22
22
30 Mengiringi pasukan sekolah 22
22
31 Falsafah, matlamat dan objektif sekolah 22
22
32 Acara/Majlis Sekolah/Mesyuarat/Kursus Dalaman 22
23
33 Perhubungan sesame rakan sejawat 23
23
34 Guru sebagai pemimpin teladan di sekola 23
23
35 Keahlian kelab guru dan staf / Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PBG)
25
36 Keluar Masuk kelas menepati masa 43
44
37 Kawalan Murid 46
47
38 Pelakuan waktu mengajar 50

39 Alat Bantuan Mengajar/Bahan sumber 59
60
40 Peralatan Sukan 63

41 Buku Nota Murid/Buku Latihan 64

42 Penyeliaan Guru Besar 66

43 Penyeliaan oleh Nazir/Pegawai Jabatan ii

44 Guru Ganti

45 Arahan dan Pekeliling

46 Penggunaan alat alat

47 Telefon

48 Kunci

49 Buku Stok / Inventori

3 PENGURUSAN SEKOLAH

Dasar SK Tanjung Batu

Carta Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Senarai Nama Guru dan Staf Sokongan

Senarai Guru Kelas

Takwim Persekolahan dan Cuti Umum

Ahli Jawatankuasa Pengurusan, Pentadbiran dan Profesionalisme Sekolah

4 PENGURUSAN KURIKULUM

1. Carta Organisasi Kurikulum

2 Ahli Jawatan Kuasa Kerja Pengurusan Kurikulum

3. Senarai Ketua Panitia

4. Jadual Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Penyemak Hasil
Kerja Murid

5. Takwim Peperiksaan Dalaman dan Awam

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

5. Skala Gred dan Headcount 66

5 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 69
1. Carta Organisasi Hal Ehwal Murid 70
2 Ahli Jawatan Kuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid 73
3 Jadual Bertugas Mingguan Guru
77
6 PENGURUSAN KOKURIKULUM 78
1. Carta Organisasi Kokurikulum 83
Ahli Jawatan Kuasa Pengurusan Kokurikulum
Guru Penasihat Rumah Sukan 85
88
7 92
1. NKRA 94
2. PPPM 96
3. PAK 21
4 STEM
5 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

iii

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

PRA KATA GURU BESAR SEKOLAH
KEBANGSAAN TANJUNG BATU

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin-Nya, saya berpeluang untuk
menyampaikan kata-kata aluan dalam Buku Pengurusan Sekolah bagi tahun 2021. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan buku ini.

Setiap individu memiliki potensi tersendiri. Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan
berperanan memcungkil dan membangunkan potensi setiap individu ke tahap yang maksimum
sama ada melalui proses pembelajaran dan pengajaran (kurikulum) atau melalui aktiviti di luar
bilik darjah (kokurikulum). Justeru, setiap pelajar mestilah diberi peluang mengambil bahagian
secara aktif dalam program-program yang telah disediakan oleh para guru.

Saya percaya bahawa warga pendidik yang positif akan menerima segala perubahan dalam
sistem pendidikan demi mengangkat martabat pendidikan seiring dengan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Para
pelajar pula hendaklah mengambil peluang sepenuhnya untuk menimba ilmu pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran masing-masing semasa berada di sekolah.

Saya percaya dengan ilmu dan kemahiran yang ada, para guru akan dapat mencungkil, menggilap
dan mengembangkan potensi setiap pelajar agar tugas sekolah sebagai institusi pendidikan
berjaya mencapai matlamatnya. Akhir kalam, saya yakin dan percaya bahawa semua warga
sekolah akan terus berusaha membawa sekolah ini ke mercu kejayaan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

“SEKOLAH KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

JAMLUDDIN BIN AB KARIM

GURU BESAR
SK TANJUNG BATU

iv

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

v

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

PENDIDIKAN ISLAM IALAH SATU USAHA UNTUK
MENYAMPAIKAN ILMU KEMAHIRAN DAN PENGHAYATAN
ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH BAGI

MEMBENTUK SIKAP, KEMAHIRAN, KEPERIBADIAN DAN
PANDANGAN HIDUP HAMBA ALLAH YANG

BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANGUN DIRI,
MASYARAKAT, ALAM SEKITAR DAN NEGARA KE ARAH
KEBAIKAN DI DUNIA DAN KESEJAHTERAAN DI AKHIRAT

vi

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

Pengenalan
sekolah

1

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu terletak di Jalan Maran kira-kira 4 kilometer dari Bandar
Temerloh. Sekolah ini terletak di tengah-tengah antara Kampung Tanjung Batu dan Kampung
Paya Jauh. Ianya juga terletak berhampiran dengan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Sekolah ini merupakan sekolah kerajaan dalam kategori luar bandar Gred B dan Kod
Sekolah CBA 7156. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Januari 2002 dengan menumpang di SK
Bandar Temerloh. Pada ketika itu bilangan guru hanyalah seramai 10 orang dan muridnya pula
seramai 59 orang. Encik Osman bin Daud merupakan Guru Besar pertama yang dilantik menerajui
pentadbiran.

Warga sekolah telah berpindah ke bangunan sendiri pada 16 Jun 2003. Bilangan kelas
ketika itu hanyalah 6 buah sahaja. Murid-murid sekolah ini datangnya dari kampung berdekatan
iaitu Kampung Tanjung Batu, Kampung Paya Jauh, Kampung Tebal, Kampung Lebak Seberang
dan Perkampungan Masyarakat Orang Asli Paya Badak. Murid-murid yang belajar di sini
kebanyakannya berlatarbelakangkan keluarga pekebun, buruh dan peniaga.

Bermula dari tahun 2002, SK Tanjung Batu makin berkembang maju dan berjaya di bawah
pentadbiran 8 orang Guru Besar iaitu:-

1) En. Osman bin Daud 01.01.2001 – 15.08.2002
2) En. Anuar bin Ab Rahim 16.08.2002 – 03.08.2005
3) Tn. Hj. Wahid bin Mustakim 04.08.2005 – 13.04.2008
4) En. Ahmad bin Abdul Ghani 14.04.2008 – 31.01.2010
5) En. Yusof bin Mohamad 01.02.2010 – 15.04.2011
6) Tn. Hj. Azmi bin Hj. Muhammad 16.04.2011 – 31.01.2015
7) En. Nasarudin bin Mohd Arif 01.02.2015 – 02.04.2017
8) En. Jamluddin bin Ab Karim
03.04.2017 hingga sekarang

Kini SK Tanjung Batu memiliki enrolmen seperti berikut:-

Murid 280 orang
Guru 27 orang
Anggota Kumpulan Pelaksana 5 orang
Pekerja Swasta Pembersihan 3 orang
Pengawal Keselamatan 4 orang

Sekolah juga ditadbir oleh satu pasukan yang mantap terdiri daripada:-

Guru Besar : En. Jamluddin bin Ab Karim
PK Pentadbiran : Pn. Rahmisafa binti Hamid
PK HEM : Pn. W. Mahmud Bin Wan Ahmad
PK Kokurikulum : En. Ahmad Shukri bin Mohd Zain

2

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

PROFIL SEKOLAH

NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU
KOD SEKOLAH CBA7156
NO DAFTAR SEKOLAH
ALAMAT SEKOLAH SK TANJUNG BATU, 28000 TEMERLOH, PAHANG
DAERAH TEMERLOH
JABATAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
JENIS SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN(SK)
JENIS BANTUAN SEKOLAH KERAJAAN
GRED SEKOLAH B
KATEGORI SEKOLAH BANDAR
SESI PAGI
PERINGKAT SEKOLAH PRA SEKOLAH DAN RENDAH
TARIKH TUBUH 2002
SUMBER BEKALAN ELEKTRIK TENAGA NASIONAL BERHAD
SUMBER BEKALAN AIR PENGURUSAN AIR PAHANG BERHAD(PAIP)
PBT MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH
PARLIMEN TEMERLOH
DUN SEMANTAN
MUKIM PERAK
NO TELEFON 09-2971208
E-MAIL [email protected]

3

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

VISI

SK TANJUNG BATU
BERPRESTASI TINGGI 2020

MISI

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
BERLANDASKAN BIDANG KEBERHASILAN

UTAMA PENDIDIKAN NEGARA

SLOGAN

SEKOLAH KITA
TANGGUNGJAWAB

BERSAMA

4

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

MENDIDIK MURID-MURID UNTUK MENCAPAI
KECEMERLANGAN DALAM BIDANG AKADEMIK,

KO-KURIKULUM, DISIPLIN DAN BINA INSAN
SELARAS DENGAN KEHENDAK FALSAFAH
PENDIDIKAN NEGARA DAN MATLAMAT PPPM

2013-2025

5

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

 Berusaha memberi perkhidmatan yang cepat,
cekap dan menepati kehendak pelanggan.

 Berusaha meningkatkan tahap kecekapan
dalam perkhidmatan.

 Berusaha meningkatkan produktiviti dan kualiti.
 Berusaha melahirkan warga kerja yang lebih
berdisiplin, sentiasa bersedia dan bertanggungjawab.

 Berusaha menjadikan perkhidmatan lebih telus,
tulus dan amanah.

6

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

NAMA SEKOLAH BERADA DI BAHAGIAN ATAS LENCANA
Menjunjung nama sekolah dengan kemuliaan sebagai tempat mencari ilmu dunia dan

akhirat

WARNA BIRU TUA
Murid-murid yang bersemangat unggul

WARNA BIRU
Warna harmoni perpaduan seia dan sekata di kalangan warga SKTB dengan
masyarakat setempat dalam usaha mendidik anak bangsa agar menjadi murid yang

berwibawa tinggi dan terpuji

WARNA HIJAU
Agama sebagai landasan hidup supaya dapat melahirkan murid yang beriman dan

berakhlak mulia

WARNA KUNING
Berpegang teguh dan patuh kepada undang-undang negara dan peraturan sekolah

WARNA MERAH
Semangat keberanian yang berkobar-kobar yang ada pada setiap individu ke arah

mencapai matlamat dan kecemerlangan

BUKU
Sumber ilmu yang merupakan bahan terpenting di dalam proses P&P di sekolah bagi

mendapatkan ilmu pengetahuan

PEN
Asas belajar dan berusaha bersungguh-sungguh

IJAZAH
Kemuncak perjuangan mencari ilmu pengetahuan hingga ke peringkat tinggi

2002
Tahun penubuhan sekolah

“BERILMU, BERAKHLAK, BERAMAL”
Motto SKTB dalam memberikan khidmat yang terbaik dengan nilai-nilai terpuji kepada

murid, rakan sejawat, ibu/bapa dan masyarakat setempat

7

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

SKTB TERCINTA

Majulah sekolah kita
SK Tanjung Batu

Berjasa terus berjasa
Cemerlang kejayaan

Bersama kita berganding bahu
Mencapai cita-cita

Berilmu berakhlak dan beramal
Menjadi insan berguna

Marilah kita semua
Menuju puncak jaya
Aman makmur bahagia
Cemerlang selamanya

8

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

Panduan am

9

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

ETIKA KERJA ISLAM
i) Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah
ii) Bekerja dengan ikhlas dan amanah
iii) Bekerja dengan tekun dan cekap
iv) Bekerja dengan semangat gotong royong dan berpadu fikiran
v) Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat

TERAS PERKHIDMATAN
i) Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
ii) Bekerja dengan penuh tanggungjawab
iii) Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
iv) Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
v) Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
vi) Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Kami, guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan,
menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun
Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan
mereka, mempunyai pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan
menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari
betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-
penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk
memurnikan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya;

1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

i) Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain,

ii) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama,

iii) Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya,

iv) Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran,

v) Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar,

10

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

vi) Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui kajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus, persidangan, mesyuarat atau seminar pengajaran
demi mencapai mutu yang cemerlang

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

i) Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka,
ii) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi

pendidikan dengan rumah tangga,
iii) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai kesedaran

rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya,
iv) Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana,
v) Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar,
vi) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap abu bapa atau penjaga mereka,

3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

i) Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajaran, masyarakat atau Negara, ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara,

ii) Memupuk dalam setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama,

iii) Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian sebarang kegiatan masyarakat,

iv) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat,

v) Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan, moral, kebudayaan,
cendekiawan masyarakat,

vi) Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami seharian dengan baik,

4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT
DAN PROFESION PERGURUAN

i) Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru,

ii) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan profesion kami
sebagai guru,

iii) Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial,

11

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

iv) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan,

v) Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan,

vi) Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

PANDUAN AM

1. PERINTAH AM

Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana adalah tertakluk
dengan arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan
anggota kumpulan pelaksana dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am
tersebut serta pekeliling-pekeliling berkaitan.

2. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH

2.1 Guru dan anggota kumpulan pelaksana hendaklah membaca, memahami dan
menghayati Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Etika Kerja Islam,
Teras Perkhidmatan dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia;

2.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah;
2.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Slogan dan Matlamat

Sekolah;
2.4 Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi

kepentingan peribadi;
2.5 Semua guru adalah guru disiplin;
2.6 Semua guru adalah guru kaunseling;

3. KEHADIRAN

3.1 Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang telah

ditetapkan;

3.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah jam 7.00 pagi atau selewat-

lewatnya sebelum jam 7.20 pagi;

3.3 Waktu balik dari sekolah seperti berikut:-

3.3.1 Guru

3.3.1.1 Isnin, Selasa, Khamis - 1.45 petang

3.3.1.2 Rabu - 2.45 petang

3.3.1.3 Jumaat - 12.15 tengahari

3.3.2 Anggota Kumpulan Pelaksana

i) Hari Persekolahan Waktu Waktu Waktu
Nama Masuk Rehat Balik
a) Pn. Nor Liza binti Abd Rahman 8.00 pg 1.00ptg- 2.00ptg 5.00 ptg
b) Pn. Norul Akma binti Abdul Rahman 8.00 pg 1.00ptg- 2.00ptg 5.00 ptg
c) Pn. Siti Radah binti Abd Mubin 7.30 pg 1.00ptg- 2.00ptg 4.00 ptg
d) En. Mohamed Annuar bin Samah 7.30 pg 1.00ptg- 2.00ptg 4.00 ptg
- Ambil surat di PPD jam 12.00 tengahari
e) En. Saat bin Bakar 7.00 pg Tiada Waktu Rehat 3.30 ptg

ii) Cuti Persekolahan

a) Semua AKP bertugas dari jam 8.00 pagi hingga 5.00

petang
b) Waktu Rehat – jam 1.00 petang hingga 2.00 petang

(1 jam)

12

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

3.4 Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah merakam waktu (punch card)
semasa sampai dan sebelum balik sekolah dan pejabat;

3.5 Guru hendaklah sentiasa mematuhi masa yang ditetapkan ketika menjalani aktiviti
kurikulum dan kokurikulum;

3.6 Kehadiran di luar jadual waktu persekolahan amat digalakkan;
3.7 Guru hendaklah memberitahu Guru Besar atau wakilnya (Penolong Kanan) secepat

mungkin sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas
sebab-sebab yang munasabah;
3.8 Tidak hadir bertugas tanpa cuti/tanpa kebenaran/tanpa sebab-sebab yang
munasabah boleh diambil tindakan tatatertib mengikut Peraturan 23, Bab D,
Peraturan Pegawai Awam). Ketidakhadiran di dalam peraturan ini dimaksudkan
sebagai ‘tidak hadir’ selama beberapa lama jua pun, pada dan tempat di mana
guru dikehendaki bertugas;
3.9 Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana yang ingin bercuti hendaklah membuat
permohonan awal seminggu sebelum bercuti;
3.10 Kehadiran bagi setiap acara rasmi sekolah adalah wajib. Acara rasmi sekolah juga
meliputi acara yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan;
3.11 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan
kecuali dalam keadaan kecemasan;
3.12 Waktu bekerja semua Anggota Kumpulan Pelaksana mengikut waktu bekerja
perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

4. KELUAR WAKTU BERTUGAS

4.1 Waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang telah ditetapkan.
Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana tidak dibenarkan meninggalkan kawasan
sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan serta mendapat
kebenaran daripada Guru Besar atau wakilnya (Penolong Kanan);

4.2 Guru dikehendaki mengisi Borang Permohonan Kebenaran Meninggalkan Pejabat
Dalam Waktu Bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G (Mematuhi Waktu Bekerja)
dan mendapat kebenaran/tandatangan Guru Besar serta merekod waktu semasa
keluar sebelum meninggalkan kawasan sekolah dan masuk semula ke dalam Buku
Kebenaran Keluar;

4.3 Guru hendaklah menyediakan kerja bertulis/tugasan untuk murid sebelum
meninggalkan sekolah;

4.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan
kecuali dalam keadaan kecemasan;

4.5 Waktu bekerja semua Anggota Kumpulan Pelaksana mengikut waktu bekerja
perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.

5. MELAKUKAN KERJA LUAR

Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi
Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut:-
5.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan;
5.2 Dibenarkan dengan syarat:-

5.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja / pejabat;
5.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam;
5.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan

kepentingan jabatan.

13

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

6. KELAKUAN/DISIPLIN

6.1 Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan
sebagai satu kerja:-
6.1.1 Membaca, memahami serta boleh mentafsir dengan tepat akan kandungan
“Perintah Am” dan lain-lain arahan perkhidmatan;
6.1.2 Bertanggungjawab bagi menentukan pencapaian akademik dan
pendidikan semua pelajar dengan memuaskan;
6.1.3 Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan
ditugaskan. Setiap kegiatan yang melibatkan pelajar perempuan mestilah
dihadiri bersama oleh guru perempuan;
6.1.4 Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan pelajar hendaklah
sentiasa dijaga.

6.2 Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang:-
6.2.1 Menepati masa;
6.2.2 Mencatat nama waktu tiba dan balik;
6.2.3 Sentiasa berpakaian kemas dan sesuai;
6.2.4 Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah
dilaksanakan dengan sempurna;
6.2.5 Guru ganti mestilah memasuki dan mengajar kelas-kelas yang telah
ditetapkan;
6.2.6 Hadir ke sekolah bila-bila masa diperlukan apabila diarahkan oleh Guru
Besar;
6.2.7 Segala masalah pelajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan;
6.2.8 Tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah untuk hal-hal yang tidak penting.

6.3 Seseorang guru atau anggota kumpulan pelaksana tidak boleh:-
6.3.1 Kurang cekap dan kurang berusaha;
6.3.2 Tidak jujur atau tidak amanah;
6.3.3 Tidak bertanggungjawab;
6.3.4 Cuai dalam menjalankan tugas;
6.3.5 Tiada kesungguhan untuk menghasilkan yang terbaik.

6.4 Setiap guru atau anggota kumpulan pelaksana tidak boleh sama ada secara lisan
atau bertulis atau dengan apa cara lain:-
6.4.1 memberi apa-apa maklumat, fakta atau rahsia berhubung dengan sekolah;
atau
6.4.2 memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau
laporan berhubung dengan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau
pihak yang lebih tinggi.

6.5 Mengutamakan kepentingan setiap pelajar di sekolah:-
6.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah
disiplin dan akhlak;
6.5.2 Guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng,
kesihatan, kebersihan pelajar, bilik darjah dan sekolah;
6.5.3 Bersikap tegas terhadap pelajar tetapi elakkan dari melakukan deraan.

7. CUTI

7.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A (30) bertarikh
24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar
tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan
tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.

14

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

7.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
7.2.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Perenggan 8 Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas
sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar seperti di dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan diganti pula dengan
Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar
mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017;
7.2.1 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang
Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi pegawai yang layak;
7.2.2 Kelulusan diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan
keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah;
7.2.3 Bilangan hari CRK yang diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan
yang melayakkan dalam tahun berkenaan.

7.3 Cuti Sakit
Kemudahan Cuti Sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:-
7.3.1 Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital
atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa
sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi
jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar;
7.3.2 Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital
atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa
sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi
jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun
kalendar;
7.3.3 Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit
kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam
sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh
Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua
Setiausaha.

7.4 Cuti Keluar Negara
Semua guru yang ingin bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan Jabatan
Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah. Sila lengkapkan borang e-
Lampiran A secara ‘online’ dengan melayari www.mytravelsafe.my (myAr-Rehlah),
borang Lampiran 1 dan 2 (secara manual) selewat-lewatnya 4 minggu sebelum
tarikh bercuti serta menyerahkannya ke Pejabat Sekolah untuk dilanjutkan
permohonan tersebut ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan
Daerah.

7.5 Cuti Khas – Isteri Bersalin
Diberikan selama tujuh (7) hari berturut-turut sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada
pegawai Perkhidmatan Awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari bekerja
dan cuti kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk
kepada kepentingan perkhidmatan.

7.6 Cuti Tanpa Rekod
Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa,
cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan
pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, mengikuti PJJ (menduduki
peperiksaan, menghadiri kuliah/tutorial/seminar/bengkel/kolokium/latihan amali/
latihan industri), mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas
khas perubatan dan mengerjakan umrah.

15

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

7.7 Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat
hendaklah dilaksanakan seperti yang berikut:-
7.7.1 Kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut termasuk cuti
kelepasan am sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan
Awam untuk membuat apa-apa urusan pengebumian jenazah ahli keluarga
terdekat itu dan untuk membantu waris-waris jenazah tersebut untuk
urusan-urusan lain yang berkaitan. Kelulusannya tertakluk kepada
kepentingan perkhidmatan;
7.7.2 Ahli keluarga terdekat yang dimaksudkan di dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2015 ini ialah “suami, isteri, ibu
kandung, bapa kandung, ibu mentua, bapa mentua, ibu angkat dan
bapa angkat (seperti yang diperuntukan di bawah Akta 257), anak
kandung, anak angkat yang sah disisi undang-undang, anak angkat
de facto (mengikut Seksyen 6 Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
(Akta 253) dan anak pelihara (di bawah Perenggan 30(1)(e) Akta
Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)”;
7.7.3 Bagi maksud kemudahan yang diperuntukkan untuk urusan kematian ibu
mentua atau bapa mentua, kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu
mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh
perkhidmatan Kerajaan;
7.7.4 Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

8. PAKAIAN

8.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan
masyakarat seperti yang termaktub di dalam Perkara 6 Bab D, Peraturan Pegawai
Awam;

8.2 Semasa menghadiri mesyuarat di peringkat sekolah dan seterusnya ke peringkat
yang lebih tinggi, guru dan anggota kumpulan pelaksana hendaklah berpakaian
mengikut arahan-arahan semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam;

8.3 Guru dan anggota kumpulan pelaksana dikehendaki memakai “blazer” atau kot dan
lengkap bertali leher (bagi pegawai lelaki) semasa majlis perhimpunan sekolah;

8.4 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai;

8.5 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, guru perempuan juga
dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih
kemas dan rasmi;

8.6 Semua guru hendaklah memakai pakaian seperti berikut:-
8.6.1 Hari Selasa: pakaian bertemakan warna biru digalakkan dipakai;
8.6.2 Hari Rabu: guru digalakkan memakai pakaian seragam Unit Beruniform
masing-masing;
8.6.3 Hari Khamis: digalakkan memakai pakaian batik Malaysia;
8.6.4 Hari Jumaat: digalakkan memakai pakaian lengkap baju Melayu (bagi lelaki)
dan berjubah (bagi wanita).

8.7 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Aktiviti Kokurikulum dikehendaki
memakai pakaian yang sesuai:-
8.7.1 Guru perempuan: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja ‘T’
berlengan panjang, labuhnya melebihi paras punggung, kemeja sukan,
baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit;
8.7.2 Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja ‘T’,
kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa
tumit.

8.8 Semua guru perempuan tidak digalakkan bersolek secara berlebihan.

16

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

9. TANDA NAMA

Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah.

10. BILIK GURU

10.1 Guru hendaklah berada di dalam bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa
tersebut hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya “free period’.
Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugas di sekolah sahaja.
Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik
guru;

10.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman orang lain;

10.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru;
10.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru,

termasuk keselamatan harta benda yang terdapat di dalam bilik guru;
10.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua suis

komputer, lampu, air-cond dipadamkan dan semua pintu dikunci.

11. INISIATIF GURU

11.1 Guru adalah sentiasa digalakkan untuk mengambil inisiatif bagi melaksanakan
11.2 tugas mereka dengan lebih berkesan;
Walau bagaimanapun guru adalah dikehendaki merunding dan membincangkan
serta memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada Guru Besar.

12. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

12.1 Sekiranya guru menghadapi masalah di dalam bidang perjawatan, guru bolehlah
12.2 berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar;
Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan
dengan Ketua Panitia atau Penolong Kanan;

13. TUGAS GURU

13.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga
pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan
bertanggungjawab;

13.2 Guru hendaklah mematuhi arahan supaya menghadiri mesyuarat di Pejabat
Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolah lain. Guru yang
ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa keizinan
Guru Besar;

13.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar
hendaklah mengemukakan kepada Guru Besar sesalinan Minit Curai menggunakan
borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat Sekolah;

13.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau sebagainya,
hendaklah melaksanakan “In House Training” kepada guru dan memaklumkannya
kepada Guru Besar/Guru Penolong Kanan mengenai tarikh dan masa
pelaksanaannya;

13.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar hendaklah menyediakan bahan tugasan
bertulis untuk pelajar dan memaklumkannya kepada Ketua Panitia.

14. BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

17

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

14.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Buku Rekod Pengajaran Dan
Pembelajaran. Semua maklumat hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas
14.2 dan lengkap;
14.3 Guru hendaklah mengemukakan Buku Rekod ini dengan serta merta apabila
14.4 diminta oleh pihak yang diberi kuasa;
Buku Rekod ini hendaklah dihantar pada setiap hari Jumaat atau hari terakhir
persekolahan pada minggu tersebut untuk semakan dan pengesahan Guru Besar;
Buku Rekod ini hendaklah diserahkan ke Pejabat Sekolah pada setiap akhir tahun
persekolahan.

15. JADUAL WAKTU MENGAJAR

15.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan;
15.2 Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran;
15.3 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di
dalam kelas masing-masing.

16. BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID

16.1 Guru Kelas akan diberi sebuah Buku Jadual Kedatangan untuk kegunaan kelasnya
dan bertanggungjawab untuk melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan
16.2 dan hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan;
Guru Kelas hendaklah mengisi kedatangan pelajar di dalam Buku Jadual
16.3 Kedatangan sebelum bermula masa kedua dan menyimpan semula buku tersebut
16.4 di tempat yang telah disediakan di Pejabat Sekolah;
Buku ini hendaklah disimpan setiap masa di Pejabat Sekolah;
Buku ini akan disemak oleh Guru Besar/Penolong Kanan HEM pada bila-bila masa.
Keselamatan buku ini adalah di bawah tanggungjawab Guru Kelas.

17. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

17.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda
17.2 sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja
atau tidak sengaja hendaklah dimaklumkan kepada Penolong Kanan HEM;
Ketua Panitia hendaklah memastikan peraturan-peraturan mengenai penggunaan
alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain tempat ada di dalam
bilik-bilik tersebut.

18. KEBERSIHAN

18.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran
bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru kelas dan ditampal di dalam kelas
18.2 masing-masing. Alat-alat untuk membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan
18.3 cermat dan disimpan dengan baik;
Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing;
Semua guru, anggota kumpulan pelaksana dan murid sama-sama
bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah.

19. KUTIPAN BAYARAN BUKU / ALAT TULIS

19.1 Senarai bayaran buku / alat tulis adalah seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah;
19.2 Guru Kelas akan diberi surat kuasa untuk mengutip bayaran tersebut dan hendaklah
memastikan bahawa resit dikeluarkan kepada murid.

18

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

20. SURAT MENYURAT

Semua surat rasmi hendaklah menggunakan “letter-head sekolah” dan ditandatangani oleh
Guru Besar atau Penolong Kanan.

21. SURAT YANG DITERIMA

21.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap
surat-surat tersebut;

21.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan menyatakan melalui dan
salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil
tindakan;

21.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk
tindakan guru berkenaan maka, guru itu hendaklah:-
21.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika
salinan asal sila fotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan di
dalam fail induk di Pejabat Sekolah;
21.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam
borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan
setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup/iringan yang boleh
didapati di Pejabat Sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar
terus kepada pihak yang berkenaan tanpa surat litup dari sekolah walaupun
dihantar dengan “serahan tangan”. Satu salinan borang berkenaan dan
surat litup hendaklah disimpan di dalam fail induk sekolah di Pejabat untuk
rekod atau rujukan;
21.3.3 Segala surat rasmi sekolah yang dituju kepada pihak luar hendaklah hanya
ditandatangani oleh Guru Besar sahaja, kecuali jika Guru Besar sedang
bercuti dan sebagainya, maka surat itu akan ditandatangani oleh Penolong
Kanan bagi pihak Guru Besar.

22. URUSAN DENGAN PPD / JPN

Guru dan anggota kumpulan pelaksana tidak digalakkan pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah
atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk urusan peribadi semasa waktu persekolahan kecuali
jika diarahkan berbuat demikian.

23. PELAWAT / JURUJUAL

Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu.
Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan
kebenaran Guru Besar/Wakilnya.

24. PEMBELIAN BARANG

24.1 Setiap pembelian barang mesti dengan kebenaran Guru Besar terlebih dahulu
24.2 dengan menggunakan borang Nota Minta yang boleh didapati di Pejabat Sekolah;
24.3 Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh
24.4 Guru Besar;
Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu menyediakan
Borang Pesanan Tempatan (Local Order / LO);
Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, merekod No.
Daftar Stok dan serahkan dengan segera ke Pejabat Sekolah;

19

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

24.5 Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta merta ke dalam buku stok
dengan tepat dan kemas.

25. KEGIATAN KOKURIKULUM

25.1 Semua guru adalah Penasihat Kegiatan Kokurikulum. Tugas ini hendaklah
25.2 dijalankan dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan;
Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku
kehadiran kokurikulum yang disediakan;

26. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

26.1 Perhimpunan rasmi sekolah hendaklah diadakan sekali seminggu;
26.2 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan
hari yang telah ditetapkan.

27. MESYUARAT GURU

27.1 Guru Besar akan memanggil guru bermesyuarat dari masa ke semasa.
27.2 Kedatangan guru ke mesyuarat adalah diwajibkan;
27.3 Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Penolong

Kanan/Ketua Panitia;
Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja
‘T’, seluar trek dan selipar tidak dibenarkan.

28. MESYUARAT JAWATANKUASA

28.1 Guru akan dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa yang terdapat di sekolah.
28.2 Guru hendaklah menghadiri mesyuarat apabila dipanggil dan mengambil bahagian
yang aktif di dalam mesyuarat tersebut;
Guru yang telah dilantik untuk menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa
hendaklah menyediakan surat panggilan mesyuarat dan minitnya serta satu salinan
hendaklah diserahkan kepada Guru Besar dengan kadar segera.

29. LAWATAN BELAJAR

29.1 Guru Penasihat Persatuan atau Badan Beruniform digalakkan menganjur lawatan
belajar bagi faedah murid. Walau bagaimanapun ia harus dibincangkan dan
mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada Guru Besar. Setelah itu, segala
prosedur hendaklah diselesai seperti mendapat kebenaran daripada
Ibu/Bapa/Penjaga murid serta kelulusan daripada Pejabat Pendidikan
Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri. Segala surat menyurat hendaklah
ditandatangani oleh Guru Besar atau Penolong Kanan jika ketiadaan Guru Besar;

29.2 Guru adalah dilarang sama sekali menganjurkan lawatan belajar melibatkan murid
sekolah ataupun menggunakan nama sekolah tanpa mendapat kebenaran terlebih
dahulu daripada Guru Besar dan juga tanpa mengikuti prosedur-prosedur yang
telah ditetapkan. Lawatan berbentuk ‘berkelah’ adalah dilarang;

29.3 Semasa lawatan dijalankan, guru adalah bertanggungjawab mengawasi dan
mengawal murid-murid tersebut;

29.4 Selepas lawatan, guru yang mengetuai rombongan hendaklah menyediakan
laporan bertulis kepada Guru Besar.

30. MENGIRINGI PASUKAN SEKOLAH

30.1 Guru pengiring pasukan sekolah untuk sesuatu aktiviti adalah bertanggungjawab
mengurus segala urusan mengenainya;

20

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

30.2 Jika terdapat penyokong-penyokong pasukan sekolah menyertai rombongan
tersebut, guru Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab mengawasi mereka.

31. FALSAFAH, MATLAMAT DAN OBJEKTIF SEKOLAH

Semua guru dikehendaki memahami serta menghayati falsafah, matlamat dan objektif
sekolah dan mereka hendaklah sama-sama berusaha gigih demi menjayakannya.

32. ACARA/MAJLIS RASMI SEKOLAH/MESYUARAT/KURSUS DALAMAN

32.1 Semua guru dikehendaki hadir di dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga
32.2 kursus dalaman;
Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran
kepada Guru Besar.

33. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT

33.1 Guru dan anggota kumpulan pelaksana hendaklah memupuk hubungan peribadi
33.2 secara professional yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur
33.3 kata supaya wujud perasaan kekitaan di dalam organisasi;
Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali
wujud di sekolah;
Guru dikehendaki sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain dan mewujudkan
kemesraan semasa bertugas;

34. GURU SEBAGAI PEMIMPIN TELADAN DI SEKOLAH

34.1 Guru dikehendaki menonjolkan sikap kepimpinan yang baik untuk dijadikan teladan
34.2 kepada murid-murid;
Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.

35. KEAHLIAN KELAB GURU DAN STAF / PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana secara automatik menjadi ahli Kelab Guru
Dan Staf serta PIBG sekolah.

36. KELUAR MASUK KELAS MENEPATI MASA

Guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa. Demikian juga
guru yang sedang mengajar dikehendaki menamatkan pengajaran sebaik sahaja masa
tamat.

37. KAWALAN MURID
Semua guru bertanggungjawab mengawal disiplin murid di dalam dan luar bilik darjah.

38. PERLAKUAN WAKTU MENGAJAR

38.1 Semasa mengajar guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas serta
membolehkan mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan
pengajaran dengan teratur. Mengajar sambil duduk/bertenggek di atas meja adalah
tidak dibenarkan;

21

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

38.2 Semasa mengajar guru juga hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang
aktif. Jangan sesekali membiarkan mana-mana murid tidur dan membuat bising.

39. ALAT BANTUAN MENGAJAR / BAHAN SUMBER

39.1 Guru adalah bertanggungjawab menyediakan alat bantuan mengajar bagi mata
39.2 pelajarannya;
39.3 Alat bantuan mengajar yang terdapat di pusat sumber dan sebagainya hendaklah
digunakan di dalam pengajaran;
Guru dikehendaki sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan alat-alat
tersebut.

40. PERALATAN SUKAN

40.1 Semua jenis alatan sukan hendaklah disenaraikan oleh guru sukan. Keselamatan
40.2 peralatan itu perlu diawasi dengan teliti. Hanya guru yang dibenarkan mengambil
alatan tersebut;
Aliran pergerakan peralatan sukan hendaklah direkodkan di dalam buku khas.

41. BUKU NOTA MURID / BUKU LATIHAN

41.1 Guru hendaklah memberitahu murid untuk hanya menggunakan buku tulis yang
41.2 ada dijual di kedai buku sekolah;
Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid seberapa kerap yang
41.3 mungkin dan memastikan setiap murid membuat kerja latihan yang diarahkan serta
41.4 mengawasi supaya kerja murid dilakukan dengan bersih, kemas dan teratur;
Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan/keupayaan murid;
41.5 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan
41.6 dilaksanakan secepat mungkin dan hendaklah sentiasa kemaskini. Guru tidak
boleh menyimpan buku latihan murid lebih dari satu minggu;
Guru hendaklah memeriksa buku nota murid dari masa ke semasa untuk
memastikan nota betul, lengkap, kemas dan teratur;
Guru dikehendaki menyerah buku tulis/nota murid kepada Guru Besar/Penolong
Kanan apabila diminta berbuat demikian.

42. PENYELIAAN GURU BESAR

Guru Besar akan melakukan penyeliaan bila-bila masa dengan tujuan untuk melihat keadaan
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

43. PENYELIAAN OLEH NAZIR / PEGAWAI JABATAN

Dari masa ke semasa sekolah akan dilawati oleh Nazir atau Pegawai Jabatan untuk
memeriksa keadaan pengajaran dan pembelajaran serta sebagainya. Guru dikehendaki
memberi kerjasama sepenuhnya kepada mereka. Guru boleh berbincang dengan pegawai-
pegawai ini dan bukan hanya setakat mendengar dan menerima sahaja.

44. GURU GANTI

44.1 Guru yang bertugas sebagai guru ganti bagi guru yang tidak hadir ke sekolah
44.2 hendaklah masuk ke kelas yang berkenaan dan bolehlah mengajar mana-mana
mata pelajaran yang sesuai;
Murid boleh dibenarkan untuk membuat kerja masing-masing dan guru tersebut
hendaklah mengawasi dan menjaga serta mengawal murid supaya tidak
menganggu kelas lain.

22

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

45. ARAHAN DAN PEKELILING

45.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan Guru Besar hendaklah dibaca
45.2 dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya;
Setiap arahan dan pekeliling hendaklah disimpan dalam fail khas.

46. PENGGUNAAN ALAT-ALAT

46.1 Penggunaan alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan;
46.2 Mesti mendapat kebenaran daripada penjaga stok dan direkodkan;
46.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta
di dalam keadaan baik;
46.4 Jika rosak, hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.

47. TELEFON

47.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru dan
anggota kumpulan pelaksana tidak dibenar menggunakan telefon sekolah untuk
47.2 urusan peribadi. Jika tidak dapat dielakkan, setiap penggunaan mestilah dibuat
47.3 pembayaran;
Setiap penggunaan perlulah direkodkan ke dalam Buku Rekod;
Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam kelas, semasa
mesyuarat dan perhimpunan mingguan.

48. KUNCI

48.1 Semua kunci mesti disimpan di Pejabat Sekolah. Guru yang menggunakan kunci
48.2 hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di Pejabat Sekolah;
Guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
daripada Guru Besar dan mendaftar nama di dalam buku rekod di Pejabat Sekolah.

49. BUKU STOK / INVENTORI

49.1 Ketua Panitia atau Ketua Unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori
dan memastikan maklumat adalah tepat, lengkap dan sentiasa di kemaskini;
49.2 Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkod dengan serta merta;
49.3 Pemeriksaan stok / inventori akan dibuat dari masa ke semasa.

23

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

Pengurusan
sekolah

DASAR SK TANJUNG BATU

1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1.1 KEHADIRAN GURU

1.1.1 Isnin – Khamis
Guru sesi pagi: masuk 7.45 pagi dan keluar 1.30 petang

24

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

1.1.2 Jumaat
Guru sesi pagi: masuk 7.45 pagi dan keluar 12.20 tengah hari
1.1.3 Kehadiran guru mesti ditulis dalam Buku Kehadiran.
1.1.4 Borang Cuti Rehat Khas hendaklah diserahkan ke pejabat sekurang-kurangnya tiga hari
daripada tarikh yang dipohon setelah disokong oleh PK.(Borang Putih)
1.1.5 Cuti Kecemasan hanya diberi setelah mendapat kebenaran Guru Besar. (Borang Merah)
1.1.6 Cuti Sakit (MC) adalah mesti diserahkan kepada kerani sehari selepas cuti
Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh klinik swasta tidak melebihi 15 hari setahun
1.1.7 Ketidakhadiran guru mesti dimaklumkan sebelum pukul 7.00 pagi.
1.1.8 Ketidakhadiran guru juga mesti direkodkan dalam Buku MMI yang berada di pejabat
1.1.9 Guru-guru yang ingin menguruskan hal peribadi perlu memastikan waktu yang digunakan tidak
mengganggu PdP. Sekiranya tidak dapat dielakkan sila buat pertukaran waktu dengan rakan
1.1.10 yang lain.
Kebenaran untuk keluar perlu mendapat kelulusan Guru Besar dan tertakluk kepada tempoh
1.1.11 tiga jam sahaja dan perlu mengisi Borang Urusan Bukan Rasmi
Temujanji hospital/klinik perlu ada time-slip dan tertakluk kepada tempoh 3 jam sahaja. Jika
1.1.12 lebih perlu, ambil MC atau CRK
Guru tidak dibenarkan menggunakan waktu PdP untuk menguruskan tugas-tugas lain.

1.2 PENGURUSAN PEJABAT DAN STAF SOKONGAN

1.2.1 Urusan jual beli tidak dibenarkan di pejabat.
1.2.2
1.2.3 Urusan jual beli tidak dibenarkan dalam waktu bekerja.
1.2.4
1.2.5 Dilarang makan dan minum dalam pejabat
Pastikan pejabat berada dalam keadaan yang bersih, kemas teratur dan kondusif
1.2.6
Pastikan kaunter sentiasa ada pegawai operasi. Kecuali waktu rehat
1.2.7 Waktu rehat : Isnin – Khamis : 1.00 – 2.00 petang

: Jumaat 12.30 – 2.45 petang

Pengumuman hanya boleh dibuat oleh Pegawai Operasi dan perlu direkodkan dalam Buku
Pengumuman. Waktu pengumuman hanya boleh dibuat pada waktu rehat dan selepas sei

persekolahan.

Kerja-kerja peribadi yang tidak mendesak tidak dibenarkan dilakukan dalam waktu pejabat.

1.3 PROGRAM SEKOLAH / MESYUARAT

1.3.1 Semua aktiviti yang melibatkan murid/ guru mesti dimaklumkan kepada murid / guru terlibat
1.3.2 sekurang-kurangnya sehari sebelum pelaksanaan aktiviti
1.3.3 Program / Aktiviti tersebut mestilah dicatatkan didalam Buku Program Aktiviti Sekolah.
1.3.4 Setiap pogram sekolah perlu ada seorang Penyelaras Program.
1.3.5 Ketidakhadiran mesyuarat/program sekolah mesti memberi Surat Tunjuk Sebab sehari selepas
aktiviti / program.
1.3.6 Kehadiran mesyuarat atau program rasmi mestilah mematuhi syarat-syarat berikut:
Berpakaian rasmi
Menepati masa
Sekiranya ingin meninggalkan mesyuarat/ program mesti mendapat kebenaran pengerusi
terlebih dahulu

1.4 GURU BERTUGAS MINGGUAN

1.4.1 Guru Bertugas Harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu
persekolahan bermula (7.30pg) dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sesi sekolah
1.4.2 berakhir (1.45 ptg). Guru Bertugas hendaklah meronda kawasan bagi memerhatikan kawasan
1.4.3 bilik darjah dan pergerakan pelajar
1.4.4 Memastikan bilik-bilik darjah dalam keadaan bersih, lantai disapu, sampah sarap dibuang,
lampu dan kipas dipadamkan selepas setiap sesi persekolahan. Tindakan segera perlu diambil
terhadap kelas-kelas yang tidak mematuhi peraturan
Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan
terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
Menguruskan murid yang sakit dan menghantar mereka ke klinik atau balik ke rumah

25

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

1.4.5 Mengurus dan mengendalikan Perhimpunan Rasmi dan harian untuk: Rasmi
1.4.6 a. Memastikan pelajar beratur dengan kemas mengikut kelas.
b. Memastikan bendera-bendera dan pembesar suara telah disediakan.
c. Memastikan tempat duduk guru disediakan pada hari Isnin untuk Perhimpunan
Menjalankan tugas menilai Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas

1.5 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN(LDP)/BENGKEL/MESYUARAT/TAKLIMAT LUAR

1.5.1 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM
1.5.2 perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada Pengetua dan SU LDP untuk
tindakan seterusnya. Jika perlu guru yang pergi berkursus ini hendaklah mengendalikan kursus
dalaman ataupun sekurang-kurang memberikan taklimat berkaitan kursus yang dihadiri dalam
tempoh sebulan
Semua Program Perkembangan Staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia atau
peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan pelaporan mestilah
lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat , masa, sasaran , tajuk dan pengisian, profil
penceramah dan kajian impak kursus berserta gambar

1.6 JADUAL WAKTU

1.6.1 Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan
1.6.2 1996 (Minima= 24 waktu dan maksima=30 waktu seminggu bagi guru akademik biasa)
1.6.3 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum.
1.6.4 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun
menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti Guru.
Guru yang bercuti, mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti dan diletakkan di rak MMI
Jadual Waktu Penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh Guru Penyelaras bilik-
bilik khas. Bilik-bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah pusat
sumber, bilik sains dan surau.

1.7 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

1.7.1 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua panitia dalam
1.7.2 merancang dan melaksanakan program akademik
Penglibatan GPK HEM dan GPK Kokurikulum adalah wajib bagi penyelarasan program
kecemerlangan akademik.

1.8 PENTAKSIRAN, PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

1.8.1 Penggubalan dan penyediaan kertas soalan peperiksaan dan ujian hendaklah mematuhi format
1.8.2 dan standard Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti SPSK
Pentaksiran Sekolah ataupun Peperiksaan Dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan
1.8.3 mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil
02/2008 – pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan 2
1.8.4 kali dan 1 ujian penilaian dalam setahun
1.8.5 Guru Pengawas yang diberi waktu kawalan kelas (iaitu, masa senggang sebelum memulakan
1.8.6 peperiksaan) wajib masuk ke kelas mengikut jadual waktu masing-masing untuk mengelakkan
1.8.7 murid daripada melepak di sekitar sekolah
Pada setiap hari peperiksaan, Guru Pengawas waktu pertama dikehendaki memastikan kelas
adalah bersih dan kemas sebelum memulakan peperiksaan
Guru Mata Pelajaran mesti akur untuk mengisi markah dengan tarikh akhir yang ditetapkan
oleh SU Peperiksaan
Laci meja murid yang telah dikosongkan mesti disusun mengadap ke bahagian depan kelas
manakala beg murid mesti diletakkan di bahagian belakang kelas
Guru Mata Pelajaran mesti melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) dan menyelenggara
borang pada setiap masa.

1.8.8 Apabila murid disyaki meniru, tindakan berikut akan diambil:
1. Guru pengawas menangkap murid meniru sewaktu peperiksaan

26

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

2. Guru pengawas membuat laporan ringkas berkaitan kes meniru tersebut dan
menyerahkan laporan bersama bukti penyelewengan kepada PK HEM
3. Guru disiplin menyiasat kes penyelewengan

1.8.9 Jika murid disahkan melakukan penyelewengan,
1. Guru Mata Pelajaran menanda kertas jawapan murid seperti biasa tetapi
kosong kepada murid berkenaan memberi markah
2 .Guru Disiplin memberi markah penalti atas kesalahan meniru

1.8.10 Murid tidak hadir peperiksaan kerana mewakili sekolah:
Murid boleh mengambil peperiksaan dan Kertas peperiksaan akan diuruskan oleh Guru Mata
Pelajaran pada hari yang yang lain

1.8.11 Murid tidak hadir peperiksaan kerana sakit atau masalah peribadi:
Markah murid untuk matapelajaran berkenaan dicatat TH dalam slip keputusan
peperiksaan. Kertas soalan akan diberi kepada murid sebagai latihan dan akan ditanda oleh
guru matapelajaran tetapi murid akan diberi markah kosong untuk matapelajaran berkenaan
dalam pengiraan markah purata

1.8.12 Semua murid wajib menduduki 1 penilaian (Feb/Mac) dan dua peperiksaan (Peperiksaan
Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan Percubaan UPSR)

1.9 MAJLIS APRESIASI MURID TAHUN 6 (GRADUASI)

1.9.1 Syarat-syarat umum penerima anugerah adalah seperti berikut:
- Sekurang-kurang mencapai 80% kehadiran
- Bebas daripada masalah disiplin yang berat
- Telah melangsaikan semua yuran

1.9.2 Kategori Anugerah:
1. Anugerah Tokoh Pelajar
2. Anugerah Pelajar Terbaik Kurikulum
3. Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum

2 KURIKULUM

2.1 UMUM

2.1.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan Arus Perdana Sistem dan
2.1.2 dasar pendidikan kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –
1.2.3 2025. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan PPD Temerloh.
Pada setiap masa, program akademik mestilah diutamakan. Hal ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program
akademik
Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa

2.2 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

2.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali
setahun
2.2.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang ditetapkan dan
mengikut standard SPSK
2.2.3 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan
2.2.4
Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam Mesyuarat
Panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha
Jawatankuasa

27

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

2.2.5 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap
2.2.6 pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Ketua-Ketua Panitia
dipertanggungjawabkan sepenuhnya
Melantik dan mewujudkan Ketua Panitia bagi mengendalikan/menyelenggara kerja-kerja
panitia termasuk mengemaskini fail panita.

2.3 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN- KP

2.3.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 /
2.3.2 1986 dan akur dengan prosedur SPSK 01
2.3.3 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan GROW
2.3.4 dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia
2.3.5 Semua Mesyuarat Panitia mata pelajaran akan dijalankan dalam tempoh dua minggu
selepas/sebelum Mesyuarat Kurikulum
2.3.6 KP hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat
2.3.7 menyurat dan rekod-rekod kehadiran dan edaran yang berkaitan dengan diselia oleh Pentadbir.
2.3.8 KP matapelajaran dikehendaki menyiapkan Rancangan Pelajaran Tahunan mata pelajaran
2.3.9 masing-masing bagi setiap tingkatan mengikut takwim sekolah semasa sebelum sesi
persekolahan baru bermula dan mengedarkan kepada semua guru panitia masing-masing pada
2.3.10 hari pertama sesi persekolahan baru.
2.3.11 KP matapelajaran dikehendaki mengadakan sekurang-kurangnya empat kali Mesyuarat Panitia
2.3.12 dalam satu tahun persekolahan.
KP matapelajaran dikehendaki mengemaskini maklumat diri guru-guru panitia masing-masing
2.3.13 selewat-lewatnya dua minggu selepas sesi persekolahan baru bermula.
2.3.14 KP mata pelajaran dikehendaki membincangkan agihan tugas menggubal soalan untuk
2.3.15 penilaian dan peperiksaan dalam satu tahun persekolahan pada Mesyuarat Panita kali pertama.
KP mata pelajaran dikehendaki membincangkan Program Peningkatan Prestasi Mata pelajaran
2.3.16 pada mesyuarat panitia kali pertama dan menggunakan PILL dalam pelaksanaan Program
Peningkatan Prestasi Mata pelajaran. Keberkesanan dan penambahbaikan Program Peningkatan
2.3.17 Prestasi Matapelajaran perlu dibincangkan dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.

KP mata pelajaran dikehendaki membentangkan Pelan Taktikal, bilangan buku latihan,
bilangan buku nota serta jumlah dan jenis latihan bersama guru- guru panitia pada Mesyuarat
Panitia kali pertama
KP mata pelajaran dikehendaki mengemaskini Fail Stok Bahan Bantu mengajar dari masa ke
semasa. Satu senarai bahan bantu mengajar mesti diedarkan kepada semua guru panitia masing-
masing pada Mesyuarat Manitia kali pertama
KP mata pelajaran dikehendaki mengendalikan sekurang-kurangnya satu sesi kursus dalaman
untuk guru-guru panitia masing-masing pada setiap penggal persekolahan. Jika ada guru mata
pelajaran yang menghadiri kursus anjuran pihak luar seperti JPNS dan KPM, guru berkenaan
wajib membantu Ketua Panitia dalam pengendalian LDP panitia
KP mata pelajaran bertanggungjawab memantau Kajian Tindakan yang dijalankan oleh guru
panitia matapelajaran
KP mata pelajaran bertanggungjawab menyediakan Dialog Prestasi mata pelajaran untuk setiap
ujian/peperiksaan dan membentangkan pada Mesyuarat Dialog Prestasi peringkat sekolah
KP mata pelajaran dikehendaki membincangkan Anggaran Belanjawan Panitia dalam
Mesyuarat Panitia akhir tahun untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Pengurusan Kewangan &
Akaun Sekolah. Satu salinan Anggaran Belanjawan Panitia yang diluluskan oleh Pengetua
mesti diserahkan kepada Guru Penolong Pentadbiran 1.
KP dikehendaki mengisi Borang Senarai Perbelanjaan Panitia setiap kali pembelian.
KP mata pelajaran dikehendaki mengemaskini semua fail panitia dan stok masing-masing dari
semasa ke semasa. Pengetua boleh mengarahkan Ketua Panitia untuk menyelesaikan kerja
mengemaskini fail panitia pada waktu cuti akhir tahun sekiranya didapati fail-fail panitia tidak
dikemaskinikan dengan sempurna
Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya adalah menjadi
tanggungjawab Ketua Panitia untuk melatih guru tersebut bagi mengajar mata pelajaran yang
bukan opsyennya. Satu rekod latihan dan pemantauan perkembangan kemahiran mengajar
mestilah diurus dengan baik oleh Ketua Panitia mata pelajaran tersebut.

28

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

2.4 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PRESTASI (DSKP) DAN RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN (RPH)

2.4.1 DSKP dan RPH dan PPPM adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk
2.4.2 apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah disediakan oleh setiap panitia pada setia akhir
2.4.3 tahun untuk kegunaan tahun baru berikutnya. RPT ysng disediakan hendaklah mengikut aras
2.4.4 murid dan perlu mengikut takwim semasa sekolah.
Salinan dokumen-dokumen ini yang telah disahkan oleh GKMP mestilah dilampirkan bersama
di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam fail khas supaya senang dirujuk
Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah
mengikut format yang telah ditetapkan:

1. TAJUK
2. OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN/KEMAHIRAN
3. AKTIVITI-
4. BBM
5. REFLEKSI-Bilangan pelajar yang menguasai/jumlah pelajar

2.4.5 Semua guru mestilah menyediakan RPH berdasarkan RPT tahun semasa mengikut takwim
2.4.6
sekolah di dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk ke kelas. Oleh itu Buku Rekod

Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap kali ada kelas.

Menghabiskan sukatan pelajaran adalah seperti berikut:
Tahun 1 hingga Tahun 5 – sukatan dilengkapkan pada Bulan Oktober.
Tahun 6 – sukatan dilengkapkan pada Bulan Mei.

2.5 GURU MATAPELAJARAN

2.5.1 Semua Guru Mata Pelajaran mesti melengkapkan fail atau Buku Rekod Mengajar pada hari
2.5.2 pertama persekolahan.
Pencerapan setiap guru mata pelajaran akan dikendalikan sekurang-kurangnya sekali setahun
2.5.3 oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.
2.5.4 Peratus guru mencapai Tahap Minimum Kualiti Guru iaitu sebanyak 80% - SKPM Standard 4
2.5.5 untuk PdP adalah 100%.
2.5.6 Penyemakan Buku Latihan murid akan dikendalikan sebanyak dua kali setahun oleh Guru
Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Ketua Panitia.
Untuk Guru Mata Pelajaran yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana urusan rasmi atau
peribadi, bahan relief mesti disediakan dan diserahkan kepada AJK MMI
Semua Guru Mata Pelajaran Sains wajib mengendalikan kelas amali di bilik Sains mengikut
jadual waktu yang ditetapkan.
Semua Guru Mata Pelajaran dikehendaki menanda Buku Latihan murid dan memulangkan
semula secara berkala.

2.6 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.6.1 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras
2.6.2 dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT)
2.6.3 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan
pembelajaran berasaskan laman web seperti VLEFrog digalakkan dan akan diperluaskan.
2.6.4 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada Kemahiran Generik ,Kemahiran Berfikir
Kritis dan Kreatif agar murid menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
( KBAT ) semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Ketua-Ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya selaras
dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk Proses Pengajaran dan Pembelajaran dioptimumkan.

2.7 BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU REKOD AMALI DAN BUKU LATIHAN

2.7.1 Buku Teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan konsep-
konsep dalam setiap mata pelajaran.

29

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

2.7.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaanya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU
TEKS dan mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 02 Oktober 1991

3 HAL EHWAL MURID

3.1 BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID (BJKM) DAN BUKU e-KEHADIRAN

3.1.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan.
3.1.2 Tandakan BJKM pada setiap persekolahan sebelum pukul 8.45 pagi (masa pertama).
3.1.3 * Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah.
Tandakan BJKM seperti berikut:
3.1.4 Tandakan ( / ) sekiranya murid hadir.
3.1.5 Tandakan (O) sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
Laporan yang tidak dianggap ponteng:

- Merujuk kepada surat ibu bapa/penjaga- S
- Merujuk kepada surat hospital- S
- Merujuk kepada surat panggilan aktiviti (HADIR)- W
- Merujuk kepada surat lantikan aktiviti (HADIR)- W
- Lewat ke sekolah (HADIR)-- L
- Merujuk kepada pemberitahuan yang didokumenkan- K
- Merujuk kepada panggilan yang didokumenkan- K
- Merujuk kepada siasatan sebelum dibuat keputusan- K
- Mengikut Ibu bapa keluar Negara sementara-S / K
- Murid mengandung- S / K

- Mohon berhenti sukarela- isi borang/serah surat
- Tandakan (G) dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan, (dikira tidak

hadir tetapi bukan ponteng).
* Elakkan budaya comot. Cecair pemadam tidak boleh digunakan.Sebarang kesilapan
hendaklah dipotong dan ditandatangan ringkas sahaja.
* BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah dan kehadiran murid mesti telah siap
ditanda sebelum jam 8.45 pagi setiap hari.
BJKM hendaklah ditutup setiap akhir bulan kehadiran
BJKM akan disemak oleh guru Jawatankuasa Pengurusan Jadual Kehadiran Murid pada hujung
bulan dan memanjangkan kepada guru data APDM sekolah.
Buku Pengesanan Pelajar hendaklah diisi oleh Ketua Kelas/Penolong Ketua Kelas dan
disahkan kehadiran pelajar oleh setiap guru mata pelajaran yang masuk ke kelas. Buku ini perlu
dihantar ke bilik disiplin untuk pemantauan dan tindakan Unit Disiplin.

3.2 FAIL PERIBADI MURID

3.2.1 Semua murid Tahun 1 - Tahun6 wajib mempunyai fail peribadi.
3.2.2 Guru Tingkatan perlu memastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama guru kelas ditulis
pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar terkini murid.
3.2.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, mykad, keputusan peperiksaan
dan lain-lain disimpan dalam fail ini.
3.2.4 Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan juga perlu disimpan di dalam fail
peribadi.
3.2.5 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila telah tamat persekolahan atau bertukar
sekolah.
3.2.6 Guru Kelas perlu mengemaskini segala maklumat murid mengikut tahun semasa.
3.2.7 Slip Keputusan Peperiksaan Muridyang diuruskan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman juga
akan dimasukkan dalam fail peribadi murid.
3.2.8 Fail peribadi murid yang telah lengkap akan disemak dan dihantar ke pejabat pada akhir sesi
persekolahan.

3.3 FAIL KELAS

3.3.1 Unit HEM akan menyediakan satu fail khas untuk Guru Kelas.
3.3.2 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat perakuan ibu bapa/penjaga bagi
memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.

30

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

3.3.3 Salinan surat tindakan disiplin sepertiamaran, ponteng dan surat gantung / buang sekolah juga
3.3.4 perlu disimpan dalam fail ini. Bagi murid yang mewakili sekolah,guru penasihat perlu
menyediakan satu surat pengesahan, jika tiada murid dikira ponteng sekolah.
Fail ini hendaklah diserahkan beserta dengan Buku Jadual Kehadiran Murid (BJKM) diakhir
sesi persekolahan.

3.4 PENDAFTARAN MURID BARU

3.4.1 GPK HEM mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Maklumat Murid
(SMM) telah dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid membawa bersama SMM dari
3.4.2 sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini. GPK HEM juga memastikan
3.4.3 pelajar baru mengisi Memo Kemasukan Pelajar Baru.
3.4.4 Guru Kelas menerima murid baru daripada GPK HEM.
3.4.5 Guru Kelas akan memasukkan data pelajar baru dan mengemaskini data kelas di dalam APDM
3.4.6 secara online.
3.4.7 Guru Kelas perlu menyemak jika ada murid yang pernah menerima sebarang bentuk biasiswa
dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
Guru kelas menyemak latar belakang setiap murid untuk mengenalpasti anak yatim / pelajar
miskin dan memaklumkan kepada PK HEM.
Dokumen iringan seperti Laporan Disiplin, PAFA, dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari
sekolah terdahulu perlu diserahkan kepada PK HEM.
Kutipan yuran PIBG adalah berdasarkan kepada SatuPer Keluarga yang mana kutipan hanya
kepada murid / anak yang paling muda bersekolah disekolah yang sama.

3.5 PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

3.5.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima bantuan SPBT.
Murid bukan warganegara tidak layak menerima bantuan SPBT

3.5.2 Memastikan semua murid yang layak telah menerima buku teks yang mencukupi selewat-
lewatnya pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

3.5.3 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj:
K/P.BT.8945/Jld.28(24) 17Mac 2008).

3.5.4 Membantu ibu bapa atau penjaga murid yang tidak layak / hendak membeli sendiri buku teks
di pasaran terbuka dengan menghubungi pengedar yang berdaftar.

3.5.5 Satu set buku teks untuk setiap murid yang layak akan diserahkan selewat -lewatnya pada hari
pertama persekolahan.

3.5.6 Murid dan waris dikehendaki menandatatangani Surat Aku Janji Penerimaan Buku
Teks serta memperakui butiran yang terkandung didalamnya.

3.5.7 Guru SPBT menyediakan jadual penerimaan dan pemulangan buku teks mengikut kelas dan
tarikh yang telah ditetapkan.

3.5.8 Buku-buku yang tidak digunakan (tamat tempoh/rosak/edisi tidak digunakan/dll) perlu
dilupuskan segera apabila surat kebenaran pelupusan diterima.
Guru SPBT dikehendaki memohon untuk membuat pelupusan buku-buku yang tidak boleh
digunakan lagi.

3.5.9 Guru SPBT dikehendaki menyelenggara fail-fail SPBT dari masa ke semasa dan menguruskan
bilik SPBT dengan berkesan supaya boleh dipertandingkan.

3.5.10 Semua buku teks yang diterima oleh murid mesti dibalut kemas dan ditulis nama.
Guru kelas hendaklah memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke
sekolah swasta memulangkan semula buku teks tersebut dengan mengikut tatacara yang telah
ditetapkan.

3.5.11 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula semua buku teks yang dipinjam pada akhir tahun
mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai semak murid yang tidak
memulangkannya.

3.6 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH

3.6.1 Memastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
3.6.2 Mencatatkan maklumat / butiran dalam BJKM kelas
3.6.3 Prosedur pertukaran pelajar ke sekolah swasta / MARA:
Memastikan semua buku teks dipulangkan
Merekodkan senarai buku yang dipulangkan dan menyerahkan satu salinan kepada Guru SPBT

31

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

3.6.4 Prosedur pertukaran pelajar ke sekolah Kebangsaan:
Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.(Sila guna borang khas di pejabat).
3.6.5 Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
3.6.7 Memastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
Guru kelas menyediakan Sijil Berhenti dan Surat Akuan Murid bagi murid-murid Tahun 6 yang
3.6.8 tamat belajar di SK Batu Bor.
3.6.9 Segala dokumen perlu diserahkan kepada murid mengikut kesesuian masa.
Guru Kelas memastikan pelajar mengisi Memo Perpindahan Keluar dan diserahkan kepada
guru Data

3.7 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

3.7.1 Melantik AJK murid bagi setiap Kelas:
Ketua Kelas / Penolong Ketua Kelas
Bendahari
Setiausaha
AJK Kebersihan
AJK Keceriaan
AJK Disiplin

3.7.2 Jawatankuasa Kelas menyelaras penyediaan perkara berikut:

PAPAN KENYATAAN BAHAGIAN HADAPAN
Carta Organisasi Kelas
Jadual Waktu
Jadual Bertugas
Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran.
Misi & Visi KPM dan Sekolah , Piagam Pelanggan, Moto Sekolah, Moto Kelas

PAPAN KENYATAAN BAHAGIAN BELAKANG
Sudut Program Pencegahan Dadah
Sudut Bacaan Kelas
Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa

LAIN-LAIN:
Alatan pembersihan
Pelan kedudukan kelas ditampal di atas meja Guru
Inventori Kelas ditampal pada pintu( disediakan oleh Pegawai Aset)

3.7.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih sebelah atas seblah kanan.
3.7.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah mempunyai nombor siri.
3.7.5 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak.
3.7.6 Kebersihan kelas:
- Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru masa pertama yang masuk
3.7.7 ke kelas mesti memastikan keadaan kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum memulakan PDP.
3.7.8 - Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari. 5
minit sebelum berakhir P&P, murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan
guru. Semua murid menyendengkan kerusi ke meja.
- Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas
- Memastikan pintu kelas dikunci
Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab pihak
kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.
Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
- Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
- Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan (Guru Perabot
/ Guru Pembangunan).
- Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan
cekap dan penuh dedikasi.

32

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

- Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannnya terpulang kepada budi bicara guru dan
kemampuan murid.

Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut:
- Bahan-bahan keceriaan kelas
- Perbelanjaan luar jangka kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain

3.8 SENARAI NAMA MURID DALAM KELAS (AWALTAHUN)

3.8.1 SU SAPS akan menyediakan senarai tersebut mengikut format yang disediakan. Senarai ini
akan diberikan kepada Guru Kelas pada Minggu pertama sesi persekolahan.

3.9 SENARAI NAMA MURID YANG TIDAK MELAPORKAN DIRI / TIDAK HADIR TANPA
SEBAB

3.9.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri.Kumpulan murid ini adalah
3.9.2 mereka yang tidak hadir ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan tanpa sebarang surat
daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.
Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat buang
sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

3.10 PONTENG SEKOLAH

3.10.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa
3.10.2 surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya
Jadual pengeluaran surat bagi kes ponteng sekolah adalah seperti berikut:

Tindakan Ponteng Berterusan PontengBerkala/Tidak
Amaran 1 3 hari berturut-turut Berurutan
Amaran 2 7 hari selepas Surat Amaran 1 10 hari

10 hari selepas Surat Amaran 1

Amaran 3 7 hari selepas Surat Amaran 2 20 hari selepas Surat Amaran 2

Buang Sekolah 14 hari selepas Surat Amaran 3 20 hari selepas Surat Amaran 3
31 hari 60 hari
Jumlah
Keseluruhan

Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:

3.10.3 Amaran 1( warna putih) Ditandatangani oleh PKHEM
Amaran 2( warna kuning) Ditandatangani oleh PKHEM
3.10.4 Amaran 3( warna Merah) Ditandatangani oleh PKHEM
3.10.5 Buang Sekolah Ditandatangani oleh Guru Besar

Salinan 1 ( untuk ibu bapa/penjaga)
Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Amaran ( 1,2&3 )
Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru kelas)
Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada PK HEM untuk
tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Guru Kelas.
Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut
hendaklah dipatuhi:
- Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu
bapa/penjaga masing-masing.
- Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu
bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PKHEM terlebih dahulu.

33

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

- Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama sama ibu bapa/penjaga dan
berjumpa dengan pengetua, PK HEM.
- Murid yang digantung persekolahan hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar
berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji.
- Murid yang dibuang sekolah hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat
rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN.

3.11 BUKU REKOD PENGESANAN PELAJAR (BRPP)

3.11.1 Semua guru kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai Buku Rekod Pengesanan
3.11.2 Pelajar setiap hari.
Ketua kelas akan mengambil diwaktu pagi di bilik disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab
3.11.3 setiap Ketua Kelas untuk memulangkan Buku Rekod Pengesanan Pelajar ke bilik disiplin
3.11.4 semula selepas tamat sesi persekolahan
3.11.5 Buku rekod pengesanan pelajar hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan
3.11.6 diserahkan kepada guru mata pelajaran yang masuk pada setiap waktu.
3.11.7 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut.
Bagi kelas yang bergabung seperti Pendidikan Jasmani BRPP akan dibuat secara berasingan.
3.11.8 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk
3.11.9 kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
3.11.10 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum
3.11.11 menandatangani BRPP.
Semua kes salah laku murid yang ringan mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa
waktunya.Hanya kes-kes sederhana berulang dan berat sahaja perlu dicatatkan dalam BRPP
untuk tindakan Guru Disiplin pada keesokan harinya.
Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BRPP dan terus
maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin/PK HEM.
Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BRPP) akan menyemak BRPP setiap hari dan mengambil
nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokannya.
Penyelaras BRPP hendaklah menjaga BRPP dengan baik dan sempurna mengikut susunan
minggu dan bulan dan diserahkan kepada PKHEM pada setiap akhir semester 1 & 2.
BRPP adalah dokumen sulit Unit Disiplin. Tindakan tegas akan diambil kepada Ketua Kelas
sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kehilangan atau penyelewengan.

3.12 PAS KELUAR KELAS

3.12.1 Setiap kelas akan dibekalkan dengan dua pas kebenaran keluar oleh Unit HEM pada awal sesi
persekolahan. Pas ini adalah tanggungjawab setiap kelas, sebarang kerosakan atau kehilangan
3.12.2 akan dikenakan tindakan tegas.
3.12.3 Satu pas kebenaran keluar hanya boleh digunakan oleh seorang murid sahaja dalam satu-satu
3.12.4 masa.
3.12.5 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa / dipanggil guru, urusan
peribadi dan sebagainya WAJIBmemakai pas berkenaan.
Guru-guru berhak menegur, menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan
pas sekiranya murid gagal menunjukkan pas berkenaan apabila diminta.
Murid yang keluar kelas tanpa menggunakan pas boleh dianggap keluar tanpa kebenaran dan
ponteng kelas. Pemberian mata penalti akan dikenakan.

3.13 PENGURUSAN DISIPLIN MURID

3.13.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan
3.13.2 murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
3.13.3 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mendapati seseorang murid itu
3.13.4 melanggar / melakukan kesalahan disiplin.
Guru-guru mestilah memaklumkan kes salahlaku disiplin murid yang berat dengan segera
kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM
Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah
berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid serta bersifat mendidik. Ini
bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.

34

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

3.13.5 Hukuman berganda (double punishment) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu kes
3.13.6 salahlaku yang dilakukan.
Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan
prasangka kepada murid.

3.14 TANGGUNGJAWAB GURU

3.14.1 Guru mestilah bersikap penyayang. Justeru itu, seharusnya guru mengenali nama setiap
3.14.2 muridnya.
Guru hendaklah mengenalpasti mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin
3.14.3 dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. Jika gagal kes
3.14.4 ini perlu dirujuk kepada guru disiplin.
3.14.5 Jangan mulakan proses PdP jika murid tidak memberi tumpuan, membuat bising dan bercakap
3.14.6 sesama sendiri.
3.14.7 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain
dibiarkan membuat bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
Sebelum memulakan PdP guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki
lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera
Guru-guru haruslah mengambil perhatian yang lebih terhadap murid-murid yang selalu tidak
membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Catatkan masalah ini di dalam BRPP.
Penyemakan buku nota / latihan akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun oleh pentadbir
mengikut jadual penyemakan.

3.15 DASAR UMUM DISIPLIN

3.15.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap
3.15.2 hari.
3.15.3 Setiap murid wajib memiliki buku catatan kecil dan dibawa bersama sewaktu perhimpunan.
3.15.4 Pada awal tahun sesi persekolahan, murid-murid akan diberi penjelasan dan penerangan
terperinci tentang peraturan sekolah dan bentuk tindakan disiplin yang dikenakan jika
3.15.5 melanggar peraturan melalui Perhimpunan Rasmi Sekolah.
3.15.6 Pemeriksaan Gepar/Spot Check
3.15.7 Pemeriksaan Gempar / Sport Check boleh dijalankan pada bila-bila masa mengikut keperluan
3.15.8 semasa dan takwim Unit Disiplin yang telah ditetapkan.
3.15.9 Guru disiplin/guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan
pengawas akan menjalankan pemeriksaan dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
3.15.10 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkaitan
3.15.11 dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari di bilik PK
HEM.
Barang larangan akan dialbel dan disimpan di dalam bilik PK HEM.
Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut semula oleh ibu
bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM dan menandatangani surat akurjanji.
Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa ke
Mesyuarat Lembaga Disiplin.
Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.
Semua murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri di sekolah tanpa pengawasan guru.
Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas sesi persekolahan dan ketika hari cuti,
melainkan bersama guru.
Aktiviti bersama yang melibatkan murid lelaki dan perempuan adalah DILARANG kecuali
yang berkaitan PdP dibawah pengawasan guru.
Sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti berdua-duaan lelaki dan perempuan,
berpakaian menjolok mata, merokok, merempit, melepak dan sebagainya walaupun dilakukan
di luar kawasan sekolah dianggap telah menjatuhkan nama baik sekolah dan boleh disabitkan
sebagai kes salahlaku berat.
Menjadi tanggungjawab semua guru dan murid untuk melaporkan sebarang kes salahlaku
dalam kalangan murid kepada Unit Disiplin, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Penolong
Kanan dan Guru Besar.
Setiap arahan Pengawal Keselamatan yang berkaitan tugasan mereka wajib dipatuhi oleh
semua pelajar dan menjadi kesalahan jika diingkari.

35

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

3.15.12 Penggunaan padang permainan, peralatan dan kemudahan fizikal perlu mendapat keizinan dari
3.15.13 pihak pengurusan sekolah.
Dasar umum disiplin sekolah digubal berasaskan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah) 1959 dan boleh dirujuk di dalam Buku Peraturan Sekolah SKBB yang wajib dimiliki
oleh semua murid.

3.16 KAEDAH MENGATASI DISIPLIN

3.16.1 Senarai kes salahlaku disiplin bagi kategori ringan, sederhana dan berat hendaklah diserahkan
kepada :
- Semua guru sebagai rujukan
- Ketua Kelas untuk ditampal di papan kenyataan kelas
- Penyelaras bilik-bilik khas untuk dipamerkan
- JK papan kenyataan Unit Disiplin / HEM untuk dokumentasi
- Badan Kepimpinan Pengawas sebagai rujukan ketika menjalankan tugas

3.16.2 Maklumat berkaitan jenis salahlaku dan hukuman yang boleh dikenakan hendaklah selalu
diwar-warkan dalam perhimpunan rasmi / perjumpaan murid sebagai makluman dan
peringatan.

3.16.3 Tindakan Guru mata pelajaran / guru kelas :
- Sentiasa memberi nasihat dan teguran
- Mengenalpasti murid yang selalu melanggar peraturan.
- Menerangkan kepada murid yang melakukan kes salahlaku tentang tindakan /hukuman yang
boleh dikenakan
- Merekodkan kesalahan murid di BRPP bagi kesalahan ringan dan sederhana.
- Bagi kes kesalahan berat hendaklah dirujuk terus kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM
dengan kadar segera.

3.16.4 Tindakan Guru Disiplin :
- Memastikan murid faham dan akur dengan peraturan sekolah.
- Mengemaskini rekod salahlaku murid dalam BRPP secara berkala / ikut keperluan semasa.
- Menjalankan siasatan bagi sesuatu kes yang dilaporkan.
- Memanggil murid yang bermasalah berdasarkan rekod salahlaku / aduan.
- PK HEM / Ketua Guru Disiplin boleh memanggil ahli Lembaga Disiplin untuk satu
Mesyuarat Khas sebelum sesuatu tindakan / hukuman diambil
- Sidang Disiplin perlu diadakan bagi kes berat / khas.
- Menyimpan segala rekod, laporan dan keputusan mesyuarat.
- Murid yang telah menjalani hukuman / dikenakan tindakan disiplin perlu dirujuk kepada
Kaunselor.

3.16.5 Memberi pengiktirafan kepada :
- Kelas yang berjaya mengekalkan ponteng sifar akan diumumkan secara bulanan dan
diberikan sijil penghargaan.
- Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab
- Murid yang mengekalkan / mencapai ponteng sifar akan diberikan sijil dan hadiah pada
setiap bulan (hadiah) dan akhir tahun (sijil dan hadiah).

3.17 PENGURUSAN PERHIMPUNAN

3.17.1 Perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin dan perhimpunan biasa pada setiap hari.
3.17.2 Perhimpunan Rasmi dan perhimpunan biasa pada setiap hari mesti di pantau dan
dikendalikan oleh Guru Bertugas Mingguan dan dibantu oleh Guru Disiplin, Guru Pengawas
3.17.3 dan pengawas.
3.17.4 Program Kerohanian diadakan pada setiap pagi Selasa hingga Jumaat (7.45–8.00 pagi)
Program kerohanian diuruskan oleh Panitia Pendidikan Islam dan dibantu oleh semua guru
3.17.5 dan pengawas.
3.17.6 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan pagi pada setiap hari
Semua guru yang beragama Islam wajib menghadiri program kerohanian pada setiap pagi
jumaat di surau.

36

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

3.17.7 Murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas atau dengan
3.17.8 kebenaran.
3.17.9 Perhimpunan perlulah ringkas dan padat.
Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang
3.17.10 dijalankan.Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di
3.17.11 perhimpunan tersebut.
3.17.12 Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas (sekiranya murid membaca
sewaktu perhimpunan dijalankan)
Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti atau apa-apa perlakuan yang boleh
menganggu perjalanan majlis.
Semua maklumat yang disampaikan di dalam perhimpunan rasmi mesti dicatat di
dalam Buku Laporan Perhimpunan Rasmi dan Buku Laporan Bertugas Mingguan.

3.18 KEBAJIKAN MURID

3.18.1 Guru Kelas mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak yatim atau murid yang
3.18.2 terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila
3.18.3 dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan isi borang maklumat
berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada PK HEM.
Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan murid
kelasnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit mudharat yang lain atau murid yang
mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana seperti
kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri

3.19 PENGURUSAN REKOD KESIHATAN MURID

3.19.1 Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan di
3.19.2 dalam fail peribadi
3.19.3 Buku Rekod Kesihatan ini akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah
3.19.4 menengah.
Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut,
3.19.5 sila dapatkan yang baru daripada koperasi sekolah.
Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila
pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi diberikan kepada murid oleh
pegawai kesihatan.
Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan
disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan

3.20 KAD PERGIGIAN MURID

3.20.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun, terutamanya
3.20.2 kepada murid-murid Tahun Satu.
3.20.3 Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk
3.20.4 mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan
akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.
Semua kad pergigian akan dikutip dan dikumpul semula oleh Guru Kesihatan selepas selesai
sesi rawatan untuk disimpan dalam almari khas

3.21 SURAT RAWATAN MURID

3.21.1 Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh mendapatkan surat
rawatan ini di pejabat sekolah.
Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-mana Penolong
Kanan.
Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana
hospital atau klinik kerajaan.

37

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

3.22 PENGURUSAN MURID SAKIT

3.22.1 Sekiranya ada murid yang sakit , mereka perlu berhubung dengan Pejabat Sekolah dan Guru
3.22.2 Bertugas Mingguan akan dihubungi
3.22.3 Guru Bertugas akan menentukan tahap kesihatan murid samada perlu dihantar ke klinik,
3.22.4 berehat di bilik rawatan atau menghubungi ambulans / warisnya.
3.22.5 Guru Bertugas / Guru Kelas boleh menghubungi ibu bapa / penjaga murid berkenaan untuk
menjemputnya di sekolah sekiranya perlu.
3.22.6 Guru Bertugas / Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke
rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Bertugas mestilah menghubungi segera
ibu bapa / penjaga untuk menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke
rumah murid berkenaan.Pihak sekolah juga boleh memanggil ambulans sekiranya berlaku
kecederaan serius yang memerlukan rawatan segera.
Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku
Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid

3.23 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

3.23.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas,
3.23.2 tandas, kantin, bilik-bilik khas,bangunan dan kawasan sekolah.
3.23.3 Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan
3.23.4 dan keceriaan kelas masing – masing.
3.23.5 Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar sentiasa
3.23.6 kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan melancarkan proses PdP.
3.23.7 Guru Kelas / guru matapelajaran bertanggungjawab memastikan kelas sentiasa dalam keadaan
bersih.
Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik khas dibersihkan
sebelum murid keluar.
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelad perlu memantau kebersihan kelas dengan mengisi
ruangan khas di dalam Buku Rekod Pengesanan Pelajar.
Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu persekolahan berakhir. Murid-murid
dikehendaki menyandarkan kerusi ke meja, membersihkan papan putih membersihkan lantai
dan mengosongkan bakul sampah.

3.24 PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

3.24.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan pengusaha kantin mengamalkan kebersihan
3.24.2 dalam penyediaan,penjualan dan menjaga persekitaran kawasan kantin.
3.24.3 Guru AJK Kantin perlu memantau dan membuat laporan harian kepada PK HEM dengan
3.24.4 menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.
3.24.5 Membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan
3.24.6 di kantin sekolah.
3.24.7 Menasihatkan murid-murid supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak
3.24.8 menggalakkan mereka membeli makanan daripada jurujual di luar kawasan sekolah.
3.24.9 Guru Disiplin dan Guru Bertugas Mingguan mesti berada di kantin bersama-sama pengawas
bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
Memastikan murid menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila loceng
tamatnya waktu rehat dibunyikan.
Murid DILARANG membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan
kebenaran khas.
Guru AJK Kantin menyediakan kotak aduan pelanggan bagi mendapatkan maklum balas
tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pengusaha kantin.
Papan Kenyataan Kantin hendaklah sentiasa dikemaskini dan mengandungi info-info berguna
berkaitan pemakanan dan kesihatan.

3.25 PENGURUSAN KEBERSIHAN KELAS
3.25.1 Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu terakhir.

38

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

3.25.2 Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk waktu
3.25.3 terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan.
3.25.4 Guru Bertugas Mingguan perlu membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa
3.25.5 sepanjang minggu bertugas.
Guru Bertugas akan menanda skor markah di dalam dalam Borang Kebersihan & Keceriaan
Kelas setiap minggu untuk menentukan kelas paling bersih dan ceria.
Keputusan akan diumumkan pada hari Isnin minggu berikutnya.Kelas yang menang akan
diberikan hadiah dan piala pusingan.

3.26 LATIHAN KECEMASAN / KEBAKARAN

3.26.1 Melaksanakan latihan kebakaran (fire drill) sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
3.26.2 Satu taklimat ringkas tentang sesi latihan kebakaran dan laluan kecemasan hendaklah
disampaikan kepada semua murid.
3.26.3 Mengadakan demonstrasi memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil.
3.26.4 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi dengan baik.
3.26.5 Pelan kecemasan telah ditampal di semua kelas, bilik khas dan papan kenyataan sekolah.
3.26.6 Guru AJK Keselamatan memastikan tanda arah laluan kecemasan telah dilabel dengan
sempurna dan betul.
3.26.7 Guru-guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan segera,
melalui laluan yang ditetapkan secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan.
3.26.8 Guru-Guru dibantu AJK Kelas memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain
serta bekalan gas telah ditutup sebelum keluar.
3.26.9 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat
berkumpul.
3.26.10 Guru Kelas mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan
mengira bilangan murid yang ada dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah
dimaklumkan kepada Pentadbir / Guru AJK Keselamatan dengan serta-merta untuk tindakan
menyelamat.

3.27 POLISI SEKOLAH SELAMAT

3.27.1 Pihak sekolah mengamalkan empat polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah:
3.27.2 Polisi Keselamatan Pergi dan Balik Sekolah
Polisi Keselamatan Pelajar Perempuan- Gangguan Seksual
Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum / Gerak kerja luar
Polisi Keselamatan Di Jalanraya
Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan
setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah

3.28 KENDERAAN GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH

3.28.1 Hanya guru dan kakitangan sekolah sahaja yang dibenarkan meletakkan kenderaan dalam
kawasan sekolah.Kenderaan pelawat / ibu bapa perlu mendapat kebenaran daripada pengawal
3.28.2 keselamatan.
3.28.3 Kenderaan guru dan kakitangan sekolah mesti diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan
3.28.4 tidak mengganggu laluan masuk
Guru-guru dan kakitangan sekolah diingatkan supaya berhati-hati apabila memandu kenderaan
mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
Ibu bapa/penjaga yang menghantar dan mengambil murid tidak dibenarkan memasuki
kawasan sekolah untuk mengelak kesesakan.

3.29 PONDOK KAWALAN KESELAMATAN

3.29.1 Guru-guru / Warga Sekolah hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya
mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.

39

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

3.29.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup. Mana-mana pelawat yang ingin berurusan
dengan pihak sekolah mesti melapor diri di pondok pengawal dengan menandatangani Buku
3.29.3 Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
3.29.4 Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi etika berpakaian dan carta alir
keselamatan seperti yang dipamerkan di pondok kawalan keselamatan sekolah.
Jurujual adalah DILARANG sama sekali memasuki kawasan sekolah kecuali pembekal yang
telah diberi kebenaran / berurusan rasmi dengan pihak sekolah

3.30 PENGURUSAN BENCANA

3.30.1 Menyelaras dan mengemaskini data mengenai fasiliti sekolah dan komposisi murid untuk
3.30.2 rekod dan rujukan apabila diperlukan.
3.30.3 Menyediakan maklumat terkini tentang status dan keberadaan kemudahan yang terdapat di
3.30.4 sekolah.
3.30.5 Menggubal panduan dan peraturan penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga.

Meningkatkan pemahaman bentuk bantuan pengurusan bencana alam.

Meningkatkan kepekaan dan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan
berlakunya bencana di sekolah

4 KOKURIKULUM

4.1 TENAGA PENGAJAR

4.1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan gelaran:-
- Guru Penasihat/Guru Pemimpin
- Guru Pengiring
- Jurulatih

4.1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut :-
- Kelab dan Persatuan
- Pasukan Badan Beruniform
- Sukan dan Permainan

4.1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut :-
- Menggubal perlembagaan
- Melantik Jawatankuasa
- Mendaftar pelajar dengan badan induk
- Merekod Kehadiran Pelajar setiap perjumpaan/aktiviti
- Melaksanakan aktiviti harian, mingguan dan tahunan
- Menyimpan rekod penglibatan dan pencapaian pelajar
- Menyediakan statistik lengkap yang sentiasa kemaskini dari segi jumlah dan

peratusan penglibatan pelajar mengikut unit.
- Membuat penilaian
- Menyediakan pelaporan

4.2 PENYERTAAN PELAJAR

4.2.1 Semua pelajar diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut :-

4.2.2 - Kelab dan Persatuan
4.2.3
- Pasukan Badan Beruniform

- Sukan dan Permainan

(Perkara 5.1 SPI Bil 1/1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)

Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan
pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.

Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan:-
- Pasukan Badan Beruniform – 18 kali perjumpaan atau lebih setahun
- Kelab dan Persatuan & Sukan dan Permainan – 12 kali perjumpaan atau lebih setahun

40

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

4.3 PENJADUALAN KEGIATAN

4.3.1 Kegiatan Beruniform, Persatuan dan Sukan dan Permainan dijalankan pada hari Rabu bermula
4.3.2 jam 1.00 pagi hingga 2.00 petang secara bergilir.
4.3.3 Semua pelajar wajib memakai pakaian lengkap pasukan badan beruniform masing-masing pada
setiap hari Rabu.
4.3.4 Pihak sekolah boleh membatal/menangguhkan perjumpaan/aktiviti atas arahan Guru Besar dan
4.3.5 Penolong Kanan Kokurikulum atas sebab berikut :-
- Cuaca buruk (hujan lebat, rebut petir, banjir dan sebagainya)
- Ada aktiviti utama yang berlangsung di sekolah
- Cuti khas yang diumumkan oleh kerajaan
Notis/pengumuman mengenai perjumpaan/aktiviti hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2 hari
lebih awal. Ini memberikan tempoh masa yang cukup kepada ibu bapa/penjaga merancang
pengangkutan dan makan anak/jagaan masing-masing.
Sekiranya hari perjumpaan/aktiviti hendak dibatalkan/ditunda, maka notis/pengumuman
mengenai pembatalan mestilah dimaklumkan kepada pelajar sekurang-kurangnya 1 hari sebelum
hari perjumpaan/aktiviti. Pihak sekolah tidak dibenarkan membuat pengumuman pada hari yang
sama di mana perjumpaan/aktiviti akan diadakan kerana pemberitahuan secara mengejut akan
menimbulkan masalah keselamatan, disiplin dan pengurusan pengangkutan pelajar.

4.4 PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

4.4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat Zon, Daerah atau Negeri
4.4.2 tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.
Sekolah hanya memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program Sasaran, iaitu :-
4.4.3 - Olahraga/Merentas desa
- Ping-pong
4.4.4 - Bola baling
4.4.5. Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap yang tertinggi melalui :-
4.4.6 - Latihan yang bersistematik
- Kelengkapan yang sempurna
- Pertandingan dalaman
- Penyertaan yang aktif
Pelajar mestilah mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga secara bertulis (Borang Kebenaran Ibu
bapa)
Guru Pengiring/pembimbing mesti menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar termasuk
perjalanan pergi dan balik ke tempat program/aktiviti.
Guru pengiring/pembimbing wajib bersama-sama pelajar sepanjang masa semasa aktiviti

4.5 PENILAIAN

4.5.1 Penilaian pencapaian kokurikulum dan sukan pelajar wajib dibuat sepanjang tempoh
4.5.2 persekolahan.
4.5.3 Penilaian hendaklah dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian
4.5.4 Pelajaran Malaysia iaitu penilaian markah Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan
Kokurikulum (PAJSK), Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.5.5 Guru Penasihat hendaklah menyedia dan menyerahkan pelaporan bertulis pencapaian
kokurikulum dan sukan pelajar kepada ibu bapa setiap akhir tahun.
Semua rekod kokurikulum dan sukan pelajar hendaklah disimpan dengan baik dan teratur untuk
rujukan, pemantauan dan penilaian. Jika ada pelajar berpindah dari sekolah lain, guru kelas
hendaklah mendapatkan rekod kokurikulum dan sukan dari sekolah asal pelajar tersebut. Guru
kelas juga perlu membekalkan maklumat yang serupa jika ada pelajar yang berpindah ke sekolah
lain.
Pihak kokurikulum mestilah membuat penilaian dan pengiraan bagi:-
-Gred Point Average (GPA) dan Cumulative Gred Point Average (CGPA) pelajar
-Gred Purata Pencapaian setiap unit Kelab dan Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan
dan Permainan.
- Gred Purata Pencapaian Kokurikulum Sekolah (GPS)

4.6 PENGHARGAAN

41

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SK TANJUNG BATU

4.6.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah
melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :-
4.6.2 - Barangan, trofi, medal atau wang tunai
4.6.3 - Sijil Penghargaan Sekolah
4.6.4 Setiap kejayaan pelajar di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan mestilah diumumkan dalam
majlis sekolah seperti semasa perhimpunan mingguan atau perhimpunan Kokurikulum. Hadiah
dan sijil hendaklah dipamerkan pada ruang/sudut khas/papan kenyataan.
Mewujudkan Anugerah Khas “ Atlet Harapan ” kepada pelajar yang cemerlang pencapaian dalam
sukan dan permainan dan anugerah kokurikulum terbaik dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan
sekolah
Setiap penglibatan dan pencapaian mestilah direkodkan

42

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
CARTA OR

SK TANJUNG BA

n GURU

PK PENTADBIRAN

PENGURUSAN PENTADBIRAN PENGURUSAN KURIKULUM

Perancangan Sekolah Peperiksaan dan Pentaksiran
Kewangan Takwim

Data dan Maklumat Sekolah Panitia Mata Pelajaran
Perkembangan Staf Penyelaras Tahun
Pusat Sumber
Pembangunan dan Bekalan
Perlaksanaan Program Program Kecemerlangan
Strategik Bilik Sumber
SKPMG2 ICT

Perkhidmatan dan perjawatan Pembestarian Sekolah
Pemantauan dan penyeliaan Makmal Komputer
KSSR
Staf MBMMBi
Stok dan inventori Transisi
Pensejarahan sekolah Pusat Akses
Pembelajaran abad ke 21
Pemulihan dan intervensi
Kajian Tindakan Penyeliaan dan pencerapan
Rekod pendaftaran murid
PK PEN
Badan Kebajikan

Pembantu Pengurusan Murid Pekerja Keb


Click to View FlipBook Version